Akhirnya❤

Majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung esok. Nadia mencuba baju pernikahannya. Warna biru seperti yang diidamkan❤


Selesai mencuba baju,Nadia dan Adam bergerak untuk pergi ke restoran untuk makan. Namun panggilan telefon daripada Inspektor Afiq membantut perjalanan mereka

"Ya hello" Jawab Adam

.........

"Oh baiklah. Kami gerak sekarang" Kata Adam

"Kenapa?" Tanya Nadia

"Jom jumpa dalang di sebalik semua ni" Kata Adam sebelum bergerak ke balai polis. Sampai saja di sana mereka turun bersama-sama.

"Perkenalkan ni Inspektor Afiq..yang uruskan semua jenayah melibatkan keluarga kita..Inspektor perkenalkan bakal isteri saya..Engku Nadia" Kata Adam

Nadia hanya senyum kepada Inspektor Afiq. Terhibur dan kekok bila kena tukar jadi Engku pulak. Rupa-rupanya papanya yang merancang semua ini dengan mamanya..dari tukar sekolah sampailah bernikah.

"Jom masuk" Ajak Inspektor Afiq

"Awak..awak jangan terkejut dan percaya kan saya okay" Kata Adam sebelum masuk ke balai itu. Di satu ruangan ada satu cermin yang memisahkan antara tetamu yang hadir dan pesalah. Hanya sebuah telefon menjadi perantara. Pintu jail terbuka dan seseorang yang amat dikenalinya masuk dan duduk di hadapannya. Nadia mengambil telefon lalu mula berkata-kata

"Atiffa? K..kau ka tu?" Tanya Nadia

"Hm aku. Pehal. Tak percaya lagi? Best?" Kata Atiffa

"A..apa semua ni. K..kenapa kau duduk dalam penjara? Adam? Apa semua ni?" Tanya Nadia

"Sebenarnya semua perkara yang berlaku..dia dalangnya" Kata Adam

Nadia menoleh ke arah Atiffa. Bagaikan tidak percaya. Kawan baiknya sendiri tikam belakang?

"A..apa yang kau buat?" Tanya Nadia

"Tak banyak..sebarkan gambar kau, cacatkan anak kau, bunuh MAK AYAH kau, bunuh bakal suami kau!" Kata Atiffa dengan rasa tak bersalah

"A..apa? Ka..kau yang buat? But how?" And why?" Tanya Nadia. Saat ini dia bagai ingin menampar muka Atiffa. Sampai hati dia tikam belakangnya.

"Hm..actually aku anak Puan Rose yakni cikgu sekolah kita. Dan aku adik Ilyas. Well nama bapak kami memang tak sama sebab aku anak luar nikah. Harta datuk kau tu sepatutnya jatuh dekat tangan kami! Tapi kau pula wujud! Mama aku punya plan nak bunuh kau tapi wasiat datuk kau yang bodoh tu pula kata harta tu cuma milik Nadia dan suaminya sahaja! Kalau Nadia mati..harta tu akan disumbangkan kepada anak yatim! Bodoh! Sebab tu aku tak bunuh kau! Tapi ingat tak? Dulu kau ada sign surat yang aku kata tu dokumen perniagaan! Aku tipu! Aku tukar wasiat tu! Sebab tu aku nak bunuh kau! So aku dan mama dan abang aku plan la supaya kau dan abang aku bernikah! Tapi lain pula jadi? Bodoh Aina tuh! Kau kawin dengan mamat bodoh ni! Then aku mula la plan rancangan aku sendiri..aku letak ubat dalam minuman kau supaya anak kau cacat and then mamat ni akan ceraikan kau! Tapi nasib aku baik bila HAZIQ gunakan Aina untuk runtuhkan kau! And yes! Kau kena cerai dan Ilyas boleh take over!

Tapi kau nak tahu tak? Aku bunuh mama aku sebab mama aku kata dia nak 70% bahagian dia..memang tak lah! So tinggal abang aku dan aku ja. And kalau kau nak tahu..aku yang upah orang bunuh mak ayah kau! HAHAHAHAHA..padan muka kau! AT LAST abang aku cakap dia dah terjatuh cinta pulakkkk..dasar lelaki bodoh! Aku pon apa lagi aku upah la orang bunuh kau tapi hak alahhhhh dia berlagak jadi hero pula! Selamatkan kau..hm then dia mati! Lantaklah! Aku geram la setan! Tak sangka mamat bodoh ni tangkap aku pulak!" Kata Atiffa bengang

"Astagfirullah. S..sampai hati kau. Aku anggap kau as best friends! Tapi apa kau buat! Kau tikam belakang aku! Kau bunuh mak ayah aku..kau bunuh Ilyas..kau bunuh Cikgu Rose yakni mak kau! Apa salah aku dekat kau?" Kata Nadia sudah menangis

"Kau tu cantik..kau tu bijak! Aku ni anak luar nikah! Aku di pinggir! Aku di caci di maki! Arggghhhh bodoh!" Maki Atiffa

"Sampai hatikan..aku harap kau terima balasan kau di sini." Kata Nadia lalu meletakkan telefon. Dia terus mengajak Adam untuk pulang.

Petang itu mereka minum petang di sebuah warung.

"Hm awak. Saya nak pergi beli aiskrim jap dekat depan jalan tu. Tunggu eh" Kata Nadia

"Beres" Kata Adam. Nadia berjalan ke seberang sana. Ketika itu kenderaan banyak lalu lintas. Seketika kemudian, telefon Adam berbunyi.

" Hello Inspektor..ada apa?" Tanya Adam

"Adam..Atiffa terlepas. Kau tengokkkan Nadia!" Arah Inspektor Afiq

Adam terus memandang ke arah Nadia. Adam terkejut apabila memandang sebuah kereta yang laju membelah lampu isyarat menuju ke arah Nadia. Apabila dipandang dengan teliti itu ialah Atiffa! Adam menjerit memanggil Nadia namun Nadia tidak mendengarinya

Nadia melihat kanan kiri dan kanan. Kosong. Saat dia melintas namanya dipanggil dan apabila ditoleh ke sebelah sebuah kereta dengan laju ingin membelahnya. Tidak sempat berlari, kereta itu merempuhnya. Nadia terpelanting jauh akibat hentakan yang kuat. Kereta Atiffa pula terus terjunam ke dalam gaung. Atiffa mati di tempat kejadian. Adam yang melihat kejadian itu bagai hendak jatuh jantungnya. Dia segera ke arah Nadia.

"Nadia..j. Jangan..tsk..tsk..jangan tinggalkan saya..e..esok kan..majlis pernikahan kita..Na..nadia..Nadia..please" Keluar air mata jantan Adam.

"A..ab.a.abang..sa..sayang..m..minta..ma..maaf a..atas semua yang terjadi..sa.saya sa..sayang a..bang..a..bang ja..jaga a..anak s..saya de..dengan arhh de..dengan baik okay? Huh huh huh..s..saya..dah..tak..lama..I..love you..aba..abang pe..pengawas garang" Kata Nadia sebelum menutupkan matanya

"Sayanggggggg...tsk..tsk..b.buka mata..jangan tinggalkan abang..tsk..tsk..SOMEONE CALL AMBULANS LAH..BODOH! B..buka mata?" Kata Adam merayu-rayu

Nadia dibawa ke hospital. Adam sudah menelefon mama dan papa Nadia serta ayahnya dan Alya dan Sofea. Mereka dalam perjalanan. 3 jam Nadia dalam bilik pembedahan buatkan Adam mundar mandir

"Sabarlah Adam..insyaallah Nadia kuat" Kata Tengku Airil

"Betul tu..sabar eh" Kata Alya pula

Tiba-tiba pintu terbuka. Keluar doktor yang merawat Nadia.

"Encik Adam? Jom masuk ke bilik saya sekejap. Family lain..nurse tolong bawa mereka ke dalam" Kata doktor bernama Anis

"Baiklah encik Adam. Kami minta maaf. Kami takdapat selamatkan Puan Nadia. Maaf..harap encik tabah" Kata Doktor Anis

"A..apa maksud doktor? Nadia selamatkan?" Kata Adam sudah mula mengeluarkan air mata

"Maaf. Encik dah boleh uruskan jenazah" Kata Doktor Anis.

Adam sudah tidak tahan lagi. Dia menangis semahu-mahunya.

Orang ramai mula menghadiri di rumahnya. Adam hanya duduk di dalam bilik. Tidak mahu keluar kerana takut menangis lagi. Sudah dipuas pujuk oleh ayahnya dan kawan-kawannya tapi Adam tetap berdegil untuk tidak mahu turun. Dia hanya mensedekahkan bacaan Alfatihah dan membaca surah Yassin dari jauh. Tiba-tiba pintunya dibuka

"Adam..jom la ke kubur. Takkan kau taknak hantar jenazah Nadia kot. Jom lah..kesian dia" Kata Alya cuba memujuk

"Betul tu..jom lah" Sokong Awie

Adam dengan malas bergerak bersama-sama. Mereka bergerak ke kawasan perkuburan. Waktu itu semua sudah selesai dan hanya pembacaan surah dan doa sahaja. Adam duduk sambil menangis. Dia mengaminkan bacaan doa. Bila semua sudah beransur pulang,Adam duduk di tepi kubur Nadia.

"Nadia..abang minta maaf atas semua perkara yang berlaku. Ab..abang ts..tsk..abang janji..abang akan jaga anak-anak kita dengan baik..tsk..tsk..Nadia..pergilah sana dengan aman" Kata Adam sambil menangis

"Papa..jangan la nangis..nanti Ariff...nangis" Kata Ariff kemudian duduk di ribanya

"Shuh..nanti papa akan jaga kamu okay?" Kata Adam

"Papa..mama pergi mana?" Tanya Arisa pula

"Mama pergi syurga jumpa abang kamu..dah lah..jom pulang" Kata Adam sambil mendukung kedua-dua anaknya.

"Selamat tinggal kesayanganku" Kata Adam

-TAMAT-

HABIS!😢 okay korang nak sad ending kan😞 ha ambil lah😶 Okay so next update saya akan sertakan Review JUJUR! Korang kena review jujur okay🙏 dah tamat akhirnya ABANG PENGAWAS GARANG 😌 thanks yang sentiasa bersama saya dari awal sampai habis❗👀 thanks❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top