Suprise❤
Nadia bangun awal pada pagi itu. Anaknya, Tengku Mohd Ariff Hakimi Bin Tengku Adam dan Tengku Nur Neldia Arisa Binti Tengku Adam sudah memasuki sekolah menengah manakala Tengku Safia Athirah Binti Tengku Adam sudah berusia 10 tahun dan anak bongsunya merangkap anak terakhirnya, Tengku Haris Iskandar Bin Tengku Adam berusia 6 tahun. Nadia terimbas kembali kata-kata suaminya bulan lepas.
Flashback
“ Sayang, erm...tak nak tambah anak baru ka” kata Adam sambil tersengih-sengih
“ Amboi abang, ingat saya ni kilang buat baby ka? cukup-cukuplah empat anak tu, itupun penat jaga”
“ Ala abang ingat nak 10 anak hehe” sakat Adam lagi
“Banyak cantik abang, tak tahu ke sakit nak mengandung tu macam nak putus nyawa. Lainlah abang yang beranak. Takut kalau abang yang mengandung, ditendang doktor-doktor tu” Aku dah malas nak layan kerenah miangnya!
“ Hm, cantiknya sayang. Bagai bidadari syurga” puji Adam
“ Dah tak payah melalut, pergi kerja...dah nak masuk waktu kerja dah.” Aku cuba ‘menghalau’nya. Bukan apa, hm segan la cakap bab-bab ni.
“ Ye lah, hm sayang...” kata Adam meleret.
Auch, jangan la buat suara macam tu. Erm.
“ A...apa?” kataku tergagap.
“ Ikat tali leher kejap boleh? hehe then suapkan makan boleh?” Adam cuba bermanja di pagi hari ini.
“ Mengada. Ye la. Sini” panggil aku sambil menggerakkan jari telunjuk ke depan dan ke belakang
Aku mengambil tali leher di dalam almari dan memilih warna yang sesuai dipadankan dengan baju biru. Hm selepas berfikir, dia memilih tali leher warna biru muda berhiasan garis-garis berwarna hitam.
“ Rendahlah sikit, tahu la dia tu tinggi” Aku membuat muka. Nak suruh orang pakaikan, tapi berdiri tu ya Allah, macam galah.
“ Alolo, sian. Pendek hahaha” Adam menyakat aku lagi. Ni nak merajuk ni!
Adam barangkali melihat perubahan mimik muka aku terus merendahkan badannya.
“ Maaf babyku yang manis lagikan jelita. Merajuk pon comel tau.” Adam cuba memujuk.
Hm macam manalah aku tak terpikat?
Aku menyarungkan tali leher ke lehernya. Kemudian tangan Adam melingkari perutku. Setelah siap aku mengikatkan tali leher, aku cuba merungkaikan pelukan itu namun Adam memegang daguku sehingga mataku bertentang dengan matanya.
“ Ingat sayang, walau apapun yang terjadi, abang tetap akan mencintai sayang dan memilih sayang. Walaupun diberi kekayaan seluruh dunia, abang tetap pilih sayang. Kalau diberi pilihan antara nyawa abang dan nyawa sayang, abang akan pilih nyawa sayang untuk diselamatkan. Because I love you very much. Abang cinta sayang melebihi nyawa abang. Cinta abang terhadap sayang tidak berbelah bagi dan tidak boleh dibeli.”
Sejurus ucapan ringkas itu Adam
mencium dahiku. Lama.
Air mataku menitis kerana dapat dirasakan aura keikhlasan itu.
“ Abang”
“ Shuh, jangan menangis. Abang tetap mencintai sayang walau apa yang terjadi. Ingat tu.” kata Adam sambil mengesat air mataku.
End Flashback
Bercakap tentang suami, mana Adam? Harini hari sabtu jadi tak mungkin dia pergi kerja. Aku segera mencari suamiku. Aku menjenguk ke bilik anak-anakku, juga tiada. Aik semua tinggal aku ka? Aku bergerak ke dapur dan di peti sejuk kelihatan satu nota yang ditampal.
Bersiap cepat! Pakai baju yang abang beli dekat dalam almari. Bersiap cantik-cantik. Anak-anak dengan abang.Kejap lagi ada orang ambil sayang. Cepat tau
From Abangmu yang
hensem lagikan kacak❤
Tersembur ketawaku. Haih angkut bangkul sendiri ni. Hensem la sangat! Tapi memang hensem pon huhu. Aku segera pergi membersihkan diri selepas membaca nota tu. Tetapi ke mana mereka pergi? dan kemana mereka nak bawa aku? hm. Selesai mandi, aku bergerak ke almari dan mencari baju yang dimaksudkan oleh Adam. Terdapat bungkusan beg di bahagian sudut almari. Aku mengambil bungkusan itu lalu mengeluarkan isinya. Selepas melihat isinya, satu ja nak cakap.
“ Cantik”
Aku terus menyarungkan baju itu dan memperagakan di hadapan cermin.
“ Nice”
Bunyi ketukan pintu kedengaran di bawah. Aku segera teringat pesanan Adam yang mengatakan ada orang yang akan mengambilnya. Aku segera turun ke bawah dan membuka pintu.
“ Alya! Sofea! Korang buat apa kat sini?"
“ Hahaha, datang jemput tuan puteri lah” sambut Alya.
“ Ni bukan puteri dah ni, puteri kayangan! Cantiknya kau!” puji Sofea.
“ Alah biasa ja. Hm mana Adam?” tanya aku terus menerus.
“ Jom aku bawakan. Tapi sebelum tu, tutup mata dulu!” Alya menutup mataku dengan kain hitam. Alahai apa lagi yang suamiku buat ni.
Perjalanan mengambil masa hampir 25 minit. Dalam kereta kami masih sempat berbual dan bergosip seperti dulu walaupun mataku ditutup tapi GOSIP mesti jalan.
“ Okay, ready ar. Psss jangan menangis au” kata Sofea di tepi telinga aku.
“ Ready? menangis? apa ni aku tak faham”
Seseorang memegang tanganku. Ni bukan tangan perempuan.
“ Ni abanglah, shuh. Ikut abang okay” Adam mula bersuara.
Fuh lega. Ingatkan siapa tadi! Aku hanya mengikut langkah suamiku. Tiba di satu tempat, Adam melepaskan tanganku. Aku teraba-raba mencari tangan Adam kerana aku tak nampak jalan!
“ Abang...mana abang.”
Aku macam nak gila dah. Saat aku buka saja kain yang menutup mata ni, aku melihat di sekeliling. Gelap. Takut. Satu perkataan yang mampu aku katakan pada masa sekarang.
Tiba-tiba satu cahaya tertumpu dekat aku dan satu suara kecil menerpa gegendang telingaku.
“ Mama, kaulah ratuku, yang bawa kebahagian kepadaku. Mama.”
Aku mencari empunya suara. Satu cahaya lagi tertumpu kepada seorang budak yang berpakaian kemas dan tampak kacak. Haris Iskandar, anak bongsunya.
Adam di sebalik tabir sudah tersengih dengan ucapan anaknya. Dia memaksa Haris untuk berucap. Dia mahukan isterinya menangis harini.
“ Mama, papa paksa adik baca ni hm. Taknak baca...adik tacod hm”.
Aku sekadar ketawa dengan kata-kata yang dilontarkan oleh anaknya. Cute! Tacod? Hahaha comel ja bunyi.
Adam menepuk dahi. Ya Allah anak aku dah kenapa! Rosak plan papa sayang oi.
“Arisa, Ariff pergi ambil adik. Kang dia melepas cakap apa lagi pon tak tau.” Adam sudah gelabah biawak.
Terus diambil microphone dan pada masa yang sama lagu mula dimainkan.
Aku terkejut apabila lagu dipasangkan. Satu cahaya tertumpu kepada Adam.
“ Sayang, terimalah lagu ini khas buatmu”
Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu
Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku
Yang pernah menyakitimu
Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu
Adam datang mendekatiku. Dia memegang tanganku erat. Dibawaku ke atas pentas itu sambal berpimpinkan tangan. Sambil menyanyi dia merenung ke arah mataku. Kacak.
Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku
Yang pernah menyakitimu
Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku
Kesalahanku
Yang pernah menyakitimu
( Terima Kasih Cinta, Afgansyah Reza)
“ Maafkan abang atas dosa lalu. Abang cintakan sayang selama-lamanya” ucap Adam sambil melutut. Alah sweetnya.
Satu tepukan gemuruh diberikan. Aku terkejut dan tidak menyangka terdapat ramai yang menonton kami di saat ini. Dan
“ Happy Birthday Nadia!” jerit orang ramai.
Ya Allah, tanggal 21 November adalah tarikh kelahirannya. Macam mana dia boleh lupa!
“ Selamat Hari Lahir Sayang” ucap Adam sekali lagi.
“ Happy Birthday mamaku cantik” ucap anak-anaknya.
Aku merasakan mataku penuh dengan air mata, tunggu hendak melimpah saja. Akhirnya aku tak dapat bertahan, aku menangis. Bukan menangis kerana sedih tetapi gembira.
“ I love you sayang” kata Adam sambil tersenyum.
“ Balas! balas! balas!” sorakan orang ramai menyuruhku membalas ucapan cintanya.
“ Heh, I love you too”
*******************
Bab 1 siap! Cepat vote ⭐⭐⭐
Rindu Adam ka? Ka rindu Nadia?❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top