Sedar
Ting ting tang ting tara ting ke ting tang ting
Ting ting tang ting tara ting ke ting tang ting
Ting ting tang ting tara ting ke ting tang ting
Ting ting tang ting tara ting ke ting tang ting
Senyum nan manis penyejuk jiwa hamba
Semanis-manisnya bak gula
Rupanya nan elok penghibur ayah bonda
Indah kurniaan Maha Esa
Sayang disayangi, timang ditimang
Alahai manjaku seorang
Sayang disayangi, timang ditimang
Cinta hatiku selamanya
Ting ting tang ting tara ting ke ting tang ting
Ting ting tang ting tara ting ke ting tang ting
Ting ting tang ting tara ting ke ting tang ting
Ting ting tang ting tara ting ke ting tang ting
Dimana dia buah hati saya
Buah hati saya ada di dalam rumah
Dimana dia intan payung saya
Intan payung saya yang comel pipi merah
Chan mali chan
Chan Mali chan
Chan Mali chan
Ketipung payung
Chan mali chan
Chan mali chan
Chan mali chan
Ketipung payung
Ting ting tang ting tara ting ke ting tang ting
Ting ting tang ting tara ting ke ting tang ting
Ting ting tang ting tara ting ke ting tang ting
Budi nan elok pekerti yang mulia
Panduan hidup hari muka
Taat berjasa jadi orang berjaya
Penuhilah ilmu di dada
Sayang disayangi, timang ditimang
Alahai manjaku seorang
Sayang disayangi, timang ditimang
Cinta hatiku selamanya
Chan mali chan
Chan mali chan
Chan mali chan
Ketipung payung
Chan mali chan
Chan mali chan
Chan mali chan
Ketipung payung
Ting ting tang ting tara ting ke ting tang ting
Ting ting tang ting tara ting ke ting tang ting
Ting ting tang ting tara ting ke ting tang ting
Ting ting tang ting tara ting ke ting tang ting
Ting ting tang ting tara ting ke ting tang ting
Ting ting tang ting tara ting ke ting tang ting
Comel Pipi Merah oleh Siti Nurhaliza
Nadia sering menyanyikan lagu oleh Dato Siti itu kepada anak patungnya yang dianggap seperti anaknya. Adam menghembuskan nafas besar. Nadia seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan yang anak mereka sudah meninggal. Adam selesai memasak bubur ayam. Dia memasukkan ke dalam mangkuk lalu menuangkan air masak kepada Nadia.
" Sayang, jom makan" ajak Adam. Adam duduk melutut di hadapan Nadia. Adam mengambil sedikit bubur lalu meniupnya sebelum menyuapkan ke mulut Nadia.
" Shuh, sayang ... mama nak makan kejap. Nanti mama suapkan sayang susu ya. Alolo comelnya anak mama" kata Nadia sambil mendodoi 'patung' itu. Adam sudah tidak tahan lagi.
" Sayang, tolong sedar. Itu patung. Sayang mana boleh macam ni. Sayang kena kuat. Allah uji sayang ... jadi kena kuat ye. Sayang kena terima hakikat bahawa anak kita sudah meninggal." kata Adam sambil memegang tangan Nadia.
" Apa abang mengarut. Ni anak kita. Dah la ... kalau abang taknak dengan anak kita ni, biar sayang je yang jaga. Abang pergilah kerja. Dah la sayang nak mandikan anak ni. Bye" kata Nadia sebelum meninggalkan Adam. Adam mengeluh. Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Adam segera membuka pintu.
" Assalamualaikum abang. Aini baru pulang dari Cameron ni." sapa Aini ceria.
" Waalaikumusalam. Oh ye. Masuklah. Abang order makanan nanti. Tak sempat abang nak masak sebab perlu jaga kakak Nadia kamu. Kamu tahu tak yang kakak kamu gugur? Dan dia disahkan mandul. Bila kakak kamu sedar, dia tak percaya semua tu terjadi dan sekarang dia anggap anak patung sebagai anak kami. Abang tak tahu lah, abang harap dia pulih" kata Adam.
" Ya Allah, ya ka abang? Kesiannya kak Nadia. Abang Adam kena tabah ye. Takpe biar Aini masak untuk abang. Tapi abang kena tolonglah sebab Aini ni bukanlah hebat sangat macam kak Nadia." cadang Aini gembira. Harini dia nak spend time dengan Adam.
" Hm boleh juga. Abang pon lapar ni." setuju Adam.
" Oh ye, Aini nak jenguk kakak Nadia kejap eh. Nanti Aini turun." kata Aini sebelum bergegas naik ke atas.
Aini menjenguk ke bilik Nadia dan Adam. Kelihatan Nadia sedang bermain dengan anak patungnya.
" Hoi orang gila, seronok rasa kehilangan anak? " kata Aini perlahan. Bukan apa takut nanti Adam dengar pula.
" Apa kau ni? Hilang apa pula. Ni anak aku. Yang kau kata gila tu siapa? Kau kot." kata Nadia.
" Dasar orang gila. Meh sini anak patung tu" kata Aini lalu merampas anak patung dari pelukan Nadia.
" Orang gila macam kau ni, patut merana ja" kata Aini sebelum melemparkan patung itu ke lantai. Dipijaknya sekali dengan senyuman sinis. Dia tahu Nadia akan rasa patung itu sebagai anaknya maka dia akan berasa sedih.
" Anak aku ... anak aku ... kau jahat ... pergi dari sini ... pergi !" kata Nadia sebelum menolak Aini. Nadia turut mencakar tangan Aini dengan kuat. Aini jatuh terduduk. Adam datang kemudian selepas mendengar suara kuat Nadia. Aini yang baru nak membalas terdiam dengan kehadiran Adam.
" Abang ... tsk ... tsk ... sakit. Kak Nadia ni dia tolak Aini, dia cakar Aini. Sakit" mengadu Aini kepada Adam. Dia berpura-pura menangis. Adam melihat kesan cakaran Nadia. Merah sikit. Kuku Nadia barangkali panjang dan tajam.
" Apa yang terjadi?" tanya Adam
" Macam ni, tadi Aini datang nak jenguk kak Nadia. Kemudian Aini cakaplah akak kena kuat ... kena tabah. Kemudian dia terus lempar patung tu dan tolak Aini. Dia cakar juga Aini. Sakit ... tsk ... sakit" bohong Aini.
" Ya Allah, sayang. Kenapa sakitkan Aini?" tanya Adam.
" Dia lempar anak kita kat lantai!" kata Nadia sambil mengusap kepala patung itu. Adam memandang Aini.
" Ma ... mana ada. Aini nak tengok ja anak patung tu. Kemudian akak Nadia menjerit. Kemudian terjatuh lah" kata Aini tergagap.
" Sayang, kenapa ni. Jangan la perangai macam ni, dan Aini ... janganlah kamu ganggu kakak kamu sekarang. Dia perlukan rehat yang mencukupi." pesan Adam. Aini mengangguk lalu tersenyum sinis kepada Nadia. Nadia memandang tajam kepada Aini. Namun dia terpandang sesuatu di tangan kiri Aini. Terdapat tahi lalat di situ. Dia kemudian teringat kejadian sebelum dia berasa sakit di perut. Ya dia pasti, juru rawat dan Aini adalah orang yang sama.
" Abang, sekarang saya dah tahu siapa yang bunuh anak kita. Dia yang bunuh anak kita. Dia menyamar jadi juru rawat dan dialah yang masukkan sesuatu dalam badan sayang" kata Nadia.
" Sayang dah okay ke? Sayang dah terima kenyataan?" tanya Adam sedikit lega.
" Ye sayang dah ingat kembali. Aini, perempuan ni yang bunuh. Tangkap dia abang. Jangan lepaskan dia." kata Nadia.
" Apa maksud sayang? Aini yang bunuh? Mustahil lah ... Aini baru ja pulang harini dari Cameron Highland" terang Adam.
" Tak ... tak. Dia yang bunuh" kata Nadia.
" Apa yang akak merepek ni? Aini baru ja pu ... pulang dari Cameron lah. Ni baru tahu yang kak keguguran" tipu Aini. Haih macam mana dia boleh tahu pula.
" Cuba sayang terang kenapa sayang pasti itu Aini." kata Adam sambil memegang tangan Nadia.
" Tahi lalat. Aini ada tahi lalat di sebelah tangan kiri. Kedudukannya sama dengan juru rawat yang menyamar tu" kata Nadia sambil menunjukkan jari ke arah Aini. Aini melihat tangannya. Alamak macam mana ni.
" Akak, tak bermakna saya yang bunuh. Tak kan lah saya nak bunuh anak akak dengan abang Adam. Akak ... bukan saya sorang ja yang ada tahi lalat di tangan kiri. Berbilion orang lah ada. Akak ni main tuduh saya pula. Aini terasa tau.
" Dah la sayang. Sekarang ni sayang rehat dulu. Pasal kejadian tu sayang lupakan dulu. Biar abang yang uruskan. Sekarang ni sayang rehat ya" kata Adam. Nadia meronta-ronta namun akhirnya dia menangis.
" Anak kita abang ... anak kita. Tsk ... tsk ... anak kita. Maafkan sayang sebab tak jaga anak kita. Maafkan sayang" kata Nadia menangis teresak-esak dalam pelukan Adam sehinggalah Nadia terlelap akibat keletihan. Aini menarik nafas lega dan tersenyum sinis. Rancangan pertama sudah berjaya, dia akan merangka rancangan kedua. Tunggu dan lihat je lah Nadia. Abang Adam dan harta ni akan jadi hak aku selama-lamanya.
*********
Jangan lupa vote
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top