Nasi Kangkang?

Semakin hari Nadia dan Hazim mula mengorak langkah dengan jayanya. Mereka telah membantu Zakwan dengan meletakkan hospitalnya menjadi tiga yang terbaik di Malaysia. Zakwan tidak putus-putus berterima kasih kepada Nadia dan Hazim. Apa yang mengejutkan mereka, Zakwan membeli sebuah hospital kepada Nadia dan Hazim. Pada mulanya Hazim menolak kerana dia ingin menolong Zakwan namun Zakwan bertegas untuk memberikannya sebagai hadiah. Kini, Hazim menjadi pengerusi kepada hospitalnya bersama Nadia. Mereka menamakan hospital itu sebagai

" Hospital Hamelda" ucap mereka berdua di majlis perasmian hospital itu. Hospital Hamelda adalah gabungan nama Hazim iaitu Ha dengan Emelda iaitu Melda. Maka terbentuklah satu hospital buat mereka. Malah lebih hebat apabila Nadia dinobatkan sebagai doktor terbaik pada tahun itu. Nadia ditemu ramah oleh sekumpulan wartawan di satu majlis.

" Macam mana dengan perkembangan Dr. Balqis sekarang?" tanya wartawan.

" Alhamdulillah, kehidupan saya agak baik. Saya dan Dr. Hazim telah menerima hospital ini daripada kawan baik Dr. Hazim sebagai tanda hadiah. Saya juga mengucapkan rasa syukur kepada Allah kerana memberi rezeki ini," kata Nadia tersenyum.

" Bagaimana dengan hubungan Dr. dengan Dr. Hazim?" tanya wartawan lain. Ish menyibuk betullah dia ni.

" Saya tiada hubungan apa-apa dengan Dr. Hazim. Kami sekadar kawan sahaja," kata Nadia ringkas.

Pembuka tahun baru membuahkan satu anugerah kepada Nadia. Nadia telah dinobatkan sebagai doktor pertama yang mewakili Malaysia untuk membedah pesakit VVIP dunia. Nadia menerimanya dengan hati yang terbuka. Berita mengenai kehebatan Nadia tersebar luas. Kamilia dan Adam juga menonton live temu bual wartawan dengan Nadia.

" Hebatkan Dr. Balqis tu. Dia jadi wanita pertama dan doktor pertama di Malaysia yang rawat pesakit VVIP dunia." Kamilia memuji Nadia tanpa menyedari siapa doktor itu. Sungguh penampilan Nadia sukar diketahui. Kulitnya semakin putih dan berseri. Iris matanya juga semakin cantik dengan produk kecantikan. Dengan bertudung dan lebih berfesyen sedikit sebanyak menukar personaliti Nadia.

" Itulah. Dia agak hebat. Tapi kenapa dia tak terkenal dulu?" tanya Adam pelik. Kenapa nak muncul sekarang?

" Adalah tu masalah dia. Dah la jom tidur. Esok sayang masak nasi goreng untuk abang," kata Kamilia lalu menutup televisyen.

.

.

.

Berita mengenai kehebatan Dr. Balqis sampai di pengetahuan Atiffa. Atiffa terus menelefon anak buahnya untuk menetapkan tarikh untuk berbual dengan Dr. Balqis. Hal ini kerana, kulit mukanya menjadi semakin kecut kerana sudah lama. Jadi dia ingin berjumpa dengan doktor hebat itu untuk membetulkan kembali wajahnya. Dia masih lagi merangka rancangan untuk menghancurkan Kamilia.

SKIP

Pagi itu Kamilia bangun seawal 4 pagi. Dia memasak nasi pada awal waktu. Ketika semua orang masih tidur, dia bangun untuk menyiapkan sarapan untuk suaminya dan anak-anaknya. Setelah nasi siap, dia membawa bekas itu ke tandas. Dia menukarkan seluarnya kepada kain batik.

" Ohata herht ioqg hyuter pontres deoushb velaok " Kamilia membaca mantera yang diamalkan setiap hari. Dia meletakkan nasi itu di bawah kangkangannya. Dia meneruskan mantera yang dibaca.

" Wahai segala penghuni, datanglah ... muncullah. Datang rasai nasi ini. Muntahkan segalanya ke dalam nasi ini. Biar suami dan anak-anak dia patuh kepada arahanku. Biar suami aku cintakan aku," kata Kamilia. Selepas mantera itu habis dibaca, keluar satu jin berbadan hitam dengan rambut yang panjang mencecah lantai. Matanya merah dan giginya tersusun tajam. Sebelah matanya buta dan dia mengesot ke arah nasi di bawah kangkangan Kamilia. Dia mengeluarkan lidahnya yang panjang dan dipenuhi dengan ulat dan menjilat nasi itu. Sekali sekala lidahnya terkena betis dan kaki Kamilia. Kamilia menutup matanya kerana takut akan jin itu. Jin itu memuntahkan segala isi perutnya ke atas nasi itu. Nasi itu sekarang dipenuhi dengan ulat-ulat, darah dan muntah jin itu. Kemudian jin itu hilang selepas Kamilia membaca ayat terakhir yang diamalkannya.

Kamilia mengambil nasi itu dan mula membuat nasi goreng. Disebabkan Adam dan anak-anak Adam sudah terlalu lama memakan nasi buatannya, jadi mereka tidak sedar akan kehadiran ulat itu. Sebab itulah, Kamilia sentiasa bangun awal untuk memasak nasi. Pada awal kehadirannya, dia sudah meletakkan sedikit mantera kepada Adam namun cinta Adam terhadap Nadia terlalu kuat. Disebabkan Atiffa, Adam mula membenci Nadia dan rancangannya semakin menjadi apabila Nadia menyuruhnya untuk berkahwin dengan Adam.

Sehari demi sehari, cinta Adam kepada Nadia menjadi pudar dan hilang. Maka ketika itulah dia mula memberi nasi buatannya. Dia menjamu Adam dan sekeluarga dengan cara yang keji itu. Matlamatnya hanya satu iaitu merampas kembali haknya. Dia tidak sangka dengan bantuan daripada Atiffa, impiannya akan tercapai. Dia sebenarnya sudah lama menyukai Adam sejak Adam memasuki pertandingan sukan di luar negara.

Flashback

Adam ketika itu di tingkatan empat dan dia mewakili sekolah dalam acara sukan. Dia bergerak ke luar negara dengan pembantunya. Mereka menetap di sebuah hotel. Malam itu Adam berjalan-jalan di luar hotel. Tiba-tiba Adam terdengar suara seseorang menjerit. Adam mencari punca suara itu dan menjumpai sumber suara itu datang dari semak samun di belakang hotel. Adam mengintip di sebalik semak dan melihat seorang budak perempuan dikerumuni oleh ramai lelaki. Adam terus keluar dari semak dan memukul lelaki-lelaki itu. Perempuan itu akibat ketakutan terus memeluk Adam.

" Saya ... takut" kata perempuan itu.

" Kau boleh cakap melayu?" tanya Adam. Perempuan itu mengangguk.

" Saya takut," ulang perempuan itu. Adam memeluknya untuk memberi kekuatan. Perempuan itu mula jatuh cinta kepada Adam. Setiap hari dia akan pergi melawat Adam berlatih di padang hotel itu.

Suatu hari Adam berlatih berseorangan di padang. Perempuan itu datang dengan membawa sekuntum bunga.

" Hai," kata perempuan itu.

" Oh awak. Ya kenapa?" tanya Adam.

" Saya ... sebenarnya sukakan awak. Boleh awak jadi suami saya?" tanya perempuan itu. Adam terkilan dengan kata-kata daripada perempuan itu.

" Maaf ... saya tak suka perempuan. Perempuan ini menyemak dan saya tak suka bercouple. Saya dah disakiti oleh seorang perempuan dan saya berjanji untuk tidak akan berkahwin dengan mana-mana perempuan," kata Adam. Dia sudah dilukai oleh Aina ketika itu.

" Awak janji yang awak tak akan bernikah? Kalau awak bernikah ... saya pasti akan datang menuntut apa yang saya cakap," kata perempuan itu lalu pergi dari situ. Mulai hari itu Adam sudah tidak menjumpai budak perempuan itu

End Flashback

" Kau tipu Adam. Nasib baik Nadia lari dari kau dan aku jumpa dia. Dia tunjuk gambar pernikahan korang dan mulai waktu itu, aku akan datang. Aku tak benci Nadia tetapi aku cuma nakkan Adam." Kamilia tersenyum sinis. Tanpa disedarinya, ada seseorang yang memerhati perlakuannya.

" Ibu," panggil seseorang.


*******

Jangan lupa vote! OMMA! Kamilia buat nasi kangkang? Oh kejamnya hm.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top