Meninggal
Nadia dan Hazim memasuki satu bilik khas. Hazim membuka pintu untuk Nadia dan mereka masuk bersama-sama. Dalam bilik itu ada seorang perempuan yang tidak terurus. Rambutnya serabut dan mukanya kotor. Dia bermain dengan satu anak patung. Sesekali dia mendodoi patung itu dan sesekali dia bercakap dengan patung itu. Dia buat begitu seolah-olah patung itu hidup.
" Anak mama . Alololo. Mama tak akan bagi orang jahat ambil kamu ya. Ahhh kenapa kau dekat dengan aku ni? Pergi jauh-jauh!" kata perempuan itu sambil melemparkan patung itu ke dinding. Tiga saat kemudian dia merangkak semula ke arah patung itu dan mendodoinya semula.
" Dah terbalas dendam awak?" tanya Hazim kepada Nadia. Nadia merenung perempuan di hadapannya. Atiffa sekarang sudah hilang akal. Nadia menarik nafas yang dalam lalu menghembusnya.
" Walau apa pun yang terjadi ... dan dalam keadaan dia begini ... saya maafkan dia. Dia dahulu kawan baik saya juga walaupun banyak dia buat salah. Memang susah nak maafkan perbuatannya tapi memandangkan Allah dah balas ... buat apa saya berdendam lagi? Dia dah pun jadi begini. Saya harap dia akan pulih. Saya doakan dia dan saya ikhlas maafkan dia. " Nadia berkata lalu memejamkan matanya. Sumpah dia memang awalnya tak akan maafkan Atiffa namun arwah papa, mama, emak dan ayah angkatnya sering menitip pesan untuk memaafkan orang. Katanya kita sesama umat manusia sepatutnya tiada dendam. Walaupun orang itu buat kesalahan, maafkanlah.
" Awak memang seorang yang baik hati dan pemaaf. Sukar bagi saya terima tapi ini situasi awak. Kalau saya jadi awak, memang saya tak akan lepaskan. Tapi awak mudah-mudah saja maafkan dia. Awak memang wanita yang baik Nadia," kata Hazim. Nadia berjalan ke arah Atiffa dan mengusap pipi kawannya itu perlahan.
" Atiffa. Aku maafkan kau walaupun kau dah buat macam-macam. Aku ada kau saja sebagai kawan aku sekarang.Aku harap kau ... sembuh ... tsk ... cepatlah ya sembuh. Aku akan jaga kau dengan baik," tutur Nadia. Atiffa memegang pipi Nadia lalu tersenyum.
" Na ... dia. Aku minta maaf," kata Atiffa. Nadia menitiskan air matanya sambil memeluk Atiffa.
Namun mata Atiffa tiba-tiba tertumpu kepada satu lembaga di bucu dinding bilik itu. Lembaga hitam yang bermuka huduh, bermata merah, berambut panjang dan mempunyai gigi yang tajam memerhatinya dan turun dari siling perlahan-lahan. Atiffa segera berlari ke atas katil namun lembaga itu tetap mengesot ke arahnya. Lembaga hitam itu terus meluru laju ke arah Atiffa. Atiffa bagai dirasuk dan dia menjerit kesakitan. Badannya tetiba terangkat ke atas dan melekat di dinding.
Nadia dan Hazim yang melihatnya terkaku di tempat berdiri mereka. Tidak mampu bergerak kerana apa yang terjadi di hadapannya berlaku di luar jangkaan mereka. Badan Atiffa terapung sekali lagi ke siling dan terus terjatuh ke atas lantai. Sebelum jatuh, Atiffa ketawa mengilai-ngilai perlahan dan mendayu. Saat Atiffa jatuh, keluar darah dari mulutnya dan darah itu bewarna gelap. Tahulah Nadia dan Hazim yang Atiffa disihir oleh seseorang.
Nadia tidak sanggup untuk melihat. Dia menutup mata dengan tapak tangannya. Hazim memberanikan diri untuk mendekati Atiffa dan mengusap mata Atiffa yang terbuka luas. Akhirnya Atiffa menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum sempat mengucapkan dua kalimah syahadah.
.
.
.
Majlis pengebumian Atiffa diuruskan oleh Nadia sepenuhnya. Selepas selesai membaca doa, para tetamu mula beransur pulang. Nadia duduk sambil melihat tanah merah di hadapannya. Kini semua kawan-kawannya sudah kembali ke Ilahi. Dia menahan air matanya dengan menarik nafas yang dalam. Namun segala memori mereka bermain-main di ruang legar Nadia.
" Janji dengan aku, kita akan jadi kawan yang terbaik sampai akhirat!" kata Nadia sambil tersenyum. Alya, Sofea dan Atiffa mengangguk lalu memeluk Nadia.
" Aku janji kita akan jadi kawan yang baik untuk kau! Aku akan bersama dengan kau sampailah nyawa aku diambil," kata Sofea sambil tersengih. Alya turut menyokong kata-kata Sofea.
" Aku pun akan bersama dengan kau tak kira kau senang atau susah," tutur Alya pula.
" Aku Atiffa anak Roslan berjanji yang kita tak akan berpecah belah walau apa pun yang datang! Aku akan setia dengan kau Nadia!" ujar Atiffa pula. Nadia tersenyum lebar mendengar kata-kata mereka.
Air mata Nadia mengalir jua. Sumpah dia kehilangan kawan-kawan baiknya. Dia tak sanggup dan dia tak kuat untuk bertahan. Dia kuat selama ini kerana kawan-kawannya. Namun kawan-kawannya pergi meninggalkan dia. Dia kuat demi emak dan ayah angkatnya namun mereka pergi jua. Dia kuat kerana mama, papa dan ayah mertuanya namun mereka pergi meninggalkannya. Dia kuat kerana anak-anaknya namun anak-anaknya berpaling dengannya. Dan ... dia kuat kerana suaminya namun suaminya telah buang dia.
Tiba-tiba ada satu tangan naik ke pipinya dengan mengelap air mata Nadia menggunakan tuala kecil. Orang itu adalah Hazim. Hazim tersenyum kepadanya.
" Jangan sedih. Saya ada bersama dengan awak. Saya tak akan tinggalkan awak. Saya akan jaga awak sepenuh hati saya. Saya akan mencintai awak sepanjang hidup saya." Hazim berkata selepas duduk di sebelah Nadia. Kalau dia dah sah dengan Nadia pasti tubuh disebelahnya akan dipeluk dengan erat.
" Terima kasih Hazim. Tapi awak lebih baik dengan perempuan lain. Saya ni mandul. Tak boleh beri kebahagiaan kepada awak. Saya minta maaf. Awak dah cukup sempurna ... tak akan lah nak kawin dengan saya. Saya ni janda dan mandul pula tu. Percayalah ramai wanita yang beratur depan awak suatu hari nanti," kata Nadia sambil tersenyum pahit.
Hazim menggelengkan kepala.
" Memang anak penyeri rumah tangga tapi saya tak kisah pasal tu. Saya cintakan awak dan saya terima semua kekurangan awak. Saya tak kisah kalau awak mandul atau janda kerana awak tetap menjadi buah hati saya untuk selama-lamanya. Saya memang cintakan awak," kata Hazim ikhlas.
"Maaf, saya takut kalau melukakan hati awak. Tak mengapalah saya pun dah tak lama dekat dunia ni. Bila- bila masa saja saya akan pergi menghadap Ilahi. Saya akan berjumpa dengan mak, ayah, mama, papa, anak-anak saya dan kawan-kawan saya. Saya taknak sia-siakan hidup awak dan biarkan awak keseorangan," kata Nadia. Hazim mengerutkan dahi. Kenapa Nadia cakap yang dia akan berjumpa dengan mereka yang sudah meninggal?
" Apa yang awak cuba cakapkan ni?" tanya Hazim.
" Awak tak berasa hairan ka sebab saya suruh Adam nikah lain? Sebab rela Adam kahwin lagi satu?" tanya Nadia sambil tersenyum.
" Sebab er awak tak mampu beri dia zuriat?" balas Hazim perlahan. Dia takut melukakan hati perempuan yang dicintainya ini.
" Itu salah satu. Sebab awalnya ialah saya ada kanser otak tahap 3," tutur Nadia perlahan sambil memandang langit.
*********
Kalau lah nanti Nadia kahwin, korang nak Adam atau Hazim? Cepat pilih!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top