Kebenaran

" Jom pulang rumah ayah nak?" tanya Nadia kepada Adam memandangkan cuti harini. Adam berfikir sebentar lalu mengangguk. Dia pon sudah lama tak pulang ke rumah ayahnya.

" Ajak Kamilia sama. Kesian dia kat rumah sorang-sorang" kata Adam. Nadia mengangguk lalu pergi berjumpa dengan Kamilia. Pada awalnya Kamilia menolak namun selepas Nadia mengajaknya, Kamilia akhirnya bersetuju. Nadia segera menelefon Tengku Airil untuk memberitahu kedatangan mereka. Kemudian Nadia segera bersiap untuk bergerak ke rumah ayah mertuanya.

******

Tengku Airil gembira dengan kedatangan menantunya. Aini yang kebetulan lalu pelik dengan sikap Tengku Airil.

" Uncle ... okay ke tu? Kenapa tersenyum je" tanya Aini.

" Oh , kejap lagi Nadia dan Adam nak datang ... nak masak dekat sini. Lagipon uncle ada lah nak cakap sesuatu dekat Nadia" kata Tengku Airil. Aini sekadar mengohkan sahaja. Dia ingin berlalu pergi namun ditahan oleh Tengku Airil.

" Uncle nak cakap sesuatu ni. Tadi ayah kamu telefon dan dia tanya sesuatu tentang kamu" kata Tengku Airil sambil tersenyum.

" Apa?"

*******

Nadia, Adam dan Kamilia serta anak-anaknya tiba di rumah Tengku Airil. Aini membuka pintu untuk Adam dan tersenyum manis. Nadia dan Kamilia membuat muka menyampah.

" Hai abang Adam, sihat?" tanya Aini sambil tersenyum.

" Waalaikumusalam" perli Kamilia. Nadia di sisi menahan ketawa daripada terhambur keluar.

" We Lia, kau ni. Lain kali kalau datang rumah, panggil Assalamualaikum lah" kata Nadia pula mula memanaskan api kemarahan Aini. Aini terdiam lalu masuk ke dalam rumah. Adam hanya menggelengkan kepala dan mula menapak masuk ke dalam rumah diikuti dengan anak-anaknya dan Nadia serta Kamilia. Anak-anaknya sudah tentu pergi memeluk Tengku Airil dulu.

" Oh cucu tokwan dah sampai. Ah beratnya" kata Tengku Airil menahan ketawa.

" Ish mana ada beratlah, ringan je ha" kata Arisa sambil menjuihkan mulutnya.

Tengku Airil ketawa dengan celoteh cucu-cucnya. Dia sudah tua dan dah penat. Bila-bila masa sahaja dia akan pergi menghadap Ilahi. Tengku Airil mencium pipi cucu-cucunya dengan berkali-kali dan memeluk mereka bagaikan dia sudah ingin pergi.

" Dengar ni kata tokwan, kalau apa pon terjadi, percayakan mama kamu okay? Mama kamu adalah yang terbaik dan lagi terbaik. Kamu, Ariff jaga adik-adik kamu dengan baik okay? Kamu sebagai abang kena jaga mama dan adik-adik kamu. Okay sayang?" pesan Tengku Airil. Entah kenapa dia merasakan ajalnya bila-bila masa sahaja akan datang menjemput.

" Okay tokwan, kami sayang tokwan." Ariff dan adik-adiknya terus memeluk Tengku Airil.

" Amboi ayah, cakap tu macam pelik je. Ada apa-apa yang Nadia tak tahu ke?" tanya Nadia di sebalik pintu. Tengku Airil tersenyum lalu menggelengkan kepala. Buat kali terakhir dia mencium dahi cucu-cucunya. Kemudian budak-budak itu pergi bermain di dalam bilik mereka.

" Takdelah, cuma ayah rasa ajal ayah dah nak dekat," kata Tengku Airil.

" Ish ayah ni, apa ni. Adam tahu ayah kuatlah" ujar Adam sambil duduk di depannya.

Kamilia tersenyum lalu menyalami ayah mertuanya. Tengku Airil tersenyum.

" Kamu Kamilia kan? Maaflah haritu ayah tak sempat nak kenal lebih lanjut" tutur Tengku Airil sambil tersenyum lemah. Kamilia mengangguk.

" Adam, ayah nak pesan sesuatu. Tolong jaga isteri-isteri kamu dengan baik. Ayah taknak perkara lama berulang lagi. Ayah harap kamu dah berubah ye dengan kehadiran Kamilia dan Nadia, ayah harap kamu jaga diorang baik-baik. Ayah nak pesan satu ja, ayah sayang kamu sangat-sangat. Ayah harap kamu dapat menjaga mereka dengan baik. Ayah dah tua, ayah dah tak mampu nak jaga kamu semua lepas ni. Ayah dah tak mampu nak nasihat kamu lagi dah. Ayah harap kamu menjaganya dengan baik ya" nasihat Tengku Airil. Nadia di sisinya sebak dengan nasihat itu. Entah kenapa akan ada sesuatu yang akan berlaku.

" Nadia ... ayah nak cakap sikit. Tapi sebelum tu, maafkan semua perbuatan ayah yang ayah dah buat dekat kamu sekeluarga. Ayah betul-betul sayang kamu. Ayah taknak perkara ini terjadi tetapi ayah hanya memikirkan perkara yang baik untuk kamu. Maafkan ayah, ayah sayang sangat dekat kamu. Kamulah menantu paling baik dan paling sesuai untuk Adam. Pertama kali ayah lihat kamu, ayah dah nampak yang kamu seorang yang sangat baik. Ayah harap kamu jaga Adam sebaiknya, " kata Tengku Airil sambil menangis. Nadia yang tersentuh terus berkata-kata.

" Ayah mana ada buat salah. Setahu Nadia, ayah tak pernah buat salah dengan Nadia. Ye Nadia pon sayang ayah. Kalau sebelum ni, Nadia kehilangan mak ayah angkat Nadia ... ayahlah yang menjadi tempat Nadia berbicara ... menjadi tempat Nadia mengadu. Terima kasih ayah" kata Nadia sambil tersenyum.

" Ayah sebenarnya ada ... buat salah dengan kamu. Ayah ... minta maaf, ayah buat demi Nadia. Ayah minta maaf sangat-sangat" kata Tengku Airil.

" Apa yang ayah buat? Mana ada lah" tutur Nadia tidak percaya.

" Sebenarnya, anak pertama kamu ... Mohd Ariff Haikal itu boleh diselamatkan dahulu. Doktor yang menyambut kelahiran kamu merupakan doktor ayah ketika itu. Dia ada menelefon ayah memberitahu yang anak pertama kamu boleh diselamatkan jika mahu tetapi risikonya sangatlah rendah. Ayah diberi pilihan, jika anak ini meninggal mungkin kamu akan bersedih tetapi dalam masa yang sama kamu masih ada 2 lagi anak ketika itu iaitu Ariff Hakimi dan Neldia Arisa, jadi mungkin akan mengubat kesedihan kamu. Lagi satu pilihan adalah selamatkan bayi itu tetapi dia akan menjadi cacat seluruh badan, matanya akan menjadi buta, telinganya ada menjadi masalah dan akan menjadi bisu. Dia juga akan mengalami kelumpuhan selamanya. Jadi risiko untuk dia hidup hanyalah 2%. Dan lagi satu, ia akan membahayakan nyawa Nadia sebab tali pusatnya terbelit dengan usus Nadia. Jadi nak taknak ayah kena pilih kamu, Ariff Hakimi dan Arisa berbanding menyelamatkan kamu" terang Tengku Airil panjang lebar.

Nadia terkedu.

" A ... pa? Apa yang ayah cakap ni? AYAH TAHU TAK ITU ANAK SAYA!" kata Nadia sedikit beremosi. Dia jaga anaknya itu dari kecil sehingga 9 bulan dan Tengku Airil selamatkan dia daripada anaknya? Anaknya itulah yang menjaganya, yang menemaninya. Sanggup Tengku Airil mengorbankan Ariff Haikal?

" A ... yah ... minta maaf ... tsk ... ayah terpaksa pilih kamu. Kalau tak nyawa kamu mungkin dalam keadaan bahaya" ucap Tengku Airil.

" Biarlah ... saya mati sekalipun ... tapi saya tetap akan selamatkan anak saya selagi saya boleh. Setakat potong usus saya, saya tak akan mati lagi dalam masa yang terdekat. Apa yang ayah dah buat ni? saya sayang sangat dengan anak saya. Dialah yang menemani saya saat saya keseorangan ... dialah yang selalu masuk ke dalam mimpi saya ... dialah yang menjadi kekuatan kepada saya saat saya menangis, saat saya lemah. Saya ... saya ... hidup demi dia. Saya kuat ... demi dia. Saya ... tabah demi dia." Nadia menangis teresak-esak. Adam juga kelihatan tidak terkejut kerana Tengku Airil sudah memberitahu dia dan dia pon tak sanggup nak beritahu Nadia akan hal ini.

" Sayang, dah lah. Ariff Haikal perkara lalu, dah meninggal. Kita doakan je yang terbaik okay? Sabar ye" nasihat Adam cuba menyalurkan kekuatan. Kamilia juga agak tergamam dengan kata-kata daripada Tengku Airil namun semua ada hikmahnya. Nadia kini sudah mempunyai empat anak dan hidup dalam keadaan sihat sejahtera. Andai Tengku Airil memilih Ariff Haikal, mesti Nadia sedang sakit?

" Abang tak rasa apa yang sayang rasa. Waktu tu, anak sayalah yang jadi peneman saya. Saat saya tidur, saat saya mandi, saat saya makan ... dia tidak pernah buat hal. Tak pernah buat saya pening atau sebagainya. Dialah kekuatan saya tahu tak! " kata Nadia masih menangis. Dia tak sangka rupanya masih ada jalan untuk selamatkan anaknya itu tapi hm.

" Ma ... maafkan ayah. Maafkan ayah ... " Tengku Airil terus menangis menyesali perbuatannya. Dia tahu sedikit sebanyak akan membuatkan Nadia terkesan.

" Nadia, perkara dah lepas jangan diungkit. Aku rasa mesti Ariff Haikal faham dengan situasi tu. Mesti dia tak bersedih dan rasa gembira sebab selamatkan kau. Dia mesti nak kau hidup bahagia dan kekal sihat. Jadi dia rasa baik dia korbankan diri demi kau. Allah dah aturkan jalan yang terbaik untuk kau Nadia. Aku tahu semua ni sedih bagi kau tapi mesti ada hikmah disebalik semua ni. Tengok? Sekarang kau dah ada Ariff Hakimi, Neldia Arisa, Safia Athirah dan Haris Iskandar. Kau juga hidup sihat demi anak-anak kau. Cuba kau bayangkan bila ayah kau pilih nak selamatkan Ariff Haikal dan dia selamat. Kemudian dengan keadaan dia begitu dan kau pula yang dah kena potong usus ... belum tahu lagi kau boleh jaga dia. Andai kata kau dapat penyakit kanser, dan kau meninggal. Siapa yang akan tabah jaga anak kau? Mesti anak kau akan disisih? Cuba kau bayangkan" nasihat Kamilia sambil memeluk Nadia. Nadia menangis di pangkuan Kamilia. Ada benar apa yang dia kata. Dia berhenti menangis lalu berdiri.

" Saya akan cuba lupakan. Duduklah kat sini, saya nak masak dulu," kata Nadia. Adam tersenyum lega.

Nadia memasak sambal sotong, masak lemak cili padi ayam dan membuat nasi beriyani. Selepas siap, dia menghidangkan kepada Tengku Airil.

" Ayah makan," kata Nadia tersenyum. Adam dan Kamilia tersenyum bila Nadia sudah kembali tersenyum. Tengku Airil tersenyum lega dan makan makanan yang disuap oleh Nadia. Namun tidak sampai 2 minit, keluar buih dari mulut Tengku Airil. Nadia, Adam dan Kamilia gelabah dan cemas dengan keadaan itu.

" Ayah ... ayah ... kenapa ni?" tanya Adam.

" Ma ... maafkan ayah Nadia , Adam ... jaga isteri kamu-" kata Tengku Airil sebelum menutupkan mata.

***********

WEYHHH apa yang terjadi? Apa yang Nadia buat? Apa jadi dekat Tengku Airil? ARRRR . Nak tahu? Tunggu 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top