Hadiah daripada Atiffa

Nadia menunggu kepulangan Adam dan Kamilia. Selepas hampir 1 jam mereka pergi ke klinik, akhirnya mereka pulang. Apa yang Nadia lihat adalah reaksi mereka yang gembira?

" Apa yang macam gembira ja tuh? tanya Nadia di depan pintu.

" Aku mengandung! We alhamdulillah," ucap Kamilia gembira. Akhirnya doanya termakbul.

" Ye ke? Alhamdulillah. Dah berapa bulan?" tanya Nadia gembira.

" Baru lagi. Aku rasa gembira we. Ya Allah, akhirnya aku ada anak we," kata Kamilia gembira. Nadia turut berasa gembira. Akhirnya Adam akan mempunyai anak lagi.

" Tahniah abang, alhamdulillah doa saya dimakbulkan" ucap Nadia sambil memandang Adam. Namun Adam mengabaikan kata-katanya.

" Sayang, kena jaga baik-baik tau kandungan ni. Mana tahu ada orang cuba bunuh pula nanti. Kesian anak kita. Dah la ada isteri ni ja yang mampu lahirkan anak abang, " kata Adam cuba menyindir Nadia. Nadia tersenyum kelat. Dia tahu Adam berkata begitu untuk menyakitkan hati dia.

" Abang, apa cakap macam tu. Tak baiklah. Janganlah ... tak baik lukakan hati orang lain," nasihat Kamilia. Kamilia tersenyum lalu mengheret Nadia ke biliknya. Dia nak bertanya kepada orang pakar dalam bab-bab jaga anak ni.

Malam itu selepas makan malam, Nadia menyuruh anak-anaknya untuk naik ke atas kerana dia ingin memberitahu sesuatu kepada Adam dan Kamilia.

" Ada apa? Jangan ganggu aku boleh tak? " kata Adam malas ingin melayan.

" Saya ada benda nak cakap, ini penting." Nadia berkata walaupun mendapat jelingan daripada Adam.

" Ada apa Nadia? Ceritalah," kata Kamilia lembut.

" Sebenarnya Aini tu ... Atiffa. Abang tahu tak haritu dia datang dan dia kata dia tu Atiffa. Memang pada awalnya saya tak percaya tapi dia ada sebut pasal arwah Ilyas dan nama penuh kawan-kawan kita. Jadi saya pasti itu memang dia. Dia ada cerita yang dia dah bunuh Aini yang sebenar," cerita Nadia bersungguh-sungguh. Namun sayang seribu kali sayang, Adam membangkang apa yang diceritakan oleh Nadia.

" Kau janganlah membongak sangat. Dia tu sepupu aku. Aku tahu la siapa dia. Kau tak payah la reka cerita macam ni. Dari dulu lagi kau tu tak habis-habis sebut pasal Aini. Aini salah ... Aini salah. Padahal salah kau. Kau tu ego sangat. Dah buat salah taknak mengaku. Aku sebenarnya macam ni lah. Aku jujur cakap. Aku memang dah takdak perasaan dekat kau. Aku kalau ikut memang nak ja lepaskan kau tapi aku ingat anak-anak aku. Mereka tu perlukan kau. But, one day kalau mereka dah benci dekat kau, kau tahulah apa yang terjadi. Tahu sebab apa aku berubah hati? Sebab semua salah kau. Kau taknak minta maaf kalau buat salah ... kau lawan cakap aku ... kau taknak dengar cakap aku ... kau gugurkan anak aku ... dan kau bunuh ayah aku. Itu sebab aku dah berubah hati. Aku ucap terima kasihlah sebab bagi menikah lagi sorang. Kalau tak sebab kau, aku tak kan dapat anak lagi. Dasar mandul." Adam menghambur segala kemarahannya. Dia terus naik ke atas untuk mengambil baju-bajunya dan meletakkannya ke bilik Kamilia. Dia dah tawar hati!

Nadia terus menangis teresak-esak. Kamilia yang berasa kasihan terus memeluk Nadia. Dia menasihati Nadia untuk terus kuat demi anak-anaknya. Nadia mengangguk dan mengelap air matanya.

" Betul kata kau, aku kena kuat demi anak-anak aku, terima kasih weyh. Andai nanti aku pergi dari hidup Adam, tolong jaga dia dan anak-anak aku ya. Jadikan anak-anak aku sebagai anak kau okay," kata Nadia sambil mengelap sisa air matanya. Kamilia mengangguk tanda bersetuju.

" Aku akan jaga anak-anak kau macam anak aku sendiri. Tapi kau janganlah pergi dari sini. Tinggallah dengan aku. Aku bosanlah kalau kau takdak," kata Kamilia sedih. Nadia hanya mampu tersenyum kelat.

5 bulan seterusnya.

Walaupun hubungan Adam dan Nadia tidak rapat namun Adam sudah lagi tidak memarahi atau menengking Nadia. Itupun sebab Kamilia yang menyuruhnya. Kalau tak memang 24 jam la dia marah. Kandungan Kamilia juga sudah mencecah hampir 6 bulan. Tinggal 3 bulan lagi dan mereka akan melahirkan baby boy . Atiffa juga tidak nampak kelibatnya selama hampir 5 bulan ini selepas kemunculannya di penjara haritu. Nadia harap Atiffa tidak akan kembali lagi.

Nadia pulang ke rumah mama dan papanya. Selama 5 bulan itu, Nadia kerap pulang ke rumah mama papanya. Nadia tidak ingin bercerita tentang hidupnya kepada mama papanya tetapi naluri ibu bapa tidak boleh ditandingi. Mereka membau masalah yang dihadapi oleh Nadia. Nak tak nak, Nadia terpaksa menceritakan hal itu. Pada awalnya, mama papanya agak marah dan ingin bertemu dengan Adam namun Nadia menghalang mereka. Nadia mengatakan walaupun hubungan mereka teruk, Adam tidak pernah menaikkan tangan kepadanya. Mama papanya risau akan keadaan Nadia namun Nadia menegaskan yang dia okey. Selepas itu, mama dan papanyalah yang menjadi tempat untuk bercerita di samping anak-anaknya.

" Assalamualaikum mama, papa." Nadia memberi salam. Mamanya membuka pintu dan tersenyum.

" Nadia ... datang pun. Hari ini mama masak banyak lauk kegemaran kamu. Jom la makan," jemput Engku Raisha. Papanya juga sudah ada di meja makan. Nadia melihat makanan yang dimasak oleh Nadia.

" Banyaknya mama. Ada sesapa nak datang ka?" tanya Nadia pelik.

" Sajalah mama nak masak untuk anak mama seorang ni. Mana tahu nanti mama dah tak sempat nak masak sedap-sedap macam ni, " kata Engku Raisha tersenyum.

" Dah la mama kamu pun. Nadia jom makan. Papa dah tak sabar ni," kata Engku Haqiem memanggil anak perempuannya. Selepas makan mereka duduk bersembang bersama-sama. Nadia merasa amat gembira pada hari itu. Sebelum pulang, mama dan papa Nadia memeluknya erat dan mencium dahi Nadia.

" Lepas ni jaga diri okay. Sayang kena kuat untuk hadapi semua perkara. Kalau apa pun terjadi, ingat Allah dan anak-anak okay? Mama dan papa tahu kamu kuat. Mama dan papa sayang kamu," kata Engku Raisha tiba-tiba. Walaupun agak pelik namun Nadia tetap membalas pelukan mereka. Selepas berpelukan dan bersalaman, Nadia pulang ke rumahnya.

Sampai sahaja di rumahnya, dia menerima satu mesej daripada seseorang yang tidak dikenali.

0127632864

Kau akan dapat dua hadiah harini. Goodluck sayang. Jumpa dekat neraka. HAHAHA

Nadia hanya mengabaikan mesej yang dia terima. Entah siapalah yang hantar mesej begitu. Tiba-tiba dia mendengar jeritan Kamilia dari dalam rumah. Dia terus membuka pintu dan mencari Kamilia. Adam pula tidak kelihatan . Mungkin dia pergi ambil anak-anaknya dari sekolah.

" Kamilia ... mana kau,?" jerit Nadia. Dia masuk ke dalam biliknya namun tidak nampak kelibat Kamilia. Dia terus bergegas ke dapur. Bagaikan nak luruh jantungnya, Kamilia rebah di atas lantai dengan pisau tertusuk ke perutnya yang membesar itu. Nadia terus mendapatkan Kamilia yang tidak sedarkan diri.

" Kamilia ... bangun ... Ya Allah, banyaknya darah," panggil Nadia. Dia nak rawat Kamilia namun tiada peralatan yang mencukupi. Nadia terus menelefon ambulans. Nadia mengambil kain yang ada dan menghentikan pendarahan. Yang dia risau sekarang adalah anak Kamilia! Pisau itu betul-betul tertusuk di bahagian perut Kamilia. Kalau tak dikeluarkan sekarang, bayi itu mungkin akan meninggal. Dia mencabut perlahan pisau itu dan menutup luka itu menggunakan kainnya. Darah yang memercik terus membasahi pakaian Nadia. Bunyi loceng rumah kedengaran. Dia terus membuka pintu. Namun apa yang ada di depannya membuatkan dia jatuh tersungkur.

" Ma ... mama, pa ... papa" panggil Nadia. Mama dan papanya berada di hadapan pintu dengan berlumuran darah. Apa yang lebih kejam, tangan papanya dipotong dan pakaian mamanya terkoyak rabak. Terdapat pisau juga di perut mamanya. Papanya juga ditetak dengan pisau. Nadia memeriksa nadi mereka.

" Innalillah ... mama ... tsk ... papa. Kenapa tinggalkan Nadia. Mama papa janganlah meninggal. Mama ... papa ... tsk ... tsk. Nadia tak kuat nak hadap semua ni. Mama ... papa." Nadia menangis di samping mama dan papanya. Waktu itu Adam pulang ke rumah. Apa yang dia nampak bagaikan satu keadaan yang tidak dapat ditafsir. Dia menelefon polis dan ambulans.

" Apa yang kau buat ni?" tanya Adam risau. Adam terus meluru masuk ke dalam rumah. Bagai nak luruh jantung apabila melihat keadaan Kamilia. Dia terus mendukung Kamilia lalu membawanya keluar apabila terdengar bunyi ambulans. Dia meletakkan Kamilia di atas katil di dalam ambulans. Anak-anak Adam keluar dari kereta dan bergerak ke nenda dan tokwan mereka.

" Tokwan ... nenda? " panggil Safia kuat. Namun mereka sudah tidak bernyawa. Adam membuang bajunya lalu meletakkan di atas badan mak mertuanya.

" Apa yang kau buat ni? Kau bunuh mereka ka? Kau tikam mama papa? Kau tikam Kamilia ka bodoh?" tanya Adam kasar. Nadia tidak berganjak. Dia sudah puas menangis tadi. Air matanya sudah kering. Bunyi siren dari polis mematikan lamunannya. Pihak polis menggari tangan Nadia namun dia meronta-ronta.

" Lepaskan aku! Aku nak uruskan mama papa aku. Lepaskan aku," kata Nadia sambil menangis.

" Tokwan ... nenda ... janganlah pergi," Anak-anaknya menangis di samping Adam.

" Mama pembunuh! Mama bunuh tokwan Airil ... bunuh tokwan Haqiem ... bunuh nenda. Mama jahat," jerit Ariff. Dia tak percaya yang mamanya seorang pembunuh!

" Ta ... tak sayang. Mama tak bunuh mereka. Mama sayang tokwan dan nenda. Mama tak bunuh," kata Nadia sambil menggelengkan kepala.

" Mulai harini, mama bukan lagi mama kami. Pergi dari sini perempuan pembunuh. Kami takdak ibu yang suka membunuh!" kata Arisa pula. Dia sudah penat melihat apa yang terjadi.

" Mama jahat," kata Haris pula sambil menangis.

" Kembalikan nenda ... kembalikan tokwan. Cepat!" jerit Safia pula. Nadia menggeleng lemah. Bukan dia yang buat! Tiba-tiba pipinya rasa pedih.

" Ambik kau pembunuh! Rasakan penampar aku," kata Atiffa tersenyum sinis.

" Mana Aini pergi selama ni?" tanya Adam.

" Oh ya, Aini pergi cuti dan harini bila balik, Aini terkejut tengok semua ni. Perempuan ni dah gila ka?" kata Atiffa sambil tersenyum sinis.

" KAU! KAU YANG BUNUH KAN? MESEJ TU DARI KAU KAN? KAU BUNUH MAMA PAPA AKU ... KAU YANG BUAT ANAK-ANAK AKU BENCI AKU. KAU! " marah Nadia. Namun sekali lagi pipinya ditampar. Kali ini bukan dari Atiffa, tapi dari Adam.

" ENGKU NADIA EMELDA BINTI ENGKU HAQIEM ... AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK 2" ucap Adam di hadapan semua orang. Atiffa tersenyum puas di belakang. Nadia akhirnya rebah dengan tangan yang bergari. 

*********

Sebelum apa-apa, vote dulu haha! Oh ye rasanya cerita ni dah nak sampai ke penghujung. Rasanya bukan 70 bab macam APG 1. Korang tunggu ja lah ye! Saya tahu korang marah kan! Ye saya pon waktu taip macam ada syaitan yang rasuk HAHAHAHA.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top