Abang BMW Merah
"Wow....rugged."
Qasrina menanggalkan cermin mata hitam yang dipakainya.
"Thanks boss..."
Dia memberikan senyuman kepada Encik Aziz, majikannya yang sedari tadi berdiri di pintu pejabat mengawasi sesi pertukaran shift.
Qasrina memandang jam di tangannya , pukul 2.45 petang. 15 minit lagi shift petang akan bermula. Bukan senang nak dapat pujian dari bossnya yang hensem ala-ala Shahrukh Khan tu.
"Jong...hari ni kau jaga Till 1. Akak penatlah nah relaks sikit hari ni...."
Qasrina mengangguk. Dia memakai vest dan mengambil tempat di Till 1. Shima telah pun sedia untuk membuat pertukaran shift.Zuleha mengambil tempat di Till 2.
"Berape sale hari ni...." En Aziz yang sedari tadi memerhatikan mereka bertanya. Tina dan Shima masuk ke dalam pejabat untuk mengira jualan shift mereka.
"Diam aje Jong kenape?" Qasrina yang sedang memandang keluar mengeluh kecil. Soalan Zuleha dibiar tak berjawab. Matanya masih terarah ke kawasan pam minyak yang kosong. Saat itu tiada satu kereta pun yang singgah untuk mengisi minyak.
"Arrange marriage...."pendek jawapan Qasrina. Sementara Zuleha sudahpun ketawa terbahak-bahak. Di zaman yang serba moden ini masih ada lagi perkahwinan yang diatur keluarga. Kelakar mendengar jawapan Qasrina.
"Gelaklah....memang lawak pun...."Qasrina bersuara perlahan. Pagi tadi diabertengkar dengan ibunya kerana perkara itu. Meskipun tidak mempunyai kekasih, namun Qasrina mahu dia sendiri mencari teman hidupnya. Merasai pengalaman jatuh hati seperti orang lain.
"Bagus jugak Jong....bercinta lepas kahwin lagi best dah halal semuanya...."
"Nama saya Qasrina okey bukan Jong... Or Jongos" Qasrina menjeling Zuleha tajam. Dia pun tak tahu kenapa Zuleha asyik memnaggilnya Jongos.
"By the way akak tau tak Jongos tu bermaksud pembantu rumahtangga lelaki atau pelayan atau bujang dalam bahasa Indonesia dan yang paling menariknya Jongos berasal dari perkataan Belanda Jongens..."
Dah mula pulak Qas yang bijaksana dan pandai jadi Kamus bergerak. Bila masa pulak dia cari makna perkataan tu. Zuleha tak ambik perduli pun. Dia saja suka-suka je panggil. Tak pernah tau pun apa maknanya.
"Ape-apelah... Aku tetap suka panggil kau Jong..Hahahaha..." Zuleha gelak suka hati. Qasrina tarik muka. Ingatkan dah tahu makna dia boleh dapat nama dia balik. Penat-penat je tanya pakcik Google.
" Menangis ayah saya kat kubur. Penat dia bagi nama cantik-cantik untuk saya...akak suka-suka je tukar.."
"Gila lah kau ni orang dah mati mana boleh nangis.Jong... Kau tengok tu." Zuleha menunjuk ke arah pam minyak.
"Mercedes M3 Melbourne Red... Tak banyak keluaran ni..." Qasrina teruja.
Sebuah BMW merah meluncur masuk ke Pam 1. Qasrina berasa teruja. Dia memang meminati kereta BMW terutamanya berwarna merah. Kereta paling hensem dalam dunia ni.
"Betul ke..." Tanya Zuleha. Mereka berdua sedang mengintai dari kaunter night shift.
"Entah aku pun tak tau... Aku hentam je..."
"Jongos betullah kau ni..." Zuleha mencubit telinga Qasrina. Suka usik orang. Qasrina mengaduh sakit.
Seorang pemuda keluar dari kereta.Memakai baju pejabat lengkap dengan kot. Qasrina terpegun sejenak. Wajah pemuda itu iras-iras pelakon kegemarannya Tik dari Thailand. Terasa ingin sahaja dia berkenalan dengan pemuda itu. Namun akal warasnya melarang, dia bakal isteri orang.
"Hensemnya dia kak... Boleh jadi lelaki pujaan daku..."
"Lelaki pujaan pulak. Jangan lupa awak tu dah ada bakal suami. Kita ni bujang lagi bolehlah. Kau duduk sana diam-diam ahkak nak berkenalan dengan Abang BMW Merah tu...."Zuleha sengih dan menolak Qasrina keluar dari kawasan cashier.
" Apa ni kak... Kejam betullah engkau ni...."
Qasrina dikejutkan dengan deringan lagu 'Bonamana' dari telefon bimbitnya. Lantas dia meneyeluk poketnya. Sms dari nombor yang dia tak ketahui. Qasrina bergerak ke rak coklat disudut kedai.
'Assalamualaikum bakal isteri saya.....tolong jangan terima perjodohan kita berdua. Saya tak ingin kahwin dengan orang yang saya tak kenal'
"Arghh...." Qasrina menjerit kecil membaca mesej itu.
'Waalaikumsalam....jadi maknanya biar saya seorang saja yang jadi anak derhaka tolak permintaan keluarga saya lah. Lelaki jenis apa awak ni. Tak gentleman langsung.'
"Belum kenal lagi dah buat aku sakit hati teruk betul...." Qasrina separuh berbisik. Telefon bimbitnya disimpan. Melihat Encik Aziz keluar dari pejabat dia berpura-pura menyusun coklat di rak.
Pandangannya tiba-tiba bertembung dengan pemandu BMW merah yang kebetulan berada di rak berhadapannya. Dia kelihatann agak sibuk dengan telefon bimbitnya sambil memilih sesuatu dari rak biskut.
"Jong....tolong jap aku nak gi toilet ni..." Zuleha menjerit memanggil namanya. Qasrina tunduk malu. Jong lagi.Dia cepat-cepat menuju ke kaunter untuk menggantikan Zuleha.
"Selamat petang...selamat datang ke Bp Taman Melawati...." Qasrina menyapa mesra pelanggan di hadapannya. Hatinya berdegup kencang,Abang BMW Merah yang sangat hensem. Boleh tak nak pengsan kat sini.
"Nama awak ni Qasrina ke Jong....nak panggil yang mana?"
Pemuda itu senyum sambil melirik name tagnya. Qasrina terkaku sejenak malu pun ada. Namun tangannya lincah mengira barangan yang dibeli pemuda itu. Tidak mahu nampak canggung dihadapan pelaggannya.
"Nama saya Qasrina.....Rm15.60....nak isi minyak sekali ke?"
"Minyak Rm 50.00 ye pam 1...." Pemuda itu menghulurkan not seratus. Qasrina memulangkan baki wang pemuda itu. Qasrina kemudiannya menghantar pemuda itu ke pintu dengan pandangannya. Tiba-tiba dia perasan sesuatu di meja kaunternya.
"Abang BMW merah....barang ni tak nak ambik ke?" Qasrina bersuara agak kuat. Pemuda itu berpaling dan menepuk dahinya sendiri. Dia telah terlupa akan barangan yang dibelinya.
"Panggil saya Zaharis...." Pemuda itu mengambil barangannya.
Hati Qasrina berbunga riang. Padan muka kau kak sape suruh sakit perut. Tak dapat berkenalan dengan Abang BMW merah yang super hensem ni. Muka hensem kereta pun hensem. Berganda-ganda hensem. Qasrina senyum nakal.
***
"Mak....Qas sayang mak. Qas akan ikut cakap mak ....tapi dengan syarat Qas nak pernikahan Qas sebulan dari sekarang.....semuanya warna pink tak boleh tidak...." Perlahan air matanya menitik. Demi ibu tersayang dia sanggup korbankan segalanya. Lagi pula tak sampai hati melihat ibunya terus bersedih.
"Alhamdulillah.....mak tau Qas anak yang baik....mak akan uruskan semuanya...." Puan Kamariah memeluk anak gadis tunggalnya itu. Usahanya selama ini untuk memujuk Qasrina berhasil. Dia akan bakal berbesan dengan kawan baiknya.
Qasrina bangun. Dia perrlu bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Dia pasrah akan segalanya. Menolak bererti ibunya akan sedih. Menerima saranan ibunya bermakna dia perlu mengorbankan perasaannya sendiri. Qasrina memandang ke arah cermin dibiliknya. Melihat wajahnya di cermin. Dia sedar usianya sudah menjangkau 25 tahun pasti ibunya risau kerana dia masih keseorangan.
Qasrina mengambil beg galasnya. Topi kerjanya disarungkan ke kepala. Hari ini dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke tempat kerjanya. Berjalan kaki di bawah terik matahari itu biasa baginya lagipula perjalanan hanya akan mengambil masa 10 minit sahaja.
"Mak, Qas pergi dulu ye..."Qasrina mencium tangan ibunya. Dia cuba untuk tersenyum namun hatinya masih gundah.
"Baik-baik jalan Qas...." Puan Kamariah melambai tangan ke arah Qasrina. Dia berharap pilihan calon suami untuk anaknya adalah tepat. Mulanya dia risau tapi mengenangkan janjinya dia terpaksa kotakan.
Qasrina berjalan sendirian menuju ke Stesen Minyak tempat dia bekerja. Sudah lebih setahun dia bekerja di sana selepas dia menamatkan pengajiannya di UITM. Malas untuk bekerja di syarikat keluarga dia mengambil keputusan untuk bekerja di Stesen Minyak. Walaupun gajinya kecil tapi dia gembira kerana tidak terikat dengan beban kerja yang berat seperti abang-abangnya.
"Assalamualaikum...." Qasrina menolak pintu. Shima dengan Tina menjawab salam Qasrina. Jam pukul 1 petang. Dia ada 2 jam lagi sebelum masuk kerja. Sengaja dia datang awal untuk merawat hatinya.Tiba-tiba pertnya terasa lapar. Dia menyimpan beg galasnya ke dalam loker dan hanya membawa beg duit. Tiba-tiba lagu Bonamana berkumandang menandakan Sms masuk.
'Assalamualaikum bakal isteri saya....awak terima perjodohan ni. Kan saya dah bagitau saya tak nak kahwin dengan orang yang tak kenal'
Membaca teks di telefonnya membuatkan dia bertambah marah. Teruk punya lelaki.
'Waalaikumsalam bakal suami saya.....saya terima sebab mak saya tau. Kalau tak kerana mak saya hari-hari nangis tak teringin saya nak kahwin dengan awak'
'Kenapa awak tak tolak?'
Qasrina angin. Gila mamat ni. Dia yang tak sudi sepatutnya dia yang putuskan. Aku sayang mak aku.
'Kenapa bukan awak je yang tolak....awak tu kan hensem kata mak saya dah tentu banyak awek...'
Qasrina sabar menunggu balasan jawab dari pihak sana. Sekali sekala gaduh dalam telefon memang seronok.
'So kiranya awak ni tak cantik dan takde pakwe terpaksa terima je sape pun...kesian saya jadi mangsa kat sini...'
Kesiankan dia. Kalau aku dapat aku patahkah jari-jari dia.
'Amboi sedapnya bahasa dia....kalau berani turun sini Stesen Minyak BP Taman Melawati....kita fight....tengok sape menang....'Qasrina menghantar cabaran. Mahu lihat apa reaksi bakal suaminya.
'Berani awak cabar saya ye....'
'Memanglah saya berani....awak tu dah kutuk saya macam-macam. Malaslah nak layan baik pegi makan perut pun dah lapar....ciow bro, jumpa time nikah nanti '
Qasrina keluar dari bilik pekerja. Dia mahu ke medan selera untuk makan. Dia melihat keluar. Pam Minyak di penuhi dengan kereta.Makumlah time makan tengah hari. Qasrina berkira-kira untk meneruskan niatnya. Sekiranya dia pergi makan sekarang pasti restoren penuh. Mungkin dia perlu tunggu sekejap lagi.
Qasrina berpusing-pusing didalam kedai.Meninjau barangan yang habis di rak. Senang nanti bila shiftnya bermula dia sudah tahu apa yg perlu dibuat. Setelah hampir 20 minit berpusing-pusing dia keluar dari kedai. Perutnya sudah terlalu lapar minta diisi.
"Assalamualaikum...."
Qasrina berpaling. Lemah lututnya melihat lelaki idamannya duduk bersandar di kereta BMW merah. Zaharis, entah apa yang di buatnya disitu. Mungkin dia memeriksa angin tayar kereta. Qasrina membuat andaian sendiri.
"Waalaikumsalam..."Qasrina menghadiahkan senyuman buat Zaharis.
"Nak pergi mana?"
"Makan....." Ringkas jawapan Qasrina. Hatinya resah gelisah. Dia tak mahu terus di situ. Takut hatinya akan terpaut pada jejaka kacak itu. Dia sedar dia bakal isteri orang.
"Jomlah....saya belanja...." Ajakan Zaharis membuatkan dia terkejut. Zaharis sudahpun membuka pintu bahagian tempat duduk penumpang. Qasrina menelan air liurnya.
"Maaflah....tak manis kalau saya naik kereta Encik Zaharis ni. Saya dah bertunang...."lemah sahaja Qasrina menolak. Sayu hatinya.
"Ok...kalau macam tu saya pergi dulu...." Zaharis tersenyum dan masuk ke tempat pemandu. Qasrina menangis di dalam hati. Peluang untuk berkenalan dengan jejaka idamannya lenyap sudah.Oh ibu keranamu pakwe idaman terlepas sudah.
*****
"Kenapa ni sedih je...." Qasrina yang sedang termenung mengangkat mukanya. Air matanya tiba-tiba jatuh. Zaharis lagi. Hatinya sudah lama jatuh hati pada Abang BMW Merah ini. Namun dia bakal berkahwin dengan orang lain.
"Status bujang dah nak terlucut seminggu lagi...." Zuleha menyampuk. Qasrina menyapu airmatanya. Dia tersenyum dan menghulurkan sekeping kad undangan pada Zaharis.
"Datang tau..." Qasrina senyum. Tapi hatinya memohon agar jejaka itu tak hadir.
'Zaharis...kenapa sebelum saya bertunang septah haram pun tak nak tegur aku. Kalau awa-awal awak tegur saya dah tentu saya tak payah kahwin paksa. Tapi sekarang tiap-tiap hari awak datang. Macam mana saya nak belajar mencintai suami saya kalau saya tak boleh lupakan awak.' Qasrina mengeluh.
"Saya pasti datang....nak tengok cik adik manis ni bersanding nanti...."
***
"Qasrina senyum sikit....orang kahwin happy dia monyok je...." Lamunan Qasrina terhenti sebaik sahaja disergah abang sulungnya Qayyum. Qayyum bakal menikahkan dia esok.
'Assalamualaikum bakal isteri saya.....awak dah sedia ke nak melayari hidup dengan saya....oleh kerana kita kahwin paksa jangan bermimpi yang indah-indah'
Qasrina sedar dia tak boleh berpatah balik. Mujur juga di sebelah sana pun sudah mengendurkan nada suara. Pasrah juga barangkali.
'Insya Allah saya sedia...jangan risau saya dah buang mimpi-minpi indah saya lama dahulu sejak mak saya mintak saya kawin dengan awak bakal suami saya' airmata Qasrina menitik. Demimu ibu Biarlah anakmu berkorban.
'Bakal isteri saya...lepas kahwin panggil saya abang tau....'
'Tak kuasa nak panggil abang cukuplah ada dua orang abang yang menyakitkan hati dalam famili saya. Dulu saya berazam nak panggil suami saya sayang atau love'
Qasrina menekan buatng off. Mematikan telefon bimbitnya. Dia mengambil bantal peluk dan memeluknya. Biliknya dihias cantik dengan warna merah jambu. Ini semua hasil usaha ibunya. Kalau diikutkan dia hanya mahu majlis akad nikah sahaja. Namun dia adalah satu-satunya anak perempaun maka majlis akan diadakan secara besar-besaran. Qasrina menangis lagi.
"Qas cukup tu...jangan nangis lagi. Qas dah ambik keputusan nak ikut cakap mama kan...pasrah ajelah" Teguran Qayyum membuatkan dia bertambah sedu. Qayyum datang mendekat. Dia memeluk adiknya. Dia tahu adinya bersedih saat ini.
"Qas jangan nangis ye....mana tau muka hubby Qas tu lebih hensem dari abang BMW Merah...." Qayyum berbisik sesuatu. Qasrina mengerutkan dahinya. Mana Qayyum tahu pasal tu. Mungkin abangnya tahu dari kakak iparnya Maira.
"Abang Qabil mana? Qas tak nampak pun dari tadi...."
"Qabil sibuk tolonng mama...dah jangan nangis lagi. Adik abang ni dah besar dah.....besok dah jadi isteri orang pun..." Qayyum mengusap rambut adiknya. Terbayang kesedihan di mata adiknya itu. Tapi dia sendiri hairan apa yang disedihkan sangat oleh adiknya. Bukannya ada pakwe yang terpaksa ditinggalkan.
*****
Qasrina memandang wajahnya di cermin. Dia melihat perubahan pada wajahnya sebaik sahaja selesai di solek. seumur hidupnya tak pernah dia menggunakan sebarang alat makeup. Diaa tersenyum sendiri. Cantiknya...dia memuji dirinya sendiri. Lagu Bonamana berkumandang lagi. Ini pasti SMS dari bakal suami.
'Assalamualaikum bakal isteri saya...betul ke awak nak kahwin dengan saya...saya ni bukanlah anak orang kaya yang boleh membahagiakan awak dan saya jugak tak sehensem Tik awak yang awak akan hadap hari-hari tanpa jemu....saya jugak tak punya BMW Meraha seperti yang awak idam-idamkan saya cuma ada sebuah motorsikal buruk je....sanggup ke awak hidup susah dengan saya....'
Qasrina mengeluh. lain pulak bunyi SMS dari bakal suaminya. Sudah hilang modal untuk bergaduh ke ataupun dia pun pasrah jugak seperti dia.
'Waalaikum salam bakal suami saya....boleh ke saya undur diri sekarang ni. Dua keluarga akan kecewa dan menanggung malu...kekayaan bukanlah perkara utama dalam senuah perkahwinan...saya hanya mahukan suami yang boleh menyayangi dan memahami saya. Soal paras rupa bukan satu alasan jika saya sudah jatuh cinta pada awak Edward Cullen lalu sebelah pun tak nampak...Soal BMW Merah itu satu impian....motor buruk pun boleh jadi BMW Merah kalau kita berusaha Insya Allah....'
Qasrina memejamkan matanya. Ya Allah andai benar dia jodohku akan ku terima segalanya.
****
"Aku terima nikahnya Nur Qasrina binti Qassim dengan maskahwinnya seribu ringgit tunai...."
Qarina tertunduk. Air matanya menitis lagi. Dia menadah tanagan mengaminkan doa. Dia telah menjadi isteri kepada seseorang yang dia tidak kenali. Sejak dari tadi dia mencuri pandang pada bakal suaminya tapi gagal. Qasrina hanya mampu melihat bahagian belaknnya sahaja. Suaminya bangun untuk menuanikan solat sunat sementara dia pula uzur.
Lagu Boanama berkumandang lagi. Qasrina terkejut siapa pula yang menghantar mesej kepadanya. Dia mendapatkan handphonenya yang disimpan oleh Maira.
'Terima Kasih isteriku...semoga kita akan bahagia buat selamanya...'
'Sama-sama suamiku.... Sayang...'
"Simpan Handset tu....suami kau dah datang nak sarungkan cincin." Maira merampas telefon ditangan Qasrina. Qasrina berdebar-debar saat suaminya datang mendekat. Dia hanya menundukkan muka. Malu dan taku.
Hatinya berdebar-debar saat tangannya diaraih lembut. Sebentuk cincin emas putih bertahtakan berlian tersarung di jarinya. Dia mencium tangan suaminya tanpa melihat.
"Tengoklah muka suami tu....takkan malu kot...." Usikan Qabil membuatkan Qasrina malu. Pipinya bertukar warna kemerah-merahan.
Perlahan-lahan dia mendongak memandang insan di hadapannya. Jantungnya seakan terhenti. dan paru-parunya seakan tiada oksigen untuk meneruskan pernafasan. Dia terkaku melihat jejaka Kacak yang memakai baju melayu putih itu.
"Abang BMW Merah..." Tiba-tiba dia rebah.
"Qasrina bangun!" seperti askar yang patuh pada ketuanya Qasrina bangun dan berdiri tegak. Dia cukup kenal suara yang selalu mengejutkan dia bangun dari tidur sewaktu sekolah dahulu. Siapa lagi kalau bukan Qayyum.
"Dah bangun pun budak bertuah ni....Zaharis kau panda-pandailah ye." Qayyum meninggalkan Qasrina dan Zaharis berduaan dalam bilik. Qasrina diam. Jantungnya berdegup kencang.
"Kenapa awak tak bagitau saya.....awak tau tak saya ni menagis serapuh gila sebab awak..."Qasrina memberanikan diri untuk bersuara. Dia mengambil bantal sebiji untuk menyembunyikan mukanya. Andai dia tahu Zaharis adalaha bakal suamiya dia pasti akan dialah gadis paling bertuah di dunia ini.
"Saje je...saya pun mulanya tak suka jugak nak kahwin sebab saya jatuh hati pada seseorang....namun ibu saya berkeras mahu saya terima pilihannya. Selama ni saya ada memerhatikan seorang gadis cantik...saya rasa dah tertarik hati pada dia. Tiap-tiap hari saya akan datang tengok dia..."
Qasrina diam. mukanya masam. Dah ada orang lain rupanya. Buat penat dia minat aje. Orang yang aku minat dah ada orang lain tangis Qasrina dalam hati.
"Tapi gadis tu tak pernah perasankan saya. Lebih 6 bulan saya cuba menonjolakn diri tapi dia tetap tak perasan. Saya ni tak hensem kot..."
" Kenapa tak tegur je kan dah melepas..."Qasrina menyampuk.
"Malulah...kita ni siapa kan...."
Qasrina hairan. Jejaka setampan ini pun ada orang buat tak perduli. Awek manalah yang berani buat tak tahu pada orang kesayangannya. Kalau dapat aku ajar perempuan tu.
"Sampailah saya beli kereta baru BMW Merah barulah awek tu perasankan saya..."
"Mata duitan betulakan awek tu....sebelum ni awak pakai kereta apa?" Qasrina bertambah minat mendengar cerita suaminya. Dia makin mendekat dan duduk di sebelah Zaharis.
"Ferari kuning! nak kata mata duitan pun saya rasa Ferari lagi mahal...mesti awal-awal lagi dia perasan atau pun dia akan panggil saya abang Ferari kuning. Awek tu comel sangat dia panggil saya Abang BMW Merah...."
Qasrina melopong mendengar cerita Zaharis. Sungguh dia tak tahu yang Zaharis telah memerhatikannya sejak tahun lepas. Dia pun tak pernah perasan akan kehadiran Ferari Kuning di tempat kerjanya. Cuma sesekali mendegar cerita dari Shima dan Tina perihal abang Ferari Kuning.
"Siapa nama awek tu biar ssaya ajar dia...berani dia buat tak tahu kat orang sehensem awak...."Qasrina mengepal penumbuknya. Pura-pura tak tahu. Zaharis sudah tergelak melihat tingkahlaku Qasrina.
Dia jatuh hati pada Qasrina sejak tahun lalu. Melihat Qasrina berjoget-joget sambil mengemop lantai kelihatan comel baginya. Qasrina pula dengan selamba mengambil gambar dia atas tangker bersama Zuleha. Pendek kata semua yang dibuat Qasrina nampak comel baginya.
Zaharis memeluk Qasrina. Dia mencium ubun-ubun Qasrina. Qasrina tersipu-sipu malu. Seminggu lalu senyuman bagai sudah hilang dari wajah Qasrina tapi hari ini dialah oarang paling gembira dan bahagia.
"I Love You Sayang..." Qasrina berbisik lembut di telinga Zaharis. Dia menghadiahkan satu ciuman mesra di pipi suaminya.
"Hoi pengantin tunggu malamlah....jap lagi kena bersanding....." Qayyum mengetuk pintu. Dia tahu adiknya akan gembira dengan kejutan itu.
Qasrina dan zaharis ketawa. Mereka sama-sama melangkah keluar dari bilik berpegangan tangan. Lensa kamera segera merakamkan detik itu. Zaharis mencium tangan Qasrina. Dia berdoa agar jodoh mereka akan kekal hingga ke akhir hayat.
"Abang BMW Merah...I Love U....."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top