Trio Ori Pt. 2!
Ehehehe... I love trio ori ehehehe... XD
Thanks for the good responses from the previous part everyone! Now here you go with this new part~
It's a siblings AU! (I hope so)
Might have bro-con & bromance yea-
Jam 11 pagi.
Gempa kelihatan sedang mengenakan sehelai baju t-shirt putih biasa dengan beralaskan sweater vest kuning di luar serta dipasangkan dengan seluar cargo cream kegemarannya. Untuk menyembuntikan helaian rambut putihnya, Gempa mengenakan topi beret yang baru-baru ini dibelinya dari dalam talian. Gempa menatap pantulan dirinya yang berada di dalam cermin yang bersaiz sebesar tubuhnya. Pakaian yang dikenakannya cukup sesuai untuk aktiviti hari ini.
Atau mungkin tidak?
Dia membelek semula baju-baju lain yang telah dikeluarkannya sebentar tadi di atas katil. Masih banyak pilihan yang ada namun pada pandangannya kesemua kelihatan seperti berlebihan. Adakah dia terlalu paranoid? Dia khuatir apa yang dipakainya mungkin kelihatan terlalu menonjol di mata orang yang memandangnya. Tetapi bukankah dia perlu memakai pakaian yang sesuai jika ingin keluar jalan-jalan. Pening pula bila kena fikir serius macam ni.
"Adik? Dah siap ke?" Panggilan daripada Taufan mencelah fikiran Gempa.
Bunyi ketukan pintu beberapa kali kedengaran sebelum pintu dibuka dan menampakkan Taufan yang sudah mengenakan pakaian pilihannya iaitu baju putih berlengan pendek biasa beralaskan hoodie biru tanpa lengan dan seluar sweat kegemarannya. Tidak dilupakan juga dengan topi bucket berwarna biru yang dipadankan untuk menyembunyikan helaian rambut putihnya sama.
Taufan memandang Gempa yang sedang berdiri di hadapan cerminnya. Matanya fokus melihat pakaian yang dikenakan oleh adiknya itu. Comel.
"Ingatkan belum siap lagi," Taufan tersenyum sebelum dia melangkah masuk untuk mendekati Gempa.
"Mana ada... Gempa sebenarnya tak siap lagi ni, Abang Taufan." Gempa cemberut.
"Eh? Apa yang tak siapnya? Ni dah lengkap berbaju dan seluar semua. Apa lagi yang adik belum pakai? Seluar dalam, eh?" Taufan juba melawak yang akhirnya mendapat dengusan menyampah dari adiknya.
"Tak kelakarlah, bang..."
"Hehehe... Sorry, dik." Taufan meminta maaf. "Abang Hali dah tunggu dah tu. Kalau dah takde apa, jomlah kita gerak."
Belum sempat Gempa hendak membantah, tiba-tiba tangannya sudah ditarik oleh Taufan dan dia dibawa keluar dari biliknya untuk ke tingkat bawah, menemui kembar mereka yang sulung di ruang tamu.
"Hali! Kitorang dah ready!" Taufan teriak dengan teruja, meraih si sulung yang sedang duduk di atas kerusi sofa sambil melihat telefonnya.
Halilintar mengangkat kepalanya untuk melihat kedua adiknya. Dia kemudian berdiri tegak sambil menyimpan semula telefonnya di dalam poket jaket denim hitam merah kegemarannya. Berbeza dengan adik-adik kembarnya yang gemar berpakaian dengan warna terang dan ceria, Halilintar lebih suka memilih warna gelap seperti warna hitam untuk kurang menonjolkan diri. Namun masih ada dia selitkan sepasang baju t-shirt merah di bawah jaketnya untuk tidak kelihatan terlalu gangster. Dengan dipasangkan bersama seluar jeans hitam dan topi baseball hitam, Halilintar sudah kelihatan mempesona.
"Abang Hali tak panas ke nanti pakai hitam?" Gempa bertanya dengan prihatin. Dia tahu di dalam almari abangnya itu pastinya dipenuhi dengan pakaian warna hitam sahaja. Tapi Halilintar kelihatan tidak kisah tentang dirinya walaupun dia sedar yang mereka tinggal di kawasan yang berhampiran dengan garisan khatulistiwa.
"Biar je dia tu, dik. Budak emo macam tu la." Taufan menyampuk, sempat mempersendakan si abang.
"Amboi! Dah kau tu apa? Budak pelangi?" Halilintar membidas balik.
"Ha, memang. Budak pelangi yang hensem." Taufan tersengih.
"Eh, abang tau ke pelangi tu apa?" Gempa bertanya was-was.
"Tau je. Tapi abang tak nak kalah dengan Abang Hali tu." Taufan senyum mengejek ke arah Halilintar.
Halilintar memutarkan bola matanya, malas hendak layan tingkah adiknya itu. Nasib Gempa ada bersama mereka sekarang. Kalau tidak memang Halilintar sudah pijak-pijak adik pertamanya itu. Mungkin sebab itu jugalah Taufan bukan main suka mengejek dan mempersendakan Halilintar - sebab Gempa ada.
"Sudahlah. Mari kita gerak sekarang." Perintah Halilintar.
~~~
Hari ini ramalan cuaca menyatakan hujan akan turun pada waktu petang nanti. Namun begitu, pada waktu tengah hari ini, matahari bersinar terang di angkasaraya. Tiada kelihatan awan-awan kelabu yang akan menandakan turunnya hujan. Mungkin belum tiba masanya lagi.
Kamera telefon Gempa dengan cekap menangkap video dan gambar bait-bait bahagia dia bersama-sama abang kembarnya di saat mereka sedang berbasikal bersama. Gempa berada di bahagian penumpang belakang manakala abang kembar sulungnya, Halilintar mengayuh di hadapan. Sementara itu pula, Taufan mengayuh basikal yang lain. Seperti waktu mereka sekolah dahulu, mereka menaiki basikal yang sama untuk menuju ke taman tema bersama.
Taufan menoleh ke belakang untuk memandang adiknya. Dia mengangkat tangannya dan memberikan gaya 2 jari ke arah Gempa sambil tersenyum lebar. Dia sedar yang adiknya itu sedang merakamnya.
Taufan cuba untuk bertingkah nakal. Dengan Gempa yang masih sedang merakamnya, Taufan kembali pandang ke hadapan. Dia mencengkam kuat bahagian kendali basikal lalu dengan skil yang ada, dia mengangkat tinggi bahagian hadapan basikal - kononnya seperti mat rempit yang menunjukkan aksi ganas di atas jalan raya tapi dengan basikalnya sahaja. Nasib Taufan dapat mengimbangkan basikal dengan sempurna sebelum tayar hadapan basikal tersebut jatuh dengan selamat untuk dikayuh semula.
Gempa tertawa melihat tingkah nakal abangnya. Tak ubah seperti zaman mereka kecil dahulu, Taufan tidak akan sesekali melepaskan peluang untuk menunjukkan aksi kekanak-kanakannya itu di hadapannya. Jujur pernah sekali Gempa ingin cuba lakukan aksi yang sama tetapi gagal. Dia terjatuh ke dalam parit lalu menangis. Nasib Halilintar dan Taufan ada untuk memantaunya. Mereka berdualah yang terus datang untuk selamatkan Gempa dan keluarkan dia dari dalam parit.
Pengalaman yang agak memalukan bagi Gempa. Namun, dia bersyukur kerana dia mempunyai abang-abang yang baik hati dan prihatin terhadapnya. Akhirnya, Halilintar dan Taufan memujuk Gempa dengan belanja aiskrim bersama.
Gempa mengalihkan telefonnya ke arah Halilintar di hadapan. Dia tidak mahu mengganggu fokus abangnya yang sedang mengayuh basikal itu. Berbeza dengan abang keduanya, Halilintar lebih banyak diam dalam mengayuh basikal. Mungkin kerana tiada apa yang hendak dibualkan jadi dia lebih banyak mendengar sewaktu dalam perjalanan itu.
Namun Gempa ingin sertakan wajah Halilintar dalam videonya. Jadi dia cuba memberanikan diri untuk menyuakan tangannya yang sedang memegang telefon itu ke hadapan. Wajahnya dan Halilintar termasuk ke dalam 1 rakaman yang sama.
"Abang!" Panggil Gempa. Dia menepuk bahu belakang Halilintar dengan lembut untuk menarik perhatiannya.
Halilintar yang sedari tadi fokus memandang jalan di hadapan sambil mengayuh basikal akhirnya menoleh. Dia memandang ke arah Gempa dahulu sebelum dia tersedar yang sebuah kamera telefon sedang disuakan ke arahnya, merakamnya dan Gempa dalam 1 video.
Gempa sangka Halilintar akan mengabaikannya. Sebaliknya, Halilintar senyum singkat ke arah kamera. Dia mengalihkan sedikit kepalanya untuk menunjukkan lagi muka Gempa sebelum dia tertawa.
Gempa tertawa senang melihat respon positif dari abang sulungnya. Setelah puas hati dengan rakaman video tadi, Gempa menarik balik tangannya untuk menyimpan semula telefonnya ke dalam beg totenya.
"Kenapa rakam?" Soal Halilintar dengan lembut ke arah Gempa. Taufan sudah berada lebih ke hadapan kerana ingin menyapa penduduk perumahan yang sedang lalu-lalang.
"Hehe... Saja? Nak buat kenangan." Gempa menjawab sambil tersenyum senang.
Halilintar senyum maklum. Dia tidak mempersoalkan sama sekali setiap tindak-tanduk adik-adiknya. Masing-masing ada cara untuk menguatkan hubungan antara satu sama lain. Dan antara perkara yang dia maklum tentang adiknya seorang ini, Gempa lebih suka merakam segala kesenangan dan aktiviti bersama keluarga yang tersayang di dalam telefonnya. Ianya bukan selalu. Tetapi Halilintar jelas nampak yang Gempa sangat menyukai cara itu. Kerana kadang-kadang dia dapat melihat adiknya itu akan melihat semula video-video dan gambar-gambar tersebut. Nostalgia pastinya.
"Yo, yo, yo! Guys!" Taufan tiba-tiba memanggil Halilintar dan Gempa dari hadapan. Kayuhan basikalnya diperlahankan untuk setara laju dengan basikal yang dinaiki abang dan adiknya itu.
"Ingat lagi tak laluan Lorong Pak Senin Koboi?" Taufan sengih.
"Lorong Pak Senin Koboi?" Gempa menaikkan sebelah keningnya. "Ingat! Yang pernah ada kucing sewel tu, kan?"
Taufan angguk. "Jom lalu sana nak?"
"Buat apa? Kan kucing sewel tu dah takde?" Laju Halilintar pangkah.
Taufan berdecih sebal sambil menjeling Halilintar. Tipikal anak sulung. Tak seronok langsung!
"Ala, apa salahnya? Dah bertahun lamanya kita tak ke sana! Jom lah! Aku nak tengok macam mana keadaan kawasan perumahan dekat sana tu!" Taufan memandang Gempa. "Adik tak nak ke?"
Gempa terkebil-kebil sekejap. Dia tidak pasti sama ada dia harus ikut ajakan abang keduanya ataupun abang sulungnya. Adakah melalui Lorong Pak Senin Koboi akan memberi manfaat kepada mereka? Tapi hari ini memang mereka bertiga santai-santai pun. Suatu keperluan ke untuk ke lorong sana? Tapi kalau lalu lorong situ pun sama laluan juga untuk funfair yang ingin mereka tujui. Tapi kebarangkalian mereka sesat di sekitar lorong itu pun mungkin besar. Macam mana kalau jalan sudah berubah dan mereka tak kenal kawasan lorong tu? Satu hal pula nanti kena cari jalan keluar.
"Ugh..." Gempa mula cemberut. Susahnya bila kena fikir panjang untuk buat pilihan yang senang.
"Dik," Taufan mencelah, memanggil Gempa sambil melihat muka cemberut adiknya itu dengan geli hati. Ternyata 2 buah basikal mereka telah berhenti di bahu jalan sewaktu Gempa masih sibuk berfikir tadi. "Tengah fikir apa?"
Gempa memandang Taufan, bibirnya muncung sedikit. "Tak tahu la, bang. Gempa teringin nak lalu lorong tu juga. Tapi Gempa takut kalau kita sesat. Macam mana kalau lorong tu dah berubah?"
Taufan terkekeh. "Oh, macam tu. Ingatkan apa yang adik fikirkan sampai serius begitu mukanya."
Halilintar yang melihat muka adiknya itu pun tertawa seketika. "Adik nak pergi ke?"
Gempa menoleh ke arah Halilintar. Bibirnya kembali muncung, mukanya nampak gusar. Dia menghinjutkan bahunya pening. "Tak tahu, bang..."
Halilintar dan Taufan saling memandang antara satu sama lain. Sejujurnya mereka tidak berniat untuk membuatkan adik mereka itu pening. Tambahan pula hari ini mereka berdua sendiri yang berpakat ingin tenangkan fikiran Gempa dari segala hal yang boleh membuat fikirannya serabut. Tapi nampaknya mereka tersilap langkah pula.
"Adik," Halilintar memanggil lembut. Tangannya diangkat lalu menepuk kepala Gempa. "Tak perlu pening-pening. Kita pergi je lalu lorong tu, ya?"
"Eh?" Gempa mendongak sambil memandang terkejut. "Tapi bang... Macam mana kalau-"
"Takpe. Kalau sesat pun, kita sesat sama-sama, kan?" Halilintar sengih.
"Ha'a. Tak perlu risau pun kalau kita sesat atau buang masa. Hari ni kan kita nak senang-senang je? Adik duduk santai kat belakang tu dan biar abang dan Abang Hali bawa adik jalan-jalan, ya?" Taufan sambung dengan santai. Sekali pakej kenyitkan matanya kepada Gempa.
Lidah Gempa terkelu saat dia melihat wajah yakin kedua abangnya. Mereka sama sekali tidak menganggap dirinya sebagai beban dalam keadaan sebegini. Dan mereka pun tidak ingin Gempa berfikir panjang. Hari ini nampaknya Halilintar dan Taufan betul-betul ingin membantu Gempa untuk lebih tenang dalam segala situasi. Seperti yang dijanjikan, kedua abangnya kini sedang cuba menunaikan janji mereka kepadanya.
"Jom! Kita ke lorong tu!" Tanpa membuang masa lagi, Taufan terus meletakkan kakinya di atas pedal basikal dan mula mengayuh ke hadapan sebelum dia diekori rapat oleh Halilintar dan Gempa dari belakang.
Pada masa yang sama, Gempa melihat belakang kedua abangnya dengan perasaan teruja dan terpana. Abang-abangnya sungguh hebat. Baru pertama kalinya Gempa dapat rasakan yang dia betul-betul menjadi seorang adik di samping mereka berdua.
Selama ini Gempa cuba menjadi yang paling matang dalam kalangan mereka - termasuk adik-adik mereka 4 orang. Gempa sembunyikan resah dan risaunya sendirian. Gempa cuba yang terbaik untuk menjadi yang paling matang dalam kalangan 7 beradik itu. Gempa menekankan fikirannya kerana tidak ingin menyusahkan sesiapa. Gempa yang memikirkan segala hal kerana dia fikir dia yang perlu menjadi seorang yang bertanggungjawab. Sementara kedua abangnya ini hanya perlu berada di sampingnya dan memerhati.
Gempa tidak ingin menyusahkan abang-abangnya.
"Hari ini Gem jadi adik kami betul-betul tau!" Taufan menjerit lantang ke arah Gempa sambil tersenyum kepadanya.
"Fikirkan tentang keseronokan saja kali ini. Kami berdua ada dengan Gempa." Halilintar sambung, turut sama tersenyum walaupun Gempa tak dapat lihat dengan jelas dari belakang.
Gempa rasa ingin menangis. Tanpa dia sedar, selama ini itulah yang dia ingin dengar dan rasai daripada abang-abangnya. Dia telah berusaha sendirian. Dia sangka dia perlu bertahan sampai akhir. Tapi abang-abangnya telah membuktikan bahawa dia salah.
Gempa tidak sendirian.
Dia mempunyai 2 orang abang yang sentiasa ada dan bersedia untuk membantunya.
"Abang Hali... Abang Taufan... Terima kasih!" Gempa ketawa bahagia.
AAAAAA writing this make me miss trio ori mooreee!! TT
Suka sangat-sangat bila tulis dialog Halilintar dan Taufan bila mereka panggil Gempa as 'adik/dik'. Jelas rasa macam mereka berdua betul-betul manjakan Gempa hshshssh
Fun fact: Dekat Gempa saja Halilintar dan Taufan bahasakan sebagai diri mereka as 'abang' dan 'adik' untuk Gempa. Kalau kepada adik-adik lain mereka pakai nama masing-masing LOL
Should I make for part 3? XD
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top