Trio Ori

I was overhyped with the Gentar Arc so I decided to do something. XD
Thanks to X (Twitter)'s random content where a lot of people talked about HaliGem's interactions (some of them added Taufan as well as bts character and I enjoyed it a lot LOL) so I thought why not I write one? I missed trio ori and Gemgem as lil one too. :')







It's a siblings AU! (I hope so)
Might have bro-con & bromance yea-






"Abang!" Suara lantang namun lembut dari seorang lelaki berambut perang dan beriris keemasan menarik perhatian 2 orang kembarnya yang sedang berbual di sebuah kerusi batu di halaman rumah.

Lelaki muda tadi berjalan menghampiri kembarnya sambil membawa sedulang air berperisa dan 3 biji gelas kaca. Dulang tersebut diletakkan di atas meja batu tadi dan dihidangkan kepada mereka berdua.

"Macam mana dengan rumah Mak cik Kiah tadi? Abang Hali dan Abang Taufan dah tolong?" Si adik daripada kembar tiga itu bertanya sambil tangannya dengan cekap menuangkan air ke dalam gelas kaca tersebut.

"Sudah, dik. Untung abang bawa Abang Hali sekali. Dia kan buat kerja laju sikit. Hehe..." Si abang kedua yang irisnya berwarna biru mengerling nakal ke arah kembar yang sulung. Sengaja.

Si kembar paling sulung pula mendengus sebal dan memalingkan wajahnya ke arah lain sambil berpeluk tubuh. "Nak harapkan kau bukannya boleh harap pun."

"Hehehe... Aduh, bang... Jangan la marah. Aku kan dah belanja kau ABCD campur buah naga dan mangga manis tadi?"

"Tak cukup. Bayar seratus baru cukup."

"Cis." Taufan mengerling sebal. Macam lah dia ada duit sebanyak tu. Kalau ada pun memang tidak lah dia nak bagi.

Si bongsu dari 3 kembar yang dari tadi berdiam diri kini ketawa geli hati. Memang kedua-dua abangnya ini tidak akan pernah kelihatan akur dalam 30 saat. Pasti akan ada sahaja pergaduhan kecil mereka. Dan kebiasaannya ia sering berlaku kerana usikan nakal dari abangnya yang kedua.

"Gempa baru niat nak datang tolong abang," Si bongsu mencelah sambil mengambil tempat duduknya di antara kedua abangnya. "Tapi lepas Abang Hali cakap dah nak siap terus tak jadi."

Taufan, si abang kedua, menaikkan sebelah alisnya kerana terkejut sebelum dia menoleh ke arah si sulung, Halilintar. Dia berkerut tak puas hati.

"Kenapa kau cakap macam tu dekat Gempa? Dan kenapa Gempa call kau sorang je?"

Halilintar memutarkan bola matanya malas lalu meraih salah satu gelas kaca yang berisi air tadi sebelum diminumnya seketika. Setelah diteguk dia membalas, "Memang dah nak siap pun kan? Lagipun apa masalahnya kalau Gempa call aku dulu?"

"Tak adil!" Taufan merengek. Dia pun menolehkan kepala untuk melihat adiknya. "Gempa sepatutnya call abang! Bukan Abang Hali! Gempa tak sayang abang, eh?"

Mata Gempa terbeliak besar lalu dengan cepat dia menggelengkan kepalanya. 

"Eh! Mana ada! Gempa call Abang Hali dulu sebab nombor Abang Hali yang ada paling atas dalam contact Gempa! Lagipun Gempa baru je mesej Abang Hali sebab nak minta tolong dia belikan barang dapur. Bukannya sengaja Gempa buat macam tu..." Dia mula rasa serba salah.

Melihat muka serba salah adiknya, Halilintar terus mendengus lalu menjeling Taufan. "Engkau ni pun dah kenapa? Jeles semacam dengan hubungan aku dan Gempa."

"Eh, tak boleh ke?" Taufan membalas jelingan Halilintar dengan sebal. "Kau apa tau? Seandainya Gempa call aku dulu tadi, mesti aku akan lebih semangat nak buat kerja! Entah-entah aku akan buat lagi laju dari kau!"

"Ceh, perasan!" Halilintar memutarkan bola matanya sekali lagi.

Melihat pertelingkahan antara kedua abangnya, Gempa hanya mampu menghela nafas panjang. Sejujurnya dia tak faham kenapa kedua-dua abangnya ini suka sangat cuba meraih perhatian dia. Bukannya Gempa tak suka tapi kadang-kala dia rasa pelik, mereka lahir dan membesar sama-sama. Mereka ini tak jauh dari 1 jiwa yang sama namun berpecah kepada 3 jasad yang berbeza. Segala perkara dilakukan bersama-sama dari kecil hingga dewasa umpama air yang dicincang tak akan putus. Tambahan pula bila mereka sudah ada adik-adik kecil yang lain, mereka bertiga saling menjaga amanah dan tanggungjawab sama-sama. Tetapi bila mereka bertiga sahaja, pasti ada sahaja pertelingkahan.

Dan anehnya, pertelingkahan itu pastinya akan bersangkut paut dengan Gempa.

"Haih, sudahlah, bang. Yang penting korang berdua dah buat kerja yang mulia dan terbaik." Gempa cuba menenangkan keadaan dengan kata-katanya beserta senyuman lembutnya.

"Gempa agak kecewa sikit sebab tak dapat nak tolong. Ingatkan boleh ringankan beban kerja Abang Hali dan Abang Taufan. Tapi tadi adik-adik semua tak nak Gempa tinggalkan rumah." Dia mendesah penat. "Masa tu la diorang tiba-tiba lapar la, nak main la, nak tidur la, dan macam-macam lagi."

Halilintar dan Taufan saling berpandangan buat seketika selepas mereka mendengar keluhan cerita Gempa. Mereka berdua tahu yang antara mereka bertiga, Gempa lebih sering ingin melibatkan diri dalam menguruskan adik-adik kembar mereka. Lagi-lagi ada 2 orang kembar yang masih kanak-kanak dan ada lagi 2 orang kembar yang masih bayi. Ibu bapa mereka pula selalu sibuk dan sentiasa tiada di rumah. Walaupun ada atok mereka, takkan mereka nak susahkan orang tua pula.

Di situlah Halilintar dan Taufan sedar yang adik mereka ini sentiasa bersikap lebih dewasa walaupun dia ada 2 orang abang di sampingnya.

"Terima kasih, Gempa. Sebab tolong tengokkan adik-adik." Taufan ketawa kecil sambil menggaru pipinya yang tak gatal. "Lepasni abang tolong jagakan adik-adik, ya? Mesti Gempa penat hari ni."

Gempa memandang abangnya dengan terkejut sebelum dia terus menggelengkan kepalanya. "Eh, takde apa lah, Abang Taufan! Kan Gempa sorang je yang ada dekat rumah masa tu? Lagipun diorang tak nakal pun. Cuma hari ni diorang tiba-tiba tak nak Gempa tinggalkan rumah."

"Mestilah. Kan Gempa pandai uruskan diorang?" Halilintar mencelah.

Gempa tersenyum malu dan janggal kerana pujian tersebut. Namun dia cuba sebaiknya untuk menyangkalkan hal itu. "Mana ada... Abang Hali dan Abang Taufan pun hebat uruskan diorang. Diorang lebih banyak main dengan Abang Hali dan Abang Taufan."

Taufan tersenyum maklum akan hal itu. Dia meraih tangan Gempa lalu diusapnya lembut pada belakang telapak tangannya. "Tapi kan apa-apa yang terjadi kitorang cari Gempa juga? Apa je yang Gempa tak boleh buat? Kemas rumah, memasak, beli barang dapur, cuci baju, bijak, rajin, pandai jaga adik-adik, dan macam-macam lagi. Sampai abang dan Abang Hali nak tolong pun tak tahu nak mula dari mana." Usiknya dengan lembut.

"Tapi satu je yang Gempa tak boleh buat." Tiba-tiba Taufan menyambung perkataannya.

Gempa yang tadi tersenyum kini terlihat keliru. Dia memandang wajah abang keduanya dengan penuh tanda tanya.

Dan melihat kekeliruan di wajah adiknya itu, Taufan pun tertawa. "Gempa tak pernah jaga diri dan berehat."

Setelah tanda tanyanya terjawab, mata Gempa perlahan-lahan membulat. Alisnya terkerut-kerut dan matanya terkebil-kebil keliru.

"Maksud abang?"

"Gempa tak perasan ke? Selama ni Gempa lah yang selalu jadi ayam tambatan dalam segala hal. Baik dari kerja rumah sampai jaga adik-adik dan belajar. Bukannya abang nak kata yang kami berdua tak pandai. Cuma... Gempa lagi hebat." Taufan tertawa malu. 

"Cuma pernah tak sekali Gempa berhenti sekejap dan berehat? Maksud abang, berehat yang rehat sepenuhnya. Tak buat kerja rumah, tak memasak, tak jaga adik-adik, dan tak belajar. Pernah tak?" Sambungnya.

Gempa memikirkan soalan dari abang keduanya itu buat seketika. Bibir bawahnya digigit dengan ragu-ragu sebelum dia menggelengkan kepalanya. "Habis kalau bukan Gempa yang buat, siapa yang akan buat? Gempa tak nak susahkan Abang Hali dan Abang Taufan."

Halilintar yang sedari tadi lagi berdiam diri kini mengambil keputusan untuk mencelah. 

"Takkan susahkan kami pun, Gempa." Halilintar meletakkan tangannya di atas kepala Gempa lalu mengusap kepalanya yang tidak bertopi dengan lembut. "Kita kan kembar? Lahir sama-sama, susah senang pun sama-sama."

"Hali dah pandai bagi kata-kata hikmat." Taufan mencelah dengan nada mengejek.

"Kau diam sebelum aku sepak kau." Halilintar membalas dengan jelingan maut.

Gempa tertawa geli hati melihat pergaduhan kecil antara kedua abangnya yang berlaku secara tiba-tiba itu. Kata-kata dari kedua abangnya itu sedikit sebanyak telah membantu meringankan bahunya yang entah sejak bila terasa berat dipikul. Dadanya pun kembali rasa lapang dan tenang. Fikirannya juga semakin tenang dan tidak bercelaru. Mungkin ini yang dipanggil sebagai deep talk? Ianya singkat, tetapi apabila semua pihak mendengar dan cuba memberikan jalan penyelesaian, kepuasannya cukup menenangkan jiwa.

"Terima kasih, Abang Hali dan Abang Taufan. Lain kali Gempa cuba untuk minta tolong abang, ya? Walaupun mungkin Gempa berat mulut sikit nak minta tolong, tapi Gempa harap apa yang Abang Hali dan Abang Taufan boleh tolong, tolonglah Gempa, ya?"

Halilintar dan Taufan senyum senang. Kedua-duanya menganggukkan kepala mereka sebelum mereka mengerling antara satu sama lain. 

Sebenarnya, Halilintar dan Taufan ada rancangkan sesuatu untuk adik kesayangan mereka ini. Walaupun ia secara tiba-tiba dan mungkin perlukan masa untuk memujuk Gempa, mereka sepakat ingin sama-sama bantu adik mereka semula.

"Gempa nak pergi funfair sama-sama tak?"

"Huh?"






THE END(?) XD

Oh, God, I love trio ori so much! Especially when these 3 being domestic and having fun together even as simple as having tea together lol 

Patut buat sambungan atau tak? X'D

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top