TauGem
Mmmm I've been thinking about this one so much lately 🥲 so yeaahh I hope you guys will enjoy it too!
Ah, btw it's a 🔞 so be aware! 😂
Gempa. Seorang usahawan yang berjaya dan terkenal di seluruh negara kerana hasil daripada syarikatnya yang banyak menyumbangkan perkara-perkara yang bermanfaat kepada rakyat jelata. Selain itu, di samping dengan kepandaiannya dalam ilmu keusahawanan dan pemikiran yang kreatif serta inovatif, Gempa juga mempunyai satu perkara unik mengenai dirinya sendiri yang ramai orang tahu namun masih belum menjadi pengetahuan umum. Ianya adalah...
"B-boleh ke... kalau saya nak awak berikan anak kepada saya?"
"..."
Suasana di dalam pejabat Gempa tiba-tiba menjadi senyap dan sunyi selepas mendengar tidak mendengar sebarang kata-kata yang keluar dari belah bibir seorang pemilik syarikat terkenal iaitu Taufan.
Dan perkara seterusnya yang berlaku ialah, Taufan tiba-tiba jatuh pingsan di atas lantai empuk pejabat tersebut sehingga ia mengejutkan si pemilik pejabat itu.
Bruk!
"En-Encik Taufan!?"
...
"Oh..."
Hanya itu sahaja kata-kata yang boleh Taufan keluarkan dari mulutnya setelah dia mendengar penjelasan lanjut daripada Gempa. Otak dan fikirannya masih lagi melayang untuk mencapai kewarasannya yang telah terbang jauh ke atas, dan dia tidak mampu berkata apa-apa melainkan hanya kekal sedar dan tidak pingsan lagi seperti tadi.
"J-jadi... macam tu lah ceritanya. Saya harap Encik Taufan boleh berikan kerjasama kepada saya untuk hal ini..."
Berbeza dengan Taufan yang jauh termenung memikirkan masa depannya, Gempa pula sudah dalam keadaan resah dan gelisah sejak dari tadi di tempat duduknya. Wajahnya tertunduk ke bawah menghadap lantai dan kedua-duanya ibu jarinya saling bertaut dan bermain antara satu sama lain untuk membantu meredakan sedikit rasa gelisahnya.
Gempa tahu apa yang dia minta itu jelas kedengaran seperti gila kerana pertama sekali, kenapa dia tiba-tiba inginkan anak sedangkan umurnya masih belum mencecah 30 tahun? Seterusnya, kenapa perlu anak tanpa pasangan? Adakah Gempa sendiri tidak ada pasangan? Dan ketiga, kenapa mesti Taufan yang menjadi incaran pilihannya? Kenapa tidak orang lain?
"Uhh... kejap. Tunggu, biar saya ambil masa untuk fikir dulu, ya?"
Tidak mampu memberi jawapannya, Taufan hanya mampu meminta masa untuk dia bernafas seketia. Ini terlalu aneh. Selama dua puluh tahun lebih dia hidup, inilah pertama kalinya dia rasa seperti statusnya sebagai seorang lelaki yang berkerjaya tiba-tiba tergugat.
Tetapi nasib baiklah Gempa adalah seorang insan yang mempunyai sifat yang baik yang mana dia sanggup menunggu dan membiarkan Taufan mengambil masanya terlebih dahulu sebelum memberikan kata muktamadnya.
"Haih... ini seperti tiada dalam rancangan hidup saya. Encik Gempa, adakah kamu pasti kamu tidak mabuk sekarang?"
"Saya yakin 100% saya tidak ambil setitik dua pun alkohol sebelum tiba ke sini Encik Taufan. Dan kalau awak masih ragu-ragu, boleh tanya pada pembantu peribadi saya untuk konfirmasi."
Taufan memandang usahawan berjaya dan pembantunya di hadapannya itu dengan keliru. Seketika kemudian dia pun menggelengkan kepalanya untuk membuang niatnya untuk tidak betul-betul bertanya kepada pembantu peribadi Gempa.
"Uhm... macam ni. Kalau Encik Gempa tak kisah, boleh terangkan sebab dan asbab kenapa permintaan kamu lain... daripada biasa?"
Gempa akhirnya dapat menghela nafas lega. Entah sejak bila dia tiba-tiba menahannya sehingga helaan nafas dirinya sendiri baru terasa. Seolah-olah dapat bernyawa semula.
"Uhh... sebenarnya ia agak personal. Tapi kerana Encik Taufan sendiri yang akan terlibat tentang hal ini, jadi saya akan beritahu secara ringkas dari awal sampai akhir. Begini, saya adalah seorang usahawan yang berjaya. Dalam kerjaya saya, bukan saya yang mencari duit, tetapi duit sendiri yang akan datang kepada saya. Hampir seluruh dunia telah berjaya saya bangunkan cawangan sendiri."
Taufan mengangguk dengan berkelip faham. Memang betul yang kejayaan Gempa sekarang sudah tidak dapat diragui lagi. Tetapi ia masih belum dapat menjawab pertanyaan Taufan yang masih sedang berkobar-kobar di dalam hati dan fikirannya sekarang.
"Jadi, sehubungan dengan itu, saya akan sering berdepan dengan cabaran bila melibatkan hal hubungan romantis. Sebelum ni saya pernah melalui frasa bercinta dan mempunyai hubungan yang istimewa dengan bekas-bekas kekasih saya. Tapi malangnya... kesemuanya tidak dapat saya pertahankan."
"...Sebabnya?"
"Bila sudah berharta, orang tidak akan mampu pandang keikhlasan hati dan cinta. Yang akan mereka pandang hanyalah harta semata-mata. Jadi itulah apa yang sering saya hadapi Encik Taufan. Tiada cinta sejati yang dapat saya rasai. Kesemua bekas kekasih saya hanya bersama dengan saya semata-mata inginkan harta dan kekayaan saya semata-mata."
Taufan mengangguk faham dan ber-oh ria. Sekarang dia sudah dapat sedikit info terbaharu yang menarik dari seorang insan yang bernama Gempa itu.
"Dan sebab kamu datang jumpa saya dan minta... ekhm! Permintaan tu?"
"Sebab saya perlukan peneman."
"...?"
"Hah, saya sekarang sudah tak nak peduli tentang apa itu cinta dan sebagainya, Encik Taufan. Dan kalau boleh, saya nak tetap sendirian tanpa pasangan sehingga ke akhir hayat. Tapi hati kecil saya inginkan kewujudan dan kehadiran seorang insan kecil yang sentiasa ceria dan aktif berlari ke sana dan ke sini dalam hidup saya. Saya perlukan anak."
Mulut Taufan terbuka tanda tergamam. Oh, begitu...
"Anak angkat?"
Gempa menggeleng.
"Saya ingin anak dari keturunan darah daging saya sendiri. Supaya harta saya boleh terus diserap dan diperoleh kepadanya dan bukan ke atas orang lain."
"Oh..."
Taufan mengangguk faham. Mata nilamnya melilau memandang ke merata tempat tetapi bukan tepat di mata emas Gempa. Walaupun persoalan besarnya sudah terjawab, tetapi masih ada 1 persoalan yang dia rasa seperti betul-betul ingin tahu sekarang!
"Jadi kenapa saya? Maksud saya, sekarang negara kita sudah maju dengan kaedah bayi tabung uji. Dan tak dilupakan juga ramai orang di luar sana yang sudi menderma kepada sesiapa yang ingin menjadi ibu atau bapa tunggal."
Mendengar pernyataan daripada Taufan tadi, ia terus membuatkan Gempa tertunduk ke bawah dan tersenyum hampa.
"Kalau ikutkan perancangan awal, saya memang berniat ingin lakukan hal itu. Tapi ia boleh menjadi risiko untuk saya dan bakal anak saya. Bagaimana jika keturunan ayah dari anak saya ada masalah? Atau bagaimana jika ayah kepada anak saya tahu bahawa saya yang selama ini membawa anaknya? Berkemungkinan besar masalah besar akan berlaku. Banyak kelemahan untuk saya dan kesempatan ke atas mereka dapat diperolehi dengan mudah."
Oh, sekarang Taufan faham sikit.
"Ok...? Jadi, kenapa saya? Kenapa pilih saya?"
"Sebab saya sangat kagumi Encik Taufan. Saya suka Encik Taufan!"
"Huh?!"
Terbeliak mata Taufan mendengarnya.
"Saya sebenarnya suka Encik Taufan...! Encik Taufan ada rupa, berpendidikan yang tinggi, banyak kemahiran dan bijaksana. Dan saya kalau boleh nak dapat anak-anak yang berkebolehan sama seperti Encik Taufan juga. Tapi saya tahu, nak memiliki orang sehebat Encik Taufan ni sangatlah mustahil. Jadi sebab itulah saya buat keputusan ingin benih keturunan daripada Encik Taufan. Maaf kalau apa yang saya katakan ni kurang sopan!"
Gempa menundukkan kepalanya dengan laju sehingga nyaris mengenai meja kopi di hadapannya andai nasib dia sempat berhenti sebelum kena. Taufan terkesima. Tak pernah lagi dia jumpa orang aneh sebegini. Bagaimana dia perlu memberikan jawapan kepada Gempa? Ini bukan Gempa yang selama ini dia perhatikan dari jauh sebagai orang yang berjaya. Atau mungkin ini betul-betul Gempa cuma dari sisi yang lain? Ah, sudahlah. Pening kepala Taufan dibuatnya!
"B-baiklah, Encik Gempa... saya faham, saya faham."
Taufan menghembus nafas dengan kasar. Aduh, dia masih belum berikan jawapan yang muktamad kepada Gempa.
"Uhh... jadi... kalau saya kata saya setuju untuk kerjasama dengan Encik Gempa, apa yang akan saya dapat?"
"Promotion, sponsorship, endless commission, every year company cooperation... just name it."
Dengan selamba Gempa menjawab, mendapatkan reaksi yang terkejut daripada yang mendengarnya. Sehinggakan pembantu yang setia berdiri di sebelahnya juga ikut terkesima.
"Wow... okay? Jadi bila Encik Gempa nak lakukannya?"
"Sekarang boleh?"
"What?"
Ok, sudah! Malas nak menaip panjang. You guys bayangkan sendiri how it ends here! Lololol XDD
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top