SupGlace

Entah kenapa Ani suka betul dengan AU yang melibatkan Agegap ni. 😂

But Ani lagi suka kalau seme-nya yang paling muda tho. While uke pula paling tua. Uwu

Mungkin sebab pengaruh dari diri Ani sendiri sebenarnya yang nak suami lebih muda. 😂😂 Ahahaha don't be mad plis. Bcuz most of all my family yang suami adalah lebih muda dari isteri. Mak ayah Ani pun sama wkwkwkwkwkwk

Ok so apa yang Ani nak buat dengan agegap antara Supra dan Glacier? 👀👀✨ Let's take a look!









Agegap AU!

SupraxGlacier

Age

Halilintar, Gempa, Taufan - 12
Blaze, Solar, Thorn - 10
Ice - 8
Frostfire - 6
Glacier - 5
Supra - 1

_______________________

Family

Gempa(only child[12]) - No siblings but got lots of fans, crush(s) and admirer(s)

Frostfire(only child[5]) - No siblings but loves Glacier like his own brother

Blaze(Big bro[10]), Ice(Second[8]), Glacier(last[5]) - Siblings

Halilintar(big bro[12]), Solar(second[10]), Supra(last[1]) - (War) Siblings

Taufan(big bro[12]), Thorn(last[10]) - (Very close and lovey-dovey siblings

_______________________

Details Relationship

Halilintar & Gempa & Taufan - Very close friends

Also Halilintar & Gempa - Crush

Frostfire & Glacier - Very close friends

Solar & Thorn - Just like twin

Blaze & Ice - Love/Hate Siblings

Supra & Glacier - The are-you-guys-couple(?)

Glacier & Gempa - The I-love-him-like-a-senior-so-shut-up

Penat nak set up kan hubungan diorang semua. 😂 Sorry kalau ada yang mempersoalkan kekurangan dalam cerita ni. Ani kalau boleh nak pastikan semua ada pasangan so...

Ok, apa-apa pun auto focus dekat SupGlacier jelah. Bukannya plan nak panjangkan pun cerita ni. 😂😂








Glacier: Abang Hali, bila adik Supra nak bangun?

Hali: Supra baru je tidur, Glace. Kamu kena tunggu petang sikit kalau nak main dengan dia.

Glacier: Alaa...

Gempa: (usap kepala Glacier) Takpe, Glacier. Apa kata kamu main dengan abang dulu nak?

Glacier: Betul ke, Abang Gempa?? Nak! Kita nak main apa??

Gempa: Kita main kejar-kejar! Biar abang kejar kamu, ya?

Glacier: Yaaayy!

Hali: Eh, habis aku macam mana?

Gempa: Apa maksud kau?

Hali: Aku pun nak bersama dengan kau juga!

Gempa: Ah, gomen. Aku lebih suka main dengan Glacier. Plus, kau kena jaga adik kau, Hali. So... Bye!

Gempa pun mengheret tangan Glacier untuk segera beredar dan bermain. Halilintar tercengang jadinya apabila menerima jawapan mentah-mentah daripada Gempa.

Hali: Tak adil! (hentak kaki)

.
.
.

3 tahun kemudian

Frostfire: Yaaaayy!! Aku sampai dulu!

Glacier: Huff.. Huff.. Mana aci! Kau tolak aku masuk semak!

Frostfire: Hehehe, kalau nak berjaya, kena ada taktik kotor sikit, kan?

Glacier: Hoit! Mana kau belajar benda tu, ha?!

Frostfire: Dari Abang Blaze kau lah!

Glacier: (facepalm) Aiihh... Sekarang aku pula yang rasa kau ni adik abang-abang aku berbanding aku sendiri.

Supra: Abang Glace!

Serentak Glacier dan Frostfire berpaling dan melihat seorang kanak-kanak kecil dalam lingkungan umur 4 tahun sedang berlari mendekati mereka berdua. Wajah kanak-kanak itu kelihatan begitu ceria sekali sambil membawa pedang mainan.

Dan sebaik sahaja tiba, kanak-kanak kecil itu pun terus memeluk kaki Glacier dengan erat. Terkekeh-kekeh kecil Glacier jadinya apabila melihat telatah manja kanak-kanak itu.

Glacier: Hi, Supra! Kamu tunggu abang, ya?

Supra: Yup! Supra nak main dengan Abang Glace!

Seketika wajah ceria Glacier terus berubah. Dia terus berpaling ke arah sahabatnya iaitu Frostfire yang sekadar menghinjutkan bahunya.

Glacier: Ah, maafkan abang, Supra. Tapi hari ni abang tak dapat nak main lah dengan kamu.

Supra: Eh... T-tapi kenapa..?

Mata Supra sudah berkaca-kaca kerana sedih apabila dia mendapat tahu hari ini abang kesayangannya tidak dapat bermain dengannya lagi. Macam beberapa hari sebelum ini juga, Glacier mendapat banyak projek dan kerja sekolah dari cikgu-cikgunya dan itu membuatkan Glacier harus segera menyiapkannya bersama-sama Frostfire.

Walaupun masih kecil, tapi Supra juga rasa sedih kerana Glacier tidak dapat bermain bersamanya seperti selalu. Dia sangat sunyi tanpa abang kegemarannya itu. Dia tahu bahawa Glacier bukan abang kandungnya tapi kanak-kanak itu sudah menganggapnya seperti itu. Ini kerana jarak umur antara abang Supra iaitu Halilintar dan Solar amat jauh darinya. Dan tambahan pula yang sentiasa menemani Supra ialah Glacier. Jadi tidak hairanlah jika sesiapa sahaja sentiasa melihat Supra sentiasa bersama-sama dengan Glacier sepanjang masa.

Supra: Whaaaa...!! Abang Glace dah tak sayang Supra!

Hali: Haish... Budak ni. Abang Glace tu ada kerja lah! Dia mana boleh main dengan kamu selalu!

Solar: Entahnya. Kamu tu belum sekolah lagi jadi kamu tak faham apa-apa.

Muka Supra makin sedih apabila abang-abangnya langsung tidak mempedulikan perasaan sedihnya. Inilah salah satu sebab juga kenapa Supra lebih memilih orang luar berbanding abangnya sendiri. Mereka berdua tidak pernah memahami jiwa kanak-kanak Supra yang sentiasa inginkan perhatian.

Gempa: (ketuk kepala Halilintar) Biadap! Kau ni tak matang betul nak jaga hati adik kau!

Taufan: Entahnya, Hali... Cuba lah kau baik sikit dekat adik kau tu.

Hali: Hek eleh! Kau tahu apa? Penat tau kalau jadi abang sulung ni!

Taufan: Eh, eh! Aku pun ada adik jugak tau! Tapi tak pernah pun aku buat macam tu dekat Thorn!

Hali: Sekurang-kurangnya aku lebih baik dari Blaze.

Blaze: Eeehh!! Apahal Blaze pulak! Abang Hali agak-agak lah! Blaze pun ada 2 adik untuk dijaga tapi Blaze masih lebih baik dari Abang Hali!

Hali: Sudahlah! Aku malas nak berborak dengan korang. Jom, Gem. Aku nak tanya kerja sekolah ni dekat Fang. (tarik tangan Gempa)

Gempa: Eh! Eh! Tapi aku tak nak jumpa Fang pun! Kau pergi jelah dengan Taufan!

Hali: Tak nak!

Taufan: Woy! Tunggu lah! Kot ya pun nak berdua tengok keadaan dulu lah!

Thorn: Abang Tau! Tungguuuu!

Supra hanya memandang kanak-kanak yang jauh lebih tua darinya itu dengan wajah yang sedih. Tiada sesiapa pun yang menyedari kehadirannya. Jika Glacier ada, pasti kanak-kanak lelaki itu akan sentiasa berada di sebelahnya untuk berbual bersama.

Supra sentiasa sedih dan sunyi apabila Glacier tidak bersama-sama dengannya. Sehingga kadang-kadang dia selalu menyalahkan ibubapanya kerana dia tidak sama umur dengan Glacier. Dia juga sentiasa menyalahkan sekolah kerana sering mempersoalkan kenapa sekolah suka sangat membuatkan abang kesayangannya itu letih setiap kali balik dari sekolah. Tambahan pula, kerja sekolah pun banyak dan perlu diselesaikan dengan segera. Kenapa Supra tidak boleh sama seperti Glacier? Adakah takdir membencinya?

.
.
.

5 tahun kemudian

Supra: Abang Glace nak pergi mana?

Supra memandang ke arah Glacier yang kini sedang bersiap-siap berkemas untuk berangkat ke kolejnya. Glacier yang tidak menyedari akan kemunculan Supra tadi serta-merta terkejut dengan kehadiran kanak-kanak tersebut. Segera dia berpaling untuk melihat seorang kanak-kanak yang semakin meninggi itu sedang memandang ke arahnya dengan penuh tanda tanya.

Glacier: Ah..? A-Abang kena pergi school, Supra.

Supra: Supra pun pergi school. Tapi takde pula kena kemas macam ni?

Glacier: Ah, tu sebab...

Ais: Itu sebab Abang Glacier kena pergi sekolah yang jauh.

Kehadiran seorang lelaki muda yang tinggi lampai di dalam bilik Glacier mengejutkan penghuni di dalamnya. Supra memandang ke arah abang kedua Glacier manakala Glacier pula sudah berwajah pucat.

Supra: Jauh..? Abang nak pergi mana?

Glacier: Takde mana pun! Dekat-dekat sini je!

Glacier cuba beralasan. Dia tahu, jika kanak-kanak di hadapannya itu tahu kenyataan yang sebenar pasti perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Supra: Ooohh... Supra nak ikut boleh?

Glacier: Apa-? T-tak boleh, Supra! Supra kan masih kecil!

Supra: Tapi...

Ais: Kamu mana boleh pergi, Supra. Abang Glacier pergi jauh sebab nak belajar. Dia mana ada masa dah untuk bermain dengan kamu.

Supra menoleh ke arah Ais buat kali kedua. Dan entah kenapa dia rasa seperti kata-kata itu cukup menyakitkan hatinya. Kanak-kanak itu berpaling semula ke arah Glacier yang kini nampak serba salah.

Supra: Abang Glace... D-dah tak suka Supra ke...?

Glacier menggigit bibirnya. Inilah apa yang paling ditakuti oleh remaja itu. Harus berdepan dengan situasi yang mana kanak-kanak kecil di hadapannya yang selama ini amat disayanginya sejak kecil lagi bakal menangis dan bersedih kerana dirinya sebagai punca.

Supra: Abang Glace... Isk.. A-Abang Glace dah tak nak m-main dengan Supra... Sebab abang d-dah bencikan Supra..? Isk..

Glacier: Supra... Dengar sini. Abang Glace bukan tak nak main dengan Supra atau tak suka Supra... Abang kena belajar.

Glacier tahu kalau dia jujur atau beralasan sekalipun kanak-kanak di hadapannya ini tidak akan faham maksudnya. Dia mahu Supra faham dan pada masa yang sama merelakan dirinya pergi. Dan jika kanak-kanak itu tidak mahu dia pergi, apa yang dia harus lakukan?

Blaze: Glace! Abang Gempa dah sampai ni!

Glacier semakin panik.

Supra pula sudah mula menangis. Manakala abangnya Ais pula dengan selamba badak pula boleh biarkan sahaja. Tak ada hati perut betul!

Glacier merenung muka abang keduanya itu dengan pandangan yang berharap. Berharap agar abangnya faham akan kesulitannya dan baik hati boleh menolongnya.

Dan nasib Glacier baik kali ini. Ais akhirnya faham tentang situasi dan biarpun last minute, dia membantu memujuk Supra.

Ais: Supra... Kamu tak nak Abang Glacier pergi ke?

Supra: TAK NAK!!!

Kedua beradik itu terkejut dengan jeritan Solar yang tiba-tiba tadi.

Supra: ABANG GLACE JAHAT!!! SUPRA BENCI ABANG GLACE!!!

.
.
.

10 Tahun Kemudian

Supra menghumban lalu menindih badan Glacier dengan kuat sekali. Kedua tangan Glacier di tarik ke atas dan Supra menguncinya dengan tangan besar nan gagahnya untuk menahan Glacier daripada meronta.

Glacier menjadi panik. Setelah sekian lama dia dan Supra tidak bertemu san bersua muka, tiba-tiba dia harus berhadapan dengan keadaan sebegini.

Glacier: Supra-! A-apa hal ni?!

Deruan nafas Supra begitu kencang sekali sembari dia memandang ke arah Glacier yang sedang ditindihnya. Marah? Entahlah, Supra tidak pasti. Tetapi apa yang pasti sekarang seluruh yang dipandangnya sedang berwarna merah sekarang.

Yup, Supra sedang marah.

Supra: Bagitahu aku, Glace! Kau sedang bercinta dengan Abang Gempa ke?!

Glacier terkedu. Dia tidak sangka bahawa Supra, adik kecilnya yang selama ini dia bermain dan bermanja bersama sudah tidak memanggilnya 'abang' lagi. Terasa hilang rasa hormatnya sebagai yang lebih tua dari Supra.

Glacier: Hoi, mana adab kau, hah?!

Supra tersenyum sinis.

Supra: So what? Kau dan aku beza 4 tahun je! Plus, there's no need to be called like that sebab soon you will get to used to it too, Glacy.















Bro, wth is this? 😓😂

This is a meeesssssss!!! 🔥🔥

Ah, btw... Macam Ani pernah cakap sebelum ni, 2 short story (spoil part) tentang SupraxGlacier Ani akan publish dan yang sebelum ni Ani dah publish. So apa yang Ani nak minta tolong para readers sakarang adalah pilih antara 2 cerita tu yang mana korang nak. 😄

Previous chap atau this chap? Pilih ya~ 😘 Vote mana paling banyak Ani akan bukukannya! 😆

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top