SupGlace
Wohooooo!! Dah lama tak tulis apa-apa dekat sini! 😂😂
Banyak asupan yang tercipta dalam kepala Ani tapi Ani kena tahan dulu sebab sebelum ni Ani exam. And guess what? Markah banyak turun- bwahaahahahah!! 😂😂 //tak tanya
Ok2, jom kita terus ke asupan. Uwu
.
.
.
Supra x Glacier
Slight! Halilintar x Gempa
and Ice x Gempa/Blaze
And Thorn x Taufan
"Terima kasih banyak sebab sudi belanja kami. "
Halilintar berkata kepada Gempa sambil mendukung anaknya Supra di tangan. Gempa hanya mengangguk dan tersenyum ramah sahaja bagi membalas ucapan tersebut. Manakala tangannya pula sedang ligat mengelap mulut Glacier yang comot.
Halilintar memerhatikan sahaja tingkah Gempa yang entah kenapa kelihatan begitu lembut dan elegan. Sejak dari pertama kali dia memandang wajah Gempa, dirinya seolah-olah serta-merta tertarik dengan aura Gempa. (Walaupun tidak dapat dilihat dengan nyata)
"Uuhh... B-boleh saya tanya... Ini... Anak kamu ke? "
Halilintar sedikit menekankan suaranya agar Gempa dapat mendengarnya dengan jelas. Dia tak nak Gempa bertanya semula akan soalan yang dilontarkan olehnya. Malu bukan kepalang Halilintar kalau kena ulang balik soalan tu!
"Hm? Ah, ya. "
Gempa menjawab singkat sambil tersenyum. Dia kemudiannya berpaling semula ke arah Glacier untuk menyuap aiskrim kesukaannya.
Entah kenapa Halilintar dapat merasakan bahawa hatinya telah ditikam dengan jarum yang tajam. Ah, sakitnya hati apabila harus menerima kenyataan bahawa rupa-rupanya orang yang dia inginkan sudah berpunya.
"O-oohh... Mesti ayah dia baik, kan? Sebab belikan baju yang unik macam tu. "
Memang jelas kelihatan baju yang dipakai Glacier amat unik rekaannya. Pakaian bayi yang terkenal dengan gaya 'baju beruang' namun dilengkapkan pula dengan jaket labuh paras bahu yang mempunyai bulu lembut sebagai hiasan yang menampakkan baju itu kelihatan hangat dipakai. Tidak lupa juga dengan corak yang ada pada pakaian tersebut, ia kelihatan seperti mempunyai unsur alam pula.
Gempa faham apa yang dimaksudkan Halilintar. Tetapi pujian itu sedikit sebanyak membuatkan hatinya terasa pedih. Seolah-olah luka yang lama mula berdarah kembali.
"Ya... Bekas suami saya amat sayang akan Glacier. Namun malangnya, dia terpaksa membahagikan kebahagiaan itu dengan anaknya yang lain. "
Kening Halilintar mula berkerut. Kenapa bunyinya seperti suami lelaki manis di hadapannya ini sudah meninggalkannya?
"Uuhh... M-maksudnya..? "
Gempa tersenyum pahit.
"Saya sudah bercerai dengan dia. Sebab saya dapat tahu yang dia selama ni mempunyai hubungan yang erat bersama cinta pertamanya. Dan kerana saya tak nak mengganggu, akhirnya saya minta cerai dari dia. "
Halilintar menggigit bibirnya. Berbeza dengan kisahnya yang harus menjaga anak buahnya kerana ibubapa Supra telah meninggal, rupa-rupanya kisah lelaki manis di hadapannya ini lebih menyedihkan.
"M-maaf... Saya tak bermaksud untuk mengingatkan kisah sedih kamu. "
Gempa menggeleng kecil.
"Tak. Tak mengapa. Sekurang-kurangnya saya harus sedar yang dalam dunia ni, kadang-kadang perkara yang membuatkan kita bahagia itulah kita harus melepaskannya demi kebaikan semua. "
Halilintar tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya diam sahaja sambil melihat air mata jernih yang mula mengalir turun dari kelopak mata Gempa.
Dunia memang tidak adil, kan?
.
.
.
10 tahun kemudian.
"Hi, Glace. "
Supra menyapa lembut kepada seorang lelaki manis di meja makan. Dia mengambil tempat di sebelah lelaki itu dan menatap wajah sayu nan lembut milik lelaki berkulit putih salju itu.
"Hi. "
Glacier membalas beserta dengan senyuman lembutnya. Persis milik ayahnya, Glacier mempunyai rupa yang amat menawan sekali walaupun sekilas pandang sahaja.
Dan ia sudah tentu membuatkan lelaki di sebelahnya itu juga tergoda dengannya. Untung iman kuat.
"Kau makan salad saja? Tak lapar ke? "
Supra memerhatikan menu makanan tengahari yang dibawa oleh Glacier. Memang dia sering simpati dengan makanan yang selalu dibawa oleh lelaki itu. Bukannya keluarganya itu susah, jadi kenapa Glacier perlu membawa salad untuk dimakan setiap hari?
"Tak. Aku suka salad. "
Singkat sahaja jawapan daripada Glacier. Ia membuatkan Supra sedikit kesal namun dia tidak mampu membalas apa-apa. Bagi Supra, hati Glacier umpama sebuah permata yang sangat suci dan kuat. Ia terlalu kuat sehingga sesiapa sahaja yang dapat melihat hatinya pasti akan kagum dan ingin melindunginya. Jadi sebab itulah, Supra tidak ingin melukakan hati Glacier dengan kata-katanya. Macamlah dia tak sedar yang mulut dia tu boleh tahan laser.
"Nah, aku bagi kau sikit roti aku. "
"Eh, takpelah Supra. Aku tak suka sangat roti. "
"Habis? Nasi goreng nak? "
Glacier menggeleng.
"Takpe. Kau makan jelah. Aku nak makan salad je. "
Supra mendengus. Ni yang dia tak suka. Glacier selalu menolak tawarannya. Walaupun dia tahu Glacier takde niat pun nak mengecewakannya, tapi sekurang-kurangnya makan lah apa yang ditawarkan oleh Supra. Supra juga risau dengan Glacier. Kurus je badan macam bila-bila je ditiup angin pasti akan terbang melayang!
.
.
.
"Aku nak kau berhenti menangis, Glacier. "
Supra menekankan suaranya. Dia menatap sendu ke arah lelaki di hadapannya itu.
Wajah yang kemerahan, bibir yang bengkak, pipi yang kebasahan dan mata yang berair. Dengan melihat sahaja ia sudah cukup membuatkan hati Supra sakit. Inikan pula mendengar isak tangisan yang ingin sahaja membuat Supra segera menghentikannya.
"Aku... Aku tak boleh, Supra... Mama Gem sangat kuat... Isk.. D-dia tahan je semua kata-kata tak guna yang orang lain cakap dekat dia... Hiks... Hina sangat ke Mama Gem? "
Glacier mengusap airmatanya yang mengalir turun dari pipi tembamnya. Rasa sakit dan perih yang ditahan selama ini terpaksa dia lepaskannya di hadapan Supra sewaktu dia datang melawat ke rumah Supra dan ayahnya dan berada di bilik lelaki itu.
Glacier duduk di atas katil sambil memeluk lututnya. Sambil ditatap oleh Supra yang baru sahaja masuk ke dalam biliknya untuk menghidangkan minuman kepada Glacier. Dan siapa sangka? Masuk sahaja tiba-tiba ternampak Glacier sedang menangis sendirian. Siapa tak panik?
"Glace... Aku tahu yang mungkin ia nampak mustahil di mata kau. Tapi percayalah... Dalam berjuta orang dalam dunia ni, akan ada seseorang yang akan sayang dan mencintai Mama Gem kau sama seperti kau. "
"Siapa Supra? Siapa? Aku dah tak boleh percayakan sesiapa... Ayah kandung aku sendiri tak sukakan Mama Gem... Inikan pula orang asing? Hiks... "
Supra menggenggam erat kedua belah tangannya. Tidak sanggup dia melihat hati Glacier yang terluka kerana melihat keadaan ibunya sendiri. Anak mana yang tidak sedih apabila melihat keadaan ibunya yang dihina oleh masyarakat yang tiada hati perut? Memang segala keadaan yang harus ditempuhi oleh dua beranak itu tidak cukup diungkapkan dengan kata-kata sahaja. Tidak padan.
.
.
.
"Maaf... Saya tak rasa kita boleh bersama. "
"Why? Tell me why! "
Rahang Halilintar mencengkam. Hatinya cukup terluka dengan jawapan yang diberikan oleh Gempa. Adakah Gempa betul-betul selama ini menganggapnya sebagai teman semata-mata?
"Encik Halilintar! Soon both of your and my child are going to get married! Kita sebagai bakal besan tak boleh bersama! It is wrong!"
"So what?! Gempa nak cakap yang Gempa takut orang cakap macam-macam dekat kita? Macam tu? Abaikan jelah apa yang orang nak cakap! Janji kita bahagia! "
"Yang bahagia tu you! Not me! Cukup lah saya berdepan dengan macam-macam hinaan selama ni! Saya penat tahu tak?! "
Keadaan mula menegang. Antara perdebatan antara Halilintar dan Gempa yang sedang berlangsung itu, tiada sesiapa pun yang tahu ataupun sedar bahawa mereka kini sedang didengari oleh Glacier dan Supra dari jauh.
"Glace... "
Dan tanpa sedar, airmata Glacier mula menitik.
"Gempa... "
Halilintar merenung iris keemasan Gempa dengan dalam. Ditenungnya untuk mencari rasa cinta dan ketulusan di sebalik kata-kata Gempa tadi. Adakah Gempa betul-betul ingin menolak dirinya? Adakah mereka akan kekal berkawan semata-mata?
Atau mungkin dia boleh menyatakan perkara yang drastik?
"Gem.. Then let me... "
Putuskan hubungan Glacier dan Supra?
Astaga-
Kill me. 😂😂
I luv HaliGem and SupGlace so much sampai sanggup seksa diorang. Omg omg omg 😂💦
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top