SopGen

Ani dedikasikan cerita ini buat diri sendiri soalnya sedikit kesal karna ga ketemu-temu ff ship baru Ani iaitu SopGen (Top! Sopan x Bottom! Gentar). Yaudah deh. Ga ada yang bikin tinggal bikin aja sendiri wkwkwk

Tapi sebelum lanjut, Ani mau share nasehat sedikit nih. (plis pardon with my Indo language)

Buat para2 boyvers terbaharu, ada 1 rules yang kami boyvers lama terutama para fujo udah tetapkan dari dulu lagi. Iaitu sekiranya kalian mau bikin ship fanfic buat ship kalian, kalian harus usaha dikit untuk tulis siapa top dan siapa bottomnya. Soalnya di fandom ini biasanya nama yang pertama adalah top dan kedua adalah bottom.

Ini ya misalnya,

HaliGem - Top Hali x Bottom Gempa

SopGen - Top Sopan x Bottom Gentar

SupGlace - Top Supra x Bottom Glacier

Blice - Top Blaze x Bottom Ice

Tholar - Top Thorn/Duri x Bottom Solar

Kalau ship itu ga punya posisi atau sekadar platonic yaudah tinggal tulis aja siapa dominannya. Misalnya Dom! Hali, Dom! Duri, Dom! Taufan dan sebagainya.

Atau shipnya bisa berada di 2 posisi ya bisa tulis juga Switch! Blice/IceBlaze, Switch HaliTau/TauHali, Switch HaliSol/SolHali dan sebagainya.

Waduh, cerewet sekali ya? Ya, iya dong... Harus dilakukan seperti itu supaya mereka yang tidak open opini sama mana2 ship dan punya strict preference sama satu posisi ship sahaja tidak akan keliru, ill-feel atau triggered gituh :)

Plus, soalnya pendapat dan preference kita semua kan berlainan semuanya. Makanya kita harus saling respect sama yang lain. Namun jika ga mau nulis nama ship yaudah kurang paling tulis siapa top dan siapa bottomnya aja. 

Ini contoh lainnya,

SopGen - Top Sopan x Bottom Gentar

Tapi opini kamu ship bottom Sopan dan top Gentar? Yaudah tinggal tulis ini aja,

GenSop atau Top Gentar x Bottom Sopan

Nah, udah jelas kan? Ani sama sekali ga halang sesiapa untuk berkarya. Namun jika mau berkarya di satu fandom, kita seharusnya tau juga setiap manusia punya keinginan yang berbeza. Ga semua ya punya opini yang sama seperti kita :D Makanya follow 1 rules ini maka semua orang bisa senang bersama.

Sekian deh dari Ani. Sekiranya readers mau tambah opini lain atau mau nanya sesuatu bisa dilakukan di ruangan komen. In addition, maap sama bahasa Indo error Ani. Ani naip pake bahasa Indo soalnya populasi(?) boyvers lebih banyakan Indo semuanya. Mau bikin bahas English dikhuatirin ga ada yang bisa bahasa Inggris TT Ang ang ang













Enjoy reading!













Slice of life

Fusion AU
Di sini adalah kisah dunia universal lain yang mana semua kuasa element Boboiboy termasuk fusion adalah seorang individu yang berlainan namun saling mengenali antara satu sama lain (time-skip ver.)

Shipnya ialah

Main: Sopan x Gentar

Slight: Supra x Glacier / Frostfire x Sori









Di suatu petang, setelah selesai mengangkat kain baju dari jemuran, Glacier membawa bakul yang penuh dengan longgokan pakaian-pakaian tersebut masuk ke dalam rumah untuk dilipat. Setelah melangkah masuk ke kawasan ruang keluarga, matanya ternampak Gentar yang sedang duduk termenung seorang diri di atas kerusi sofa.

Dengan gaya kedua tangannya menutup sebahagian dari wajahnya dan bertongkat siku di atas kedua-dua lutut, Gentar kelihatan sedang memikirkan hal serius.

Serius? 

Mana mungkin si Gentar sentiasa serius dalam apa-apa hal.

"Gentar?" Glacier memanggil. "Apa yang kau tengah fikirkan tu?"

Gentar yang dari tadi khusyuk melamun akhirnya tersedar dari benak fikirannya. Dia tertoleh melihat Glacier yang sedang mendekati dirinya sambil membawa bakul pakaian tadi.

"Takde apa." Jawabnya sambil cuba senyum sinis semula. "Saja fikir-fikir sikit."

"Fikir-fikir?" Dahi Glacier berkerut. "Sejak bila kau ada otak ni?"

Rasa terkilan dengan kata-kata pedas Glacier, Gentar menarik muka marah. 

"Ceh, kau ingat aku ni takde otak ke? Heh, ni Gentar lah. Mestilah aku lengkap berotak sekali." Sombongnya.

Glacier memandang pelik ke arah Gentar sebelum dia menggelengkan kepala lalu mengeluh.

"Hm, suka hati kaulah. Takde masa aku nak layan." Tutup Glacier.

Gentar hanya tertawa kaku sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Setelah itu, dia kembali duduk di atas sofa bersebelahan dengan Glacier. Matanya ralit memandang si fusion ais batu itu yang cukup handal dalam melipat pakaian-pakaian miliknya.

"Weyh, Glace. Aku nak tanya sesuatu ni." Panggil Gentar.

Glacier mengerling ke arah Gentar untuk seketika sebelum dia sambung lipat kain semula. "Hm, apa dia?"

Gentar membuka mulutnya untuk menyuarakan soalan. Namun, tiba-tiba suaranya seperti tersekat di tekaknya. Dia tak dapat nak tanya apa yang sedang membuku di hatinya.

Glacier sudah rasa pelik. Tapi dia kekal tenang dan tunggu apa yang ingin ditanyakan oleh Gentar.

"Uhh... Kalau aku tanya ni... kau jangan rasa pelik pulak tau?" Gentar berkata dengan ragu-ragu.

"Pelik? Pelik apanya?" Glacier berhenti dari melipat pakaian lalu mengalihkan wajahnya untuk melihat Gentar.

Dari situ Glacier sedar yang Gentar kelihatan sedang mengalami masalah. Masalah apa Glacier pun tak tahu. Tapi jelas kelihatan Gentar sedang berada dalam masalah yang rumit. Tak sangka di sebalik wajahnya yang seperti budak nakal tepi jalan yang perasan ala-ala samseng tu boleh nampak gemuruh dan resah macam ni. Ingatkan tak pernah ada masalah dalam hidup.

"Err... Macam ni. Aku teringin nak tau hubungan kau dengan Supra." 

Soalan daripada Gentar menarik perhatian Glacier semula.

"Kenapa dengan aku dan Supra?"

Gentar senyum kekok. "Kau dengan dia... bersama kan?"

Glacier angguk.

"Macam mana kau dengan dia bersama?"

"Macam tu lah."

"Oh, kau sedar ke masa kau tak bersama dia lagi?"

"Tak."

"Jadi Supra yang sedar?"

"Tak juga."

Gentar berkerut. Dah semua tak berlaku, macam mana Glacier ni boleh bersama dengan Supra? Takkan sedar-sedar diorang dah bersama? Tak ke pelik...

"Ish, aku tanya betul-betul ni!" Marah Gentar kerana kesal.

Glacier memandang serius ke arah Gentar yang sedang cemberut tidak puas hati. Salah ke apa yang dia cakap tadi? Rasanya tiada yang tipu.

"Haih, betul la apa yang aku cakap tu. Aku dengan Supra tahu-tahu dah bersama." Glacier menjawab dengan malas.

"Macam mana kau boleh TAK TAHU? Takkan korang tiba-tiba bersama?"

Alangkah terkejutnya Gentar apabila soalannya dijawab dengan anggukan sahaja dari Glacier. Biar betul. Si ais batu ni memang serius ke atau memang sengaja malas nak jawab secara terperinci?

"Ish! Sudah lah! Lagi lama aku bercakap dengan kau, lagi stress aku!"

Dengan hati yang kesal, Gentar pun melangkah pergi dari situ, meninggalkan Glacier dengan riak tenangnya seolah-olah tiada apa yang berlaku.

---

Selepas keluar dari rumah, Gentar terus melangkah masuk ke kawasan laman rumah. Dalam dia sedang mengumpat tentang Glacier, Gentar terpandang Frostfire dan Sori yang sedang berborak bersama di sebuah kerusi batu yang tersedia di laman rumah tersebut. Dalam rasa ingin tahu tentang perbualan mereka, Gentar terus menghampiri.

"Hai, gaes! Borak pasal apa ni?"

Frostfire dan Sori menoleh lalu membalas senyuman dan sapaan Gentar.

"Yo!"

"Hai, Gentar! Saja borak kosong. Kau nak ke mana ni?" Soal Sori.

"Oh, takde ke mana pun. Saja keluar cari angin sikit." Jawab Gentar.

"Cari angin?" Sori menaikkan sebelah keningnya. "Oh! Kau cari Sopan eh? Dia ada je keluar dengan Supra tadi ke kedai. Nak aku telefon?"

"Eh, takpe, takpe! Susah-susah je, bro." Gentar mengambil tempat duduk di salah satu kerusi kosong yang tersedia. "Lagipun yang aku maksudkan ialah angin udara. Bukan Sopan."

"Oh, yeke?" Sori ketawa malu. "Sorry... Ingatkan kau rindu Sopan. Sebab tu cari dia."

Gentar berkerut keliru. Manakala Frostfire pula cepat-cepat menyiku lengan Sori.

"Woi, bukan macam tu lah..." 

Gentar melihat interaksi antara pasangan itu dalam diam. Manisnya bila dapat bergelak ketawa macam tu sama-sama. Bukannya Gentar cemburu. Tapi alangkah baiknya jika dia dapat pasangan yang boleh sama-sama bergurau senda sebegitu?

"Weyh, aku nak tanya korang ni." Gentar tiba-tiba memecahkan keheningan.

"Ha, tanya apa?" Frostfire menjawab.

"Korang baru je bersama kan?" 

"Ha'a." Angguk Frostfire dan Sori serentak.

"Macam mana korang boleh bersama?"

Frostfire dan Sori terdiam. Mereka saling memandang antara satu sama lain buat seketika sebelum Sori menjawab, "Macam tu lah?"

Satu lagi jawapan yang menyakitkan hati. Memang dalam dunia ni takde ke orang yang boleh jawab elok-elok sikit? Naik darah pulak nanti.

"Aduh... Susah sangat ke soalan aku tu? Tadi Glacier... Sekarang korang pulak. Korang nak main-mainkan aku ke?" Rungut Gentar.

"Eh, apahal pulak? Kitorang jawab dengan jujur je!" Frostfire berkerut.

"Ha'a. Salah ke apa yang kitorang jawab?" Tambah Sori.

"Ish! Bukan saja salah! Tapi tak menepati kehendak soalan! Hmph! Kosong markah aku bagi kat korang!" Dengan kesal Gentar bangkit dari tempat duduknya lalu segera beredar dari situ, meninggalkan Frostfire dan Sori yang terpinga-pinga.

"Salah ke apa yang kita jawab?" Soal Frostfire.

"Entah. Sejak bila pulak kita ada ujian pulak sampai boleh dapat markah kosong?" Sori garu kepala dengan keliru.

---

Kini Gentar sedang berjalan melalui jalan perumahan yang berada di sekitar kawasannya. Wajahnya tertunduk sambil melihat kakinya menendang-nendang batu-batu kecil yang berada di atas jalan seperti sedang menendang bola. Kedua tangannya dilipat menutupi dadanya. Dan mukanya jelas kelihatan sedang cemberut.

"Haih, susah sangat ke soalan aku tadi? Padahal aku nak tau macam mana diorang semua tu bersama je. Mana lah tahu aku sebagai abang kawasan sini boleh ada pasangan macam diorang jugak?" Rungut Gentar.

Sejak dua menjak ini, fikiran Gentar cukup serabut dengan perkara yang sedang berlaku pada dirinya. Di saat dia sedang tinggal bersama Frostfire, Glacier, Supra, Sori, dan Sopan, Gentar sering melihat yang lain saling berinteraksi bersama-sama. Biarpun mempunyai personaliti yang berbeza, mereka umpama saudara yang rapat, sama seperti saudara mereka yang tinggal jauh di tempat lain. Perangai pun nak dekat sama.

Awal-awal dulu, Gentar sedar yang Glacier dan Supra cukup dekat antara satu sama lain. Malah, lebih rapat dari yang lain. Supra sentiasa membantu Glacier dalam membuat kerja rumah manakala Glacier pula sentiasa tolong temankan Supra untuk belajar pada lewat malam walaupun pada akhirnya dia akan tertidur di atas katil Supra. Ajaibnya Supra tak pernah marah bila Glacier tidur di atas katilnya. Kalau yang lain? Mesti dah kena halau atau ditendang keluar kalau tak bangun-bangun. Dasar pilih kasih.

Tapi dalam keakraban mereka, rupa-rupanya mereka mula saling menyukai antara satu sama lain. Dan tiba-tiba, pada hujung minggu, Supra dan Glacier keluar bersama. Mereka sempat disoal oleh Frostfire sewaktu Gentar, Sori, dan Frostfire melihat mereka pergi ke pintu rumah berduaan. Dan dengan tenangnya Supra menjawab,

"Kitorang nak pergi dating. Ha, untuk makan malam nanti, pandai-pandailah korang hidup."

"Hah?" - Sori

"What the freak?" - Frostfire

"Anjir!" - Gentar

Mestilah yang lain terkebil-kebil jadinya. Belum sempat nak proses maklumat baru, 2 data fusion tadi dah melesap keluar dari rumah bersama. 

Sejak dari hari itu, setiap gerak-geri yang dilakukan oleh Supra dan Glacier sentiasa diperhatikan oleh Gentar. Dia jadi tertanya-tanya datang dari manakah rasa cinta itu di dalam hati mereka sehingga mereka boleh bersama? Walaupun tidak menemui jawapan, namun berdasarkan pemerhatiannya, Gentar dapat tengok dengan jelas yang mereka berdua cukup peduli antara satu sama lain. Setiap perkara yang dilakukan antara mereka sentiasa dilebihi dengan kasih sayang dan kepekaan. Alangkah manisnya bila dilihat.

Seterusnya, selepas Sopan yang baru pindah masuk ke dalam rumah mereka, Frostfire dan Sori pula mula menjadi lebih dekat. Gentar tidak terlalu peduli pada waktu itu kerana dia sedang akrab dengan Sopan. Jadinya dia tidak perasan yang mereka berdua sedang berinteraksi lebih banyak dari kebiasaan.

Namun seminggu yang lalu, Gentar dapat tahu yang Frostfire dan Sori telah bersama pula. Alangkah terkejutnya dia. Tiada duit, tiada kad jemputan, tiba-tiba sudah menjalinkan hubungan.

Kalau Supra dan Glacier mungkin Gentar dapat tahu kerana interaksi mereka yang seperti istilah old married couple. Macam mana pula dengan Frostfire dan Sori. Sungguh pelik. 

Gentar cuba memerhatikan mereka berdua dalam diam. Namun, mereka berdua lebih sering bergurau senda antara satu sama lain. Tiada interaksi manis dan romantis yang selalu Gentar lihat melalui Supra dan Glacier ataupun dari drama-drama romantis yang disiarkan dalam televisyen walaupun dia selalu tertidur selepas itu.

Mungkin mereka bukan sejenis yang suka PDA di mata umum. Takkan lah Gentar perlu curi masuk untuk intai apa yang mereka buat malam-malam di dalam bilik? Cukuplah dia sering dimarahi Supra dan kena siram dengan air panas kerana cuba mengusik dia dan yang lain ketika sedang pecah masuk ke dalam bilik mandi melalui tingkap tandas. Padahal dia ingin pujuk mereka untuk mandi pakai air perigi saja...

Sekarang, tinggal lah Gentar dan Sopan. Hubungan mereka berdua elok saja bagi pendapat Gentar. Mereka banyak berinteraksi juga tapi kadang-kadang Gentar khuatir akan sesuatu. 

Sopan selalu senyum.

Ya, selalu senyum.

Bila berbual dengan yang lain, Sopan lebih banyak diam dan senyum sambil mendengar yang lain berbual. Dan bila Gentar berbual juga perkara yang sama berlaku. Kadang-kadang ada juga dia ikut berbual. Tapi kebanyakannya dia senyum dan ketawa. Senyum dan ketawa. Dah macam tak betul Gentar tengok.

Gentar mula jaga jarak sikit dengan Sopan. Maklumlah, baru kenal juga. Mungkin ada sisi lain dalam diri Sopan yang dia tak tahu.

Tapi bercakap tentang Sopan, sejak akhir-akhir ni ramai yang sering bertanyakan tentang Sopan melalui Gentar. Dia pelik. Kenapa kena tanya dia kalau nak tahu tentang Sopan? Tak boleh tanya sendiri ke? Atau mereka sedar yang Sopan ni lain dari yang lain? Dah gila agaknya lelaki tu...

Namun, apa yang membingungkan Gentar, mereka bukan tanya khabar Sopan. Sebaliknya, mereka akan tanya soalan-soalan pelik seperti,

"Macam mana kau dan Sopan?"

"Sopan tak beritahu apa-apa lagi ke?"

"Wah, suka betul Sopan berbual dengan kau, ya, Gentar?"

"Macam makin rapat je aku tengok kau dengan Sopan."

"Keluar dengan Sopan ke?"

Sopan, Sopan, Sopan! Dah macam span pula hari-hari kena serap nama tu dalam otak Gentar. Ini Gentar, pemilik kuasa yang boleh menyerap kuasa. Bukan serap nama Sopan!

Satu hal pula rasa macam Gentar ni adalah personal assistant Sopan. Ini abang kawasan lah! Bukan PA Sopan!

Huh, apa-apa pun. Tak perlulah terlalu fikirkan tentang perkara-perkara itu. Sekarang, Gentar perlu tahu apakah yang ada di sebalik hubungan rakan-rakan fusionnya itu. Mustahil mereka boleh bersama begitu sahaja!

Dalam dia masih sedang meneruskan perjalanannya, Gentar akhirnya ternampak Supra yang sedang berdiri di hadapan kedai runcit di tepi jalan. Dan ketahuilah, Gentar dengan sifat nakalnya pasti teruja ingin menyapa Supra yang sememangnya paling tidak ingin menemui Gentar dalam dunia ini.

"Yooooo, Supra! Adik kesayanganku!" Teriak Gentar sambil berlari ke arah Supra.

Supra, dengan terkejutnya perlahan-lahan menolehkan kepalanya untuk melihat Gentar yang sedang mendekatinya.

"Aduh... Dia ni lagi. Apa lagi yang dia nak? Tak habis-habis kacau hidup aku." Keluh Supra.

"Hey, Adik Supra! Lama tak jumpa! Buat apa tu?" Sapa Gentar sambil merangkul bahu Supra.

Supra berdesis rimas. Dia menjeling Gentar dan kemudian menolak jauh tubuh Gentar dari dirinya. "Ish, lama tak jumpa apa? Kau baru jumpa aku sejam yang lepas!"

"Hahaha! Sejam yang lepas masih kisah yang dulu, kan?" Gentar dapat jelingan tajam dari Supra sekali lagi namun diabaikannya. "Kau sorang jeke? Buat apa kat sini?"

Supra memutarkan bola matanya. "Haih... Aku ke sini nak beli barang. Sopan ada sekali."

"Oh, ya? Mana dia?" Gentar menoleh ke kiri dan ke kanan untuk menemui Sopan.

"Ada dekat dalam kedai lagi. Kenapa? Kau dah rindu dia ke?" Sinis Supra.

Kening Gentar berkerut. Dia menoleh ke arah Supra lalu bertanya dengan keliru, "Hah? Rindu dia? Kenapa aku nak kena rindu dia pula?"

Sopan mendengus sebal. Memang tak patut dia tanya soalan sebegitu pada Gentar.

"Hmph, lupakan. Ha, memandangkan kau ada kat sini, apa kata kau tunggu Sopan dan balik dengan dia? Aku kena cepat balik dan tolong Glacier."

"Eh?! Wei, nanti lah! Takkan tak nak borak dulu?" Rengek Gentar.

"Ceh! Buang masa lah aku borak dengan kau. Baik aku pergi borak dengan budak 5 tahun, lagi ada manfaat." Ejek Supra sebelum dia berlalu pergi dan meninggalkan Gentar sendirian di tempat tadi.

---

Selang beberapa minit, akhirnya Sopan keluar dari kedai runcit tadi setelah dia selesai membuat pembayaran. Selepas menyimpan duit baki di dalam saku seluarnya, Sopan melihat sekeliling luar kedai untuk mencari Supra. Padahal mereka akan pulang sekali, tapi tiada pula budak tu.

"Sopan! Akhirnya keluar jugak kau!" 

Tiba-tiba suara familiar menerpa pendengaran Sopan. Selepas pusing ke belakang, Sopan melihat Gentar sedang sengih ke arahnya.

"Eh, Gentar? Kenapa kau ada dekat sini?"

"Heh, Adik Supra dah amanahkan aku untuk temankan kau balik. Mesti kau gembira kan sebab dapat balik dengan aku?"

Mata Sopan berkelip buat beberapa kali selepas mendengar jawapan Gentar. Oh, ternyata Supra sudah balik dulu. Walaupun agak kecewa kerana Supra pulang tanpa pemberitahuan, sekurang-kurangnya dia tidak keseorangan.

Sopan pun senyum ke arah Gentar dan ketawa lembut. "Heh, mestilah aku gembira. Mari? Kita balik sama-sama."

"Jom!" Gentar bersorak riang.

---

"Apa yang kau beli tu?" Gentar bertanya selepas beberapa langkah mereka berjalan meninggalkan kawasan kedai runcit tadi. Jarinya ditunjuk ke arah beg plastik yang dipegang oleh Sopan.

"Oh, ni? Barang-barang aku je. Ubat gigi dan sabun mandi dah habis. Jadi aku perlu beli yang baru." Jawab Sopan. "Oh, ya. Aku ada beli aiskrim juga. Ingatkan nak bahagi dengan Supra. Tapi sebab kau ada, aku bagi dekat kau lah."

Sopan menarik keluar sepaket aiskrim yang mempunyai 2 set batang aiskrim di dalamnya. Selepas membuka bungkusan aiskrim tersebut, Sopan mematahkan aiskrim itu dan membahagikannya kepada 2. 

"Nah."

"Terima kasih." Gentar terima dengan gembira.

Selepas itu, mereka berdua berjalan bersama dalam keadaan senyap. Menikmati suasana kawasan perumahan yang aman dan damai. Kanak-kanak kelihatan sedang bermain di taman permainan berdekatan dan terdapat seekor kucing yang sedang mengejar seekor rama-rama di hujung taman tersebut. 

Sopan khusyuk melihat aksi kanak-kanak itu semua sewaktu mereka bermain dengan rakan-rakan. Ada yang sedang bermain dengan buaian, ada yang turun gelongsor, ada yang bermain dengan jongkang-jongkit, ada juga yang sedang bermain dengan layang-layang. Dalam dia sedang melihat mereka, dia tidak sedar yang arah kakinya sedikit membelok dan membuatkan dia terlanggar bahu Gentar.

"Aduh!" 

Aiskrim yang dipegang oleh Gentar terjatuh ke tanah. Sopan terus berpaling dan melihat kesan kelalaiannya. Disebabkan dia, Gentar tak dapat lagi makan aiskrimnya.

"Alamak! Sorry, Gentar! Aku tak sengaja terlanggar kau!" Sopan panik.

"Eh, santai je! Aku pun tak perasan tadi." Gentar cuba berdalih.

Sopan mula rasa serba-salah. Ruginya aiskrim tadi. Tapi nasib baiklah aiskrimnya tidak habis lagi. Jadi Sopan pun terus menghulurkan aiskrim miliknya kepada Gentar.

"Nah. Ambil aku punya."

"Huh?" Gentar terkejut. "Eh, takpelah! Itu kan kau punya?"

"Takpe. Aku bukannya suka makan aiskrim sangat. Ambil je." Senyum Sopan.

Ragu-ragu Gentar memandang aiskrim tadi dan Sopan secara bergilir-gilir. Namun, memandangkan Sopan berkeras, jadi Gentar pun dengan berat hati menerimanya.

"Uhh... Ok. Terima kasih." Gentar ambil aiskrim tadi. Disebabkan dia tunda mengambil aiskrim itu, perlahan-lahan aiskrim tadi mula cair. Jadi dengan cepat-cepat Gentar pun menjilatnya untuk mengelakkan cecair aiskrim itu mengotori tangannya.

Sopan senyum di saat dia melihat Gentar menikmati aiskrim itu. Namun, seketika otaknya terfikirkan sesuatu yang akhirnya membuatkan dia tiba-tiba berpaling ke arah lain dan menutup separuh wajahnya.

Gentar yang perasan akan hal itu pun berkerut pelik. "Eh? Kenapa kau ni?"

"T-takde apa. Jom jalan." Tergagap-gagap Sopan menjawabnya. Sedar tak sedar wajahnya sedikit merah.

Gentar ikut Sopan dengan rapat sambil terus menikmati aiskrim tadi. Diselangi sunyi seketika, Gentar pun tiba-tiba membuka bicara.

"Weh, Sopan. Aku nak tanya kau sesuatu ni."

"Ya? Tanya apa?"

Mata Gentar fokus ke hadapan. Sambil-sambil menjilat aiskrimnya, dia mula bertanya, "Kau rasa... Kenapa yang lain boleh bersama, ya?"

Soalan daripada Gentar mengelirukan Sopan. Dia tidak faham konteks soalan Gentar. Soalan itu terlalu terbuka. Tapi mungkin dia boleh teka.

"Maksud kau? Supra dengan Glacier dan Frostfire dengan Sori?"

Bingo. Gentar menganggukkan kepalanya.

"Oh..." Sopan kembali memandang ke hadapan dan sedikit mendongakkan kepalanya ke atas. Fikirannya mula ligat memikirkan jawapan untuk soalan Gentar tadi.

"Hmm... Aku rasa mungkin sebab diorang saling suka antara satu sama lain?"

"Suka?" Kening Gentar berkerut. "Suka tu kan boleh jadi subjektif atau isi tersurat. Ada banyak benda yang kita boleh definisikan sebagai 'suka'. Suka tidur, suka membaca, suka bermain, suka kucing, suka memasak... dan macam-macam lagi."

Sopan angguk sambil mendengar olahan daripada Gentar dengan teliti.

"Jadi bila aku tengok yang lain saling suka antara satu sama lain... Aku jadi tertanya, mereka saling suka yang macam mana? Saling suka kerana ada teman? Saling suka kerana saling memahami? Saling suka kerana mempunyai minat yang sama? Saling suka kerana saling menyokong? Atau macam mana? Ianya terlalu umum. Dan bila aku tanya diorang, macam mana mereka boleh bersama, mereka mesti jawab 'macam tu lah'. Susah sangat ke soalan aku?"

"Mungkin mereka pun susah nak jawab?" 

Gentar mengeluh dan menggelengkan kepalanya. Batang aiskrim yang sudah habis itu dibuangnya merata di atas jalan. Sengaja dia abaikannya kerana malas nak cari tong sampah berdekatan.

Namun, Sopan yang menyedari hal itu tiba-tiba berhenti dan terus pergi mendapatkan batang tersebut.

"Tak... Aku tak rasa yang mereka susah nak jawab." Keluh Gentar. "Mungkin mereka tak tahu mana satu yang tepat. Suka dalam percintaan ni ada banyak. Ada yang suka sekadar teman, suka kerana terhutang budi, suka kerana belas kasihan-"

"Atau suka kerana ingin memiliki."

Kata-kata daripada Sopan yang berjaya memotong percakapan Gentar berjaya membuatkan Gentar berhenti melangkah. Dia perlahan-lahan menolehkan wajahnya ke belakang untuk melihat Sopan.

Dan apa yang didapatinya, Sopan kini sedang memandang ke arahnya sambil memegang batang aiskrim yang dibuang oleh Gentar tadi berdekatan dengan wajahnya. Sopan senyum kepada Gentar.

"Benar. Ada pelbagai jenis suka dalam dunia ni. Kadang dalam kita tak sedar sebenarnya kita telah jatuh cinta pada seseorang yang dekat dengan kita." 

Sopan mula berbicara sambil berjalan mendekati Gentar. Batang aiskrim tadi masih dipegangnya.

"Perasaan suka kerana mengagumi seseorang, suka kerana berteman," Sopan semakin mendekati Gentar. "Suka kerana ingin bersama, dan..." Dia mendekatkan jarak wajahnya dengan Gentar. 

"Suka kerana ingin memiliki."

Mata Gentar membutang dan wajahnya tiba-tiba rasa panas. Apa maksudnya? Suka kerana ingin memiliki? Memiliki orang yang disukai? Sebab itu Glacier dan yang lain bersama?

Melihat reaksi Gentar membuatkan Sopan senyum nakal. Dia mencapai kain pengelap yang disimpan olehnya kemudian menyapu bersih batang aiskrim yang dikutipnya tadi. Seterusnya, dengan perlahan dia menarik tangan Gentar lalu meletakkan kembali batang aiskrim itu ke dalam tapak tangannya.

"Kau tahu, Gentar? Cinta itu sangat rumit. Kadang-kala boleh buat kau rasa sedih, gembira, marah, keliru, kecewa, dan banyak lagi. Tapi apa yang membuatkan ia istimewa...? Kerana ia hanya dimiliki oleh orang yang memiliki perasaan itu." Bisik Sopan.

"Mungkin kau belum nampak sebab kau belum temui seseorang yang boleh buat kau rasa semua tu. Lagi-lagi di saat dia berada dekat dengan kau, ia membuatkan hati kau berdegup dengan sangat kencang." Tambahnya.

Berdegup kencang? Hati berdegup kencang? Maksud Sopan seperti sekarang ke? Seperti di saat wajah mereka cukup dekat begitu juga dengan tubuh mereka. Nafas Gentar rasa seperti tersekat. Wajahnya rasa panas. Dia tidak mampu mengeluarkan kata-kata.

"Cinta boleh buat kau rasa sukar untuk bereaksi. Wajah kau akan rasa panas, lidah kau kelu, nafas kau tersekat-sekat, dan tubuh kau kaku." Sopan perlahan menarik balik wajahnya dari Gentar. Senyumnya masih tidak lari dari wajahnya.

"Dan percayalah, Gentar. Di saat kau rasa semua tu, kau akan mula rasa ingin memilikinya selamanya." 

Dengan tenang Sopan mengutarakan kata-kata tersebut sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Gentar sendirian dalam keadaan kaku. Apa yang telah terjadi? Kenapa fikirannya rasa sangat bercelaru sekarang? Inikah jawapannya?












Ok, habis. Sikit-sikit sudah lah. X,D

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top