SolThorn
Tak pernah rancang pun untuk hasilkan ship ni sebab kebiasaannya Ani hanya pandang Solar dan Thorn more like a bromance than romantic duo. 😅
But oh well! Tak salah rasanya kalau cuba hasilkan cerita untuk mereka berdua, kan? Plus, Ani rasa Ani nak 'bayar' balik atas ke-noob-an Ani untuk cerita SolThorn yang pernah Ani buat dulu. 😢 //kalau korang pernah baca 'My Future' korang akan faham 😂
Ok so let's continue, tentang cerita ni, Ani nak buat konsep yang sama macam SupraGlace yang sebelum ni. That Bodyguard AU.
And this time, Solar as master and Thorn as bodyguard. Tho Thorn is the bottom here. 😘
Siapa tak suka badass bottom? 😂
Dan selain itu Ani juga akan perkenalkan side ship untuk menambahkan lagi 'perisa' di dalam hidangan cerita ini. 😂
Main ship
Solar x Thorn
Side ship
Halilintar x Gempa x Taufan (threesome because why not? 😏)
Blaze x Ice (can be switch tho 😂)
Bodyguard/Mafia AU!
Oh! Tapi sebelum itu, Ani nak ingatkan yang cerita ini mengandungi unsur dewasa plus lots of OOC!
Especially watak Solar and Thorn. Solar can be flirt in this story while Thorn still play innocent but he can be badass when it comes to protect Solar. But his innocent always ruin the moments bila Solar nak usik Thorn. This boi I swear- 😂😂
So enjoy!
"Tuan Solar? "
Thorn memandang hairan ke arah tuan mudanya yang kini sedang berdiri di ambang muka pintu biliknya sambil memandang ke arahnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Wajah Thorn seterusnya menjadi berkerut tatkala dia melihat senyuman aneh di muka tuan mudanya. Ia malah bertambah hairan apabila mendapati tuan mudanya datang ke biliknya sendirian, pada waktu tengah malam, iaitu jam 1 pagi.
"Hey, cutiepie~"
Mata Thorn berkelip-kelip hairan melihat tuan mudanya yang masih setia dengan kedudukannya biarpun wajahnya sekejap berubah ke pelbagai mimik. Terutama bibirnya yang sering dijilat oleh lidahnya dan digigit oleh giginya. Dah kenapa dengan tuan mudanya ni?
"Tuan perlukan apa-apa ke? "
"Nope. "
"Ah... Umm... Kalau macam tu saya nak tidur-"
"I won't allow it. "
Wajah Thorn berkerut. Dah kenapa ni?
"T-tapi tuan, kalau saya tak tidur, nanti esok nak jalankan tugas macam mana? "
"Kita boleh luangkan masa sepanjang hari di rumah saja. "
"Tapi... Tuan bukan ke nak keluar? "
"Cancel it. I want to spend lot of my time with you cutiepie. "
Solar mendekatkan dirinya ke arah Thorn lalu terus melangkah masuk ke dalam bilik pengawal peribadinya itu. Pintu bilik ditutup dan sempat dikunci sebelum dia mengangkat badan Thorn untuk dibawa ke katil.
.
.
.
"Wah... Melalui apa yang kitorang dengar, rasanya... Tuan Solar sukakan kau, Thorn. "
Taufan berkata sembari menatap ke arah juniornya iaitu Thorn yang kini mereka berempat sedang dalam perbualan melalui talian hologram. Ya. Berempat. Termasuk Gempa dan Halilintar.
Thorn terdiam. Sembari mengetap bibirnya dia mula mengingat semula akan situasi yang terjadi malam tadi. Yang mana tangan kukuh Tuan Solar menyentuh segenap tubuh badannya. Bermula dari bahagian atas iaitu wajah Thorn, kemudian ke arah lehernya, kemudian ke arah dada dan turun ke perutnya. Keadaan mula bertukar menjadi tegang apabila lelaki itu masih menggerakkan tangannya hingga ke arah paha Thorn dan seterusnya...
"Helo? Thorn? "
Gempa melambaikan tangannya ke arah Thorn. Tiba-tiba pelik pula bila juniornya yang polos itu tiba-tiba terdiam.
"Aku rasa dia mesti teringatkan pasal kejadian semalam. "
"Yeke? Aku sebenarnya risau sikit... Adakah Tuan Solar ada buat sesuatu dekat Thorn? Dia ada cederakan Thorn ke? "
"Pfft- apa maksud kau 'cedera' Gem? "
Gempa terdiam. Rasanya tiada maksud lain selain cedera kerana luka, kan? Kejap...
"Taufan!! Kau fikir apa hah?! "
Merah-merah muka Gempa apabila dia baru saja sedar akan ucapan yang difahami oleh Taufan tadi. Sempat berfikiran kotor, ya?
Halilintar yang memandang hanya terdiam. Dia tidak terlalu peduli tentang keadaan Thorn sebenarnya. Kerana kejadian threesome semalam jauh lebih menarik untuk diingati. Siapa kata Halilintar itu orangnya peduli? Dia hanya pedulikan waktunya untuk bermain dengan Gempa sahaja. Termasuk Taufan.
"Hmm... Thorn rasa Thorn akan tanya Tuan Solar saja! Mesti dia ada nak cakap sesuatu semalam tapi Thorn terus tertidur bila dia terus pegang Thorn. Takpelah, Thorn tutup dulu, ya? "
"Eh?! Tunggu dulu Thorn! "
"Bye Thorn! "
Lalu panggilan pun ditutup sebelum sempat Gempa menghentikan Thorn dari dua singa dan harimau yang sudah bersedia ingin menyerangnya di hujung talian. Mari berdoa semoga Gempa boleh bertahan.
Lalu Thorn pun bergerak ke arah bilik tuannya setelah menyimpan semula telefonnya tadi.
.
.
.
"Tuan Solar? "
Thorn mengintip di sebalik pintu bilik tuannya apabila dia menyedari pintu bilik itu terbuka sedikit. Kemudian apabila dia melihat sahaja suasana dalam bilik itu, dia dapat melihat susuk tubuh tuan mudanya yang kini sedang berdiri membelakanginya dengan hanya berseluar tidur sahaja.
"T-Tuan Solar..."
Secara refleks Thorn memanggil nama panggilan Solar ia berhasil membuatkan si empunya nama menoleh ke belakang dan mendapati wajah Thorn tersembul keluar di sebalik pintu biliknya.
"Oh, Thorn. Masuklah."
Dengan senyum simpul Solar mempelawa pengawal peribadinya itu masuk sebelum dia menoleh ke hadapan semula dan berjalan menghampiri meja lampu tidurnya di sebelah katil.
"M-maaf mengganggu tuan muda lewat malam macam ni."
"Eh, takpe. Lagipun aku memang berniat nak panggil kau pun."
"Huh? Panggil saya?"
Solar mengangguk kecil. Dia kemudiannya mengambil sepucuk surat yang berada di atas meja tadi lalu kemudiannya dia memberikannya kepada Thorn.
Thorn melihat surat yang diberikan oleh tuan mudanya itu dengan seksama. Surat undangan?
"Kawan aku yang baru pulang dari Amerika yang kirimkannya kepada aku. Keluarga dia berhasrat nak sambut kepulangan dia dengan mengadakan majlis tari-menari. Dan setiap tetamu yang diundang digalakkan membawa pasangan menari masing-masing untuk ke sana."
"Oh... jadi adakah tuan nak tugaskan saya untuk carikan pasangan menari untuk tuan?"
Entah kenapa membayangkan bahawa tuan mudanya akan berjalan dan menari bersama-sama seorang gadis yang cantik jelita di bawah alunan muzik yang romantis membuatkan hati Thorn tiba-tiba terasa sakit.
"Huh? Siapa kata? Aku tak perlukan kau cari pasangan kalau aku dah ada pasangan sendiri."
"Eh?"
Tuan Solar sudah ada pasangan? Kenapa dia tak tahu?
"T-tuan dah ada pasangan? B-boleh saya tahu siapa?"
Senyuman nipis kini bertukar sinis di bibir Solar. Dia sudah dapat meneka kenapa pengawal peribadinya itu tiba-tiba bertanya demikian. Ah, inilah saat-saat yang paling Solar inginkan untuk terjadi.
Dengan langkah kaki yang lembut namun penuh keyakinan, Solar berjalan mendekati pengawal peribadinya yang masih terpinga-pinga itu. Tiada sebarang suara yang keluar dari mulut mereka melainkan derapan tapak kaki yang dihasilkan oleh Solar.
"Kenapa kau nak tahu, hm?"
"Eh? Ah... i-itu... s-saya cuma nak memastikan pasangan tuan muda selamat untuk tuan muda..."
Thorn menjawab tanpa membalas renungan mata daripada Solar. Entah kenapa dia rasa begitu gugup untuk berada dekat dengan tuan mudanya itu. Dan apa yang lebih merisaukannya, ialah bunyi degupan jantung yang sedang berdegup laju di dalam tubuhnya.
"Look at me, Thorn..."
Bibir plum Thorn menggigil. Dengan ragu-ragu dan gugup dia membalas tatapan Solar dan menemukan mata mereka berdua.
Kini tangan kanan Solar naik ke wajah Thorn. Dengan penuh kelembutan yang menggelikan dirasai oleh Thorn Solar mengusap wajahnya dari dahi turun ke rahangnya. Mata mereka saling bersatu dan tiba-tiba dunia terasa seperti terhenti menjadi milik mereka berdua sahaja.
"Thorn..."
"Y-ya, tuan?"
Thorn dapat merasakan bahawa wajahnya semakin panas dengan keadaan mereka itu.
"Are you perhaps... jealous?"
Deg!
Mata Thorn membutang dan wajahnya serta-merta bertukar kemerahan sepenuhnya.
"S-saya..."
"My... my..."
Solar tersenyum kemenangan. Tangannya mula menjadi liar dan dia dengan sigap memeluk tubuh kecil pengawal peribadinya lalu menariknya untuk lebih mendekat.
"My cutiepie is jealous. What should I do, hm?"
Thorn menggeliat resah tatkala Solar tiba-tiba membenamkan wajahnya pada ceruk lehernya. Thorn dapat merasakan deruan nafas yang hangat yang keluar dari belah bibir Solar. Dan ia seperti sama sekali tidak membantu dirinya yang semakin lama semakin berdebar itu.
"T-tuan! Tunggu... kenapa-!"
"Be my partner, Thorn. Because you are the only one I want to be with."
"Eh? H-huh?"
.
.
.
Boom!
KaBOOM!
"Solar! Aku akan cuba atasi penceroboh ni bersama-sama pembantu aku! Kau lari dan selamatkan diri kau dulu!"
Mendengar arahan daripada rakan tuan mudanya, Thorn dengan sigap mendekati Solar dengan keadaan yang masih menahan luka di tangannya.
"Tuan Solar, tolong cari mana-mana bilik berdekatan dan bersembunyi di sana sementara saya tolong yang lain lawan penceroboh ni semua!"
"Hah?! Kau nak aku lari dan tinggalkan kau dengan keadaan macam ni untuk lawan penceroboh?! Tak, tak! Aku takkan tinggalkan kau! Sama ada kau ikut aku lari dan bersembunyi sama-sama, atau..."
Solar membuka jaket pakaian yang dikenakannya lalu memancing keluar sepucuk pistol berwarna putih yang mempunyai perhiasan garisan kuning muda di sekelilingnya.
"...aku lawan dengan kau."
"..."
Thorn terkaku dan terpana. Nafasnya terasa seperti terhenti begitu sahaja tatkala melihat gaya Solar yang entah kenapa kelihatan begitu segak dengan pistol di tangannya. Seperti peran dirinya dan Solar tertukar.
"Mari! Kita cari tempat selamat dulu dan rawat luka kau tu!"
Tidak bercakap banyak, Solar terus menarik tangan Thorn yang masih elok untuk dibawa lari bersama-sama sementara mereka mencari tempat untuk berlindung. Di dalam suasana yang masih riuh rendah dengan jeritan panik serta ketakutan para tetamu yang hadir pada malam dansa itu, Thorn dapat merasakan hanya dia dan tuan mudanya sahaja yang menjadi watak paling utama di sana.
Terasa dunia hanya ada mereka berdua sahaja.
Ok this is so random hahahsshshs 😂
Maaf guys kalau alur cerita agak berterabur dan tak jelas. Ni hanya sekadar one-shot/promt/random brainrot Ani yang dah lama berkarat dalam draft hshshshs
Dan Ani pun masih belum terfikir untuk hasilkan cerita penuh untuk ship ni sebab seperti yang Ani cakap, ship ini Ani tak seberapa sangat hehe 😅
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top