SolGem
Awalnya cerita ni should be HaliGem. But I guess SolGem is not bad too btw.
Plus Gempa dan Solar mempunyai personaliti yang seems cute in their way. //I love their interaction between each other btw uwu
Anyway, cerita ni mengandungi unsur 'ehem-ehem' sikit(?) jadi baca ikut kesesuaian, ya? 😂😂 Ani tak nak bertanggungjawab wkwkwkwkwk //lari
Omegaverse AU!
Alpha.
Golongan Omegaverse yang paling tinggi kedudukannya kerana mereka mempunyai kelebihan yang tidak ada pada Beta dan Omega.
Alpha tergolong dalam golongan elit kerana mereka berkebolehan dalam pelbagai perkara. Seperti akademik, perniagaan, sukan, perlawanan dan banyak lagi. Kebanyakan di seluruh dunia Omegaverse, golongan Alpha adalah golongan yang sentiasa berada di tempat pertama. Sebagai contoh menjadi mana-mana ketua atau pengerusi dalam mana-mana syarikat. Alpha akan sentiasa menjadi pilihan utama sekiranya ia melibatkan dalam memimpin. Ini kerana daya intelektual Alpha jauh lebih baik dan Alpha mempunyai ketahanan dan kekuatan yang berlipat ganda berbanding Beta dan Omega.
Tetapi siapa kata Alpha tiada kelemahan?
Sudah tentunya mana-mana yang bernyawa akan mempunyai kelemahan. Termasuk Alpha.
Satu.
Hanya satu sahaja kelemahan Alpha yang sudah umum diketahui tetapi ia amat menakutkan bagi seluruh golongan Alpha.
Rut.
Itulah perkataan dan situasi yang paling menggerunkan buat seluruh golongan Alpha.
Rut merupakan satu situasi di mana badan Alpha akan terasa sakit dan panas. Seluruh anggota badannya akan terasa kejang dan kepalanya akan terasa sakit sekali. Deruan nafas tidak keruan dan fokus serta tumpuan mereka akan terganggu hanya semata-mata oleh rut.
Rut kebiasaannya hadir selepas sebaik sahaja golongan Alpha mencecah umur 18 tahun. Dan Alpha kebiasaannya akan mengalami rut dalam tempoh sebulan atau dua bulan sekali.
Sama seperti heat juga yang sering dialami oleh Omega. Mana-mana Alpha yang masih belum menemui matenya pasti harus berkurung di dalam bilik seorang diri dalam satu jangka masa yang lama bagi menenangkan rutnya. Hal ini kerana sekiranya Alpha tetap berada di luar sewaktu sedang mengalami rut, kemungkinan besar para Omega yang berada berdekatannya akan berada dalam bahaya.
Omega amat sensitif dengan rut Alpha. Mereka akan mudah lemah sekiranya Alpha melepaskan scent rutnya dan banyak perkara yang tidak diingini bakal berlaku sekiranya ia tidak dihalang dengan segera. Dan ya, seperti apa yang anda fikirkan adalah benar belaka. Apa-apa sahaja perkara boleh berlaku. Semua.
Namun rut dan heat juga ada bezanya. Rut hanya berlaku dalam masa sehari manakala heat dalam masa seminggu. Dan sekiranya tempoh rut telah tamat, maka Alpha sudah boleh meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa.
Hanya saja, sebelum rut berlaku, scent Alpha akan berubah kerana ia adalah petanda rutnya bakal tiba. Dan hanya Omega dan Alpha sahaja yang mengetahuinya kecuali Beta.
Bagi golongan Alpha yang masih belum berpasangan pastinya akan takut dengan situasi rut. Tapi bagaimana pula dengan yang sudah berpasangan?
Kebiasaan jika Omega mengalami heat, Alpha akan berada di sisi mereka bagi membantu proses heat tersebut. Tetapi untuk rut pula bagaimana, ya? Adakah Omega perlu lakukan sesuatu juga untuk membantu?
.
.
.
Solar sedang membelek helaian buku yang sedang dibacanya untuk dijadikan sebagai rujukan. Hari itu dia tekad ingin kekal berada di dalam bilik makmalnya demi menyiapkan eksperimen yang sering diimpikannya.
Sudah lebih kurang 1 bulan Solar terperap di dalam bilik eksperimennya semata-mata ingin menyiapkannya. Sehingga dirinya terutama makan minum, tidur dan mandi juga tidak terurus.
Namun nasib baiklah Solar mempunyai Gempa. Sang Omega yang setia membantu menjaga makan minum Alphanya supaya sentiasa sihat dan kekal bertenaga.
Gempa sudah cukup terbiasa dengan personaliti Solar yang gemar akan eksperimen itu. Sekiranya tugasnya belum selesai, tempoh Solar berada di dalam bilik itu akan lebih lama. Jadi, lebih elok jika dia tidak diganggu selagi eksperimen masih berjalan.
Sebelum bersama, Solar sudah memberitahu akan tabiatnya yang teruk itu dan tiada apa yang lebih menggembirakan bagi Alpha itu apabila dia dapat mengetahui bahawa Omeganya amat memahaminya. Gempa juga turut menyokong Solar untuk kekal melakukan apa sahaja yang Alpha itu inginkan asalkan dia kekal bahagia bersama sang Omega.
Namun, akan sentiasa ada satu situasi di mana tidak semua perkara yang baik akan kekal.
Terutama dalam hubungan yang masih baharu.
Tok! Tok! Tok!
"Solar? "
Gempa memanggil dari luar bilik selepas mengetuk pintu bilik eksperimen sang Alpha. Dia menunggu balasan sahutan dari sang Alpha sehinggalah pintu bilik tersebut terbuka. Menampakkan badan tegap dan sempurna milik Alpha tersebut.
"Ya? "
Gempa sedikit terpegun melihat wajah menawan Alphanya. Setiap hari dia bersyukur kerana diberikan kelebihan untuk mempunyai mate seperti Solar. Seorang yang pendiam namun lemah lembut kepada orang yang dia sayangi. Dan jika ditanya sebanyak mana kasih dan sayang itu diberikan untuk pasangan seperti Gempa, pasti Omega itu tidak mampu menyenaraikannya kerana ia terlalu banyak!
"Ah... Anuu... Gempa nak keluar untuk beli beberapa bahan dapur. Solar nak kirim sesuatu? "
Solar diam untuk berfikir. Dan kemudian dia menggeleng.
"Tiada. Ah, tapi boleh Solar minta sesuatu?"
"Ya? "
Tanpa memberitahu, tiba-tiba Solar menarik tubuh Omeganya lalu memeluknya dengan erat. Wajah Solar berada dekat di leher Gempa bagi menghirup aroma yang keluar dari tanda yang dia sudah tinggalkan di leher milik Omega tersebut.
Aroma manis.
Itulah yang sering dikatakan oleh setiap Alpha kepada seluruh dunia tentang aroma Omeganya. Dan mempunyai aroma yang manis seperti Omega amatlah bertuah kerana ia dapat membantu menenangkan sang Alpha dan seluruhnya yang berada di sekitarnya.
Solar menghirup aroma Gempa semahunya manakala Gempa pula kekal diam. Debaran di jantungnya begitu kuat sekali berdegup tatkala dia dapat merasakan kehangatan tubuh Solar.
Solar mencium tanda yang ada di leher Gempa sebelum dia akhirnga melepaskan pelukan mereka. Wajah manis Omega itu ditatapnya dengan penuh kasih sayang.
"Hati-hati, ya? "
"Y-ya... "
Sekilas ciuman singkat hinggap di pipi kiri sang Omega yang diberikan oleh sang Alpha. Gempa menggigit bibirnya bagi menahan dirinya untuk tidak terlalu menunjukkan wajah keterujaannya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja Omega itu melompat dan memeluk erat Alphanya kerana saking gembiranya mempunyai mate yang begitu penyayang.
Namun di dalam keterujaan Gempa, entah kenapa deria baunya tiba-tiba menghidu satu bau yang aneh. Bukan bau yang busuk tetapi bau mint-orange yang begitu kuat.
Gempa cuba menghidunya lagi selagi Solar masih dekat dengannya. Dan dari situlah dia yakin, baunya datang dari Solar.
"Ok, Solar nak sambung kerja. Nanti balik Solar tolong Gempa masak, ya? "
"Ah, baik! Kalau macam tu Gempa pergi dulu, ya? Bye! "
"Bye, selamat jalan. "
.
.
.
"Haa... Siap. "
Solar meletakkan cermin mata makmal yang dipakainya di atas meja. Diurut dan dipicit kelopak matanya yang sudah pedih kerana berjaga sepanjang hari itu. Dia terasa amat lelah. Badannya juga kerap berpeluh biarpun dia berada di bilik berhawa dingin setiap hari.
Solar meregangkan badannya bagi menyegarkan diri semula. Dia kemudian menyandarkan badannya pada kerusi yang diduduki seraya menghela nafas lelah.
"Haa... "
Solar termenung. Memikirkan apa-apa perkara yang sedang dia kerjakan sebelum tiba-tiba dia merasakan badannya mula memanas kembali.
"Tsk, kenapa rasa panas sangat ni? "
Solar melihat penghawa dingin yang berada di dalam bilik. Angkanya menunjukkan 20°. Mustahil dia boleh kepanasan sedangkan dia tidak membuka walau satu tingkap sejak pagi.
"Pelik... "
Solar bangun dari duduknya dan mula menurunkan suhu. Namun malang sekali. Badannya semakin terasa panas dan kepalanya mula terasa pening.
"Ah... Aku demam ke? "
Solar menyentuh wajahnya. Tidak. Wajahnya sejuk. Jadi kenapa?
Dan tiba-tiba fikiran Solar teringatkan aroma badan Gempa. Aroma manis yang menenangkan Alpha dalamannya. Aroma yang membuatnya terasa ingin kekal berada di dalam dakapan sang Omega yang amat manis dan menawan itu.
"Shit... "
Fikiran Solar mula menjadi liar. Dan pada waktu itulah baru dia tersedar bahawa dia sedang mengalami rut.
Solar ingin menghampiri mejanya namun belum sempat dia membuka langkah badannya tiba-tiba terasa lemah dan dia terjatuh ke atas lantai. Badannya semakin memanas dan kepalanya mula berdenyut kuat.
"Agh-! "
.
.
.
"Terima kasih, makcik! "
Gempa tersenyum gembira selepas sebaik sahaja dia selesai menjelaskan pembayaran di kaunter kedai. Barang yang dibeli di bimbit seiring dengan perjalanannya menuju ke rumah.
Di sepanjang perjalanan Gempa bersenandungkan lagu kecil bagi menghilangkan rasa bosan. Biarpun sebenarnya Omega dalamannga terasa aneh tetapi dia mengabaikannya sahaja. Dia tidak mahu terlalu memanjakan Omeganya kerana menjadi seorang Omega bukanlah senang. Dia sering merasa diri amat tidak berguna kerana gemar bermanja seperti Omega yang lain. Walhal itu bukanlah sifatnya yang sebenarnya.
Namun, entah kenapa kali ini Omeganya terasa seperti ingin menyampaikan sesuatu kepadanya. Sebuah perasaan yang tidak selamat.
"Kenapa dengan diri aku ni? "
Gempa terdiam bagi mencerna keadaan. Entah kenapa sejak dari tadi lagi dia perasan banyak benda pelik berlaku. Terutama pada Solar. Aroma Alpha Solar seperti jauh berbeza dari biasa. Scentnya lebih kuat berbanding dulu.
Gempa berfikir sejenak tentang apa-apa kemungkinan yang mungkin sedang berlaku. Dan fikirannya mula melayang sehinggalah tiba-tiba dia teringatkan situasi yang mana sering dialami oleh golongan Alpha.
Rut.
"Oh god... Solar! "
Dengan kadar kelajuan yang segera Gempa membuka langkah untuk segera pulang ke rumah. Ya, dia sudah yakin sekarang yang Alphanya sedang mengalami rut.
Berdasarkan perkara-perkara yang kukuh seperti aroma scent yang lebih kuat berbanding biasa, seterusnya wajah sang Alpha yang lebih dominan daripada biasa dan Solar juga kelihatan lebih kerap memeluk Gempa. Gempa tidak terlalu mempersoalkannya kerana dia tahu berpelukan adalah cara bagaimana dia dan Solar menyalurkan rasa kasih sayang mereka selain mencium wajah masing-masing.
Tetapi aroma Solar. Ya, aromanya menguatkan lagi andaian Gempa.
Tidak mahu terlalu sibuk memikirkan apa-apa kemungkinan, Gempa terus fokus berlari untuk segera tiba di rumah mereka. Di dalam hati dia amat berharap agar Solar akan baik-baik sahaja.
.
.
.
BANG!
"SOLAR! "
Gempa memanggil Solar sambil melilau mencari keberadaan Alphanya. Dia segera menutup pintu rumah dan menguncinya dari dalam. Seterusnya dia menutup tingkap dan mana-mana pintu dan tingkap yang terbuka.
Melihat keadaan dalam rumah yang dipenuhi dengan aroma kuat Solar, Gempa yakin yang besar kemungkinan Alphanya sedang mengalami rut. Jadi untuk mengelakkan perkara yang tidak diingi atau menarik mana-mana Omega atau yang lain datang, Gempa segera menutup pintu dan tingkap. Bahaya jika mana-mana Omega yang melepasi rumah mereka terhidu scent Solar!
Gempa meletakkan barang yang dibeli di lantai lalu segera dia naik ke tingkat atas untuk menemui Solar di bilik eksperimennya.
Sesampainya di bilik tersebut, Gempa terus membuka pintu dan perkara pertama yang dia harus hadapi ialah aroma scent Alpha Solar yang begitu kuat. Gempa tiba-tiba terasa lemah sewaktu menghidu aroma tersebut.
"Ugh- Solar..! "
Gempa kekal menguatkan diri untuk mendekati Alphanya. Scent tersebut terlalu kuat untuk Omega yang lemah seperti Gempa! Tetapi tak mungkin Gempa akan membiarkan Alphanya menderita keseorangan. Terutama di waktu rutnya yang mula menguasai keadaan. Jadi dengan memaksakan diri untuk kuat, Gempa mula melangkah untuk mendekati Solar.
"S-Solar..! "
Gempa berjaya mendapatkan Alphanya dan kini Solar sedang berada di dalam pangkuannya. Gempa menatap simpati ke arah Solar yang kini sedang cuba mengatur pernafasannya yang lemah. Dan dengan menggunakan scent pheromone yang setiap Omega ada, Gempa membantu Solar untuk menenangkan diri.
Berkat scent dari Gempa, Solar berjaya bertenang dari sebelum ini. Dia menghirup aroma manis Omeganya dengan begitu pantas seperti seolah-olah hanya scent itu yang dapat membantunya hidup. Solar cuba menguatkan diri untuk duduk dan memeluk Omeganya. Dan apabila dia berjaya, perkara pertama yang dilakukan ialah dia mencium leher Gempa.
"Nnhh... Solar... "
Gempa dapat merasakan bibir dan lidah Solar mula bermain di sekitar lehernya terutama di kawasan mate mark. Dia mencengkam baju yang dikenakan Solar bagi menahan dirinya untuk hilang kawalan. Dia tahu Solar pastinya sedang dikuasai oleh rutnya. Dan sebagai Omega, Gempa tidak akan terbuai dengan keadaan itu. Tidak dengan keadaan mereka yang masih berada di dalam bilik makmal eksperimen Solar.
"S-Solar... Kita ke bilik, ya? "
Dengan nafas yang sedikit tersekat Gempa membisik lembut kepada matenya. Dia tidak menunggu balasan daripada Solar sebelum dia pun mula bangun dan mengangkat Alphanya untuk segera keluar dari situ. Dengan menggunakan sisa tenaga yang masih ada, Gempa melangkah menuju ke arah biliknya dan Solar sambil membiarkan sang Alpha menikmati scentnya.
.
.
.
Gempa meletakkan Solar di atas katil. Dia menatap keadaan Alphanya yang kelihatan masih menderita dengan keadaan rutnya. Lalu tanpa berfikir lebih lama, baju yang dikenakannya terus dibuka. Gempa membuka melempar baju yang dipakainya ke sebarang arah sehinggalah kini dia hanya memakai seluarnya sahaja.
Gempa menaiki katil dan mendekati Solar lalu membuka baju yang dikenakan oleh Solar. Dia tidak mahu berlaku pergelutan antara dia dan Solar jadi dia sengaja melepaskan scentnya untuk menenangkan Solar. Dan sebaik sahaja Solar sudah topless, Gempa pun menukar posisi mereka dengan Solar menindih badan Gempa manakala Gempa pula bersandar di kepala katil.
Gempa terus membiarkan Solar menghirup aromanya dan mengusap-usap kepala Solar bagi menenangkan Alphanya. Walaupun sedikit segan dengan keadaan mereka sekarang tetapi Gempa ingin menolong Solar. Solar sudah banyak menolongnya sewaktu Gempa mengalami heat dan seperti yang disarankan doktor, pengambilan pil superssant hendaklah dikurangkan kerana ia berisiko untuk Alpha dan Omega mereka.
"Gempa... "
Gempa melihat ke arah Solar selepas mendengar namanya dipanggil. Tangannya masih setia mengusap rambut Solar sehingga tiba-tiba posisi mereka berubah namun Gempa kini sepenuhnya berada di bawah Solar manakala Solar sedang memerangkapnya.
Dari situ Gempa mula perasan yang iris Solar dari warna perak berubah ke warna kemerahan. Menandakan Alphanya mula menguasai dirinya. Tidak mahu membiarkan Alphanya menderita, Gempa pun merelakan apa yang bakal diperlakukan oleh Solar. Dan hal itu membuatkan iris kuning keemasan Gempa berubah warna biru. Menandakan Omeganya juga mula menguasai dirinya.
Solar mula menyambar bibir Gempa. Mencium dan menjilat di segenap ruang yang ada pada bibir delima Gempa. Seterusnya memasukkan lidahnya ke dalam mulut Gempa dan mula meneroka di dalamnya.
Tangan Solar tidak tinggal diam. Salah satu darinya mula bermain dengan nipple Gempa sehingga ia membuatkan Gempa mendesah.
Gempa memperdalamkan ciuman mereka dengan melingkarkan tangannya di leher Solar dan menariknya lebih dekat. Badan mereka sudah bersentuhan dan dari situlah Gempa sedar akan sesuatu yang keras dan besar menyentuh miliknya.
Solar dan Gempa saling melepaskan ciuman mereka sehingga menampakkan benang saliva antara bibir mereka. Wajah masing-masing saling bertatapan sambil menghirup udara semahu mereka.
"Gempa... I want you. Right now. "
Solar berbisik dengan nada yang husky. Menandakan dirinya mula ghairah untuk perkara yang lebih lagi. Manakala Gempa pula sudah tentu tidak akan membiarkannya. Dia meraup kedua wajah Solar dan mencium bibir Alpha itu singkat.
"Then take me, Alpha. Make me yours. "
Solar tersenyum. Walaupun rutnya masih ada tetapi tahap kesedarannya kian memulih kerana scent Gempa. Di dalam hatinya berjuta-juta kali dia mengungkapkan rasa syukur kerana mempunyai mate dan Omega seperti Gempa. Dia juga berjanji dan bertekad, dia akan bertanggungjawab atas segalanya demi Omeganya.
"Thanks, baby. "
Fuh! Rasa bangga sebab dapat buat cerita macam ni! 😂😂 //slap!
This is a few facts tentang Omegaverse yang ramai tak tahu. Senang cakap memang tak tahu rasanya lololol.
As we know Alpha ada frasa rut yang mana mereka akan mula ghairah untuk seks tetapi tidak sepenuhnya sebenarnya. Jika pheromone atau scent Omega ada di sekeliling mereka, mereka dapat menenangkan diri dengan baik. Itu kalau sudah ada mate. Kalau belum... Ia akan terjerumus ke keadaan 'ehem-ehem' 😂
Ok so that's all! (?)
Keesokan harinya, Solar terbangun dari tidurnya selepas dia merasakan pancaran cahaya matahari mencelah masuk ke dalam bilik di sebalik kain langsir yang tergantung di tingkap bilik. Solar mencelik dalam keadaan mengantuk untuk melihat keadaan sekitar.
Pelik.
Seingatnya dia masih berada di dalam makmalnya kelmarin. Macam mana dia boleh berada di dalam bilik?
Solar tidak dapat berfikir dengan baik sebelum dia tiba-tiba merasakan gerakan kecil menyentuh badannya. Solar segera berpaling ke hadapannya dan menemui wajah Omeganya yang tampak sedang tidur dengan lena sekali.
Solar menatap ke arah Gempa yang masih terpejam rapat matanya. Di situlah dia tersedar bahawa dia dan Gempa langsung tidak mengenakan seurat benang pada diri masing-masing dan hanya berlindung di bawah selimut yang sama dan saling berdakapan antara satu sama lain.
Solar tersenyum.
Ah, sekarang baru dia ingat bahawa semalam dia dan Gempa telah melakukannya. Sejujurnya itu bukan perkara yang mengejutkan tetapi pada masa yang sama turut mengejutkan bagi Solar. Kebiasaannya dia dan Gempa hanya akan saling berpelukan atau mungkin berciuman. Bercium sahaja sudah lebih dari cukup untuk mereka berdua.
Tapi sekarang?
Mereka telah bersama dan telah melakukan hal yang wajar dan biasa dilakukan oleh Alpha dan Omega sebaik sahaja mereka bersama.
Mate. Ia diibaratkan seperti satu ikatan perkahwinan antara golongan Omegaverse. Baik Alpha dan Omega mahupun Beta. Jika sudah menemui pasangan hidup, mate mark adalah penanda yang baik untuk menunjukkan bahawa mereka sudah dimiliki. Seperti ikatan perkahwinan juga. Dengan memakai cincin, orang di sekitar sudah tahu bahawa mereka sudah dimiliki.
Tetapi Omegaverse berbeza. Perkahwinan adalah perkara sampingan dan yang paling utama adalah mate mark. Jika kamu sudah mempunyai mate mark, maka kamu dengan sah sudah menjadi pasangan bersama orang yang kamu cintai.
Dan tidak hairanlah juga jika saat sudah bersama banyak perkara yang akan berlaku.
Termasuk keadaan Solar dan Gempa sekarang.
Solar menatap ke arah Gempa dengan pandangan yang penuh kasih dan sayang. Ingatannya masih ingat akan perkara yang terjadi semalam. Di saat dia melepaskan segalanya ke dalam Gempa dan knot mereka bersatu. Solar tidak dapat menceritakan bahawa betapa gembiranya dia. Dan dia yakin, tidak lama lagi rumah mereka pasti akan dipenuhi dengan suara kanak-kanak yang ceria sedang berlari.
Biarkannya dahulu. Lagipun mereka baru melakukannya untuk kali pertama. Jadi Solar tidak akan terlalu terbawa suasana.
Dan apa yang ingin Solar fokuskan sekarang ialah pada Omeganya. Dia masih ingat akan Omega itu memanggil namanya semalam dan Omega itu dengan rela memberikan sepenuhnya kepada Solar.
Solar terharu.
Dia tidak pernah menganggap bahawa takdirnya akan bertemu dengan Omega seperti Gempa dan bersama dengannya seperti sekarang. Dan apabila sedar bahawa dia kini memilikinya, tiada apa yang dapat Solar ungkapkan melainkan rasa begitu gembira dan bersyukur sekali.
Solar mendekatkan lagi jarak antara mereka dan memeluk Gempa dengan lebih erat. Menikmati aroma manis dari Omeganya yang kini sudah melekat dengan aroma Alphanya sendiri. Dan dia yakin, jika Omeganya keluar selepas ini, pasti makin ramai yang tahu bahawa Gempa adalah milik Solar seutuhnya.
"Hnn... Solar.. "
Solar melihat ke arah Gempa yang sedang mengigau memanggil namanya. Comel.
Solar memicit hidung Gempa dengan sengaja ingin mengganggu tidur Omeganga itu. Dan selepas merasakan bahawa Gempa tidak akan bangun dalam masa yang terdekat ini, Solar akhirnya membuat keputusan untuk sambung tidur bersama Gempa. Tambahan pula dia tahu Gempa pasti penat kerana aktiviti mereka semalam. Kesian Gempa sejak dari petang sampai ke pagi harus menahan tusukan kuat dari Solar.
Solar pun terkekeh mengingatnya. Hatinya cukup bahagia sekarang. Dan dia berharap agar ia akan kekal sampai bila-bila.
"I love you, my Omega. "
Fin
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top