SolGem

Macam menarik cerita ni. But... Maybe just a short story? OwO I will consider this story later~ Uwu

WARNING!

TW!

Doctor x Patient!

Hospital Life AU!







Klik!

"Apa khabar kamu sekarang, Gempa? "

Seorang pesakit yang disapa oleh doktor tadi berpaling. Dia melihat susuk tubuh seorang lelaki dewasa yang mengenakan jaket berwarna putih yang dilengkapkan dengan stateskop yang digantung di lehernya sedang berjalan mendekatinya sambil kedua belah tangannya diletakkan ke dalam kedua belah poket jaket putih labuhnya itu.

"Saya khabar baik, Doktor Solar. "

Gempa, pesakit kepada doktor tersebut memberikan senyumannya kepada doktor tadi.

Doktor itu ikut tersenyum. Dia pun berdiri di sebelah katil Gempa dan mengusap wajah manis Gempa dengan lembut.

"Ada rasa nak keluar makan angin? "

Gempa menggeleng.

"Nak makan apa-apa? "

Gempa menggeleng lagi.

Doktor tadi pun terdiam. Dia menatap sahaja keadaan pesakitnya yang mula menunduk itu. Tiba-tiba memorinya mengingat kembali akan keadaan Gempa yang sering mengalami kemurungan itu.

Ya, sebenarnya itu ialah pusat rawatan mental bagi para pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental. Dan salah seorang penghuni wad tersebut adalah Gempa sendiri.

Dia disahkan mengalami masalah mental sejak berumur 15 tahun lagi. Ini kerana dia mengalami masalah terlalu tertekan di usia yang begitu muda sehingga mengakibatkan dia mula melakukan perkara-perkara yang hampir meragut nyawanya sendiri. Sebagai contoh, dia cuba menggantungkan dirinya di siling sehingga mengakibatkan lehernya mempunyai bekas parut luka, kemudian dia cuba terjun tasik ataupun bangunan yang untungnya keluarganya dan kawan-kawannya ada dan sempat menyelamatkannya. Tidaj lupa juga, dia cuba untuk mengelar tangannya sendiri sehingga begitu banyak sekali kesan luka pisau ataupun benda tajam yang terhasil di lengannya. Bermula dari pergelangan tangannya sehinggalah ke sikunya. Cukup banyak dan mengerikan untuk menceritakan kisah di sebaliknya.

Keadaan Gempa bukan bertambah baik. Apabila dia dimasukkan ke dalam wad, dia sering menjerit dan menangis kerana dia (berkata) bahawa dia sering ternampak bayang-bayang hitam yang mengerikan sedang melihat ke arahnya. Kadang-kadang dia juga sering bercakap seorang diri. Ketawa seorang diri dan tiba-tiba menangis seorang diri.

Ada juga pernah terjadi Gempa tiba-tiba meraung dan memegang kepalanya dengan kuat sekali. Seolah-olah dia sedang mengalami penderitaan sakit kepala yang menyakitkan sekali. Paling parah, Gempa pernah cuba untuk menghantukkan kepalanya di dinding sambil menangis. Habis panik dan kecoh seluruh pusat rawatan itu kerana ulah menakutkan Gempa.

Sepanjang hidup Solar dalam menjalani kehidupannya sebagai doktor yang merawat pesakit yang mengalami masalah mental, dia masih belum pernah menemui pesakit yang sebegitu teruk seperti Gempa. Gempa seperti... Tiada tanda-tanda untuk sembuh. Mereka pernah mencuba untuk melihat keadaan fizikal Gempa. Takut-takut pesakit itu mempunyai penyakit yang membuatnya menderita sehigga begitu sekali. Tetapi hasilnya tiada apa-apa. Gempa sihat dan tidak mengalami kecacatan apa-apa melainkan dikhuatiri fikirannya yang terganggu.

Walaupun Gempa adalah pesakit yang menghidap penyakit kemurungan yang kronik, tetapi ada juga waktu Gempa tidak mengalami apa-apa masalah. Seperti sekarang, Gempa akan diam dan termenung sahaja selalu. Hal itu cukup menenangkan pihak pusat rawatan itu terutama Solar, doktor yang merawat Gempa. Tetapi dia ingin sekali bertanya akan masalah yang dihadapi oleh Gempa sebenarnya. Kenapa Gempa boleh mengalami masalah kemurungan sehingga begitu sekali?

"Gempa... Doktor nak tanya boleh? "

Solar tekad. Dia ingin tahu akan masalah sebenar pesakitnya itu. Jika dia tidak bertanya sekarang, dia memang rasa bahawa sia-sia sahaja dia menjawat jawatan sebagai doktor di pusat rawatan itu. Buat apa dia menjadi doktor yang merawat masalah mental jika dia tidak melakukannya dengan sebaik yang mungkin?

"Apa dia, doktor? "

Gempa memandang ke arah doktor tersebut. Iris perak milik Doktor Solar menatap iris emas yang redup milik Gempa.

"Kamu... Tak nak ceritakan ke? Masalah kamu pada doktor? "

Seketika riak wajah Gempa berubah sewaktu dia mendengar soalan daripada doktor tersebut. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang.

"Kenapa doktor nak tahu...? "

Solar cuba untuk menenangkan keadaan. Jujur sebenarnya dia agak khuatir dengan keadaan sekarang. Entah kenapa dia merasakan bahawa dia tidak patut terus bertanya kepada Gempa. Kerana melihatkan reaksi daripada pesakit itu... Dia yakin 'masa' Gempa akan mula aktif jika dia terus bertanya.

"Ah... I-itu kalau kamu ingin menceritakannya kepada doktor. T-tapi kalau kamu tak nak... Takpelah... "

Suasana antara mereka berdua mula senyap. Hanya mendengar bunyi pendingin hawa sahaja yang kedengaran. Malah jantung mereka juga tidak kuat kedengaran.

Tiba-tiba Gempa tertawa miris.

"Hahahaha... Hahaha.... Isk.. "

Air mata Gempa juga tiba-tiba mengalir. Dan hal itu mengejutkan Solar. Adakah Gempa akan mula mengamuk?

"Haha.. Hahaaha... Doktor.. Doktor tahu tak? Doktor ni... Sama saja macam orang dekat luar sana... "

Wajah Solar berkerut. Apa yang ingin disampaikan oleh Gempa?

"M-maksud kamu..? "

Gempa mendongak untuk memandang ke arah Solar. Seketika Solar perasan yang iris milik Gempa seperti tajam merenungnya.

"Orang tak guna. "

Begitu kasar sekali nada suara Gempa sewaktu mengungkapkannya sehingga ia membuatkan Solar merinding seketika.

"Manusia... Semuanya sama. Mereka cakap dan tunjuk seperti mereka peduli. Tapi kenyataanya tidak... Penipu. Tak guna. Dah banyak kali saya jumpa orang macam ni. Waktu... Waktu saya dalam masalah dahulu, kawan-kawan dan keluarga saya semua cakap yang mereka akan setia mendengar masalah saya. Mereka akan cuba untuk bantu saya. Tetapi mereka buat apa sebenarnya? Mereka sendiri mencipta masalah itu untuk menjadi semakin buruk!"

Kelu lidah Solar jadinya. Dia tidak pernah sangka bahawa kata-kata itu akan keluar dari mulut Gempa yang selama ini diam sahaja.

"Pada awalnya mereka menunjukkan bahawa mereka peduli dan ingin melindungi saya... Tapi akhirnya.. Perlahan-lahan mereka menghancurkan saya! Mereka yang selama ni saya jadikan tempat untuk meluahkan perasaan, tiba-tiba berubah menjadi binatang! Mereka paksa dan desak saya untuk menjadi orang yang lebih baik! Saya tak faham...! "

Gempa bangun dari katilnya. Dia mencengkam rambutnya dengan menggunakan kedua belah tangannya. Wajahnya pula tiba-tiba berubah menjadi. menakutkan.

"Saya tak faham... Kenapa mereka nak sangat wujudkan manusia yang sempurna?! Mereka tak faham ke takkan ada yang sempurna!! Takkan wujud manusia yang sempurna!! Yang kuat dalam cabaran dan jadi seperti yang mereka nak! Takde!! Takde!!! Takkan ada orang macam tu!! Kenapa... KENAPA?!! "

Gempa mula jatuh di atas lantai. Dia mula berguling di atas lantai dan memegang kepalanya. Tangisannya mula kedengaran di ruang wad tersebut dan ia membuatkan Solar panik. Dia segera bergerak ke arah Gempa dan cuba untuk menenangkannya.

"G-Gempa... Dengar... Kamu dah tak perlu fikirkan hal tu... "

Gempa memandang ke arah Solar dengan tatapan yang mengerikan.

"Doktor... Doktor pun nak tipu saya ke..?"

Mata Gempa membulat.

"Adakah doktor... Akan lakukan hal yang sama macam keluarga saya dan kawan-kawan saya lakukan pada saya? Pura-pura datang untuk selamatkan saya tapi akhirnya... Heh, macam tu ya... "

Gempa mula menunduk. Senyuman sinis mula terukir dari bibirnya.

"Rupa-rupanya... Saya akan terus dalam keadaan macam ni, kan..? Saya... Takkan bahagia, kan..? Haha... Hahahahaa... Hahahahahaahha! "

Melihat keadaan Gempa membuatkan Solar mula merinding. Dia tahu, keadaan Gempa mula menjadi semakin teruk sekarang. Nampaknya dia tiada pilihan lain.
"Nurse!! "

Dia harus 'menghentikan' Gempa.











Cliffhanger. (=´∀`) Ahahahaahahahaaaa! Me likey!

Chill guys. Cerita ni actually happy ending. Cuma secara full story cerita ni memang akan dipenuhi dengan bahagian macam ni.
Author patut berikan warning awal-awal tentang isi kandungan cerita ni sebab ia memang mengandungi banyak unsur yang memudaratkan. Macam.. Percubaan untuk membunuh diri, kemurungan, perkara-perkara yang menakutkan dan banyak lagi.

Dan author nasihatkan, kalau ada yang jenis cuba untuk lakukan hal macam ni, mohon hentikannya. Author faham sebab author sendiri pun pernah cuba buat semua tu. Tapi bila fikir balik... Sia-sia saja. Kalau Tuhan nak kita teruskan hidup, teruskan hidup. Waktu kita untuk mati masih lambat. Tuhan masih tidak ingin mengambil nyawa kita. Jadi kenapa kita susah-susah nak atur kerja Tuhan?

Ok tak nak cakap banyak. Cuma nak ingatkan sesama keluarga sahaja. You guys are my family here. What's your problem is my problem too.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top