SolGem

I guess I'm in Solar x Gempa too much nowadays. Bruh, who care btw? 😂








Master x Servant AU!









"Encik Solar, perkenalkan ini adalah pembantu baharu yang tuan minta tambahan itu. Namanya Gempa. "

Solar memandang ke arah paras rupa pembantu rumah baharunya itu. Hanya memakai baju t-shirt kuning berjalur putih dan memakai pula topi hitam yang muncungnya dihadap ke belakang. Seluar pula hanya seluar jeans biasa. Kasut? Sneakers saja.

"Umur kau berapa hah, budak? "

Sejujurnya Gempa agal terkesan dengan pertemuan pertama dia dan Solar. Amboi, biadab bukan main 'tuan' dia ni!

"Uuhh... Umur saya dah 24 tahun, tuan. "

"Hah? 24?"

Solar menilik sekali lagi akan paras rupa Gempa. Dah lah kulit putih, pipi chubby pula tu. Tak kira lagi mata emas dia yang bulat dan macam mata rusa tu. Bibir pula merah macam pakai pelembap bibir.

"Yeke 24? Macam budak umur 16 je. "

Gempa mampu tersenyum je selepas mendengar kata-kata pedas Solar.

'Sabar, Gem. Sekurang-kurangnya dia tak judge kau dan cakap kau nampak macam orang tua. Dah dia nak anggap kau macam budak... Kau jadi jelah budak... '

Dan sejak dari hari itulah bermulanya kisah masam manis antara Solar dan Gempa.

Solar adalah anak orang kaya yang ternama di negara. Dia sendiri mempunyai sebuah syarikat sendiri yang dinamakan sebagai Golden Light Co. yang diuruskan oleh dirinya sendiri. Dia cukup terkenal dengan dirinya yang peramah dan mudah bergaul itu. Tetapi tidak ramai yang tahu padahal orang yang ternama ini rupa-rupanya mempunyai fobia ke atas kotoran dan orang ramai.

Jika ada mesyuarat, Solar akan sentiasa tetapkan pertemuannya dengan orang lain tidak lebih dari 15 orang. Dan sejujurnya sangatlah jarang untuk Solar keluar dari rumahnya kerana dia juga mempunyai fobia dengan tempat yang sesak dengan orang ramai. Jadi sebab itulah Solar mengambil pembantu rumah untuk uruskan segalanya. Termasuk mencuci rumah setiap hari.

Jangan terkejut jika Solar mempunyai 10 orang pembantu rumah untuk dirinya sahaja. Dia mengambil jumlah yang banyak itu kerana dia tidak mahu pembantu rumahnya melakukan kerja yang berat setiap masa. Dia sendiri akan tetapkan jadual untuk para pembantunya untuk cucikan rumah dan mengemas rumah. Dan setiap kali para tetamu datang, pasti mereka akan terkejut dengan kebersihan di rumah tersebut. Setiap ruang memang langsung tidak ada habuk ataupun debu! Di luar rumah juga kelihatan cantik dan menarik! Memang sah Solar ada fobia kebersihan yang kuat!

(P/S: Ini baru sikit. Kalau author buat storynya nanti author cerita lebih lanjut tentang kisah fobia Solar ni. Uwu)

Dan dijadikan kisah, Gempa datang untuk bekerja di rumah Solar atas sebab-sebab tertentu di samping ingin menambah wang saku untuk menampung pembelajarannya.

Tetapi siapa sangka? Sebenarnya Gempa ada rahsia di sebalik dia datang bekerja di rumah Solar ni!

"Aku tak sangka... Kau memang pandai kelirukan orang, kan? "

Solar berkata sambil memandang ke arah Gempa. Dia tidak dapat memahami fikirannya sekarang. Perasaannya begitu banyak sekali bercampur-baur dengan keadaan sekarang. Segalanya berlaku dengan tiba-tiba dan dia amat tidak mempercayainya bahawa dia sedang berdepan dengannya sekarang.

"Maaf, Solar... Aku tahu apa yang aku buat ni akan kecewakan kau. Tapi aku buat semua ni... Untuk kebahagiaan kita. "

"Kenapa.. Tapi kenapa kau tak cakap je awal-awal?! Aku dah buat silap... Aku selama ni buat silap, Gempa! "

Gempa terus mendekati Solar dan memeluk lelaki itu dengan erat. Solar pada awalnya terkesima namun selepas itu dia pun membalas pelukan dari Gempa.

"Kau takde buat silap apa pun lah... Lagipun, apa salahnya untuk aku tengok macam mana perangai bakal suami aku? "

Gempa berbisik di telinga Solar dengan lembut yang mana ia berhasil membuatkan Solar tertawa. Dia pun melepaskan pelukan mereka dan memegang wajah Gempa dengan lembut.

"Kau memang nakal, Gem. So naughty! Macam mana kau boleh terfikir untuk berlakon jadi pembantu aku semata-mata kau nak tahu bakal suami kau ni macam mana? "

Gempa tersenyum sambil kedua belah tangannya memegang tangan Solar yang sedang menyentuh mukanya itu.

"Hehe... Sebagai bakal pasangan orang yang hebat, aku kena lah tunjukkan kehebatan dan kepintaran aku juga, kan? Kata akan kahwin dengan pemilik syarikat Golden Light Co., kenalah ada kehebatan juga! "











Tbh Ani tak plan pun nak letak spoiler dalam ni. But Ani takut Ani akan lupa bila tengok balik idea ni so awal-awal lagi Ani akan tunjukkan.

Oh, and cerita ni diinspirasikan daripada cerita Drama Melayu iaitu "Tuan Daniel". Sebenarnya Ani bukan kaki drama tapi storyline dan plotnya amat menarik so Ani buat konsep yang sama tapi pakai idea Ani sendiri.

Awalnya nak buat HaliGem. Tapi asyik layan HaliGem je, layan lah ship lain juga, kan? 😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top