SolGem
Ok I got another asupan. Lmaaaooo
So I guess I will make it in rare ship which is SolGem! Ayyeeeeee
.
.
.
.
Based on true feeling.. I repeat.. True feeling! Sakit gigi itu menyakitkan!! 😂😂
Marriage AU!
.
.
.
.
Solar tersedar daripada tidurnya sebaik sahaja dia merasakan bahawa ruang di sebelah katilnya kosong. Tangan kanan Solar mula meraba-raba mencari kelibat seseorang yang biasanya akan sentiasa tidur di sebelah kanannya itu.
"Huh? Mana bini aku? "
Solar mencelikkan matanya dan melihat ke sisi kanannya. Kosong. Nampaknya isterinya sudah bangun?
"Agh-"
Pandangan Solar terus beralih ke arah bunyi asal tadi. Dan ia ternyata datang dari bilik mandi. Kerana tertanya, Solat pun turun dari katil dan berjalan mendekati bilik mandi tersebut.
"Gem? "
Solar memanggil nama isterinya sambil membuka pintu bilik mandi. Dan sebaik sahaja pintu tersebut terbuka, dia pun ternampak kelibat isterinya iaitu Gempa kini sedang berdiri di hadapan cermin sambil memegang pipinya.
"Gem? Kenapa ni? "
Wajah Solar berkerut di saat dia melihat wajah sedih Gempa. Isterinya itu seolah-olah sedang cuba menahan sakit yang Solar rasa ia berada di bahagian tempat Gempa pegang.
"Solar... Gigi Gem sakit...!"
Gempa merengek sedih. Dia segera mendekati suaminya lalu memeluknya erat. Seolah-olah berharap agar hanya dengan memeluk suaminya itu, segala rasa sakitnya dapat dihilangkan.
Solar memandang isterinya dengan wajah yang simpati. Nampaknya isterinya betul-betul memerlukan bantuannya sekarang.
"Gem, jom abang bawa ke klinik, ya? "
"Hah? N-nak ke klinik? No! Gem tak nak! "
"Kenapa pula...? Gigi Gem ada masalah tu! Kita pergi cek, ya? "
"Nanak! Klinik gigi menakutkan! "
"Ayy... Gem. Salah satu dari klinik gigi yang Gem takut tu klinik abang juga tau! Dah lupa ke yang abang ni doktor gigi? "
Solar memandang tajam ke arah isterinya. Nak kutuk klinik pun agak-agaklah! Doktornya ada kot!
Gempa yang kena marah oleh suaminya pun tersengih sahaja. Dia pun kembali memeluk badan Gempa sambil cuba menahan rasa sakit di giginya.
"Oklah... Kita pergi. Asalkan gigi Gem dah tak sakit. "
Solar tersenyum lalu membalas pelukan Gempa.
"Well, that's my wife! Ok kita mandi dulu then kita sarapan and terus ke klinik, ya? "
Gempa mengangguk setuju. Dia pun membiarkan Solar mengangkatnya dengan bridal style lalu mereka berdua pun mula bersiap untuk ke klinik bersama.
SolGem is cute tho. I'm telling you the truth. 😭
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top