SolGem

Hshshshsh let's fall in love with SolGem 🥰

Btw Ani tak tau macam mana nak deskripsikan tag dalam one-shot ni sebab takut jadi panjang, so para readers semua pandai-pandailah baca sendiri ya? 😂 Adieu~













Drrrtt~
Drrrtttt~

"Hello?"

["Helo? Solar? Sayang, kamu ada kat mana, nak? Bonda dan Thornie dah siap shopping!"]

"Huh? Bukan Taufan tolong jemput Bonda dan Thorn dekat mall?"

["Anak kamu ni tak nak ikut Taufan! Dia nak kamu jugak yang datang! Cepat sikit! Bonda takut ramai yang pandang pelik dekat kami!"]

"Haa... baiklah. Bonda dan Thorn tunggu kejap ya? Solar akan keluar pejabat sekarang."

Diitt-

Sebaik sahaja panggilan terputus, sepasang mata yang ditutupi dengan sebuah cermin mata oren itu menatap layar skrin telefonnya lama. Merenung jam yang menghiasi skrin tersebut, lelaki 20-an yang dipanggil Solar sebentar tadi mengeluh pendek.

"Aduh, padahal dia sendiri yang tak nak anak dia temankan. Kata nak jalan-jalan dengan cucu la... haih..." Keluhnya kesal sambil berdiri dari meja kerjanya dan mula mengambil jaket blazer putihnya yang tersangkut rapi di rak jaket lalu menyarungkannya pada tubuh badan tegapnya.

Cklek!

"Ais, aku nak keluar jemput mak dan anak aku balik shopping. Kau tolong uruskan apa yang patut, ya?"

"Ok."

"Kalau ada client yang datang suruh diorang tinggalkan nombor dan nama serta alamat syarikat dan letak atas meja aku."

"Ok."

"Ah, dan satu lagi. Nanti tolong bagitau ketua bahagian promosi mengenai projek promosi akhir tahun yang pernah kita mesyuarat sebelum ni. Aku nak diorang siapkan selewatnya hari ni jugak."

"...ok."

"Ok. Oh, dan satu lagi! Bila aku balik nanti  aku nak air kopi hangat dah tersedia di atas meja dan-"

"Solar."

Panggilan nama daripada empunya suara yang dalam itu menguncikan mulut Solar persis sebuah jampi yang kuat. Mata Solar terkebil-kebil melihat pembantunya itu sedang memandang ke arahnya dengan tatapan datar.

"Aku faham. Aku akan tolong uruskan. Sekarang apa kata kau cepat-cepat turun dan ambil mak serta anak kau. Jangan risau ok?"

Solar terdiam. Namun dia tetap mengangguk dan seterusnya terus beredar dari tempat itu untuk menyusul ibu dan anaknya di mall yang berada tidak jauh 3 kilometer dari pejabatnya. Walaupun sedikit berat hati untuk meninggalkan syarikatnya buat sementara, tetapi Solar yakin segalanya akan baik-baik sahaja selagi Ais, pembantunya a.k.a secretary pejabatnya ada untuk uruskan segalanya. Lagipun memang sebelum ini sudah berlaku hal yang sama. Maka tidak hairanlah Ais sendiri sudah hafal dengan arahan bosnya.

.
.
.

"Bonda, Thornie." Solar memanggil nama panggilan insan tersayangnya itu sembari berjalan mendekati mereka yang kini sedang duduk berehat di dalam sebuah cafe terbuka yang terdapat dalam mall yang dikunjungi.

Kedua-dua orang yang dipanggil tadi segera menoleh lalu kanak-kanak kecil yang sedari tadi berada di samping seorang wanita dewasa, iaitu ibunya Solar segera berlari dan memeluk kaki ayahnya.

"Papa!" Kanak-kanak itu terjerit riang tatkala dia dapat melihat wajah ayahnya semula. Walaupun baru sahaja 2 jam tak bertemu.

"Hi, hero Papa! Seronok beli-belah dengan Grandma?" Solar menggendong dan menatap anak semata wayangnya itu dengan senyuman lebar di bibir.

"Seronok! Grandma beli Thornie banyak mainan!" Kanak-kanak tadi, iaitu anak kandung Solar yang bernama Thorn menjawab dengan ceria. Kedua tangan dan kakinya bergerak-gerak sebagai satu persembahan untuk menunjukkan bahawa betapa gembiranya dia pada saat itu.

"Oh, baguslah. Mana mainan-mainan tu?"

"Tadi Bonda dah suruh Taufan bawa balikkan ke rumah. Bonda tak nak kami kena bersesak-sesak dalam kereta dengan barang-barang yang dibeli tadi." Perbualan antara Solar dan anaknya terpotong apabila suara penat ibunya mencelah.

Solar menoleh dan menatap wajah ibunya. Biarpun sudah berada dalam umur sekitar 40-an namun wanita itu masih kelihatan awet muda dan persis seperti gadis berumur 30-an. Dan kalau diberitahu kepada orang di sekeliling mereka, pasti mereka semua tidak akan percaya bahawa keduanya memegang status ibu-anak.

"Oh, macam tu. Jadi Bonda ada nak beli apa-apa lagi ke? Atau nak Solar hantar balik terus?"

"Balik terus la. Bonda nak rehat kejap sebelum ayah kamu balik kerja kejap lagi."

"Baik Bonda. Kereta Solar dah letak dekat depan pintu mall ni. Mari."

Solar memimpin dan membawa ibu serta anaknya menuju ke perkarangan keluar dari mall yang besar tersebut. Hari ini, seperti biasa, tiada apa yang menarik di dalam hidupnya. Setiap pagi dia akan hantar anaknya ke sekolah atau di bawah jagaan ibubapanya sebelum dia pergi ke kerja. Kemudian di waktu tengahari, sewaktu dia sedang sibuk bersiap sedia untuk mesyuarat atau sedang menandatangani beberapa dokumen pengesahan, dia akan mendapat panggilan dari keluarganya mengenai Thorn. Tak kira sama ada ibunya atau pembantu peribadinya, Taufan akan jemput anaknya dari tadika atau ibunya ingin membawa anak kesayangannya itu keluar jalan-jalan bersama. Itu sudah pasti akan berlaku.

Dan pada petang pula dia akan balik paling awal jam 5 tepat dan menjemput anaknya di rumah ibubapanya setelah menunggu ayahnya pulang. Sekiranya tidak menetap semalaman di sana, Solar akan membawa Thorn pulang bersama setelah makan malam bersama (atau makan di luar) dan pada akhirnya pulang ke penthouse mereka yang terletak agak hujung pinggir bandar sehingga masing-masing bersiap-siap untuk tidur.

Itu sahaja.

Tiada apa yang terlalu menarik dalam hidupnya.

.
.
.

"Greetings, students! Apa khabar semua? Saya tak nak buang masa dengan perbualan kosong kita untuk kuliah hari ini dan memandangkan hal ni dah selalu disebut-sebut sebelum ini, jadi saya sudah dapat agak yang kamu semua boleh teka apa yang akan kita bincangkan bersama, betul?"

Seorang pensyarah wanita memandang ke arah pelajar-pelajarnya yang sedang duduk bersahaja di hadapannya dengan senyum simpul. Dewan kuliah yang serba besar itu boleh terasa dinginnya sedikit biarpun jumlah penghuni di dalamnya adalah lebih kurang 27 orang dan pemanas udara sudah dipasang. Sudah maklum dengan akhir tahun, cuaca yang sejuk memang tiada tandingannya untuk dilawan lagi-lagi kalau seolah-olah hanya diri sendiri yang semangat.

"Students! Hello? I'm talking to you?!"

"...yes, madam." Sebahagian besar dari 27 orang pelajar mula bersuara dengan malas.

"Good! Now take out your notebook and write down these few things that I'm going to share with you. Anggap ia sebagai satu tips dan nasihat yang berguna sebelum kamu akan praktikal di tempat pilihan kamu sendiri nanti. Ready? Pertama, memandangkan kamu akan berhadapan dengan kanak-kanak kecil, pastikan kamu membuat mereka selesa dengan kamu.

Jaga cara percakapan dan riak wajah kamu. Jangan lakukan apa-apa perkara yang boleh membuatkan mereka merasakan tidak selesa bersama kamu, ok?

Secondly, try to get their parents' trust on you. Untuk menjadi seorang guru pengasuh kanak-kanak seawal 5-7 tahun memang sukar. Lagi-lagi kalau ada yang mempunyai ibubapa yang pretty strict and doesn't let go easily over something unnecessary. Jadi kamu kena fikir dalam sikit tentang hal ini. Ketiga..."

"Psst, Gempa!" Di tengah-tengah pensyarah wanita tadi sedan berucap, salah seorang pelajar di dalam dewan kuliah itu membisik memanggil rakan karib di sebelahnya yang sedang asyik mencatat apa yang diberitahu oleh pensyarah mereka pada waktu itu.

"Kejap, Taufan. Aku tengah catat apa yang puan bagitau." Si pemuda manis yang dipanggil sebagai Gempa tadi membalas panggilan rakannya dengan lembut sambil mata dan tangannya serta tumpuannya tidak lari dari apa yang dikongsikan oleh pensyarahnya di hadapan.

"Alah, nanti-nanti kau dengarlah balik. Aku dah rekod suara puan ni. Fokuslah dekat aku!" Taufan kelihatannya tidak mahu menyerah kalah selagi dia tidak mendapat tumpuan rakannya.

Gempa mendengus sebal dan seterusnya meletakkan pennya di atas buku nota miliknya lalu menoleh ke arah Taufan di sebelah. "What?"

"Hehe, kau nak buat apa lepas kuliah ni nanti?" Dengan muka yang tidak bersalah Taufan bertanya kepada Gempa.

"Haih, ingatkan apa yang nak ditanyakan tadi," Gempa mengangkat semula pen di atas buku dan mula menulis semula. "Takde apa. Mungkin balik terus dan tidur kot."

"Uish! Kalau macam tu kau ikut aku nak?"

"Ke mana?"

"Ke tempat kerja aku!"

"Nak ikut kau ke tempat kerja kau buat apa? Takkan kau nak aku menyemak kat sana?"

"Ala, tapi kau tau kan kerja aku macam mana? Aku kan bekerja sebagai pembantu peribadi tuan aku? Lagi-lagi dengan kena jaga anak tunggal dia 24 jam!"

Gempa memutarkan bola matanya malas. "Bukannya 24 jam sangat. Kau masih dapat kuliah macam sekarang sekurang-kurangnya kan?"

"Yelah! Tapi selain daripada kuliah, aku hanya busy jadi babysitter anak bos aku jela. Atau paling tak jadi tukang angkat barang kalau Madam Besar bawak anak bos aku keluar jalan-jalan atau shopping." Jelas kedengaran nada kelelahan yang Taufan terpaksa hadapi tatkala bercerita setiap babak-babak dirinya betul-betul menjadi seorang pembantu yang tidak bertauliah sewaktu bekerja.

Namun berbeza dengan rakan karibnya sendiri yang berada di sebelahnya, Gempa hanya tertawa geli hati sahaja mendengar setiap keluhan Taufan. Sejujurnya dia turut bersimpati dengan nasib rakannya itu kerana masih terpaksa menyara hidupnya dengan membuat kerja-kerja demikian biarpun dalam masa 3 bulan sahaja lagi mereka akan graduasi.

"Tabahlah kawan. Ok, ok... aku ikut kau ke tempat kerja kau, ya?"

"Huh?! Betul ni?! Kau janji akan ikut aku?!"

Gempa mengangguk sambil tersenyum kembang. "Iya, janji!"

"Yes!"

"Taufan! Gempa! Apa yang bising-bising di belakang tu?! Awak tak fokus waktu saya mengajar ke?!" Suara jeritan pensyarah mereka dari hadapan mengejutkan kedua-dua sahabat itu sehingga salah seorang daripada mereka terlatah dek kerana terkejut.

"M-maaf puan!"

.
.
.

"Jom, jom Gempa!" Taufan mengheret tangan Gempa sembari berlari-lari menuju ke arah keretanya yang diletakkan tidak jauh dari bangunan kuliah mereka tadi.

"Ish, iya! Iya! Jangan la tarik-tarik tangan aku ni! Kau tergesa-gesa sangat kenapa?" Gempa mengeluh penat sambil kakinya masih setia mengikut rapat rentak laju Taufan.

"Aku tak boleh lambat, Gempa! Aku kena sampai sana sebelum bos aku tiba!"

Seterusnya Gempa tidak membalas. Dia hanya terus merelakan rakan karibnya itu terus membawanya pergi ke kereta milik Taufan sebelum mereka sama-sama memasuki perut kereta tersebut dan terus bertolak keluar dari kawasan kompleks universiti mereka.

Biarpun Gempa tidak tahu tahap pekerjaan yang ditugaskan oleh Taufan sesukar atau sesulit mana, tetapi dia akan sentiasa menghormati pekerjaan rakannya itu sekiranya Taufan jujur akan setiap kata-katanya sewaktu bercerita pada Gempa mengenai cabaran yang dihadapinya.

.
.
.

"Huff... huff... huff... sempat. Akhirnya... sampai... haaa..."

Kelihatan Taufan dan Gempa kini akhirnya telah tiba di hadapan pintu masuk ke dalam sebuah pasaraya yang menjadi tempat tujuan mereka pada hari itu. Pelbagai rintangan yang telah mereka lalui di sepanjang saat sebelum mereka tiba di sana seperti jalan sesak, berlaku kemalangan, haiwan-haiwan yang tiba-tiba melintas seperti kucing, anjing, lembu dan kambing, kemudian macam-macam benda terpelanting di tengah-tengah jalan seperti batu, pasir, ranting-ranting kayu, beg duit(?), tayar(?), buku(?) dan sebagainya.

"Haih... tak pernah lagi kita macam ni walaupun tengah ujian sebelum ni."

"Heheh... benda ni lagi penting dari ujian weyh..."

Gempa menggelengkan kepalanya sambil tertawa kecil. Setelah merasakan aturan nafas mereka kembali baik, mereka pun meneruskan perjalanan mereka untuk masuk ke dalam pasaraya tersebut bagi mencari majikan Taufan yang sudah berada di dalam.

"Macam mana kita nak cari bos kau tu? Pasaraya ni kan besar?"

"Alah, mudah je. Tadi bos aku dah bagitau yang mak dan anak dia dah datang dekat sini 3 jam yang lalu. Biasanya lepas 3 jam shopping, dia akan pergi ke ground floor dan duduk di mana-mana tempat makan untuk berehat dan lepas lelah sambil minum air."

"Ooohh... kiranya kau dah hafal la dengan keluarga bos kau ni?"

Taufan terkekeh-kekeh sambil mengangguk mengiyakan pertanyaan Gempa tadi.

"Keluarga bos aku je. Bos aku sendiri aku tak kenal sangat."

"Aik? Kenapa pulak?"

"Entah... walaupun aku kerja di bawah dia, tapi aku lebih banyak kena berurusan dengan keluarga dia. Jarang aku dapat jumpa bos aku tu secara depan-depan sebab dia sangat sibuk. Dan kalau sempat sekalipun dia tu tak pernah senyum pun. Nampak tegas dan sangat berdisiplin!"

Gempa menatap dengan terkejut setelah mendengar cerita dari rakan karibnya itu. Tidak terbayang dalam akal fikirannya mengenai bagaimana rupa sebenar majikan Taufan berdasarkan daripada cerita yang diberitahu tadi. Namun apabila diingat balik, Taufan pernah beritahu yang majikannya itu adalah seorang pemilik syarikat yang terkenal di negara mereka. Jadi mungkin majikan Taufan harus berjiwa dewasa untuk menjaga nama baiknya(?).

"Hmm... jadi apa yang perlu aku buat bila bos kau dah datang nanti?"

"Kau tak perlu buat apa pun. Mungkin kita tak sempat jumpa bos aku hari ni. Kau tolong aku angkat barang-barang belanja yang dibeli oleh madam dan anak dia dalam kereta keluarga diorang dan lepas semua siap, kita shopping!"

"Wah! Mudah je rupanya! Ok aku-"

"T-Thornie!"

Kata-kata Gempa tiba-tiba terputus apabila mereka secara tak sengaja terdengar jeritan dari suara seorang wanita yang berada tidak jauh dari mereka. Secara spontan kedua pasang mata mereka pun mula melilau mencari-cari arah suara asal tersebut sehingga mereka ternampak seorang lelaki misteri sedang berlari menuju ke arah mereka dengan kadar kelajuan yang pantas sambil mendukung seorang kanak-kanak di pangkuannya.

"Bye Grandma!"

Bruk!

"Aduh!"

"Gempa!"

Taufan dengan cekap menangkap tubuh rakannya itu apabila tubuh Gempa secara tiba-tiba ditolak kasar oleh lelaki misteri tadi.

"Help! Sesiapa tolong! Cucu saya diculik!"

Taufan dan Gempa terus saling bertatapan antara satu sama lain apabila sebaik sahaja mereka mendengar suara jeritan yang sama dari wanita tadi. Tidak membuang masa, mereka cepat-cepat membetulkan posisi mereka semula dan segera membuka langkah seribu untuk mengejar lelaki tadi.

"Taufan! Kau call polis cepat! Aku kejar lelaki tu!"

"Ok! Hati-hati Gempa! Aku akan ikut kau dari belakang!"

Gempa mengangguk faham. Dengan mempercepatkan langkah kakinya, dia pun meneruskan sesi kejar-mengejar bersama lelaki misteri yang membawa kanak-kanak tadi.

"Berhenti!!"

.
.
.

"Ini adalah dokumen terakhir tuan. Selepas itu jadual tuan untuk hari ni kosong sepenuhnya." Pembantu Solar, iaitu Ais menghulurkan satu set helaian dokumen pejabat kepada Solar untuk ditandatanganinya dengan seksama di atas meja.

Solar menarik dokumen tadi kemudian membaca beberapa isi perkataan di dalamnya sebelum dia pun menandatanganinya lancar.

"Baiklah. Memandangkan waktu sekarang pun dah nak masuk pukul 5, jadi saya bersiap-siap untuk pulang dulu lah ya?" Solar berkata selepas dia siap menandatangani dokumen tadi dan mula memakai jaketnya di tubuh.

"Itulah yang sebaiknya, tuan. Kadang-kadang tak salah kalau tak terlalu sibuk memikirkan tentang kerja. Mana tau ada baiknya kalau tuan balik awal hari ni?"

Solar tertawa geli hati. Tahu benar yang Ais sedang mengejeknya.

"I got it, I got it... kau pun balik lah juga Ais. Hari ni aku benarkan semua balik awal."

Ais tersenyum simpul lalu kemudiannya dia pun menundukkan tubuhnya ke arah Solar sebagai tanda hormat dan mengekori bosnya itu keluar dari pejabat bersama.

.
.
.

Setibanya dia di destinasi yang dituju, iaitu pasaraya yang mana ibu dan anaknya sedang berada, Solar segera melangkah keluar dari perut kereta lalu terus melangkah laju untuk menuju ke arah pintu masuk pasaraya tadi selepas mengunci keretanya.

"Solar, kau dah tanya ke mak engkau diorang dekat mana?"

Yang ditanya tidak menjawab melainkan hanya melilau melihat kawasan sekelilingnya. Mencari 2 orang yang sentiasa familiar dengan pandangannya.

"Berhenti!!"

Seketika pandangan mereka berdua terus beralih ke hadapan bagi menyaksikan aksi kejar-kejaran yang tiba-tiba sahaja berlaku di hadapan mereka. Setelah memerhati, akhirnya Solar dan Ais dapat mengenalpasti bahawa terdapat seorang lelaki yang bertubuh dewasa sedang berlari menuju ke arah mereka sambil menggendong seorang kanak-kanak di tangannya.

"Eh, S-Solar! Itu- itu anak kau!!"

"Hah?!"

"HIYAARGGHHH!!!"

DUSH!

GDEBUK!!

Belum sempat Solar dan Ais ingin melakukan tindakan, kemunculan seorang pemuda yang secara tiba-tiba datang secara mengejut dan menendang lelaki yang menculik anak Solar tadi mendiamkan mereka berdua dan seluruh penghuni pasaraya itu. Solar dan Ais terkedu. Melihat penculik tadi terkulai di atas lantai dan pengsan. Manakala anak Solar, Thorn terus berlari ke arah Solar dan memeluk kakinya.

"Papa!"

Lamunan Solar dan Ais terus terhenti sebaik sahaja suara Thorn menyedarkan mereka. Solar menunduk dan memandang ke arah satu-satunya anaknya itu sebelum dia tersenyum kekok.

"Ah, Thorn... kamu okay?"

Thorn mengangguk sambil ketawa girang.

"Ya! Tadi Thorn main kejar-kejar! Pakcik aneh ni tiba-tiba angkat Thorn dan lari dari Grandma! Lepastu abang ni kejar dan kalahkan pakcik aneh ni! Abang ni mesti hero kan, Papa?"

Solar kaku. Dia memandang anaknya lama sebelum dia beralih memandang ke arah lelaki yang telah menyelamatkan anaknya tadi. Gempa.

"Itu anak encik?"

Gempa bertanya. Dia memandang prihatin ke arah Thorn. Nasib baiklah kanak-kanak itu tidak menangis ketakutan dan menganggap ini sekadar lakonan semata-mata sahaja. Gempa tahu, kalau dia terlambat sedikit sahaja tadi, pasti kanak-kanak itu sudah berjawa dibawa lari.

"Ah, ya. Ini anak saya. Terima kasih sebab dah selamatkan anak saya dari diculik. Saya... amat bersyukur."

"Eh, takde apa lah encik! Kebetulan saya sempat kejar penculik ni je! Kawan saya dah tolong call polis tadi. Jadi sementara polis datang, baik kita tahan penculik ni dulu."

Solar mengangguk setuju dengan cadangan Gempa. Dia menarik Thorn untuk berundur ke belakang sedikit dan membiarkan lelaki penyelamat anaknya itu tadi menguruskan penculik tersebut.

"Biar saya tolong."

Ais bersuara sambil membongkokkan tubuhnya ke arah penculik tadi. Dia melepaskan ikatan tali lehernya dan terus mengikat tangan penculik tadi ke belakang. Gempa tersenyum simpul dengan tindakan tangkas dari Ais tadi. Dia pun berterima kasih kepadanya dan mendapat senyum maklum sebagai balasan.

"Gempa! Aku dah call polis! Dalam 5 minit lagi mereka akan sampai!"

Taufan pula muncul. Dia kelihatan sedang tercungap-cungap kerana terpaksa berlari di dalam keramaian pasaraya yang penuh. Taufan memandang ke arah penculik yang sudah pitam di atas lantai. Kemudian dia memandang Gempa sambil menghela nafas lega. Nampaknya penculik sudah berjaya ditumpaskan.

"Ah, syukurlah... tak sia-sia kau belajar seni pertahankan diri, Gempa."

Gempa ketawa terkekeh. Dia pun bangun dari tempatnya dan menghampiri Taufan semula.

"Eh, mana budak tadi?"

Taufan bertanya hairan bila dia dapati si budak yang sempat kena culik tadi tiada bersama Gempa. Adakah sudah pergi ke arah lain?

"Tu. Dekat ayah dia."

Gempa menunjukkan jarinya ke arah Thorn yang kini sedang bersama-sama dengan Solar. Taufan mengangguk faham dan ber-oh ria. Namun seketika kemudian dia terus kaku. Dia kenal wajah Solar. Cukup kenal!

"B-bos?!"

"Huh?"

Solar mendongak dan memandang ke arah Taufan yang berada di sebelah Gempa. Dia kenal wajah Taufan. Keningnya pun terangkat.

"Oh, Taufan? Itu kawan kamu ke?"

Taufan mengangguk cepat sambil menelan ludahnya cuak. Dia kenal Solar, bosnya sebagai orang yang serius dan narsis. Jadi dia takut dengan Solar.

"Ya... n-nama dia Gempa, bos."

"Gempa, huh..."

Solar mengerling ke arah Gempa semula. Lelaki itu kelihatan cukup keliru dengan situasi sekarang. Dia memandang ke arah Taufan dan ke arah Solar semula dengan hairan. Dia sedang berteka-teki sama ada adakah ini majikan yang Taufan pernah cerita sebelum ini?

"Gempa... is it?"

Gempa tersedar dari lamunannya. Dia berkelip dan memandang ke arah Solar semula dengan terkebil-kebil.

"Y-ya? Ya, saya?"

Solar tersenyum miring.

"Will you be my wife?"











Lmfaaoooo!! HAHAAHHAAHA cerita ni macam menarik tapiiii Ani dah malas nak sambung! Lololol okaayy cerita lain pulakk!!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top