SolGem
Another random prompt or can be say brainrot too but oh well, let's try to make it as a long story short 👌🏻
Solar x Gempa
Idol AU
Idol! Gempa x Fan! Solar
"Awak..! Nama awak apa?"
"H-huh? N-nama? Nama s-saya Solar!"
"Solar? Ok, Solar! Awak ikut saya kejap ya? Hehe... saya nak kena lari dari peminat saya kejap!"
"Ha?!"
Gempa, dia ni adalah seorang idol terkenal di serata dunia. Dia ada suara yang manis didengar dan berpersonaliti yang menarik dan manis yang mampu membuat sesiapa sahaja jatuh cinta pada dia dalam sekelip mata. Daya tarikannya yang paling menawan ialah sepasang mata emas miliknya yang tiada siapa pun mempunyainya. Semua orang menyukai dan menghormatinya. Termasuk aku sendiri sebagai salah seorang peminat setianya.
Jadi kenapa? Kenapa tiba-tiba Solar boleh terserempak dengan idol kesayangannya dan mereka boleh berlari bersama-sama sekarang?! Jangan cakap ni salah satu lagi mimpinya dengan idol kesayangannya ni?!
.
.
.
"Bye-bye, Solar! Jumpa esok!"
"Huh? Oh... bye..."
Solar melambarkan tangannya ke arah rakan-rakan sekelasnya setelah sebaik sahaja waktu kelas mereka telah tamat pada hari itu.
"Solar nampak macam tergesa-gera hari ni, kan?"
"Betul tu. Mungkin dia ada hal kot hari ni?"
"Boleh jadi juga. Eh, atau dia ada tusyen hari ni? Dia kan budak pandai?"
"Hm, betul juga!"
Solar mengabaikan segala kata-kata daripada rakan perempuan sekelasnya dengan meneruskan derap langkah kakinya ke hadapan. Majunya mara ke hadapan untuk cepat tiba di apartmennya. Hari ini merupakan salah satu hari yang paling penting dalam hidupnya. Ianya tidak boleh dipercepatkan, dilewatkan, ditangguhkan, diabaikan, dilupakan, diganggu mahupun dijual beli oleh sesiapa. Inilah satu-satunya hari yang sentiasa dia tunggu dalam hidupnya dan takkan dia peduli siapapun atau pentingnya perkara lain, dia tetap kena utamakan perkara ni!
.
.
.
Suara-suara teriakan dan sorakan yang gemuruh serta nyaring dapat jelas kedengaran di luar stadium. Seluruh barisan peminat yang hadir kini bersorak gemuruh dengan hati dan perasaan yang begitu membuak-buak di dalam dada. Keterujaan mereka dapat dirasai dengan jelas tatkala mereka melihat beberapa orang dalam kumpulan idol lelaki yang mereka minati kini sedang membuat persembahan di atas pentas.
Solar yang berada di sana pun turut terasa kemeriahan persembahan itu. Pentas yang beradanya kumpulan idol kegemarannya tidak seluas seperti kebiasaannya tetapi di saat dia dapat melihat betapa menariknya tarian dan setiap pergerakan yang dipersembahkan oleh kumpulan tersebut, seketika terasa seperti dunia hanya dihuni oleh mereka sahaja.
"Terima kasih kerana sudi menonton persembahan sementara kami! Jadi para peminat yang kami sayangi sekalian, itu adalah sedikit sneak-peak daripada kami mengenai album kami yang akan datang. Kami harap kalian semua akan tunggu dengan sabar sehingga waktu rilisnya keluar!"
Setelah selesai memberi sepatah dua kata, kini kumpulan lelaki terkenal seluruh dunia itu pun beransur pergi dari pentas persembahan mereka tadi. Sebelum beredar, mereka sempat membongkok dan menundukkan badan mereka kepada para peminat yang selama ini setia mengikuti perkembangan mereka dan menyokong mereka dari awal sehingga ke hari ini. Solar salah seorang dari keramaian tersebut, bersorak gembira. Lampu khas kumpulan tersebut digoncang-goncangnya kerana saking gembira dan puas hatinya dia dapat menonton persembahan kumpulan kegemarannya.
Mata Solar tidak lari dari terus-menerus memandang Gempa, salah seorang dari ahli kumpulan lelaki terkenal di atas pentas tersebut. Lelaki yang mengenakan t-shirt berwarna kuning keemasan, dilengkapi juga dengan sepasang jaket kulit berwarna hitam bercorak jalur keemasan tersebut kelihatan paling bersinar di sana. Wajahnya yang sentiasa kelihatan matang dan tenang kini kelihatan cukup cerah dan ceria dek kerana perhiasan pelekat-pelekat di bawah mata dan pipinya. Make-upnya juga tidak terlalu tebal. Cukup untuk menambahkan seri Gempa pada malam persembahan itu. Dan sudah tentu, tidak dapat dilupakan juga dengan iris keemasannya.
"You are so damn beautiful, Gempa. And as usual, I fall for you again..."
Solar bermonolog sendirian. Melihat Gempa dan rakan-rakan sekumpulannya sedang melambaikan tangannya ke arah para peminat dengan riang.
Dan seolah-olah Gempa dapat mendengar ungkapannya tadi, mata mereka seketika bertembung. Solar tersentak di tempatnya. Mata emas itu. Iris yang indah itu. Sedang melihatnya. Sedang memandang ke arahnya. Tepat ke arah matanya. Wajah Solar memanas.
5 saat? 6 saat? Atau kurang dari itu? Entahlah. Solar juga tidak tahu. Tapi mungkin itu adalah waktu tatapan mata yang paling menakjubkan yang pernah berlaku dalam hidup Solar. Solar gembira sekali. Dapat bertembung mata dengan orang yang diminatinya itu. Hatinya berbunga.
.
.
.
Solar melangkah perlahan-lahan untuk keluar dari stadium bersama-sama para peminat yang lain. Matanya ligat memandang skrin telefon pintarnya yang dipenuhi dengan gambar-gambar kumpulan lelaki yang diambilnya tadi. Oleh kerana telefonnya itu adalah sebuah telefon yang berkualiti tinggi, maka hasil tangkapannya begitu jelas dan menarik sekali. Solar rasa puas hati. Kesemua gambar-gambar yang diambilnya kelihatan begitu indah sekali. Terutama gambar Gempa. Hampir separuh hasil tangkapannya mempunyai gambar Gempa.
Dalam asyik dia ligat menggesel-gesel skrin telefonnya, tiba-tiba Solar dikejutkan dengan bunyi bingit dan bising di sekelilingnya. Sebaik sahaja dia mengalihkan perhatiannya dari telefonnya dan menyimpannya semula di dalam saku seluarnya, Solar dapat melihat kerumunan tadi sedang berlari-lari menuju ke arah kiri stadium. Solar berkerut hairan. Para peminat, yang kebanyakannya ialah para gadis, kelihatan begitu teruja dan menggila sekali. Seperti mereka sedang melihat lelaki pujaan ramai.
Tunggu.
Pujaan ramai?
Mata Solar membulat. Mungkinkah?
"Ada orang nampak salah seorang dari mereka dekat sini! Cepat! Cepat!"
"Kyaa!! Aku nak dapatkan tandatangan dia!"
"Mana dia!! Aku nak berjabat tangan!"
"Sana! Sana! Cepat!!"
Solar tercengang di tempatnya. Sangkaannya benar. Pasti ada salah seorang dari ahli kumpulan lelaki yang ditonton oleh mereka tadi berada di sekitar sini. Nampaknya mereka mungkin akan dapat melihat idol kesukaan mereka secara dekat!
Adakah Solar akan ikut sama?
Sudah tentu tidak!
"Aku bukan gila macam diorang..."
Solar menggelengkan kepalanya. Daripada dia bersikap fanatik seperti para peminat yang menggila itu, lebih baik dia segera pulang ke rumah. Dia masih ada kelas esok pada petang hari. Jadi dia berpusing ke arah kanan. Memandangkan ramai yang ke kiri, jadi sekurang-kurangnya dia dapat berjalan dengan lenggang di jalan yang kanan.
Wajahnya datar. Biarpun dia kelihatan tenang, tetapi jauh di lubuk hati Solar, dia juga teringin melihat idol tersebut. Peluang sebegini hanya datang seumur hidup. Tetapi perasaannya yang membencikan keramaian dan suara-suara yang bising memonopoli fikirannya. Dia tak suka kesesakan. Jadi nampaknya bukan rezekinya kali ini, huh?
Atau mana tahu dia akan tiba-tiba bertemu dengan idol itu sekarang? Persis buku-buku fantasi peminat yang sering dia baca di laman-laman web dan aplikasi-aplikasi di luar sana. Kisah hubungan peminat dan idolnya. Wow, menarik bukan? Tapi bukan selalu ia boleh jadi nyata. Lagi-lagi dari kumpulan-kumpulan yang terkenal. Paling tidak, yang terkenal perlu bersama dengan yang terkenal juga. Barulah sepadan bukan?
Solar tersengih sendirian. Apalah nasibnya? Menyukai orang yang tak mungkin dapat dia perolehi. Dan kalau ia terjadi sekalipun, pastinya ia hanya mimpi semata-mata!
Brukk!
Solar serta-merta terundur ke belakang dan terjatuh ke atas lantai simen yang keras setelah dia tiba-tiba terlanggar seseorang dari hadapan. Solar mengaduh sakit.
"Ah! Aduh...!"
Solar meringis kerana rasa ngeri di punggungnya. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia marah orang yang dia terlanggar tadi. Tapi apakan daya? Sudah jelas dia yang terlanggar orang itu sebaik sahaja dia tiba di selekoh. Mestilah salah dia sendiri!
"Eh! M-maaf! Saya tengah nak cepat tadi! Awak okay?"
"Ah, ya... silap saya juga. Tapi saya ok-"
Suara Solar terus terhenti sebaik sahaja matanya menangkap susuk tubuh yang cukup dikenalinya kini sedang berdiri di hadapannya. Sedang menghulurkan tangan ke arahnya.
Solar meneguk ludahnya. Dia masih tidak ingin mempercayai apa yang sedang atau bakal(?) berlaku dalam hidupnya sekarang. Matanya perlahan-lahan naik ke atas. Perlahan-lahan melihat dan mengamati orang yang dia terlanggar tadi.
Kalau ikutkan hati, mahu sahaja Solar mencubit atau memukul dirinya sendiri sekarang.
Di hadapannya.
Si dia.
Gempa.
Idol kesayangan yang paling disukainya.
Gempa!
"Ah, hai! Awak salah seorang peminat yang datang ke persembahan kami ke?"
Gempa bertanya dengan ramah. Dia tidak kelihatan kaku sekali. Dia tahu yang Solar adalah salah seorang dari peminat yang datang untuk menonton persembahannya dan ahli-ahli kumpulannya sebentar tadi. Tetapi Gempa tidak lari. Tangannya masih setia dihulur ke arah Solar. Menunggu Solar untuk menyambutnya dan bangun dari lantai.
Solar meneguk ludahnya sekali lagi. Tangan kanannya terangkat dan perlahan-lahan dia mencapai huluran Gempa.
"Hey! Tengok tu! Bukan ke itu Gempa?!"
"Mana!?"
"Cepat! Cepat! Sini!"
Solar dan Gempa sama-sama terkejut. Nampaknya sekumpulan peminat telah nampak wajah Gempa di situ!
"Alamak! Awak! Ikut saya cepat!"
Belum sempat Solar berkata apa-apa, tangannya sudah dipegang oleh Gempa lalu mereka berdua terus berlari dari situ. Dari belakang, mereka dapat mendengar suara teriakan dari para peminat. Mereka semua sedang mengejar mereka berdua!
"Awak..! Nama awak apa?"
"H-huh? N-nama? Nama s-saya Solar!"
"Solar? Ok, Solar! Awak ikut saya kejap ya? Hehe... saya nak kena lari dari peminat saya kejap!"
"Ha?!"
Okay, itu saja! Lol! Ani dah malas nak sambunggg!! HAHAAHAHAHA!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top