SolGem

Lmfaooo I thought that maybe HaliGem would fit this idea but naah guys Solar as a MC with Gempa as his partner suits better! Trust me it's worth it! uwu





















SolGem

Royalty AU! Slice of life and... a lil bit magic? Who cares anyway hshshshsh X,D













"Kau siapa?"

"Maaf, di atas kemunculan yang tiba-tiba sebegini Tuanku. Tetapi Tuanku perlu ikut kami pulang ke istana segera."

"Hah?!"

Solar memandang sekumpulan lelaki yang sedang berdiri dan berkumpul di hadapannya. Mereke semua lengkap berpakaian kemeja dan seluar berwarna putih dan tuksedo berwarna kuning keemasan kecuali yang berada paling hadapan dengan mereka - yang Solar fikir mungkin ketua mereka - mengenakan tuksedo berwarna hitam.

"A-apa yang berlaku? Kenapa kau d-dan kumpulan kau datang dekat aku?"

Solar masih tetap bersikeras. Dia cukup benci apabila ada sesuatu yang berlaku di luar jangkaannya. Solar hanya manusia biasa. Dia inginkan ketenangan di dalam hidupnya dan segalanya berjalan seperti biasa.

Tetapi ini?

Oh, tidak. Yang ini sangatlah mencabar tahapnya!

"Seperti yang patik sampaikan tadi, Tuanku. Kami semua datang daripada Kerajaan Serenity. Tujuan kami datang ke sini adalah untuk menjemput Tuanku Putera Solar untuk pulang ke kerajaan asal Tuanku semula bersama-sama kami. Ini adalah berdasarkan arahan wasiat mendiang Tuanku Raja Nebula, iaitu ayahanda Tuanku sendiri."

"Hah?!"

"Kamu semua, bawa dan pimpin Tuanku Solar ke pengangkutan segera!"

"Baik!"

Solar terkedu. Otaknya tidak sempat untuk memproses keadaan yang sedang berlaku dan menghasilkan tindakbalas kepada badannya. Segalanya berlaku dengan cepat sekali sehingga secara sedar tak sedar Solar sudah berada di dalam sebuah pengangkutan persis kenderaan tetapi mempunyai reka bentuk tidak jauh daripada jet peribadi.

"Tu-tunggu! Aku tak cakap pun aku akan ikut! Korang nak bawak aku ke mana?!"

"Bergerak pulang ke Kerajaan Serenity sekarang!"

Bunyi kuda meringkik kedengaran begitu kuat dan nyaring sekali. Tidak ketinggalan juga bunyi kuat ekzos kereta yang berada di bahagian bawah kenderaan tersebut. Aneh! Mengapa masih memakai haiwan pengangkutan sekiranya sudah ada teknologi enjin?

"Eh-! T-tunggu..!!"

Dan dengan sekelip mata sahaja kenderaan pengangkutan canggih itu melesap hilang di dalam langit yang biru. Meninggalkan jejak kilauan cahaya yang panjang seperti laser. Seluruh pelajar-pelajar serta guru-guru dan warga sekolah tadi terkesima di tempat mereka. Masing-masing menatap ke arah jejak-jejak terakhir kenderaan tadi sebelum ia hilang di udara dan langit. Mereka rasa seperti sukar sekali untuk percaya apa yang telah berlaku di hadapan mereka tadi. Solar? Kerajaan Serenity? Tuanku? Apa yang terbang tadi? Segalanya terasa seperti mimpi!

.

.

.

"Aku cakap, hantar aku balik!"

"Tuanku..."

Kini suasana di dalam bilik di sebuah istana kelihatan begitu tegang sekali tatkala Solar memahari orang yang telah berani-beraninya menculiknya dan membawanya ke tempat lain. Matanya memang tidak lari dari merenung tajam lelaki yang kelihatan sebaya di hadapannya itu.

"Aku tau yang kau boleh teka aku tak nak ada dekat sini, lantak lah dengan kerajaan dan keturunan apa benda tu! Aku tak nak peduli! Aku nak balik ke tempat asal aku sekarang jugak!"

Pemuda di hadapannya tadi menghela nafas panjang sembari memejamkan matanya untuk menenangkan emosinya. Pastinya dia juga penat harus berjalan jauh dan melayan kerenah Solar, namun apa lah nasib apabila dia telah ditugaskan untuk menjadi pengawal dan pembantu peribadi si tuan putera itu.

"Tuanku, saya juga rasa bahawa Tuanku sendiri faham akan situasi sekarang. Kedudukan Tuanku di luar sana bahaya! Dan Tuanku hanya satu-satunya bakal pemimpin yang layak untuk berada dan menetap di sini di samping menjadi pemilik takhta seterusnya setelah mendiang ayahanda Tuanku. Jadi patik memohon dengan sepenuh hati dan rakyat semua, untuk Tuanku kekal berada di istana ini dan mula biasakan diri untuk hidup di sini selamanya."

"S-selamanya?! Apa yang-?! Ish, kau! Apa nama kau?!"

Mata beriris emas pemuda tadi terkelip-kelip bingung.

"Patik? Nama patik ialah Gempa."

"Gempa? Ok, apa-apa je! Gempa, aku tak tau apa-apa tentang dunia ni! Jadi macam mana kau dan rakyat yang kau katakan tu boleh senang-senang percaya dan letak harapan dekat aku?! Gila ke?! Aku ni cuma manusia biasa! Aku pun tak pernah jadi pemimpin! Jadi macam mana aku boleh pimpin kerajaan ni?!"

"..."

Si pemuda tadi, yang namanya ialah Gempa hanya terdiam. Wajahnya tertunduk ke bawah dan bibir delimanya melengkung ke bawah tanpa ia sedari. Wajahnya sekarang jelas kelihatan seperti begitu kecewa dan sedih sekali. Dia berfikir bahawa mungkin sang putera tidak akan peduli, namun dia silap.

Riak wajah Solar terus berubah tatkala dia melihat wajah kecewa itu.

"Betul juga... mungkin patik dan yang lain silap. Maafkan patik, Tuanku. Patik hanya terbawa-bawa dengan semangat kisah dongeng yang pernah patik dengar suatu ketika dahulu. Dan kerana ingin semuanya berlaku, patik telah memaksa Tuanku untuk ke sini semata-mata ingin memuaskan hati patik tanpa memikirkan perasaan Tuanku dahulu. Ampunkan patik, Tuanku..."

"..."

"Kalau begitu, patik minta diri untuk segera dapatkan kenderaan untuk hantar Tuanku pulang semula."

Gempa musingkan badannya membelakangi Solar untuk segera beredar dari sana dan menjalankan tugasnya. Namun belum sempat beberapa langkah dia maju, sebuah tangan tiba-tiba memegang lengannya dan menariknya ke belakang.

"Tunggu."

Gempa memandang sang putera dengan terkejut. Sehinggakan dia tidak mampu berkata-kata.

"Itu... umm... macam mana nak cakap, ya? Itu... kau tak payah. Tak payah hantar aku balik."

"Eh? Tapikan Tuanku ingin pu-"

"Takpe! Tak jadi! Tiba-tiba aku rasa macam elok jugak tinggal kat sini! Ada duit, ada pelayan, ada pembantu, ada takhta, ada... uhh..."

Secara tiba-tiba mulutnya menjadi tergagap-gagap untuk berkata-kata. Solar tidak memandang Gempa melainkan di seluruh tempat di ruang tersebut. Kepalanya buntu untuk menghasilkan ayat kerana hatinya hanya melekat pada 1 sebab yang tidak ingin dia katakannya sekarang.

"Tuanku? Tuanku betul-betul ingin berada di sini?"

Solar melepaskan pegangannya dari lengan Gempa dan ketawa canggung. Ah, rasanya sungguh sukar sekali untuk berkata-kata sekarang.

"Hahahah! Y-ya... bila fikir-fikir balik macam elok jugak nasib aku sekarang! Tak payah lah nak ke sekolah dan belajar subjek-subjek susah macam teorem pitagoras, algebra dan apa semua tu!"

"Algebra?"

"Eh, hahahah! A-apa yang aku mengarut eh? Sorry, sorry! Mungkin kau tak faham!"

Mata Gempa berkelip-kelip buat kesekian kalinya. Nampaknya dunia tuan puteranya sungguh unik untuk belajar dan berkata perkara-perkara yang cukup asing namanya. Gempa tertanya-tanya di dalam hati mengenai apakah maksudnya.

"Baguslah kalau Tuanku ingin berada di sini. Patik sangat gembira."

Mengabaikan situasi yang canggung tadi, kini suasana di ruangan tersebut terus menjadi hangat dan tenang balik tatkala Gempa tersenyum gembira. Entah kenapa terasa seperti dipukau, Solar cukup terpegun dengan senyuman indah itu.

"Baiklah, memandangkan Tuanku sudah tekad, jadi patik juga akan berusaha kuat! Tadi Tuanku ada kata yang Tuanku tak faham apa-apa mengenai hal kerajaan ini bukan? Jangan risau! Patik akan tolong Tuanku! Sekarang, Tuanku berehat dahulu, ya? Pada waktu petang nanti akan patik datang balik bersama-sama secawan teh hangat untuk memberitahu Tuanku tentang serba sedikit yang perlu Tuanku tahu."

"Uhmm... ok?"















Cerita ni masuk dalam salah satu cerita yang menarik untuk Ani. Entahlah, mungkin sebab vibesnya lain dari yang lain? 😂

Btw korang boleh cuba bayangkan sendiri ya setiap situasi per situasi yang berlaku. Ani masih tak biasa nak hasilkan latar tempat yang lebih detail 😭😭

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top