IceGem

Walaupun pernah buat ship IceGem sebelum ni tapi tak sangka pula 1 je yang pernah terhasil TT Padahal Ani terpaling suka juga IceGem selepas HaliGem hhsshshsh.

Jadi yaaa lepas semak balik Ani rasa macam pelik pula takde content IceGem lolololool

So hereeeeee enjoy cerita ni yaaaa!!










AisGem/IceGem 

Idol X College AU!!!










"KyaAAaaAaaaaAaaaaa!!! Ice!!"

"Our Cold Prince, Ice!!!"

Di atas sebuah pentas yang dibanjiri ramainya orang di sekeliling, berdirinya seorang lelaki muda yang mengenakan sepasang pakaian yang begitu menarik dan memukau pandangan sekali. Rambutnya yang sedikit keperangan namun mempunyai beberapa helaian warna putih menyerlahkan lagi pandangan menarik daripadanya. Tidak dilupakan juga dengan dirinya yang memiliki sepasang mata berwarna biru muda aqua yang cukup memukau yang boleh menenggelamkan sesiapa sahaja di dalamnya persis lautan biru yang luas dan dalam namun tenang.

"Heh, selamat datang semua!!"

"Kyaaaaaaaa!!!!"

"Iceeee!!!"

Thud!

"Opocot katak melompat!"

Pandangan seorang lelaki muda yang sedang ralit memandang persembahan atas talian tadi seketika tergendala kerana indra pendengarannya tiba-tiba tertangkap bunyi sesuatu yang jatuh di atas lantai. Sebaik sahaja dia menoleh ke belakang, apa yang dia dapati ialah berdirinya seorang lagi lelaki di ambang muka pintunya dengan gaya berpeluk tubuh dan sedang merenung tajam ke arahnya.

"Ah... Ha-Halilintar..."

"Kau tengok idol kau lagi ke?"

"Err... hehehe..."

"Haha hehe hoho... gelak je kau tahu. Kau memang tak ingat dah umur kau berapa eh?"

Lelaki yang bernama Halilintar tadi melangkah masuk ke dalam bilik kawannya itu diselangi helaan nafas pasrah. 

"Hmm... aku tau. Cuma apa aku boleh buat? Dah aku minat Ice ni... Ah! Kenapa kau jatuhkan tabung Ice aku? Ish, kau ni!"

Halilintar menggeleng-gelengkan kepalanya lalu kemudiannya melabuhkan punggungnya ke atas katil milik kawannya itu. Sepasang iris merah menyalanya menatap kawannya yang kini sedang berdiri dan mengangkat tabung yang disebut tadi.

"Kau ni Gempa, kau tu dah la seorang pensyarah. Kalau budak-budak kau tahu yang pensyarah diorang tu minat idol macam diorang, mesti kau kena gelak."

"Alaa... sekarang kan masih awal semester? Jadi mana diorang nak ambil tahu tentang aku! Lagipun sebelum ni pun mana pernah ada yang kantoi kan?"

"Kau pasti? Budak dari 2 sem lepas tu?"

"Yang tu kan sebab dia peminat tegar Ice jugak? Lagipun kebetulan aku tersalah bawa keyboard yang ada design Ice je! Dan lepastu kitorang jadi kenalan baik juga kan? Dia pun jaga rahsia aku. Dan dia pun tolong banyak untuk aku dapat info tentang Ice ni. Jadi tu kiranya-"

"Kau selamat? Haih... teruskanlah kau dengan dunia nyaman kau tu. Aku tak boleh nak cakap banyak dah. Asalkan kau bahagia Gem..."

Lelaki yang dipanggil sebagai Gem atau Gempa itu hanya tertawa kecil geli hati. Dia sudah kenal Halilintar cukup lama dan mereka sangat akrab sehingga sekarang kerana masing-masing sama-sama memegang panggilan pensyarah di tempat yang sama. Dan rumah kediaman mereka juga boleh dibilang cukup dekat untuk beberapa langkah sahaja kerana mereka sama-sama jiran.

Setelah melihat kawannya meletakkan semula barang yang sengaja dijatuhkan olehnya, fikiran Halilintar tiba-tiba terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan minat Gempa itu.

"Gem, andai kata kalau suatu hari nanti kau jumpa Si Beruang Kutub ni, apa reaksi kau?"

"Hm? Macam biasalah. Kan aku dah selalu jumpa dekat skrin laptop ni?"

Halilintar mendengus sebal dengan jawapan sederhana kawannya itu. Nampaknya kawannya seorang ini sukar untuk memahami isi tersurat kalau tiada isi tersirat.

"Haih... maksud aku jumpa depan-depan la... face to face gitu."

Gempa memandang kawannya dengan sedikit bingung. Setahunya Halilintar bukanlah peminat Ice. Apatah lagi ingin ambil tahu tentang idol kegemarannya itu. Jadi macam mana dia boleh terlintas perkara macam tu? Gempa sendiri pun tak pernah terfikir tentangnya sebab lokasi daerah tempat tinggal mereka yang boleh dikatakan cukup terpencil dari tempat lain. Dan mestilah ianya mustahil untuk orang-orang terkenal seperti Ice boleh datang saja-saja apatah lagi untuk buat konsert di situ!

"Hmm... first of, aku tak boleh bayangkan jugak macam mana sebab..."

"Sebab kau tak pernah terfikirkannya?"

Gempa terdiam seketika. Namun kemudian dia pun tersenyum.

"Sebab ia mustahil lah! Apa kes Ice idaman aku nak datang ke sini? Kat sini bukannya ada apa-apa yang menarik pun! Hahahaha!"

Halilintar memandang kawannya dengan sedikit kesal. Ah, dia paling kesal kalau kawannya sudah berkata demikian seolah-olah tempat tinggal mereka ini cukup hina pula.

"Teruk la kau ni... tempat kita ni bukannya terpinggir sangat tau. Sekurang-kurangnya ada la juga sekolah-sekolah dan universiti kat sini. Balai polis, balai bomba, pusat telekomunikasi pun ada. Bukannya terpinggir takde apa-apa pun."

"Ya, ya, Halilintar... tempat ni pun ada kerbau, ada bendang sawah padi, ada parit dan tali air untuk kau terjun mandi dalam sana, ada bukit-bukau, ada air terjun juga... ya... macam-macam la kan?"

Halilintar memutarkan bola matanya kesal. Ah, ada baiknya kalau dia segera beredar dari sana. Kawannya yang seorang ini cukup mengagumkan idolnya sehingga benda-benda yang sentiasa dianggap fantasi itu menjadi cukup mustahil dan hanya boleh dirasai di sebalik helaian kertas nipis atau skrin buku sahaja. Fanficition.

"Sudahlah. Aku nak balik. Malas la aku ada kat sini lama-lama. Makin cekik darah je."

"Eh, ala... jangan marah! Hehe... nanti aku pergi rumah kau eh? Mesti mak kau dah rindu aku, kan?"

"Tak payah! Nanti keluarga aku sibuk! Jangan datang rumah aku untuk 2 minggu ke depan."

"Aik? Nak buat kenduri ke? Kau dah nak kahwin ke?"

"Eish, bukan lah! Dah, aku nak balik! Nanti aku hantarkan lauk mak aku kat kau."

"Mantap! Thanks love!"

"Love hotak kau!"

"Hahahahah!"

.

.

.

Tepat jam 6.15 pagi, pintu rumah Gempa sudah tertutup rapat dan dikunci dari luar menandakan bahawa orang rumah sudah keluar pagi. Dan di kawasan sekitar bendang sawah padi jelas kelihatan si empunya rumah tadi sedang menjalani rutin harian paginya iaitu lari pagi. Gempa yang sedang mengenakan pakaian sukan khas untuk rutin itu kelihatan begitu bersemangat menjalankan rutinnya sambil mendengar putaran lagu-lagu kegemarannya yang tidak terkecuali juga koleksi-koleksi lagu daripada idol kegemarannya, Ice. Sambil-sambil menyapa penduduk-penduduk sekitar yang turut menjalankan tugas harian mereka di awal pagi itu, Gempa kelihatan cukup menikmati suasana yang damai dan sejuk di sana.

"Gem, andai kata kalau suatu hari nanti kau jumpa Si Beruang Kutub ni, apa reaksi kau?"

Tiba-tiba fikirannya memanggil kembali kata-kata yang dilontarkan oleh Halilintar semalam. Dan entah kenapa, ianya mula terngiang-ngiang di dalam kepalanya.

-'Ice datang ke sini? Huh, mustahil lah. Halilintar tu mengarut je...'-

Gempa ketawa terkekeh-kekeh kerana menganggap apa yang diperkatakan oleh kawannya itu adalah sangat mustahil untuk berlaku. Sekiranya ini adalah sebuah dunia fantasi persis sebuah aplikasi berwarna oren yang dipanggil Wattpad itu, pasti Gempa tidak akan ragu-ragu untuk memikirannya tidak mustahil untuk terjadi. Tapi ini adalah dunia Gempa, dunia yang nyata baginya. Mana mungkin... kan?

Langkah Gempa tiba-tiba terhenti tatkala iris keemasan miliknya ternampak sekumpulan beberapa orang ramai sedang berkumpul di suatu sudut tempat yang tidak jauh dari tempatnya berada. Dan orang-orang tersebut nyatanya sedang mengenakan satu tema yang sama iaitu berpakaian sejuk berwarna hitam. Beberapa di kalangan mereka juga kelihatan seperti sedang membawa sebuah alat aneh namun cukup dikenali oleh Gempa dan juga beg-beg besar bersama.

-'Ada orang nak buat pengambaran ke kat sini?'-

Kerana tertarik, Gempa pun membuat keputusan untuk pergi mendekat ke arah orang-orang ramai tadi. Dan seandainya dia tahu, bahawa sejurus sahaja dia mendekati orang-orang tersebut, kehidupannya akan terus berubah drastik selepas ini.

.

.

.

BANG! BANG! BANG!

"Halilintar! Halilintaaarr!! Halilintar bukak pintu cepat!!!"

Klik!

"Apa?! Ish, kau ni pagi-pagi lagi dah ganggu aku tau tak?!"

Sebaik sahaja pandangan kaburnya semakin pulih, perkara pertama yang Halilintar dapat lihat di hadapannya ialah kawannya Gempa kelihatan begitu pucat sekali wajahnya.

"Huh? Kenapa kau ni? Macam lepas nampak hantu je."

Gempa menggeleng-geleng kepalanya dengan cepat tanda menidakkan apa yang dikatakan oleh Halilintar sebentar tadi. Tangannya terkapai-kapai di udara seolah-olah ingin menyatakan sesuatu namun tersekat di bibirnya.

"Apa...? Aku tak belajar bahasa isyarat lah! Aduh, kau ni... tu la aku cakap jangan kuat sangat lari pagi-pagi nanti kena sampuk! Haa... tengok kan dah kena?"

"BUKAAANN!!"

"Habistu apa? Kau jangan buat hari pertama cuti aku ni stress sebab kau sorang eh?"

"Ice!!"

"Ice? Ice mana pulak ni?"

"Ice!!"

"Ais batu? Kenapa ais kau dah habis ke? Pergi la beli! Cakap dekat aku kenapa?"

"Ish! Bukan laaa...!! Ice... Ice... Ha! Ice Si Beruang Kutub!"

"Hah? Beruang Kutub? ...Kenapa dengan dia?"

"DIA DATANG SINI!!!"













OMG cerita ni menarik! Lololololol X,D

Tbh Ani tak rancang pun HaliGem jadi bestie dekat sini tapi hmm... macam menarikkk je diorang kalau diorang jadi kawan macam ni! Hali yang cool dan cepat baran tapi tetap sabar dengan Gempa dengan Gempa yang perangai selamba, bijak dan sensitifnya. Aduh, kalau gaduh memang tak kesudah ni!

Eh, eh! Ni cerita IceGem tapi banyak HaliGem pulak kan? HAHAHAAHAHAH mestilaahh sebab lepasni banyaknya IceGem je! Tapi Ani tak rancang nak sambung lagi jadi buat masa sekarang korang enjoy jela cerita tergantung ni ya? HAHAHAAHAHAH XD

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top