HaliGem
Ani baru perasan yang whenever Ani penat atau stress, mesti fikiran Ani akan fikirkan benda-benda kotor. 👀👀🔥😂
Gomen, guys. Ani rasa Ani dah baca terlampau banyak R 18+ punya. Lolololol
Apa-apa jelah. Sekurang-kurangnya ada juga yang enjoy, kan? 👀👀🔥
Marriage AU!
"Gempa, boleh tolong copy dokumen ni? Susun setiap page dan 60 copy semuanya, ya? "
"Ah, baiklah. "
Gempa menerima huluran kakak seniornya yang bekerja di satu bahagian yang sama di tempat kerjanya dengan senang hati. Sejak beberapa tahun yang lalu, Gempa sudah bekerja di sebuah syarikat yang terkenal. Dan Gempa akui, dia sangat menyukai syarikat yang dia sedang bekerja sekarang. Semua pekerja-pekerja di sana amat ramah dengannya dan tiada yang berat tulang dalam melakukan kerja masing-masing. Itulah apa yang Gempa selama ini idamkan.
Dan walaupun pada pertengahan tahun Gempa bekerja di situ dia mengalami beberapa kesukaran yang membawa ke berbulan-bulan lamanya, tetapi akhirnya semua sudah selesai. Segalanya adalah berkat pertolongan para pekerja dan usaha kuatnya termasuk kebaikan pengurusnya.
"58.. 59.. 69! Ok cukup! "
Gempa menyusun dokumen-dokumen yang baru sahaja dia selesai fotostat tadi lalu membawanya menuju ke arah meja seniornya.
"Nah, Kak Yaya. Saya dah siap. "
"Waaahh! Terima kasih, Gempa! Kamu memang membantu banyak! "
Gempa tersenyum malu kerana menerima pujian daripada akak seniornya itu. Sejujurnya selama ini Gempa sering menerima pujian, tetapi masih saja dia tidak terbiasa dengannya.
"Ah, by the way... Tolong bawakan satu copy ni untuk Tuan Halilintar, ya? "
"Eh? "
Muka Gempa mula berubah.
"Alah, tak payah nak eh sangatlah! Macam kamu dah lupa pula! Bawa cepat! "
"Uhmm... B-baiklah... "
Dengan gugup Gempa mengambil satu copy dokumen tadi dan membawanya menuju ke arah bilik pengurus syarikatnya. Bilik Tuan Halilintar. Dan di sepanjang perjalanan itu, Gempa sendiri dapat merasakan degupan jantungnya. Semakin dekat dia dengan bilik itu, semakin laju jantungnya berdegup.
Dan sebaik sahaja Gempa tiba di depan muka pintu itu, dia pun menarik dan menghembuskan nafasnya bagi menenangkan dirinya.
'Tenang, Gempa... Kau sepatutnya sudah biasa dengan situasi ni... Ya... Kau patut tenang..! '
Dan dengan lembut Gempa mengetuk pintu bilik tersebut.
"Masuk. "
Sebaik sahaja mendapat jawapan, Gempa pun memulas tombol pintu bilik itu dan menolaknya.
Di dalam bilik, Gempa menjenguk masuk kepalanya untuk melihat penghuni di dalam bilik itu. Dan kebetulan, masuk je kepala dia, mata dia terus menangkap susuk tubuh seorang lelaki yang tegap badannya sedang menandatangani beberapa dokumen di atas mejanya. Lirikan tajam dari lelaki itu cukup membuatkan jantung Gempa berdegup kencang semula.
"Uuhhmm... T-Tuan Halilintar? "
Gempa memanggil dengan berhati-hati.
Tangan yang sedang menandatangani dokumen tadi pun terhenti serta-merta. Lirikan tajam tadi pun terus melihat ke arah pintu bilik dan menemui kelibat Gempa di sana.
"Tuan... S-saya bawa dokumen untuk tuan-"
"Masuk. "
Terkatup mulut Gempa apabila dia tiba-tiba diarahkan untuk masuk ke dalam ruang pejabat itu dengan nada yang tegas oleh ketuanya. Oleh kerana tidak mahu membuatkan ketuanya marah, dia pun terus masuk ke dalam bilik itu dan menutup pintu dengan rapat. Setelah selesai, dia pun cepat-cepat berjalan mendekati meja ketuanya dan memeluk erat dokumen di tangannya.
"T-Tuan... "
"Hm.. "
Ketuanya, iaitu Halilintar meletakkan segala dokumen yang sedang ditandatanganinya ke tepi dan dia menumpukan sepenuh perhatiannya kepada Gempa. Lirikan mata yang tajam itu begitu mengancam sekali di pandangan Gempa.
"Ada apa? "
"Uuhh... I-ini... Kak Yaya suruh saya untuk berikan dokumen ni kepada tuan. "
Halilintar menerima huluran tersebut tanpa berkata apa-apa. Dia membaca muka depan dokumen tersebut. Kemudian, dia membuka lembaran kedua pula. Dalam Halilintar sedang sibuk membaca is kandungan dokumen tersebut, Gempa kekal tegak sambil berdiri.
"Ok... So.. "
Halilintar mengalihkan pandangannya untuk memandang ke arah Gempa semula. Dia merenung sahaja wajah takut-takut Gempa itu.
"Gempa... "
"Y-ya, tuan..? "
"Boleh kau tolong ambilkan dokumen yang ada di atas meja sana? "
Halilintar menunjukkan jarinya ke arah satu tempat yang berada di belakang Gempa. Pantas Gempa menoleh untuk melihat tempat yang dimasukkan oleh Halilintar. Tempat itu adalah tempat di mana Halilintar akan sering berbincang dengan tetamu ataupun berehat. Gempa cukup kenal dengan tempat itu.
"B-Baiklah, tuan. "
Gempa mengangguk dan terus memusingkan badannya untuk segera mendekati tempat tersebut. Sebaik sahaja tiba, Gempa terus melihat sebuah dokumen yang ada di atas meja yang dimaksudkan oleh Halilintar tadi. Tanpa banyak bicara, dia terus mengambilnya. Tanpa sedikitpun sedar bahawa ada yang sedang mendekatinya.
"Ini ke tu- ah! "
Alangkah terkejutnya Gempa apabila tiba-tiba sepasang tangan tiba-tiba memeluk pinggangnya. Wajah Gempa serta-merta bertukar kemerahan apabila dia dapat merasai kehangatan badan seseorang yang sedang memeluknya itu. Hembusan nafasnya dapat dirasai di leher Gempa.
"Tuan.. "
Gempa tidak perlu meneka siapa yang sedang memeluknya itu. Sudah tentulah ia adalah Halilintar.
"Why, Gem? Kau takut ke? "
Gempa mengetap bibirnya. Dokumen yang ada di tangannya tadi entah sejak bila sudah terjatuh ke lantai dan kini kedua belah tangannya berada di tangan besar Halilintar yang sedang memeluknya dari belakang.
"Hali... Kita ada di pejabat sekarang.. "
"So..? "
Halilintar semakin mengeratkan pelukannya.
"Tak boleh ke kalau aku nak peluk isteri aku sendiri? "
Wajah Gempa semakin kemerahan apabila dia mendengar kata-kata Halilintar yang bernada menggoda itu. Dia tidak tahu sejauh mana lagi dia boleh menahan Halilintar. Sungguh mudah sekali dia hanyut kerana ulah suaminya sendiri.
Ya, Halilintar dan Gempa merupakan pasangan suami isteri yang sah di syarikat itu. Seperti yang diberitahu, Gempa telah lama bekerja di syarikat yang terkenal itu, dan dia telah berdepan dengan banyak cabaran termasuk masalah percintaannya sendiri. Iaitu antaranya dan pengurusnya itu. Halilintar.
Sejak 2 bulan Gempa bekerja di syarikat tersebut, Halilintar telah lama menyimpan perasaan ke atas pekerjanya itu. Sehinggalah lelaki itu memberanikan diri untuk meluahkan perasaannya kepada Gempa. Dan jujur mereka sebenarnya mempunyai banyak konflik di dalam hubungan mereka. Seperti yang diberitahu juga, lebih kurang di pertengahan tahun Gempa bekerja di syarikat itu, hubungan mereka hampir sahaja berdepan dengan pengakhiran yang menyedihkan. Tetapi mujurlah segalanya berubah menjadi baik apabila Halilintar sendiri berjaya mengatur segalanya. Dan hal itu membuatkan hubungan mereka kembali mekar dan semakin kuat sehinggalah setahun Gempa bekerja di situ, akhirnya dia dan Halilintar berjaya mendirikan rumahtangga.
Hubungan mereka berdua begitu disokong kuat oleh para pekerja di syarikat itu. Cliche, mereka menyatakan bahawa sejak Gempa hadir, Halilintar berubah menjadi lebih peramah kepada pekerjanya. Dan Yaya, senior Gempa di tempat kerjanya, sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada Gempa untuk terus bahagia bersama dengan Halilintar.
Dan dalam tempoh itu juga Gempa disahkan mengandung dan Halilintar dan Gempa berjaya memperoleh cahaya mata di tahun yang sama perkahwinan mereka.
Memandangkan Gempa sudah menjadi hak milik seutuhnya Halilintar, jadi dia sengaja tidak mahu menghentikan Gempa dari bekerja di situ. Sebab kenapa? Tak perlu ditanya, sudah tentu semua sudah tahu kenapa.
"Hali... M-malu lah... Kan aku dah pesan jangan buat macam ni di tempat kerja? "
"Why? Aku pemilik syarikat ni. Tak perlu nak kisah pun. "
Halilintar meletakkan dagunya di atas bahu Gempa. Dia pun mencium aroma manis isterinya. Ia sungguh menenangkan.
"Gem... I miss you. "
Jujur saja kalau diikutkan hati Gempa mahu sahaja memanjakan suaminya itu. Seperti biasa, sewaktu di rumah, segala kerenah suaminya Gempa turutkan sahaja. Jadi jangan tanya kenapa begitu cepat sekali mereka mendapat anak padahal mereka berkahwin di tahun itu juga.
Tetapi Gempa juga mempunyai prinsip. Jangan sesekali membawa hal peribadi di dalam pekerjaan. Termasuk hal rumahtangga. Memandangkan dia dan Halilintar bekerja di tempat yang sama, jadi dia ingin hubungan dia dan Halilintar masih kekal sebagai bos dan pekerja. Hanya saja, kadang-kadang Halilintar sering melanggar prinsip itu. Lihat macam sekaranglah!
"Cuddle with me pwease? "
Halilintar memusingkan badan Gempa bagi menatap wajah lembut isterinya itu. Dia mendekatkan wajah mereka sehingga hidung mereka berdua saling bersentuhan antara satu sama lain.
"But... Work? "
Gempa membalas pandangan suaminya dengan pandangan berharap. Berharap agar suaminya itu melepaskannya. Dia tak nak dipanggil sebagai curi tulang atau gila kuasa kerana telah menjadi isteri kepada ketua sendiri. Dia mahu adil dengan pekerja yang lain.
Tetapi nampaknya yang bergelar suami tetaplah suami. Dia akan sentiasa menang.
"Nahh... You will do that later. Now... Teman your Mio Marito. Let's have a video call with our baby, ok? "
Serta-merta wajah Gempa bertukar gembira. Tiada apa yang lebih menggembirakan daripada menemui anak mereka yang sering dijaga oleh ibubapa mereka sewaktu dia dan Halilintar sedang bekerja. Walaupun setiap hari juga selalu berjumpa, tetapi naluri seorang ibu yang melahirkan anaknya akan sentiasa kuat jika ingin bertemu dengan anaknya.
"Nak! "
Halilintar tersenyum apabila mendengar jawapan dari isterinya. Dia memang betul-betul bersyukur kerana pasangan yang ditakdirkan untuknya adalah Gempa. Ya, Halilintar akan sentiasa bersama dengan Gempa tidak kira walau apa pun. Kerana Halilintar hanya milik Gempa.
I'm in soft. 😢💞 I'm sorry dear but I really loves HaliGem. They are so goddam sweet. 😭😭💖
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top