HaliGem

I thought I would never get to see HaliGem moment anymore in BBBG S2 but hmm?? What's that in the latest episode guys?? X,D Yaa Ani tengok lambat dari waktu tayangan sebab bussyyy T^T

Sumpah rasanya macam nak menjerit-jerit dalam rumah Ani bila tengok episode tu sebab HAHAHAHAAHAH it's just a small detail but it is soooo dnaokdnoiwdnuiwbdna

Anyway, Ani tak sure untuk asupan kali ni ia akan lebih menarik ataupun tidak tapi yea... I wanna make a new soft and overwhelming content for my most fav ship.

This is a very pure imagination from me by the way so jangan ambil serious sangat. Sila skip saja kalau tak suka HAAHAHAHAHHAHA

Apa-apa pun enjoyyy!










Selepas tamat sahaja pertandingan memasak antara Boboiboy dan Qually, kesemua makhluk(?) dan alien yang hadir mula menyantap makanan yang telah dimasak dan dihidangkan oleh kedua-dua peserta tadi. Boboiboy terpaksa berpecah semula dek kerana tak menang tangan untuk melayan penyokong dan penonton yang hadir. Selepas berbual dengan rakan-rakannya dan selesai menolong Qually, si pengendali elemen tanah pun terus memanggil elemen-elemen yang lain untuk bergabung semula.

"Alaa... tak nak gabung lagi! Bagilah kitorang kekal macam ni dulu!" Thorn merengek sambil tertunduk lesu. Dia masih belum puas sediakan air dan tengok rakan-rakannya menyantap makanan.

"Ha'a! Aku pun nak rasa jugak masakan kita bila digabungkan dengan Qually punya macam mana." Ais pun turut bersetuju.

Gempa menggeleng kepala. Ini lah yang dia khuatirkan apabila harus berpecah lama-lama.

"Aku tak nak ambil risiko lah. Kalau kita kena serang macam mana? Ataupun kita tiba-tiba hilang ingatan? Korang nak ke kita ulang balik kesilapan yang sama?" Gempa bertegas. Mata emasnya memandang wajah sedih Thorn, Ais dan Blaze.

"Alah, kita semua ada dekat-dekat sini je kan? Bukannya pergi jauh pun. Boleh la Gempa! Boleh laa...!" Kini Blaze juga cuba memujuk. Saja dia acah menggedik sebab nak menang juga.

Sementara itu, si pengendali kilat hanya memerhati sahaja dari belakang. Dia melihat pecahan-pecahan yang lain sedang cuba sedaya upaya mereka untuk tidak bergabung terlebih dahulu buat sementara waktu. Dia pula macam mana? Sudah tentu dia tidak peduli. Nak bergabung atau tak nak, dia akan tetap berada di penjuru ruangan untuk mengelakkan diri dari kena berinteraksi dengan orang lain. Melainkan dia disuruh buat kerja baru dia bergerak.

"Haih... yelah, yelah! Tapi kejap je tau! Dalam 10 minit nanti kita gabung balik!" Gempa akhirnya menyerah. Kalau dah 3 dari 5 orang memohon sebegini, memang susah lah dia nak menang!

Mendengar jawapan muktamad daripada Gempa, Thorn, Ais dan Blaze pun bersorak riang. Tak lupa untuk mengangguk setuju dan mengucapkan terima kasih kepada Gempa, mereka pun terus berlalu pergi selepas itu.

"Haih... macam-macam lah diorang ni." Gempa hanya mampu menggelengkan kepalanya dengan lelah. Tak tahu lagi nak cakap macam mana. Nak tak nak dia kena percaya yang Ais, Blaze dan Thorn itu juga adalah sebahagian dari dirinya sendiri.

Gempa hendak berlalu pergi. Namun matanya terus terkalih memandang ke arah Halilintar yang sedari tadi lagi berdiam diri di belakangnya. Kening Gempa terangkat.

"Kau tak nak ke mana-mana ke Halilintar?"

"Tak. Malas aku nak layan orang."

"Alien."

"Dan alien."

Gempa hanya terkekeh kecil sambil menggelengkan kepalanya. Melupakan niat asalnya, dia terus melangkah mendekati Halilintar dan berdiri rapat di sebelahnya.

"Nampaknya tak lama lagi dapatlah kita perolehi kuasa Balak kan?"

Halilintar hanya angguk sahaja selepas mendengar pertanyaan daripada Gempa.

Hening. Kedua-duanya tidak berkata apa-apa setelah itu. Mata mereka masing-masing ligat memerhatikan yang lain sedang menikmati makanan yang berasaskan konsep tomyam yang telah dimasak oleh pecahan elemen Boboiboy dan Qually. Jelas dapat dilihat mereka semua betul-betul berpuas hati dapat menikmati hidangan yang hangat dan pedas-pedas masin itu.

"Aku tak sangka kau berjaya." Halilintar tiba-tiba berkata. Membuatkan Gempa menoleh ke arahnya sekilas sebelum dia tersenyum dan mengangguk setuju.

"Kan? Aku pun tak sangka kita boleh seri."

"Aku cakap pasal kau."

"Aku?" Gempa menoleh semula ke arah Halilintar lalu berkerut. Ada apa tentang dia?

Halilintar tidak terus menjawab. Matanya masih ligat memerhatikan keramaian di hadapan mereka. Dengan gaya berpeluk tubuh, dia mengerling ke arah Gempa.

"You did well."

"Dalam erti kata lain?"

"Dalam pertandingan tadi."

Halilintar melepaskan tangannya jatuh di sisi tubuhnya. Dia tersenyum kecil.

"Aku tak henti-henti tengok kau tadi."

"Hah? Kenapa kau tengok aku?"

"Sebab aku kagum."

Gempa jadi terkedu. Apa yang perlu dia balas semula dari kata-kata Halilintar tadi? Tanya kenapa? Macam memaksa sangat. Minta maaf? Tiber. Pergi dari situ? Lagi lah tiber.

"Uhh... terima kasih?" Pendek sahaja jawapan Gempa. Tapi itu berhasil membuatkan Halilintar terkekeh ketawa.

"Terima kasih je?"

"Habis aku pun tak tau nak cakap apa. Segan tau tak bila dengar kau cakap macam tu!"

Halilintar sekali lagi tertawa kecil.

"Aku tahu. Sebab tu aku cakap macam tu."

"Kau saja nak usik aku kan?"

"Kau je yang fikir macam tu."

"Ish... menyampah lah."

Gempa mendengus sambil memusingkan badannya dari menghadap Halilintar dengan kesal. Dah macam perempuan yang tengah ABC pula dilihatnya. Sedangkan Halilintar masih lagi ketawa terkekeh-kekeh melihat Gempa. Suka sangat mengusik kalau berdua sahaja.

"Aku serius, Gempa. Aku betul-betul kagum dengan kau."

Gempa menjeling ke belakang dan memandang Halilintar semula. Dia masih tak faham atas sebab apa si pengendali elemen petir ini berkata sedemikian.

"Kau kagum dengan aku sebab apa?"

"Banyak kalau nak aku cakap satu-satu."

Gempa memutarkan bola matanya malas.

"Ambil jelah salah satu."

Halilintar tersengih. Dengan sengaja dia mendekatkan dirinya pada Gempa dan mula berbisik.

"Sebab kau buat aku kagum."

"Ish! Orang tengah serius ni! Jangan lah main-main!" Gempa menolak tubuh Halilintar dengan kesal. Ada jugak yang makan tanah batu lepasni!

"Hahaha! Ok lah... aku serius. Aku betul-betul kagum dengan kau. Maksud aku... keadaan kita semua tadi kecoh kot. Tapi kau masih tenang dan dapat berfikir dengan baik untuk kita semua."

Gempa mengangguk faham. Oh, ternyata begitu. Tapi selepas itu dia mendengus dan berpaling muka.

"Apa yang tenangnya? Aku stress jugak dengan Ais dan Blaze tu. Memandai sangat buat macam tadi."

"Sekurang-kurangnya dapur tak terbakar dan tiada yang cedera kan?"

"Memanglah... tapi kalau jadi apa-apa macam mana? Nak je aku kambuskan diorang dalam tanah dan biar aku je yang masak."

"Hm... boleh ke buat sendiri?"

"Mestilah tidak."

"Tahu takpe."

Gempa mula tersenyum semula diikuti dengan Halilintar yang mengekek geli hati.

"Kau bangga tak dengan aku?"

Halilintar mengangguk.

"Tipulah kalau aku cakap tak kan?"

"Terima kasih."

"Sama-sama."

Kedua-duanya terasa hangat di dalam dada masing-masing. Anehnya. Mereka tidak sama sekali sedang berkata-kata manis. Tapi rasanya macam perbualan mereka itu sudah cukup membuatkan mereka bahagia. Kelakarnya. Halilintar dan Gempa suka dengan keadaan sebegini. Ia membuatkan mereka selesa apabila bersama. Mungkin ke depannya mereka berdua boleh lakukan benda yang sama. Berdua dan bercakap tentang perkara-perkara yang hanya mereka sahaja yang tahu.













It is not that romantic but dnaodalkjo I love this.

Ani masih lagi sedang mencari-cari di manakah shipper HaliGem sebab jujur Ani rasa macam makin berkurang hshshshs me is sad :') But it's okaayy! Ani tahu ada sesetengah dari fandom sudah stop/keluar dari fandom ataupun dah tak main dah dalam circle sebegini. It's okaayy Ani pun dah tak seberapa aktif dah sekarang jadi kita sama-sama live well dan be happy.

Thanks for reading! <3

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top