HaliGem
LESS TALK AND LET'S NYOOOMM TO THE STORYYY 💖💖💖🔥
HaliGem
Marriage AU
Madly in love Halilintar 🤣
Di sebuah restoran yang dihuni dengan ramai pelanggan yang sedang menikmati juadah makan malam mereka, terdapat seorang lelaki dewasa yang sedang duduk di sebuah penjuru restoran tersebut sambil sedang menikmati kopi panasnya sementara tumpuannya sedang fokus pada kawasan sekitar luar restoran tersebut. Di luar sana, jelas kelihatan hujan sedang turun dengan begitu lebat sekali sehingga jumlah manusia yang menghuni kawasan luar tidak terlalu ramai untuk dilihat. Ada yang sedang berlari untuk mencari tempat teduh buat sementara dan ada juga yang sedang berjalan dengan santai sekali bersama-sama rakan-rakan ataupun sendirian dengan ditemani payung di tangan.
Ckling!
Bunyi deringan loceng yang terpasang di atas pintu restoran tersebut kedengaran menandakan ada pelanggan baru yang baru masuk ke dalam restoran yang hangat dan riuh itu.
Biarpun kawasan sekitarnya dihuni dengan suasana yang riuh-rendah, namun lelaki tadi masih tetap sahaja tenggelam di dalam dunianya. Tidak mempedulikan orang lain mahupun apa yang sedang berlaku di sekitarnya.
"Yo, Hali! Sorry, lambat sikit sebab tiba-tiba hujan turun dan kitorang tak bawak payung!"
Sapa salah seorang pelanggan baru yang baru masuk tadi kepada lelaki dewasa itu. Lelaki tersebut menoleh dan melihat sekumpulan lelaki-lelaki dewasa yang lain kini sedang berdiri di hadapannya dengan baju yang sedikit tertinggal kesan rintik hujan.
"Takpe. Duduklah dan pesan je apa yang korang nak."
"Orait! Haa... duduk semua."
Kini sekumpulan lelaki yang datang tadi pun sedang mengambil tempat duduk masing-masing bersama-sama dengan meja lelaki yang dipanggil Hali tadi.
"Jadi, apa tujuan kau panggil kitorang ke sini?"
"Entahnya, dah la jarang untuk kau panggil kita lepak-lepak macam ni sejak kahwin dulu. Kalau tak memang terperap je kau kat rumah tu."
"Hahahaha! Solar dan Ais kena la faham yang Halilintar kita ni mananya tolak dari melekat terus dengan isteri dia! Kalau boleh ke mana-mana pun dia nak ada dengan Gempa!"
Lelaki yang dipanggil Halilintar tadi hanya mampu mengeluh kecil apabila mendengar usikan dari rakan-rakannya yang lain itu.
Apa yang dia boleh kata? Memang benarlah segala apa yang rakannya katakan itu. Biarpun dahulu dia cukup terkenal sebagai Halilintar The Dreaded King atau dalam bahasa sendiri ialah Raja Yang Digeruni kerana sikapnya yang dingin dan ditakuti ramai itu. Tiada sesiapa yang berani melawannya atau mengalahkannya kerana kehebatannya dalam melawan pihak musuh.
Ah, tapi itu hanya dulu. Gelaran itu sudah lama tidak dipakainya sejak 2 tahun yang lalu iaitu sejak dia telah berumahtangga dengan insan yang dicintainya.
"Jadi? Apa cerita kau dengan Gempa sekarang?"
Gempa. Isteri dan merangkap insan yang paling dicintai Halilintar dengan sepenuh hatinya. Mereka bertemu semenjak dari bangku sekolah menengah lagi dan cinta mula berputik apabila mereka saling bekerjasama dalam menguruskan satu program yang diadakan sewaktu dalam kem rehat minda senior mereka. Saat pertama kali Halilintar bertemu dengan isterinya, jujur dia sedikit terkejut.
Nama Halilintar sering digeruni ramai dan kebanyakan pelajar-pelajar sekolahnya tidak berani datang dekat dengannya mahupun berbual dengannya. Selain daripada rakan-rakannya itu, hanya Gempa yang berani datang dan bertegur sapa dengan Halilintar. Atau lebih tepatnya Gempa sebenarnya tidak peka bahawa orang yang pernah dia berbual buat pertama kalinya itu adalah orang yang paling digeruni ramai. Tidak sehingga mereka telah 3 minggu lebih berkenalan dan kawan sekelas Gempa memberitahu Gempa mengenai hal itu.
"Takde apa sangat. Cuma... korang tau kan aku dan Gempa dah bersama sejak lama dah?"
Persoalan Halilintar mendapat anggukan setuju daripada rakan-rakannya.
"10 tahun kan? Eh, ke lebih eh? Korang kenal masa tingkatan 4 dulu kan?"
"Woah, lama tu! Dan sampai sekarang masih melekat eh?"
Halilintar terdiam. 10 tahun lamanya dia telah bersama-sama dengan isterinya ternyata. Dan kini mereka hampir genap 2 tahun mendirikan rumahtangga bersama. Tiada apa yang dapat memisahkan mereka walaupun kadang-kala mereka pernah bergaduh dan berselisih faham. Adat dalam hubungan begitulah.
"Aku sebenarnya ada masalah sekarang..."
"Masalah?"
Kini rakan-rakan Halilintar memberikan sepenuh tumpuan kepadanya. Masing-masing menatap rakan mereka yang seorang itu dengan penuh peka.
"Korang ada gaduh ke?"
"Kau ada buat Gempa atau keluarga mentua kau kecil hati ke?"
Ah, keluarga mentua Halilintar. Teringat pula saat-saat pertama kali dia bertemu dengan ibu bapa Gempa. Jelas sekali ayah mentuanya itu tidak senang dengannya. Tapi kalau sudah jodoh, memang dia akan tetap bersama dengan anaknya. Lagipun andai tidak direstui juga hubungan mereka, Halilintar tetap akan mencari cara untuk lakukan apa saja demi dapat bersama-sama dengan Gempa.
Tapi bukan masalah itu yang menjadi penyebabnya sekarang.
"Tak. Sebenarnya ni pasal perasaan aku dekat Gempa."
"Hah? Kenapa kau dah rasa bosan ke dekat dia?"
Halilintar menggeleng.
"Terbalik. Ia lebih kepada aku makin sayang dekat dia."
Rakan-rakan Halilintar terdiam. Masing-masing memberikan reaksi yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata dan terkaku di tempat masing-masing.
"Seriously, bro?"
"Jadi sebelum ni perasaan kau dekat Gempa macam mana sebenarnya?"
Halilintar menghela nafas berat.
"Bukan macam tu! Ish, macam mana aku nak cakap eh? Mmm... kan aku dah lama dengan Gempa? Dan sejak dari pertama kali aku jumpa dia, aku dah mula rasa sayang dan cinta dekat dia."
Genggaman tangannya pada telefon pintar menjadi semakin kuat. Entah kenapa Halilintar rasa cukup sukar untuk dia menceritakan masalah yang sedang dihadapinya itu kepada rakan-rakannya sendiri. Tapi Halilintar sudah berada di jalan yang buntu. Dia sudah mati kutu macam mana lagi boleh cari jalan penyelesaian untuk masalahnya itu.
"Dan sekarang lepas 2 tahun aku nikah dengan dia, entah kenapa aku rasa yang... aku makin jatuh cinta dan sayang dekat dia."
Fikiran Halilintar kini mula mengimbau semula akan setiap situasi-situasi di mana dia dapat merasakan cintanya terhadap isterinya semakin bertambah-tambah.
"Bila aku tengok dia bersiap-siap pada awal pagi untuk pergi kerja, entah kenapa aku rasa yang dia nampak sangat menarik. Bila aku balik kerja dan kebetulan dia ada dan tunggu aku di rumah pun, entah kenapa aku rasa yang auranya sangat mempesona. Bila dia memasak, cuci pakaian atau pinggan mangkuk, malah tengah tengok TV pun aku rasa yang dia lain macam istimewa. Rasa macam... aku terpukau sekali lagi dengan Gempa.
Itu belum kira bila kitorang keluar berdua. Bila dekat luar saja aku rasa lebih posesif daripada biasa. Aku tak nak pesona isteri aku tu dipandang ramai. Bila dia senyum dekat orang lain pun aku rasa tak suka dan cemburu. Dan bila waktu tidur... bila tidur pun aku tak nak lepas dari terus peluk dia. Sampai kadang-kadang dia pun ada cakap yang aku ni luar biasa romantik dengan dia."
Telapak tangan Halilintar diraup kasar pada permukaan wajahnya. Agak segan untuk dia ceritakan hal sebegini kepada rakan-rakannya kerana dia sedar yang ini sangatlah kontra dari sifat sebenar Halilintar. Dan Halilintar akui yang dia betul-betul terasa seperti dipukau oleh isterinya sendiri.
"Bro... Uuhh..."
"Macam mana eh...?"
"Umm..."
"I think you need a help."
Mendengar jawapan jujur daripada salah seorang rakannya, Halilintar tertunduk pasrah. Dia setuju. Mungkin betul dia perlukan pertolongan daripada pakar untuk hal ini.
Djwjdjajsjaja HAHAHAHAHA GAJEEEEE 🤣😭😭
EH btw cerita ni adalah hasil daripada random prompt story yang Ani jumpa sebelum ni. Ani lupa jumpa dekat mana tapi Ani rasa sesiapa mesti ada yang familiar dengan cerita yang semacam ni. 👌🏻 boleh katakannya di ruang komen kalau korang tau! 🤭
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top