HaliGem
Ok this is so random and I wish I could write it on my IG's story (han_ynfw) as usual but it's too bad I was in hurry so I'll write it here instead.
The story was kinda interesting in my thoughts btw but I don't know how would you guys feel after read it since I won't write it in full version. I will make a 'long-story-short' thing and I was planning to make it as a one shot(or more) in the future if I have a time.
And idk too either which language should I use cuz I really like to write everything (literally everything) in English but I'm not confident with it so yea... maybe for now I'll write in Bahasa Melayu first and think about my final choice later.
Hope you enjoy!
"Jadi... situasi korang sekarang ni ialah... Hali ada dalam badan Gempa dan Gempa ada dalam badan Hali?"
Taufan bertanya dengan wajah yang tidak kalah pucat seperti kapur dan jarinya terketar-ketar menunjukkan wajah Gempa dan Halilintar secara bergilir-gilir. Ketiga-tiga elemen pertama itu kini sedang berkumpul di dalam bilik mandi rumah Tok Aba dan situasi mereka pula tidak kalah jauh daripada situasi yang tegang seperti salah seorang daripada mereka telah melakukan satu kes pembunuhan.
"Haha... m-macam yang kau tengok sendiri, Taufan. Aku dalam badan Halilintar dan Halilintar ada dalam badan aku."
Gempa, yang sedang berada di dalam badan Halilintar hanya menjawab sambil tersenyum kekok. Oh, alamak. Taufan rasa seperti ingin sekali membutakan matanya kerana dia amatlah tidak biasa melihat wajah Halilintar sedang tersenyum seperti itu!
Dan Halilintar pula? Taufan tidak tahu harus kata apa sebab dia sekarang sedang berada di dalam tubuh Gempa dan reaksinya sekarang cukup menakutkan bagi susuk tubuh seorang Gempa yang kebiasaannya sentiasa tersenyum dan tenang. Sekarang, bukan sahaja wajah yang sama itu tidak tersenyum, malah menyeramkan semacam ada lah!
"Mati la nak..."
.
.
.
"Halilintar..."
Gempa memanggil nama Halilintar sejurus selepas mereka selesai bersiap-siap untuk pergi ke sekolah pada pagi itu. Gempa, yang kini sedang berada di dalam tubuh Halilintar memandang Halilintar yang sedang berada dalam tubuhnya dengan wajah yang pucat. Pandangan yang sungguh asing untuk wajah seorang Halilintar yang sebenar.
"Hm?"
Halilintar menjawab singkat terhadap panggilan Gempa. Oh, melihat wajahnya secara depan-depan sebegini sungguh rasa asing dan kekok sekali. Lagi-lagi apabila melihat wajahnya pun sedang pucat sekarang dan dia sendiri tidak tahu sebab apa Gempa (yang berada di dalam tubuhnya) boleh jadi macam tu.
"Maaf... tapi boleh tak aku nak mintak tolong kau untuk tak hadir sekolah hari ni?"
"Huh?"
Halilintar memusingkan seluruh tubuh untuk menghadap Gempa. Keningnya berkerut seribu dalam memandang wajahnya yang masih tidak hilang-hilang pucatnya itu.
"Untuk apa?"
"I-itu..."
Halilintar semakin bertambah hairan. Ada sesuatu kah yang sedang difikirkan Gempa?
"Apa maksud kau? Kau tau kan? Aku sedang ada dalam badan kau sekarang. Kalau aku tak datang, tu bermaksud kau yang tak datang dalam catatan kehadiran. Dan untuk apa aku tak payah pergi kalau kau pergi?"
"Aaa... umm..."
Mulut Gempa terkumat-kamit seolah-olah ingin menyatakan sesuatu namun tidak ada sepatah perkataan pun yang keluar darinya.
Melihat tubuhnya sendiri yang sedang dalam keadaan resah luar biasa itu, Halilintar yang ada dalam badan Gempa itu pun memutarkan matanya malas.
"Gempa, stop. Kau buat aku geli tengok diri sendiri macam tu."
"Huh? O-oh... sorry. Aku cuma masih belum biasa dengan badan baru macam ni..."
"Hm, sama. Tapi itu tak bermakna kau boleh pakai muka aku untuk buat reaksi yang sebelum ni aku tak pernah tunjuk. Rasa pelik tau."
Gempa ketawa terkekeh-kekeh. Walaupun dia tidak dapat melihatnya sendiri, tapi imaginasinya boleh membayangkan macam mana rupa Halilintar jika lelaki itu membawa wataknya.
Cerita ni boleh jadi salah satu masterpiece yang baru, tapi malangnya Ani masih malas nak fikir sambungannya jadi Ani buat dia tergantung macam ni sahaja. :3
Ok itu saja. Uwu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top