HaliGem
Bold of you to assume I will stay still with our new fusion baby Gentaarrr 🔥🔥💕💕💕
Ani takkan cakap banyak dan sebaliknya Ani akan cerita banyak dekat sini. So ayuhlah sama-sama kita tengok imaginasi kotor Ani tentang "How Gentar born a.k.a Gentar's Origin" .
Ah, and btw there will probably has slight IceGem here but I didn't put much of it cuz I'll focus on HaliGem more. Uwu
Enjoy~
"TETAKAN HALILINTAR!!"
ZZAAPP!!
ZZTTT ZAAP!
BHAAMMM!!
"Uwaahh... menggerunkan..."
Taufan berbisik sembari menyaksikan setiap serangan demi serangan yang dihasilkan oleh Halilintar sewaktu mereka sedang berada di dalam kem latihan Tempur A. Sejak dari jam 7 pagi lagi, Taufan yang ikut serta dalam berlatih untuk menguatkan kuasanya menyaksikan Halilintar tidak henti-henti mengeluarkan serangannya. Baik sewaktu mereka berlatih bersama-sama mahupun sendirian.
"Oh oohh~ bertenaga seperti biasa Hali kita, ya?"
Tiba-tiba suara Blaze muncul sewaktu Taufan sedang meneguk air mineral yang dibawanya. Terdengar akan suara Blaze, Taufan pun menoleh dan melihat si penguasa elemen api itu sedang berjalan mendekat ke arahnya sambil membawa sebungkus beg plastik putih.
"Yo, Taufan! Aku datang bawa bekal untuk kau dan Hali!"
"Yo! Terima kasih! Kau yang sediakan ke?"
"Tak lah! Gempa yang sediakan. Katanya yang kau dan Hali sejak dari pagi lagi berlatih kat sini."
Taufan menerima bungkusan beg plastik tadi dan melihat inti di dalamnya. Terdapat bungkusan nasi serta manis-manisan di dalamnya sebagai pencuci mulut. Tidak terkecuali juga terdapat air kotak yang membantu memberikan tenaga untuk orang-orang yang banyak mengeluarkan peluh. Sememangnya Gempa! Sentiasa memastikan bekalan yang diberikan untuk yang lain cukup dan sesuai dengan diet mereka!
"Waahh! Terbaiklah Gempa! Oi, Hali! Blaze bawakan bekalan untuk kita! Mari la makan!"
Si empunya nama yang dipanggil terhenti dari sesi latihannya dan kemudian menoleh ke arah Blaze dan Taufan. Nafasnya kini sudah tercungap-cungap dan baju t-shirt merah yang hanya dikenakannya itu juga sudah basah kerana peluhnya. Hanya topi hitam istimewanya sahaja yang masih tidak tertanggal dan setia di atas kepalanya.
"..."
Halilintar tidak membalas. Entah apa lah yang ada di fikirannya itu.
"Senyap je? Tak lapar ke dia tu?"
"Gila ke tak lapar? Aku dan dia datang sini sejak pagi lagi kot! Kitorang mana sarapan! Aku ni pun terpaksa berhenti latihan sebab dah kebulur macam tak makan sebulan! Inikan pula Si Hali yang dari tadi bergerak ke sana ke mari?"
Kedua-dua si pengendali elemen api dan angin itu saling bertatapan antara satu sama lain. Sudah 3 minit Taufan memanggil Halilintar untuk makan bersama-sama, namun si pengendali elemen petir itu masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri.
"Weyh, dia lapar sangat sampai jadi batu ke?"
Blaze mula berseloroh. Namun Taufan cepat-cepat mengetuk kepalanya sambil tertawa sebelum dia mengalihkan perhatiannya ke Halilintar semula.
"Oi, Hali! Mari la makan! Gempa sediakan makanan ni untuk kita!"
Tangan Halilintar yang memegang bilah pedangnya tergerak. Dirinya yang seolah-olah hanyut di dalam fikirannya kini pun telah sedar dan mula berjalan mendekati Taufan dan Blaze.
"Hmph..."
Blaze dan Taufan memerhatikan sahaja tingkahlaku si pengendali elemen petir itu. Tadi awal-awal panggil macam tak nak datang makan. Tapi bila dipanggil untuk kali kedua nak pula?
"Nah, Gempa dah asingkan untuk kau dan aku punya."
"Hm..."
Halilintar menerima bungkusan yang dihulurkan oleh Taufan lalu kemudiannya melabuhkan punggungnya di sebelah tempat duduk Taufan berada. Satu per satu bungkusan yang disediakan kepadanya diperiksa di dalam plastik itu dan pada akhirnya Halilintar pun memilih untuk makan nasi kepal yang dibuatkan dan dibungkuskan oleh Gempa sendiri untuknya dan Taufan. Halilintar mengunyah nasi itu tanpa berkata-kata sambil merenung ke pemandangan di hadapannya dengan tatapan yang datar.
"Ugh... kot ya pun cakap la terima kasih! Ckh!"
Taufan ketawa terkekeh-kekeh mendengar recehan Blaze. Setelah itu tumpuannya kembali semula ke arah bekalan makanannya sambil dia mula berborak dengan Blaze.
"Apa-apa pun ada misi tak untuk kita nanti?"
"Hm, lebih kurang? Sebab aku dengar Komander Kuih Koci dan Laksamana nak kita tingkatkan kuasa kita. Tok Kasa pun setuju dengan hal ni."
"Ish, kau ni...! Komander Kokoci la! Kang kalau dia dengar mau kau kena amuk!"
"Hehehe! Kau jangan la bagi dia tau! Kita-kita je!"
Taufan memutarkan bola matanya malas. Dia pun memancing keluar nasi kepal yang sama dimakan oleh Halilintar tadi dan mula mengunyahnya dengan nikmat.
"Aku tak rasa yang tujuan utama diorang tu nak kita kuatkan kuasa saja. Sebab kau ingat tak bila aku dapat kuasa Beliung aku tu? Aku tiba-tiba hilang kawalan!"
"Hmm... betul juga kan? Padahal kalau fusion ke apa macam takde masalah pun kita semua!"
"Ceh, bukan 'kita' okay? Korang je! Aku ni mana pernah kena fusion dengan sesiapa! Sedih tau!"
"Eh? Ehehehe... sorry weyh sorry! Alaa... kau jangan la risau! Setakat ni, aku, Duri, Hali dan Gempa je yang belum fusion kali ke-2! Solar dan Ais dah dapat 2 kali fusion! Nanti mesti kau akan ada jugak dengan salah seorang dari kitorang!"
"Hmm... yelah tu! Tapi aku tak kisah! Sebab aku dah cukup 3 tahap kuasa aku! Hehehe..."
"Haih, tahniah la! Aku ni bukan saja tak tau apa nama kuasa tahap ke-3 aku! Bila boleh dapat pun tak tau! Ais pun sama!"
"Ala, kau jangan la risau! Nanti mesti akan ada punya! Oh ya, kau ingat tak nama-nama fusion semua?"
"Hmm... kalau tak silap, Frostfire, Glacier, Supra dan Sori kan?"
"Betul! Dan kau pernah terfikir tak yang Gempa boleh fusion dengan Ais?"
Tiba-tiba tangan yang menyuap makanan ke dalam mulut Halilintar terhenti.
"Hah? Kenapa? Tak boleh ke?"
"Bukan aku nak cakap tak boleh la! Aku cuma tak sangka wo! Gabungan Ais dan Gempa boleh hasilkan Gargantua Ais yang besar gila! Cuba kau ingat balik saiz empangan tempat kita lawan Retak'Ka tu! Fuh, aku tengok hebat gila!"
"Fufu...! Betul jugak tu! Aku teringin la nak fusion dengan Gempa jugak! Sebab kuasa Gempa kuat betul! Dia boleh kawal 3 golem dalam 1 masa! Lepastu aku ingat lagi yang waktu bertarung dengan Kapten Kaizo, aku dan Ais yang tahap pertama pernah bergabung dalam golem dia!"
"Wah, untungnya! Aku dapat bergabung kuasa dengan Gempa bila kitorang kena buat ribut pasir je!"
"Aku rasa yang tu pun hebat! Kalau Solar dan Duri pulak? Agak-agak kalau diorang gabung dengan kuasa Gempa jadi macam mana?"
Taufan menelan kunyahan makanannya sampai habis dan mula berfikir serta membayangkan sesuatu. Solar bergabung dengan Gempa?
"Pfft! Aku tak kisah kalau diorang bergabung! Tapi yang aku risau kalau nanti nak keluarkan golem tu! Entah-entah golem diorang pakai cermin mata pelik macam Solar!"
"Pfft!! HAHAHAHAHAHAAH!! Sumpah lawak!"
Kedua-dua si pengendali elemen angin dan api itu ketawa terbahak-bahak bersama-sama. Mengabaikan seorang lagi pengendali elemen yang lain yang kini sudah berhenti dari aktiviti makannya dan termenung sendirian.
"Apa-apa pun, Ais cakap yang dia nak cuba fusion dengan aku dan Gempa banyak lagi. Sebab dia nak cuba banyak benda baru sama-sama. Lagi-lagi dengan kuasa Gempa. Sebab Ais cakap yang kuasa Gempa sangat mencabar tapi boleh hasilkan banyak benda hebat!"
"Wow! Untungnya Ais! Mesti lepasni Glacier akan muncul banyak kali!"
"Betul-betul! Ah, aku teringin nak tengok Ais dan Gempa fusion balik!"
"Setuj- eh, Hali? Kau nak ke mana?"
Kata-kata Taufan terpotong apabila sebaik sahaja dia menangkap Halilintar yang kini tiba-tiba melangkah kaki untuk beredar dari situ.
"Mandi."
"Dah nak mandi? Kata nak berlatih sampai petang?"
"Malas."
"..."
Taufan dan Blaze saling memandang antara satu sama lain dengan wajah penuh kekeliruan. Aneh. Kenapa Halilintar tiba-tiba jadi lain daripada biasa sejak dua menjak ni?
.....
"Komander, ini adalah hasil siasatan yang kita dapat dari beberapa stesyen-stesyen yang merampas power sfera."
Laksamana Tarung menghulurkan beberapa helaian kertas yang diperoleh daripada anggota TAPOPS lain yang bertugas kepada Komander Kokoci.
"Hmm... nampaknya akan ada pertempuran yang sengit untuk kita kalahkan mereka."
Komander Kokoci membalas selepas menganalisis setiap laporan demi laporan yang dibacanya.
Pada masa yang sama, Halilintar yang sedang berjalan untuk menuju ke arah bilik untuk membersihkan dirinya tiba-tiba terdengar perbualan antara Komander Kokoci dan Laksamana Tarung di sebuah bilik yang terdapat di sebuah lorong yang sunyi berdekatan dengannya.
Langkah Halilintar terhenti dan dia pun mula terdetik untuk mencuri dengar perbualan antara Komander Kokoci dan Laksamana Tarung tadi.
"Apa pendapat Laksamana? Patut ke kita serahkan tugas ni kepada kumpulan Boboiboy?"
"Saya pun pikir macam tu. Tapi berdasarkan musuh yang akan mereka hadapi ni, agak sukar untuk biarkan dia hadapinya seorang diri."
"Baiklah, kalau macam tu saya akan cuba fikirkan cara untuk membantu mereka. Apa-apa pun saya rasa kita tak perlu terlalu risau akan diorang. Sebab Boboiboy sudah ada banyak kuasa-kuasa baharu yang dinaiktaraf. Tak terkecuali juga dengan kuasa fusionnya."
"Benar. Tapi sejauh mana dia mampu gabungkan 2 kuasa-kuasa elemennya itu? Kita kena hati-hati sebab berkemungkinan besar kuasa fusionnya juga akan boleh memberikan risiko sepertimana kuasa Beliung yang dilaporkan oleh rakan-rakannya sebelum ini."
"Hmm... jadi perlu ke kita arahkan Boboiboy untuk kekal gunakan kuasa fusion lamanya?"
"Saya rasa yang itu lagi baik. Sebab kuasa-kuasa fusion yang sedia ada sudah cukup kuat untuk lawan musuh-musuh ni semua."
"Supra, Sori dan Glacier. Saya rasa ketiga-tiga kuasa fusion ni sesuai untuk digunakan sebab mereka mempunyai tahap combat yang kuat dan pertahanan yang kukuh. Terutama Supra dan Glacier."
"Benar! Lagipun Halilintar sesuai untuk bergabung dengan Solar dan Ais juga sesuai untuk bergabung dengan Gempa. Masing-masing memenuhi keperluan dalam pertempuran seperti serangan dan pertahanan!"
"Baiklah, kalau begitu saya akan sediakan arahan dan..."
Tap!
"Halilintar? Apa yang kau buat kat sini?"
Halilintar terus memusingkan kepalanya apabila tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran orang lain yang menepuk bahunya dari belakang. Sebaik sahaja menoleh, Halilintar pun mendapati orang itu ialah Gempa.
Gempa menatap Halilintar dengan penuh tanda tanya. Setelah itu matanya pun menangkap bilik yang menjadi tumpuan Halilintar sebentar tadi.
"Kau curi-curi dengan perbualan komander dan laksamana ke?"
"Uuhh... t-tak?"
Gempa mendengus kesal sambil menggelengkan kepalanya.
"Kau tau kan yang tu perbuatan yang tak baik? Apa hak kau nak curi-curi dengar perbualan diorang?"
"Ckh! Yela... maaf..."
Gempa memandang wajah merajuk Halilintar dengan hampa. Namun tidak lama setelah itu riak wajahnya pun bertukar kerisauan apabila matanya menangkap beberapa luka dan titisan darah kering yang terdapat pada wajah dan lengan Halilintar.
"Weyh, apa jadi dengan kau ni? Kenapa banyak luka-luka?!"
Secara spontan Gempa menarik lengan Halilintar untuk memeriksa luka-luka dan darah yang dikenalpastinya. Membuatkan Halilintar menjadi kemerahan kerana merasakan bahawa jarak antaranya dan Gempa semakin dekat.
"Uuhh... sorry?"
"Haih! Dah jom aku tolong sapu luka tu! Kau ni takde deria rasa sakit ke? Boleh pula kau sempat berhenti dan pasang telinga perbualan orang lain padahal tengah luka-luka macam tu!"
Halilintar tidak membalas apa-apa melainkan mengekori sahaja Gempa mengheretnya ke bilik mereka sambil membebel panjang. Sudahlah, dia terlalu penat untuk bertikam lidah. Lagipun yang sedang membebel sekarang ialah Gempa. Kalau orang lain mungkin Halilintar takkan diam macam tu.
.....
"Dah, aku rasa itu saja. Sekarang luka kau dah bersih jadi baik kau mandi cepat untuk aku letak ubat dan tampal luka-luka tu."
"..."
Halilintar diam tidak bergeming sewaktu merenung ke arah luka-luka pada badannya yang telah dicuci oleh Gempa sebentar tadi. Entah kenapa fikirannya tiba-tiba melayang di sepanjang waktu Gempa sedang membebel sambil mencuci luka-luka itu. Banyak benda dia fikirkan dan semuanya entah kenapa melibatkan Gempa sendiri.
"Halilintar?"
Mata Gempa berkelip hairan sewaktu dia mendapati bahawa orang yang dirawatnya sebentar tadi diam tidak terusik di tempatnya. Riak wajah Halilintar pun datar dan kosong sahaja. Sehingga ia membuatkan rasa risau menerpa diri Gempa.
"Halilintar kenapa ni? Kau okay? Ke ada sakit kat mana-mana yang aku belum check lagi?"
Daripada mendapat jawapan, soalan Gempa hanya dibalas dengan keheningan.
"Halilintar? Cakap la kalau kau ada rasa sakit kat mana-mana bagitau aku! Aku akan segera tolong rawat sekarang."
Kini mata Halilintar berkelip. Iris merahnya merenung iris keemasan Gempa yang membuatkan perasaan gerun tiba-tiba hadir di dalam jiwa yang ditatap.
"Hati aku..."
"H-huh...?"
Halilintar mengambil botol pencuci yang ada di tangan Gempa untuk mencuci lukanya tadi dan meletakkannya di dalam bekal kit kecemasan di sebelahnya. Matanya masih tidak lari daripada terus merenung mata Gempa. Membuatkan Gempa secara refleks tertelan air liurnya.
"Halilintar...?"
"Hati aku Gempa... hati aku sedang terluka dan sakit sekarang. Sakit gila."
"K-kenapa dengan hati kau?"
Gempa cuba untuk kekal tenang dan membalas tatapan Halilintar. Entah kenapa hatinya terdetik yang dia seharusnya lari sekarang. Seolah-olah seperti akan ada sesuatu yang teruk akan berlaku selepas ini.
"Kau tanya kenapa...?"
SWIFT- BHAM!
"Agh-!"
Dengan sekelip mata sahaja Gempa yang tadinya sedang duduk di atas kerusi kini tiba-tiba terpelanting dan terjatuh di atas katil bilik tersebut. Terasa seperti semuanya berlaku dengan cepat sekali dan sedar tak sedar kini Halilintar sudah ada di atasnya dan menindih serta mengurung tubuhnya di atas katil tersebut.
"Hali- akh-!!"
Nafas Gempa tersekat apabila sebelah tangan Halilintar tiba-tiba mencekik lehernya. Gempa terkejut dan pada masa yang sama sedang cuba meronta-ronta untuk melepaskan dirinya dari cengkaman Halilintar.
"Hali-! Ugh-! A-apa yang kau buat ni?! L-lepaskan!"
Degupan jantung Gempa menjadi cepat. Tidak kalah juga dengan betapa peritnya untuk dia bernafas sekarang sehingga habis seluruh wajah dan leher putih mulusnya bertukar merah.
"Aku sakit hati Gempa... aku sakit hati!! Kenapa fusion pertama kau mesti dengan dia? Kenapa bukan aku?! Kenapa semua perkara kau kena lakukan dengan yang lain tapi bukan dengan aku?!"
"Akh-! Halilintar b-bawak bertenang!"
Halilintar mengerang dan melepaskan cengkamannya pada leher Gempa dengan kasar. Sehingga ia meninggalkan kesan jarinya pada leher tersebut.
Gempa yang sudah terlepas dari cengkaman itu pula kini sedang meraup oksigen sebanyak yang boleh. Sial! Dia fikir yang dia nyaris pengsan tadi!
"Koff! Koff! A-apa maksud kau Halilintar? Kenapa kau marah sangat tentang isu aku fusion dengan Ais?! Lagipun aku fusion dengan dia sebab nak selamatkan semua orang dan nak rampas balik semua kuasa-kuasa elemen termasuk selamatkan kau dari dikuasai Retak'Ka!"
"Bullshit!"
Halilintar kini meramas baju kolar Gempa dan mencengkamnya dengan kuat. Wajah mereka berdua kini dekat dan saling bertatapan antara satu sama lain. Deruan nafas masing-masing dapat didengari dengan jelas di dalam bilik itu. Dan entah kenapa pada waktu-waktu itu tiada seorang atau sebarang alien pun yang datang melalui kawasan itu.
"Kuasa kau cukup kuat untuk lawan Retak'Ka tu sorang diri! Cuma kau je yang tak yakin dengan kuasa kau! Aku selama ni percayakan kau dan kuasa kau Gempa! Sebab aku yang sentiasa pandang kau berbanding yang lain!"
Mata Gempa membulat besar memandang Halilintar di hadapannya. Banyak persoalan timbul di dalam benak fikirannya.
Sebenarnya Gempa tahu dan sedar akan perasaan dan perubahan Halilintar semenjak isu dia dan Ais fusion sama-sama. Dia sedar yang Halilintar sangat kesal akan hal itu dan Gempa juga tahu yang Halilintar sangat benci akan perkara itu.
Gempa tahu Halilintar menyukainya. Obses? Ah, tidak. Masih terlalu awal untuk memanggilnya dengan perkataan itu.
"Jadi apa yang kau nak aku buat untuk legakan hati kau? Apa yang boleh aku lakukan untuk puaskan hati kau dan kau takkan kesal dengan hal tu lagi?"
Gempa cuba berunding. Biarpun tangannya sudah menggeletar hebat namun dia tahu hanya dia yang mampu menenangkan amarah dan kekesalan Halilintar itu. Hanya dia yang mampu menyejukkan amarah api yang sedang membara di dalam jiwa haiwan Halilintar. Dan jika dia bertuah, hanya dia yang mampu mendominasi Halilintar.
"Fusion dengan aku."
"H-huh...?"
"Fusion dengan aku dan biar aku yang kawal dan tentukan segalanya. Biar aku yang ambil alih diri kau, Gempa."
"Halilintar- uhmp!"
Dengan tiba-tiba Halilintar menyambar bibir Gempa dan menciumnya dengan rakus. Melahap dan menjilat bibir si pengendali elemen tanah tanpa belas kasihan dan penuh kekasaran sehingga Gempa nyaris-nyaris kehilangan oksigen buat kali kedua andai saja Halilintar tidak melepaskan tautan bibir mereka setelah itu.
Halilintar menjauhkan wajah dan tubuh mereka berdua dan menatap Gempa di bawahnya dengan senyuman sinis. Kesan air liur mereka yang bercampur-baur tadi jelas kelihatan di sudut bibirnya sewaktu dia sedang menjilat mulutnya itu.
"Ingat, Gempa. Bila tiba masanya untuk fusion, ia adalah giliran kau dan aku. Takkan ada yang lain untuk fusion dan takkan ada sesiapa yang akan fusion dengan salah seorang dari kita. Percayalah. Dan kalau betul ia terjadi, aku tak nak kita fusion dengan tangan seperti fusion yang lain, aku nak bibir kita yang bersatu."
Mata Gempa terbeliak. Apa? Halilintar nak fusion dengannya dengan cara mencumbu bibir masing-masing?!
Gempa tidak sempat membantah apabila Halilintar terus sahaja turun dari katil dan beredar ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya. Gempa kini tinggal keseorangan di atas katil yang sudah berkedut dan bersepah itu dengan wajah yang kemerahan dan bibir yang basah dan bengkak.
"Macam mana kalau ia betul-betul terjadi...?"
Kini Gempa mula berada di ambang kegelisahan.
.....
"Kita ada misi baru..."
Fang berkata sembari menatap Boboiboy yang kini sedang bersiap-siap untuk menjalankan misi mereka pada hari itu. Boboiboy tidak berkata apa-apa dan hanya tersenyum namun jauh di dalam jiwanya yang terbahagi 7 itu terdapat salah satu daripadanya mula cuak.
Di tempat perlawanan dengan musuh, kumpulan Boboiboy menghadapi sedikit kesukaran kerana musuh yang sedang mereka lawan sekarang sangat kuat dan menggerunkan. Kuasa elemen Halilintar juga tidak berjaya menumpaskannya sehingga Boboiboy terpaksa berfikir untuk mengambil tindakan drastik.
"Aku perlu fusion! Tapi fusion mana yang boleh kalahkan musih ni? Glacier? Supra? Atau Sori?!"
Di dalam kekecohan yang sedang berlaku dan suara jeritan Gopal yang kedengaran bergema di ruang markas musuh, tiba-tiba gerak hati Boboiboy terdetik akan 2 kuasa elemennya yang sangat jarang berinteraksi bersama mahupun melihat mereka bergabung selama ini.
"BOBOIBOY KUASA 2! HALILINTAR! GEMPA!"
2 pengendali elemen tanah dan petir itu keluar. Seorang dengan wajah yang serius dan seorang lagi sudah tersenyum sinis sendirian.
"ELEMENTAL FUSION!"
Kedua-duanya melompat dan terbang ke atas untuk melakukan gimik fusion mereka, dan sebelum ia berlaku, Gempa dapat mendengar suara sinis Halilintar di sebelahnya.
"Aku dah cakap Gempa, perkara ni akan berlaku. Dan kau masih ingat apa aku cakap untuk macam mana kita fusion?"
Sial! Sudah tentu Gempa ingat! Sejak dari dapat tahu yang mereka perlu menjalankan misi lagi dia sudah tidak senang duduk! Dan betullah firasatnya sebelum ini, perkara ini akan berlaku!
Selain daripada tahu bahawa hanya dia yang mampu menenangkan dan mengawal Halilintar, Gempa juga sedar dan tahu bahawa, sekiranya Halilintar nekad akan sesuatu dan mengatakannya kepada Gempa, dia akan pastikan yang perkara itu betul-betul berlaku.
Jadi dengan terpaksa Gempa menghasilkan bola tanah gergasi untuk memuatkannya dan Halilintar bersama-sama di dalamnya demi menutup perkara apa yang akan mereka lakukan selepas ini.
Pada masa yang sama, sebelum bola tanah itu tertutup sepenuhnya, Halilintar dengan pantas sekali menghulurkan tangannya dan tangan dia dan Gempa saling bersentuhan seolah-olah menunjukkan gaya yang mereka akan fusion. Namun sebaliknya, atau lebih tepat lagi, tangan mereka tak bersentuh untuk fusion, akan tetapi bibir mereka yang tersentuh.
Dengan suasana yang gelap di dalam bola tanah yang tertutup sepenuhnya, Halilintar mengheret tubuh Gempa untuk lebih dekat dengannya dan mereka pun saling berciuman bersama. Tiada siapa yang tahu bagaimana mereka fusion di dalam bola tanah itu. Tiada siapa melainkan mereka berdua sahaja.
"BOBOIBOY GENTAR!!"
Dan terhasillah fusion terbaharu daripada Halilintar dan Gempa. Boboiboy Gentar.
Oke tamat!!
WAHAHAHAAHAHAAHAH!! Sumpaahh Ani tak baca lagi isu terbaru tentang Boboiboy Gentar tu jadi apa yang berlaku dalam cerita ni hanyalah rekaan Ani semata-mata tau!! 😂😂😂 Jadi korang jangan ambil serius pula! Ni imaginasi kotor Ani sahaja hshshsshsh
Dan Ani pun ada campur2 juga dengan bahagian-bahagian spoiler yang ditunjukkan secara official dan peminat2 lain. Jadi ada yang betul dan ada yang tak.
Cuma biasalah, Ani suka buat teori sendiri dan salah satu persoalan Ani yang tertimbul ialah kenapa mereka mesti buat gaya fusion di dalam bola tanah? Kenapa Halilintar tersenyum sebelum dia dan Gempa fusion dan kenapa Gempa tidak?
Kenapa pula perwatakan Gentar macam yang kita tengok dan dapat sedangkan kita tahu perwatakan Halilintar dan Gempa masing-masing serius? 🤔🤣
Ok itu saja! Just wanna share my theory and thoughts about our new Boboiboy Galaxy s2 issue only! Kalau korang ada teori sendiri boleh share dengan Ani dan kita fangirling sama2 hshsshshshsh 💕💕
Sekali lagi jangan ambil serius yaa!! Tqqq
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top