HaliGem
Tak pasti nak describe macam mana untuk cerita ni. Tapi bagi Ani, idea cerita ni adalah salah satu idea yang paling menarik untuk Ani cuba tulis.
Dan memandangkan idea ni adalah special, jadi Ani nak letak draft cerita tu dekat sini dulu. Ani tak pasti korang suka ke tak tapi macam yang Ani cakap, idea ni adalah salah satu idea yang paling menarik dan terbaik yang Ani pernah fikir.
Akan jadi OOC juga untuk watak-watak dalam cerita ni. Terutama Gempa. OOC macam mana? Macam ni, kebiasaannya Ani selalu buat watak Gempa ni adalah seorang yang matured, kan? Tapi kali ni, watak Gempa akan sedikit, I mean, sedikiiiiittt je kebudak-budakan 😂😂
Selain itu, watak Halilintar pun akan OOC juga. Nak kata tsundere tu rasanya masih ada (kot?) tapi watak Halilintar ni boleh tergolong dalam golongan devil (sumpah Ani tak tahu nak describe macam mana... 😂😅)
Jadi... Untuk tidak memeningkan korang, Ani akan terus ke plot cerita. Harap korang terhibur. 😂😂
Married / Engagement Life!
(Btw cerita ni agak sedikit cliche since Ani malas nak memenatkan otak. Jadi harap semua boleh terima... 😅)
.
.
.
Gempa's POV
Hidup aku bahagia. Tak, dah cukup bahagia. Memang bahagia sangat sampai aku rasa aku dah tak perlukan apa-apa lagi untuk diminta.
Mak ayah aku bukan orang yang berjaya sangat. Bukan maksud menghina, tapi kerja mereka hanya biasa-biasa sahaja. Bukan bermaksud aku tak bersyukur. Tapi sebenarnya aku nak cakap yang aku dah terlebih bersyukur! Disebabkan kerja biasa-biasa mak ayah aku, aku dapat membesar dengan baik dan sihat, dan juga dapat belajar tanpa sebarang halangan. Bukan itu saja, mak ayah aku juga takde masalah dari segi kewangan. Berbeza dengan cerita-cerita cliche yang selama ni aku baca dalam komik dan manhwa, kisah aku ni boleh tergolong dalam golongan biasa-biasa dan boleh dibaca sekadar untuk menghilangkan rasa bosan.
Banyak sangat aku mention perkataan 'biasa-biasa' ni. Memang hidup aku biasa sangat ke? Ya. Memang biasa-biasa sangat.
Aku hidup bahagia, sampailah tiba-tiba boleh pula muncul seorang lelaki pelik yang entah darimana datangnya dan melamar aku di tengah jalan!
"Nama kau siapa? "
"Eh? Kenapa saya nak kena beritahu nama saya pula dekat encik? "
"Cakap jelah nama kau siapa! "
"Tak boleh! Mak saya pesan tak boleh beritahu privasi kita dekat orang lain! Tambahan pula dekat orang yang mencurigakan! "
Apa yang aku boleh cakap pada waktu itu tentang lelaki aneh tu ialah, dia tiba-tiba sentap dengan apa yang aku cakap.
"Ni? Muka hensem dan segak macam ni kau cakap orang mencurigakan?! "
"Yelah! Saya selalu baca komik tau! Dan orang yang macam encik ni lah yang paling tak boleh dipercayai! Entah-entah encik ni mafia ke atau orang yang berpistol! Baik encik beredar dan jangan ganggu saya kalau tak saya jerit! "
"Ckh! Berani kau tak kenal aku?! Dah lah sesuka hati je tumpahkan kuah sosej dekat baju aku! "
Ah, aku lupa nak cakap. Sebab kenapa aku dan lelaki aneh tadi bertekak adalah kerana aku secara tak sengajanya tertumpahkan kuah sosej yang aku beli dekat kedai tepi jalan tadi ke atas baju lelaki tadi. Bukan salah aku pun! Dah aku ni cemerkap dan cuai, apa boleh buat? Macam lah aku minta nak lahir macam ni!
"Saya dah minta maaf, kan? Encik ni macam perempuan lah! Dah la cepat sentap, lepastu nak marah-marah pula! "
"Amboi sedapnya mulut tu bercakap! Engkau ni bercakap macam ada insurans nyawa pula, ya?"
"Eh, memang saya ada insurans nyawa pun! Ayah saya dah siap daftarkan untuk saya lagi!"
Lelaki aneh tadi sentap buat kali kedua.
"Hek eleehh... Kau tahu ke berapa harga kena bayar untuk insurans nyawa tu? "
"Eh, mestilah saya tahu! 10 000 dan ke atas! Ha, encik nak cakap apa lagi? Saya ni top student dekat sekolah saya! Jadi encik tak payah lah nak main tipu ke apa. Saya dah tahu setiap trick yang orang jahat selalu buat! "
Untuk ketiga kalinya, lelaki aneh tadi sentap.
"Geram aku budak ni! "
"Ingat saya tak geram jugak ke?! Kalau encik ni rendah sikit, dah lama saya cubit-cubit tahu tak?! Dah lah, dari saya berbual dengan encik ni, baik saya balik! "
Aku ingatkan itu adalah kali pertama dan terakhir untuk aku berjumpa dengan lelaki aneh tu, tapi nampaknya Tuhan dah aturkan segalanya untuk kisah hidup aku.
"Ha, Gempa. Inilah anak bos dekat tempat ayah kerja! Nama dia Halilintar. "
"H-huh...?"
"Mak tak sangka yang korang kenal. Kamu nak tahu? Dia datang sini sebab nak lamar kamu! "
"L-lamar saya?! "
"Ya! Bagus, kan? Muda-muda lagi korang dah bakal berumahtangga! "
"Tunggu! Mak! Ayah! Gempa baru 18 tahun! Tak lama lagi Gempa ada ujian besar untuk kemasukan universiti! Takkan Gempa dah nak kena kahwin kot?! "
"Alah... Apa salahnya? Suami kamu- Ops! Sorry. Maksud mak, bakal suami kamu ni orang kaya, jadi tentang kewangan tentunya tiada masalah, kan? "
"Apa?! "
Hancur. Segala kebahagiaan dan kehidupan biasa-biasa aku hancur disebabkan jantan tak guna tu!
"Jangan dekat! Sebab encik lah hidup saya kucar-kacir macam ni tahu tak?! "
"Heh, siapa suruh kau cari pasal dengan aku? Kan buku dah bertemu dengan ruas? "
Dalam umur yang begitu muda, aku yang masih belum berpengalaman dan belum bersedia ni dah jadi isteri orang!
"Oi, nak ke mana tu? "
"Nak keluar lah! Tak nampak ke saya pakai baju cantik ni?! "
"Tak boleh! "
"Kenapa tak boleh?! "
"Heh, lupa ke? Kau kan dah jadi isteri aku? Jadi kalau aku cakap tak boleh, maknanya... Kau duduk rumah dan mereput dekat sini jelah! Hahahahaah!"
SETAAAAAAAAAANNNNNN!!!
.
.
.
.
"Bukan ke kau pernah cakap yang kau takkan tinggalkan aku? "
"..."
"Jadi apa yang aku tengok sekarang ni, Gempa? Kenapa kau nak pergi dan tinggalkan aku? "
Maafkan aku...
Weeeiii sumpah tak faham dengan cerita niii 😂😂💦
Btw! Korang rasa jantina Gempa dalam cerita ni sesuai lelaki atau perempuan? 🤔
Actually Ani tak pasti lagi sama ada betul-betul serius ke tak nak buat cerita ni. (Sebab cerita lama masih lagi tergendala, kan? 😅😭) Jadi Ani akan buat keputusan untuk tak sentuh lagi idea ni dan biarkan ia di sini dulu. Harap takde yang menunggu ya? 😂😂
Terima kasih sebab sudi baca merapu Ani ni! 😆😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top