BlazeIce
I ship them too btw 😚
But actually lebih kepada bromance.
But why not in yaoi? ( • ̀ω•́ )✧
Royal AU!
Main ship - Blaze x Ice
Side ship - Halilintar x Gempa / Fang x Taufan / Solar x Thorn
Halilintar & Gempa - 19 Tahun
Fang & Taufan - 18 Tahun
Blaze & Ice - 17 Tahun
Solar & Thorn - 16 Tahun
Halilintar (King/Big Bro), Blaze (Prince/Second), Solar (Prince/Last) - Royal Family
Fang - Knight
Gempa (Queen/Big Bro), Taufan (Couple/Second), Ice (Prince's wife/Third), Thorn (Couple/Last) - Family
.
.
.
Pertemuan yang amat rumit antara 4 pasangan itu namun akhirnya ia membawa ke sebuah kisah yang romantis dan lucu.
Blaze, putera raja yang kedua di dalam negara yang ditakbir oleh ayahandanya terpaksa menerima tilikan seorang lelaki tua untuk mengahwini seorang lelaki yang bernama Ais. Dikatakan bahawa jika mereka bersama, hubungan mereka akan membawa ke sebuah perubahan yang baik untuk negara mereka. Dan oleh sebab terlalu percaya, akhirnya ayahanda Blaze mendesaknya untuk segera mengahwini lelaki yang bernama Ais itu demi menjaga keamanan negara.
Tetapi Blaze sama sekali tidak mempercayainya. Baginya ia adalah satu malapetaka untuknya dan dia sangat membantah keras akan cadangan itu. Tetapi apakan nasib? Kerana dipujuk oleh kekandanya, Halilintar, akhirnya dia terpaksa menerimanya.
Perkahwinan mereka berdua sangatlah tidak 'aman' seperti yang diramalkan. Personaliti Blaze dan Ais seperti langit dan bumi! Masing-masing degil dalam kata-kata mereka. Dan masing-masing juga tak nak mengaku kalah. Ditambah pula Ais bukan pasangan yang lembut dan biasa seperti abangnya. Ais lebih gemar bersendirian dan tidur sahaja! Itu membuatkan Blaze amat geram!
"Bini macam apa kau ni?! Perangai kau lain gila dari abang-abang kau!"
"Dan sebab tu lah aku nak kau tak payah layan aku! Eish, kalau aku tahu macam ni, baik aku kahwin dengan diri aku sendiri je!"
"Ok, fine! "
"Fine! "
Dan disebalik kisah masam manis antara mereka berdua, ada juga kisah yang manis dan menarik.
Kisah Raja dan Permaisurinya?
Halilintar merupakan putera sulung di dalam kerajaan itu. Dan disebabkan ayahandanya yang sudah uzur, jadi dia ditabalkan sebagai pentabir yang seterusnya. Hidup sebagai seorang raja yang sibuk dan sendirian itu amat suram sekali. Dan hatinya sentiasa beku di dalam badannya. Dia tidak pernah merasai apa itu kesenangan kerana sejak kecil lagi dia sudah dilatih dengan kuat demi menjadi seorang raja di masa akan datang. Jadi kehidupan Halilintar amat berbeza daripada adik-adiknya.
Namun, setelah bertemu dengan abang kepada bakal adik iparnya, hati Halilintar mula berdegup kembali. Gempa. Satu-satunya lelaki yang berjaya membuat Halilintar merasai apa itu kebahagiaan dan kehangatan kasih sayang. Dan ia berhasil membuatkan hidup raja itu kembali bersinar. Sehinggalah mereka berdua disatukan bersama di bawah restu seluruh keluarga dan rakyat.
"Tuanku, mahu patik tolong apa-apa yang patut? "
Gempa bertanya sambil menghampiri rajanya yang sedang sibuk membaca dokumen di meja kerjanya.
Sang raja mendongak dan tersenyum melihat pasangannya yang nampak semakin hari semakin manis wajahnya.
"Boleh. Kau duduk atas paha aku dan tengok je aku buat kerja. Boleh tak? "
Wajah Gempa kemerahan.
"Uumm... "
Note: Sewaktu Halilintar bertemu dengan Gempa, dia masih belum menjadi raja. Dan sebaik sahaja dia ditabalkan menjadi raja, dalam lebih kurang beberapa minggu selepas Blaze dan Ais berkahwin, dia terus melamar Gempa untuk menjadi 'permaisuri'nya. (✿´ ')
Dan ada juga kisah cinta antara pengawal diraja dan keluarga diraja?
"Kau memang setia betul dengan raja kan, Fang? "
"Hmm... Takdelah sangat. Aku cuma nak jadi macam ayah dan abang aku je. "
"Diorang pun pengawal diraja ke?"
Fang menganggukkan kepalanya. Dia menoleh ke arah Taufan untuk melihat iris biru sapphire milik lelaki itu.
"Diorang menjalankan tugas diorang dengan baik sekali. Jadi, aku pun nak jadi macam diorang. "
Taufan tersenyum. Dia pun menyandarkan kepalanya di bahu tegap pengawal tersebut.
"Aku yakin, Fang. Kau akan berjaya. "
Fang tersenyum. Lalu dia pun menempelkan bibirnya di kepala Taufan dan mencium kepalanya dengan lembut.
"Thanks. "
Jangan lupa juga dengan kisah cinta muda remaja! Ayyeeeee~
"Kau nak apa lagi?! "
"Thornie nak ajak Solar main je! Kenapa Solar nak marah...? "
Thorn mula menunjukkan wajah sedihnya. Sejak dari hari pertama dia pindah ke istana lagi dia sedar yang putera raja bongsu itu kelihat begitu dingin sekali ke atasnya. Dan Thorn pula tidak mahu mengganggu abang-abangnya bersama-sama pasangan masing-masing. Jadi sebab itulah dia ingin bersama-sama putera yang sama umur dengannya itu.
"Eish, aku tak nak lah! Aku nak belajar! Aku ni putera! Bukan macam kau rakyat biasa ni!"
"Isk.. Isk.. Sampai hati Solar cakap macam tu...! "
"Dah kenapa pula kalau aku cakap macam tu dekat kau?!"
"Kan kita akan kahwin nanti!! Hwaaaa! "
"Haahh?! "
Memandangkan mereka masih muda, jadi kisah mereka sentiasa kecoh. Jadi sila biasakan diri.
I am damn love Royal AU. Ya cannot fight me! (•̀ •́)و
So the main ship adalah Blaze dan Ice. Ani tahu maybe ada yang ingin BottomBlaze. But sorry not sorry tho. Blaze is too hot to be bottom. 😂😂 lololol This just my opinion so diharap tidak terasa.
This one Ani also plan untuk buat story. And tentang umur diorang tu memang Ani sengaja buat setiap pasangan umurnya sama. Ani malas dowh nak fikir beza-beza umur ni! 😭💢 //tho I love it
But kalau ada yang nak pinjam idea ni just ask me. Don't forget the credit ya?
*Story name: Remedy
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top