BlazeGem

Ani ada tengok satu video dekat youtube ni dan... Ani rasa macam video tu menarik juga. 😂😂

Ok enjoy!

//lmaaooo baru perasan BlazexGempa tidak dibuat lagiiiii 😂😂






"Blaze! Nanti jangan lupa kasi 'kaw' show tu, ya? "

"Ok! "

Blaze mempamerkan senyuman semangatnya kepada para pemain baseball yang cukup kenal dengannya.

Hari ini merupakan hari kejohanan baseball peringkat antarabangsa. Dan sebagai kru sokongan yang sentiasa setia menyokong para pemain tanah air, Blaze setia hadir untuk menyokong mereka.

Blaze adalah seorang pekerja sambilan di stadium baseball itu. Dan pekerjaannya hanyalah sebagai seorang jurumaskot di sana. Dan pakaian maskot Blaze adalah haiwan kesukaannya. Ayam.

"Woaahh..! Besarnya stadium ni! Agak-agak berapa ramai pembersih yang ada untuk bersihkan stadium yang luas ni? "

Blaze mendongak untuk melihat keluasan stadium negara yang besar itu. Dirinya begitu teruja sekali melihat keadaan sekitar sehingga tidak sedar bahawa mulutnya terbuka dengan luas sekali.

"Aahh... Kalau yang tu kau tak perlu risau. Sebab dekat sini ada satu-satunya seorang pekerja ni yang begitu rajin dalam kerja membersih. "

"Yeke? "

Blaze melihat ke arah salah seorang pemain baseball yang dia kenal. Taufan.

Taufan mengangguk sambil memakai topi uniformnya dengan memposisikan muncungnya ke arah kanan.

"Yup. Nama dia ialah Gempa. Kalau tak silap aku umur dia sama macam kita je. Baru habis sekolah menengah. Tapi dia lawa. Aku yakin sekali kau tengok dia, mesti kau jatuh cinta! "

Wajah Blaze berubah teruja. Entah kenapa dia tiba-tiba berasa begitu teruja dan bersemangat sekali untuk menemui pekerja yang disebut oleh Taufan itu. Padahal pekerjaannya sebagai pembersih stadium sahaja. Mengapa begitu menarik sekali?

"Aku rasa macam nak jumpa lah dengan dia!"

Taufan sedikit tertawa selepas mendengar suara teruja Blaze. Lain macam betul Blaze kali ini!

"Boleh je rasanya. Kau tunggu lepas perlawanan persahabatan ni tamat je. Aku yakin dia akan datang untuk bersihkan tempat ni. "

Blaze mengangguk faham. Nampaknya dia harus bersedia sebelum bertemu dengan tukang pembersih stadium ini!

.
.
.

"Wohoooo!! Cayalah korang menang!! "

Blaze bersorak gembira selepas sebaik sahaja para pemain baseball masuk ke dalam ruang mereka. Para pemain membalas ucapan Blaze dengan tersenyum dan ada yang ikut bersorak juga.

"Lepasni kena ready lawan satu team lagi. Bersiap dalam 20 minit semua."

"Ok! "

Lalu para pemain pun bersurai seketika untuk mengerjakan hal masing-masing. Blaze melihat sahaja para pemain yang mula menanggalkan pakaian mereka untuk menukarnya. Memang jelas kelihatan kepenatan di wajah masing-masing. Seluruh tubuh mereka berpeluh dan rambut mereka juga kebasahan. Tidak ubah seperti pemain bola sepak yang dah penat berlari sekeliling padang selama lebih 2 jam.

"Blaze, cepat keluar untuk pertunjukan! "

Mendengar salah seorang pengurus memanggilnya, Blaze pun terus keluar untuk menunjukkan aksinya sebagai maskot ayam yang paling hebat di negara mereka.

Ramai yang mengenali Blaze kerana aksinya yang lincah bagai seekor ayam yang hebat. Tidak dengan hebat bergerak lincah, Blaze juga boleh menunjukkan aksi ayam terbang dengan melompat terapung ke udara buat beberapa saat. Kalau dilakukan slow-motion, pasti orang akan melihat Blaze sedang terbang dengan bebas sekali.

Tidak cukup dengan itu, Blaze juga cukup terkenal kerana wajahnya yang persis 'bad boy'. Wajah Blaze kelihatan matang namun kerana dia sering mempamerkan senyuman nakal dan kehebatannya, para gadis yang mengenalinya sering memanggilnya 'Bad Chicken'.

Kini Blaze sudah bersiap sedia untuk acaranya sebelum perlawanan bermula. Dan pada kesempatan itu juga diambilnya untuk keluar awal-awal ke tapak stadium untuk menemui insan yang dicarinya selama ini.

Mata Blaze melilau melihat keadaan sekeliling sambil-sambil dirinya membuat pertunjukan kepada para peminat di stadium. Dia berpusing dan menari dengan gembira sekali sambil melayan kerenah dan jeritan bingit para peminat di dalam stadium yang luas tersebut.

"Ooff-! "

Kerana cuai, Blaze secara tidak sengaja terlanggar seseorang dari belakangnya. Blaze terus memusingkan badannya untuk melihat orang yang dia terlanggar tadi. Bahaya kalau yang dilanggarnya itu adalah orang yang penting!

Tetapi entah nak takdir apa yang sudah tertulis pada Blaze, pada saat itu juga dia telah menemui seseorang yang selama ini dicarinya.

"Cantik... "

Blaze berbisik kecil sewaktu melihat wajah orang di hadapannya. Walaupun hanya berpakaian tukang sapu yang mengenakan uniform dan topi dan dilengkapkan pula dengan kayu penyapu, entah kenapa ia menjadi daya tarikan orang itu di mata Blaze.

"Ah, m-maafkan saya! Saya tak perasan tadi! "

Blaze tercengang melihat si tukang sapu itu membongkokkan badannya ke arah Blaze sambil meminta maaf.

"Nama... "

Tukang sapu tadi mendongak. Kalau tidak silap, dia ada terdengar si maskot ayam ini sedang bercakap sesuatu tadi?

"Ya..? "

"Nama kau. Apa nama kau? "

Si tukang sapu tadi terdiam dan tak tahu harus menjawab apa. Kenapa si maskot ayam serama ni tiba-tiba bertanya tentang nama si tukang sapu pula?

"Nama? N-nama saya Gempa. "

"Gempa..? "

Wajah Blaze di sebalik maskot ayam itu berkerut. Entah kenapa dia rasa cukup familiar dengan nama itu.

"Gempa... Gempa... Huh?! Gempa?! "

Kepala ayam yang besar itu berpaling ke arah si tukang sapu tadi. Dan dengan tiba-tiba, badan si tukang sapu berada di dalam pelukan si maskot ayam serama.

"Eh, eh! Tengok tu! "

Salah seorang penyokong yang berada di kerusi stadium ternampak maskot ayam yang terkenal itu sedang memeluk seorang pekerja di tengah-tengah stadium. Tertarik dengan keadaan tersebut, maka mulalah berbunyi desas-desus tentang hubungan antara keduanya.

"T-tunggu! Kamu siapa?! Kenapa tiba-tiba peluk saya?! "

"Shhh!! Follow me my mate! "

"My mate- apa?! "

Belum sempat Gempa meneruskan kata-katanya, tiba-tiba dirinya ditarik kuat sehinggalah mereka masuk semula ke dalam lorong yang menuju ke ruang persalinan para pemain. Dan kebetulan pula, kini perlawanan bakal dimulakan jadi serta-merta tumpuan orang ramai kembali ke tengah-tengah stadium untuk melihat perlawanan.

Melupakan kejadian tadi yang sempat terjadi.

.
.
.

"Berhenti! Apahal ni?! Siapa kamu?! "

Blaze menghentikan langkahnya apabila dia merasakan bahawa tempat mereka sudah cukup sesuai dan sunyi. Dia melihat keadaan sekeliling. Ok clear!

Blaze kembali berpaling semula ke arah Gempa. Melihat wajah chubby itu yang nampak begitu panik tapi masih kekal comel.

"Maaf. Tentang tadi... "

Blaze mula membuka topeng maskotnya dan menampakkan wajahnya yang sudah berpeluh itu. Sekelip mata sahaja suasana menjadi hangat.

Wajah Gempa membahang apabila melihat wajah 'hot' Blaze.

"Hai, nama aku Blaze! "

Blaze menghulurkan tangannya ke arah Gempa sebagai tanda ingin berkenalan. Gempa, dengan keadaan masih memegang penyapu menjadi kaku. Kenapa abang maskot hensem ni nak berkenalan dengan dia?

"Ah.. Ya. Nama saya Gempa. "

Gempa membalas jabatan tangan Blaze.

Dari situlah Blaze dapat merasakan tangan Gempa betul-betul lembut. Tangan yang putih namun tapaknya kasar tetapi tidak di belakang tapaknya. Blaze mengusap lembut belakang tapak tangan tersebut. Dia tersenyum dan kemudian mendekatkan jarak mereka berdua yang membuatkan Gempa terkejut.

"You are so cute. "

"Apa..? "

Blaze semakin mendekat. Sehinggalah jarak antara wajahnya dan Gempa hanyalah 10 cm sahaja.

"Gempa... I think I already fall in love with you. I love you. "

Wajah Gempa kemerahan.

Tunggu, bukankan ini terlalu cepat?

"A-apa?! "














Ahaahhahaha apa benda niiii 😂😂💦

Gomen gomeennn Ani dah lama tak menaip jadinya cerita ni bertukar karut marut. 😂😂

Maaf kalau ada yang tak faham dengan cerita ni sebab sejujurnya Ani pun tak faham dengan apa yang Ani tulis wkwkwkwk

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top