AllGem

Gabut aja



















Soft-dark, depression, anxiety, ADHD syndrome
Gempa is just a normal human being and everyone knows that












"Maaf, tapi kamu semua pesan makanan luar saja untuk hari ini boleh?"

Ah, situasi ini kembali lagi.

Untuk tahun ini, baru ini pertama kali Gempa kembali ke frasa ini. Dan ia masih pada bulan Januari.

"Kalau perlukan apa-apa, datang sahaja ke bilik. Aku naik dulu."

6 pasang mata memandang Gempa naik ke tingkat atas dalam keadaan senyap. Masing-masing tidak ada yang membuka mulut sehinggalah Gempa hilang dari pandangan mereka dan bunyi pintu bilik tertutup rapat kedengaran.

"Ada sesuatu yang berlaku ke dekat sekolah?"

Solar yang sememangnya penggemar menganalisa dan mengenalpasti masalah mula bertanya. Memecahkan keheningan di ruang tamu rumah mereka.

"Hm, aku rasa selain daripada dia kerap sibuk dengan mesyuarat dan aktiviti, rasanya takde." Taufan menjawab.

"Dia pun tak banyak berinteraksi dengan orang lain selain kita semua dalam minggu ni." Ais menambah.

Solar yang tadinya ingin ke dapur untuk mengambil segelas air akhirnya membatalkan niatnya dan ikut serta duduk bersama-sama yang lain di kerusi sofa sambil berfikir. Pedulilah dengan rasa dahaganya. Fikirkan tentang Gempa adalah lebih penting sekarang.

"Hairan. Tahun lepas dan sebelum-sebelum ni pun macam pernah terjadi. Tapi sebab apa eh?" Solar berdialog seorang diri dan mula mengeluarkan tablet miliknya untuk mencari sesuatu di internet.

Sementara itu, yang lain hanya saling memandang dan tidak berkata apa-apa selain daripada menunggu sesiapa yang boleh bantu mengendurkan situasi yang tiba-tiba terasa tegang sekarang.

"Ekhem!" Halilintar tiba-tiba berdehem. "Korang ingat? Bila tiba-tiba Gempa jadi macam ni, dia akan mengurungkan dirinya sendiri seharian dan akan minta tolong kita untuk bawakan makanan untuknya."

"Oh, ha'a lah! Tapi kadang-kadang dia tak makan jugak kan?" Blaze menambah. Cuba mengingat semula peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum-sebelum ini dalam situasi sebegini.

"Hah, apa-apa pun, benda ni sepatutnya jadi isu yang bermasalah sekarang. Sebab Gempa tak biasanya macam ni. Dia akan duduk bersendirian dan abaikan semua benda. Kerja apa pun tak jalan sebab keadaan macam ni." Ais menyuarakan rasa kesal dan sedihnya. Sungguh dia tidak suka dengan keadaan saudaranya yang begini. Gempa rasa seperti sangat lain dari biasa.

"Gempa adalah ambivert kan? Tapi lebih kepada introvert sikit."

"Jadi bukan ke ia bermaksud Gempa tu introvert?"

"..."

Tiba-tiba suasana menjadi senyap apabila Taufan dan Thorn mula berkata-kata.

"Dah jumpa. Aku rasa situasi ni macam sama dengan masalah yang sering dihadapi oleh orang-orang yang selalu depresi dan ada sifat anxiety serta ADHD." Setelah sekian minit berdiam diri, Solar akhirnya berbunyi.

"ADHD? Bukan ke tu macam lebih kepada sifat yang ada dekat diorang bertiga ni?" Halilintar bertanya dengan sengaja menunjukkan jari telunjuknya ke arah Taufan, Blaze dan Thorn.

"Oi!" Mereka menjerit kesal.

"Betul juga. Tapi ADHD ni ada yang menyatakan dalam waktu-waktu buat kerja-kerja harian pun boleh menunjukkan simptom-simptomnya. Korang perasan tak? Bila Gempa terlebih aktif atau a.k.a terlebih rajin, satu rumah ni dibersihkannya. Bermula dari lantai bawah ni sampai ke atap rumah. Mainan-mainan diorang bertiga ni pun disusunnya elok-elok dan rapi walaupun dia tahu yang esoknya akan bersepah balik."

"Hm, betul juga. Kadang-kadang Gempa pun akan menyanyi dalam macam-macam keadaan walaupun tak nampak pakai headphone atau earphone." Ais menambah lagi hujah Solar dan mendapat anggukan setuju dari yang lain.

"Betul tu. Gempa ada sifat yang tak boleh nak duduk diam. Kalau takde kerja, dia akan cari kerja. Tak kisahlah buat apa pun asalkan dia boleh banyak bergerak."

"Betul tu, Hali. Lepastu ada jugak simptom yang mungkin kita tak nampak tapi tu dah menjelaskan yang Gempa ni ada ADHD. Contohnya bila dia duduk dekat atas kerusi, mesti kaki dia akan bergerak-gerak tanpa henti. Bila dia baring atas kerusi sofa ni sambil main fon pun selalunya akan pusing-pusing juga. "

"Eh, ha'a lah! Aku ingatkan benda tu biasa-biasa je sebab aku pun selalunya macam tu." Taufan bersuara dengan teruja. Terkejut kerana apa yang dia sangkakan adalah benda biasa ternyata ada kesan buruknya.

"Habistu, apa kaitannya pula dengan depresi dan anxiety?" Ais mula bertanya. Tidak sabar ingin tahu dengan lebih lanjut tentang masalah yang sedang dihadapi oleh Gempa sekarang.

"Macam yang kita tahu, depresi adalah semacam penyakit kemurungan. Walaupun Gempa takde sikap suka menyendiri dan kurang bergaul, tapi tu tak bermakna dia takde depresi. Mungkin kita tak perasan tapi aku rasa bila Gempa kena fikir banyak benda dalam 1 masa, dia akan lebih kerap menyendiri dalam bilik. Tak dilupakan juga bila ada pula anxiety ni, otak kau akan fikir macam-macam. Sampai benda yang dah berlalu atau belum jadi lagi pun kau akan selalu fikir."

"Uish, teruk jugak masalah ni. Kenapa Gempa tak pernah bagitau kita tentang hal ni?" Blaze bertanya dengan nada yang kesal dan sedih. Tak tergamak ingkn membayangkan bagaimana Gempa boleh hadapi semua masalah sendirian.

"Macam kita, mungkin Gempa tak perasan tentang hal ni atau lebih memilih untuk pendam dan anggap yang ia bukan perkara yang penting. Maklumlah, Gempa selalu fikir orang lain sebelum dia sendiri. Kalau boleh nak puaskan hati semua orang dalam macam-macam perkara. Dan dalam dia tak sedar, sebenarnya otaknya sudah bising dan banyak fikir sampai satu peringkat dia perlukan masa untuk sendirian dan tenangkan fikirannya." Solar membuat konklusi sambil melihat petikan terakhir yang tertulis di kaca tabletnya.

"Berapa lama biasanya keadaan macam ni akan berlangsung?"

"Tak lama atau mungkin lama. Terpulang pada setiap individu tu sendiri. Kadang-kadang kita nampak yang sesetengah orang ni mungkin ok je sebab dia masih boleh makan, buat kerja, berbual dan lain-lain. Tapi kita tak tahu yang besar kemungkinan otak dia tengah fikir macam-macam benda. Ni adalah masalah yang besar kerana bila otak dah selalu fikir macam-macam, realiti atau benda kat depan mata sendiri pun tak peduli dan tak nampak. "

"Takde cara ke nak tolong atasi masalah ni? Aku risaulah kalau Gempa kena penat tanggung benda ni sorang-sorang..."

"Tentunya ada. Ada banyak benda yang kita boleh tolong. Antaranya macam bantu ringankan beban dan masalah yang Gempa kena galas sorang-sorang, atau bawa dia ke terapi ataupun sama ada bagi dia masa bersendirian atau bawa ke tempat yang tenang dan takde orang atau kesibukan kerja yang berlaku di depan mata."

"Macam tengok-tengok pemandangan gitu?"

Solar mengangguk setuju dengan persoalan Thorn.

"Kalau macam tu, kita boleh bagi dia masa jela, kan? Sebab kalau kita nak tolong, tentunya Gempa tak akan kasi. Lagipun tak guna juga untuk kita tolong. Nak bawa ke terapi pun aku rasa Gempa takkan nak sebab dia akan fikir duit habis dan takde masa. Apatah lagi nak bawa melancong pun susah sebab kita masih sekolah." Taufan menyuarakan pendapatnya.

"Boleh. Tapi kena jaga-jaga juga tentang hal ni. Sebab kalau tak terkawal, individu ni akan cenderung untuk cepat atau tiba-tiba akan dapat anxiety atau panic attack. Susah kalau biarkan Gempa sendirian dan selesaikan masalah ni."

"Hmmm... jadi sebagai orang paling dekat dengan Gempa, apa yang perlu kita buat?"

"Aku rasa baik kita-"

Krash!!

"Huh? Bunyi apa tu?"

"Kejap... Eh, Gempa!!!"















Ok itu saja 🤣

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top