Chapter 9
Waktu sekolah sudah tamat, dan Boboiboy dan Ochobot pun naik ke dalam kereta Kapten Papa.
"Macam mana sekolah hari ni anak muda?" Kapten Papa menanyakan khabar mereka.
"Baik je, Kapten. Kitorang ada main bole sepak waktu pendidikan jasmani tadi" Ochobot menjawap pertanyaan Kapten pengawal itu.
"Bagus bagus~ sebagai hadiah menjadi budak yang baik, apa kata Kapten belanja kamu berdua ais krim?!"
Mendengar pelawaan Kapten Papa, kedua dua mata Ochobot dan Boboiboy terus bersinar.
"NAK NAK!!! TERIMA KASIH KAPTEN!!!"
Mendapat jawapan yang bersemangat daripada kedua dua anak tak sahnya itu, hidungnya kembang sementara.
"Baiklah! Jom kita mulakan perjalanan ke kedai ais krim!"
"Jommmm!!!"
Kapten Papa pun membawa keretanya laju pergi daripada perkarangan sekolah itu.
.
.
.
Mereka tiba di pusat bandar apabila kereta mereka memasuki kawasan pembangunan kedai kedai yang menjulang tinggi.
Alah, macam waktu Tiga Rob rompak Bank dekat cerita asli tu~
Kereta Kapten Papa diberhentikan di depan sebuah kedai 7 Eleven.
Budak budak itu pun keluar daripada kereta, sementara Kapten Papa mengunci keretanya.
"Wahhhhh!" Boboiboy terkasima dengan keadaan kawasan kedai kedai yang banyak itu.
Waktu beli sate hari tu pun budak budak berdua ni cuma tunggu di dalam kereta sahaja sementara Kapten Papa pergi beli.
Kali ni, dia boleh keluar juga.
"Ok, anak anak! Dah siap! Jom masuk!"
"Baik!"
Mereka bertiga pun masuk ke dalam kedai 7 Eleven itu.
Ting tong~
Bunyi penggera iconic 7 Eleven pun berbunyi.
Boboiboy mula merasa sejuk apabila dia melangkah masuk ke dalam kedai itu.
"Selamat datang!"
Seorang akak caisher menyambut kedatangan mereka.
Apa lagi, Kapten Papa pun membawa budak budak tu ke kawasan ais krim, dan minta mereka pilih yang mana mereka mahu.
"Pilih lah anak anak muda berdua! Dah siap, bagitahu Papa!"
Berkilau kilau lah mana budak budak tu dapat makanan percuma.
"Kau nak yang mana Ochobot?" Bobojboy bertanya kepada kawannya itu.
"Hmmmm....yang coklat tu nampak macam sedap" Ochobot mengambil satu aiskrim berbentuk kon daripada dalam peti ais krim itu.
"Uuuu! Aku nak jugak lah yang tu!"
Boboiboy mengambil ais krim yang sama Ochobot ambil.
Selepas siap memilih, mereka kembali kepada Papa tak sah mereka itu.
"Papa! Dah siap pilih!" Boboiboy memberitahunya.
"Bagus bagus~kamu berdua boleh duduk luar dulu! Biar Papa bayar sementara kamu tunggu"
Sudah mendapat arahan daripada yang lebih dewasa itu, Boboiboy dan Ochobot pun berjalan keluar daripada kedai serbaneka itu.
Setelah budak budak itu keluar, Kapten Papa pun berpaling ke arah akak Cashier itu kembali.
"Berapa harganya, cik adik?" Kapten Papa mengeluarkan dompetnya, bersedia untuk membayar.
"5 ringgit sahaja, Encik" kata akak Caisher itu.
Kapten Papa pun mengeluarkan sehelai lembar duit sepuluh ringgit.
"Nah, Cik adik. Keep the change" Kapten Papa mengeyitkan matanya kepada akak Caisher itu.
Wah wah, ngorat anak dara nampak.
Akak Caisher itu hanya terketawa sopan sambil mengambil duit itu daripada tangan Kapten Papa.
Kelihatan Akak Caisher itu melihat lihat keadaan dua bebudak itu di luar kedainya.
"Anak Encik ke?" Akak Caisher itu tiba tiba bertanya.
"Hm? Oh, haah. Tapi mereka bukan anak sebenar saya" kata Kapten Papa sambil menyimpan dompetnya ke dalam saku seluarnya.
"Anak angkat?" tanya Akak Caisher itu lagi.
"Ya. Walaupun bukan anak sebenar, tapi mereka terasa seperti keluarga sebenar saya"
Kapten Papa mengatakan perkara itu dengan nada lembut, seperti maksudkannya.
"Anak angkat ke, anak tiri ke, anak kandung ke, kalau dah bergelar anak, memang akan jadi anak sebenar kita"
Kapten Papa terdiam sementara mendengar apa yang gadis di depan matanya itu katakan.
"Ehehe...."
Ah sudah, dah bau nasi minyak dah ni, uhuk-
"Isteri Encik macam mana?" Akak Caisher itu bertanya lagi.
"Oh, saya belum kahwin lagi" jawap Kapten Papa tanpa teragak agak.
Kalau nak tipu pun tak ada guna, memang kenyataan dia single, uhuk-
"Oh~ayah tunggal lah ni?"
Senyuman gadis itu membuat Kapten Papa hampir kehilangan coolnya.
"E-ehem! Nama cik apa? Bagi nombor telefon ke apa? Boleh lah kita berbual bila bila"
Akak Caisher itu sedar apa yang Kapten Papa cuba lakukan, tetapi dia ikut sahaja dengan perkara itu.
"Nama saya Zila" jawap Akak Caisher itu.
"Wow, memang takdir ya? Nama saya pun mula dengan Z juga! Zola"
Mama Zila hanya ketawa melihat kelakuan Kapten Papa itu.
Mereka pun saling bertukar nombor.
.
.
.
Di luar, sementara Kapten Papa tengah cari jodoh di dalam sana//plak!!!//, kelihatan budak berdua itu sudah membuka kertas pada ais krim mereka.
Masing masing pun menikmati ais krim mereka.
"Hmmm! Sedapnya! Apa nama makanan ni lagi sekali Ocho?" Boboiboy kelihatan suka dengan makanan itu.
"Ais krim. Kenapa? Aku tak pernah rasa benda ni sebelum ni ke?" Ochobot memandang kawannya itu pelik.
Tak kan ais krim pun tak tahu?
"Entahlah. Biasanya pencuci mulut yang aku dapat biasanya cekodok coklat, kalau tak pun kek. Kenapa aku tak pernah tahu kewujudan makanan ni?! Sedap betul!"
Semakin banyak benda yang dia belajar bila dia keluar daripada istananya itu.
Ochobot hanya mampu menggeleng sambil tersenyum melihat putera mudanya itu makan dengan comot.
"Haih kau ni. Kalau suka pun, makan lah elok elok sikit" Ochobot mengeluarkan satu sapu tangan, dan mengelap sisa ais krim itu daripada pipi Boboiboy.
"Ehehe....."
"Jadi, benda ni mampu kalahkan air koko Tuanku Aba ke?"
Ochobot mula mahu menyakat Boboiboy kembali.
Yang sudah tentunya dibalas dengan muka tidak terima daripada kawannya itu.
"Eh eh eh~! Mestilah tak! Air koko Tok Aba masih lagi top 1! Tak ada apa apa boleh kalahkannya!"
Ochobot ketawa, gembira berjaya buat kawannya itu marah.
Boboiboy mengembungkan pipinga sambil berpeluk tubuh, tidak puas hati Ochobot gelakkannya.
"Siap kau nanti dekat istana"
Boboiboy memberi amaran kepada Ochobot, tetapi Ochobot tidak terkesan dengan ugutan kecil kecillan kawannya itu.
Tidak lama kemudian, Kapten Papa akhirnya keluar daripada kedai 7 Eleven itu.
"Anak anak!"
Mendengar diri mereka dipanggil, mereka pun berjalan ke Kapten Papa.
"Hah, disebabkan masih tengah hari lagi ni, tak kan lah kita nak terus balik kan? Nak jalan jalan dulu ke?"
Mendengar pelawaan yang seronok daripada Kapten pengawal itu, pastinya diorang tak akan lepaskannya.
"Nak nak! Jom!!!" Kata budak budak itu pada watu yang bersamaan.
Mereka pun mula berjalan jalan di sekitar kawasan kedai itu.
.
.
.
Mereka jumpa macam macam kedai di sana.
Macam kedai cermin mata, kedai serbaneka, kedai baju, farmasi mini dan macam macam kedai lagi.
Ochobot kelihatan tertarik dengan kedai baju itu.
"Uuu uuu! Papa, boleh tak kalau kitorang beli baju baru?!"
Ochobot meminta kepada Kapten Papa, kerana selain daripada baju sekolah, mereka tak ada baju lain yang boleh digunakan di luar sekolah.
Semua baju t-shirt milik Ochobot pun ada dekat rumah dia, yang berjaya 5 KILOMETER daripada istana, dan dia biasanya hanya balik dua minggu sekali ke sana.
Tak kan lah nak pakai baju sekolah je kan waktu di luar istana?
"Mestilah boleh anak muda~tapi korang boleh guna duit sendiri kan? Papa dah habis duit dah ni"
Kapten Papa lupa nak bawak banyak duit hari itu dan hanya bawa dua lembar sepupuh ringgit sahaja dah selemebar sudah digunakan untuk beli ais krim budak budak tu tadi.
Menyesal pulak suruh Mama Zila simpan baki duitnya tadi.
"Tak apa Papa. Boboiboy ada bawa duit sendiri ni"
Boboiboy menunjukkan dompetnya kepada Kapten Papa.
Dalam dompet tu penuh dengan duit yang dia dapat dari keluarga dia.
Tak kisah lah nenek dia ke, atok dia ke, mak dia ke, ayah dia ke, semua selalu bagi duit ke dia.
Sampai bertimbun duit dalam tabung dia sebab tak pernah digunakan sebab dia nak beli apa? Terkurung dalam istana je.
Tu pun ni dia bawa tak sampai suku daripada semua duitnya.
Maklumlah, kaya.
Kapten Papa mengusap dadanya lega budak tu ada bawa duit sendiri.
"Bagus bagus. Hah, pergi lah pilih baju kamu berdua! Dah siap nanti jumpa Papa dekat kereta!"
Kapten Papa menghalau mereka berdua masuk ke dalam kedai itu.
.
.
.
Di dalam, mereka disambut oleh pemilik kedai.
"Selamat datang-eh? Lah, budak budak rupanya. Selamat datang ke kedai baju Pak Mat!!!"
Pakcik Mat memperkenalkan nama kedainya yang menggunakan namanya sendiri.
Siapa tak kenal Pak Mat?
Alah, Pakcik tua yang ada banyak kerja dalam cerita Boboiboy tu~
Dari pekerja kedai burger, pemancing, dan yang pertama kali jumpa Pulau Terapung masa Movie pertama tu~
Boboiboy dan Ochobot terkasima melihat seberapa besarnya kedai baju itu walaupun di buat di kedai tepi jalan.
"Wahhhh!"
Pakcik Mat muncul di depan mereka.
"Hah, adik adik nak beli baju apa?" Pakcik Mat terus menanyakan permintaan pelanggannya itu.
"Ada tak baju hoodie atau t-shirt jalan jalan, Pakcik?" Ochobot mengatakan permintaannya.
"Oh~ ada ada. Baju budak budak semua ada dekat rak belakang sama belah kiri belakang sekali"
Setelah ditunjukkan jalannya, Boboiboy dan Ochobot mengatakan terima kasih kepadanya, dan terus berjalan ke kawasan yang ditunjukkan.
"Terima kasih Pakcik!"
Di sana, memang betul kata Pakcik Mat, ada banyak pilihan baju hoodie dan t-shirt berbagai motif di sana.
Dari yang garang garang macam gambar dinosaur dan transformer, sehinggalah kepada yang soft soft comel comel gitu macam unicorn dan pari pari.
Ochobot, awal awal dah serbu baju t-shirt dan hoodie warna kuning, sebab itu adalah warna kesukaannya.
"Boboiboy! Yang kanan ke yang kiri?"
Ochobot mengangkat dua helai baju hoodie warna kuning dengan motif yang berbeza.
Satunya bercorak seperti motif badan Ochobot yang asli, dan satu lagi bermotif robot.
"Er...yang kanan kot" Boboiboy memilih baju dengan motif badan Ochobot yang asal.
"Ok!" Ochobot pun menyampak baju itu masuk bakul.
"Kalau yang ni?" Ochobot mengangkat dua helai baju t-shirt, ddngan satunya kuning hijau, dan satu lagi kuning merah.
"Kuning merah kot. Lagi satu, sejak bila kau pakai warna hijau?" tanya Boboiboy.
"Itu kau tak perlu tahu" kata Ochobot separuh menyakat.
Sekali lagi dia membaling baju t-shirt itu ke dalam bakul.
"Kau pulak, nak baju yang mana?" Ochobot melihat Boboiboy masih tidak memilih bajunya sendiri lagi.
"Er...aku tak pandai pilih lah Ochobot...ehehe..." Boboiboy tersenyum canggung.
"Hmm, tak reti berfesyen lah kau ni"
Ejekkan Ochobot itu kena tepat pada hatinya.
"Dah lah, kau duduk je luar, biar aku yang pilihkan untuk kau. Bak sini duit nanti aku nak bayar"
Boboiboy mencebit dirinya kena halau oleh kawan baiknya sendiri.
"Haih, yelah. Nah"
Boboiboy memberikan dua lembar seratus ringgit pada kawannya itu, menjadikan jumlahnya dua ratus ringgit.
"Dah siap nanti, macam Kapten cakap tadi, jumpa dekat kereta"
Tanpa menunggu balasan daripada Ochobot, Boboiboy terus berlalu pergi dari situ.
"Eh eh?! Tung-er....haih...banyak sangat duit dia bagi ni...."
.
.
.
Boboiboy sudah berada di luar kedai baju itu.
Dia mengambil jalan yang sama mereka lalu tadi daripada 7 Eleven tadi.
Dia mahu kembali ke kereta, seperti apa yang Kapten Papa suruh tadi.
Bobojboy bersiul sepanjang jalan.
Kaki lima di sana memang sesak dengan semua penduduk lalu lalang ingin pergi ke kedai macam macam.
Keadaan sesak itu sedikit mengubati hatinya.
"Hehehe..."
Sekurang kurangnya ianya tidak sunyi seperti di istana.
Sambil sambil jalan tu, matanya melilau, dan terperasan sesuatu.
"Hm hm hm hm~ eh?"
Di bahagian simpang antara kedai kedai itu, dia terlihat ada seorang mak cik sedang duduk di atas sebuah kotak yang sudah dileperkan.
Bajunya lusuh dan compang camping. Mak cik itu juga kelihatan kurus kering sehingga mampu terlihat tulangnya pada pipinya.
"A-apa yang...."
Dia tersentak melihat keadaan makcik itu yang sangat tidak terurus.
Dia melihat penduduk yang lain, kenapa tiada sesiapa yang menolong mak cik itu?
"Tak boleh jadi ni..."
Dia memberanikan diri, dan berjalan mendekati makcik itu.
Makcik itu sedang mengelamun sehingga tidak perasaan dengan kehadiran anak muda itu.
"....Makcik?"
Dengan suara lembut, Boboiboy menegur wanita tua itu.
Makcik itu akhirnya sedar akan kehadirannya.
"Ah....ya sayang? Ada apa apa makcik boleh bantu ke?"
Boboiboy mencangkung di depan wanita itu, menyamakan ketinggiannya dengan Makcik itu yang sedang terduduk.
"Saya cuma nak tanya...apa dah jadi dekat Makcik? Macam mana Makcik boleh jadi macam ni?"
Soalan itu membuatkan wajah wanita tua itu seketika berubah, seperti terkesan dengan soalan anak muda itu.
Boboiboy yang perasan akan itu, cepat cepat melambai tangannya ke perbagai arah dengan panik, takut wanita itu terasa dengan soalannya.
"M-maaf! Makcik tak perlu jawap kalau Makcik rasa tak selesa...."
Ah sudah. Waktu first time dia nak cuba risaukan pasal orang lain ni lah dia sudah buat orang terasa.
"Bukan nak, kamu tak salah. Haih....
Makcik itu menarik nafasnya, seperti mengumpul semangat untuk menceritakan apa yang Boboiboy tanyakan sebentar tadi.
"Dua tahun lalu, keluarga Makcik terlibat dalam kemalangan kapal karam semasa Makcik di hospital. Hanya tinggal Makcik sahaja yang masih hidup. Selepas keluar daripada hospital...semua duit Makcik sudah dihabiskan untuk bayar kos perawatan....dua minggu lepas tu, Pemilik rumah sewa Makcik dan arwah keluarga Makcik datang untuk kutip duit sewa....tapi macam Makcik kata tadi, duit Makcik dah habis. Makcik pun dihalau keluar dari sana....dan di sini lah Makcik sekarang....hidup sebatang kara di sini...."
Makcik itu tidak segan segan menceritakan kisah hidupnya kepada anak muda itu.
Terasa, seperti satu beban sudah hilang daripada bahunya.
Akhirnya dia mampu luahkan apa yang telah terjadi kepadanya setelah sekian lama. Luahkan apa yang dia rasakan.
Boboiboy, tidak sangka ada rakyatnya yang hidup dalam keadaan ini.
Seketika, dia merasa gagal sebagai seorang putera, kerana masih ada rakyatnya yang hidup dalam kesusahan sementara dia dan keluarganya bermewah mewahan di istana sana.
Makcik itu tidak perasan Boboiboy meremas baju pada bahagian dada kirinya, mencuba untuk kekal tenang.
"Makcik, Makcik tunggu saya kejap ya? Saya ada sesuatu nak buat"
Tanpa menunggu balasan daripada wanita tua itu, Boboiboy terus berlari ke arah kawasan kedai kedai itu semula, dan lesap di sebalik dinding banggunan.
Makcik itu sedikit terpinga pinga dengan kelakuan anak muda itu.
Boboiboy mencuba untuk mencari mana mana kedai serbaneka yang mampu dia cari.
Dia berhenti di depan sebuah kedai Speedmart 99, dan terus masuk ke dalamnya.
Boboiboy terus berjalan ke arah kawasan makan, dan mencuba mencari apa apa yang dia boleh beli di dalam kedai itu.
Dia mengambil beberapa roti, bijirin, dan coklat, air dan membawanya ke kaunter untuk membayar.
"Semuanya 50 ringgit, dik"
Selepas membayar, Boboiboy membawa plastik penuh makanan itu kembali kepada Makcik tadi.
"Makcik, ni saya ada bawa sesuatu untuk Makcik"
Makcik itu terkejut melihat plastik besar pada tangan anak muda itu.
Boboiboy melutut di depan wanita tua itu, sambil mengeluarkan satu persatu makanan yang dia beli.
"Ni saya ada beli beberapa makanan untuk Makcik. Harap Makcik sukalah"
Boboiboy menyusun kesemua makanan itu di depan Makcik itu.
Makcik itu sudah kelihangan kata kata.
Dia hampir menangis melihat apa yang anak muda itu sanggup lakukan untuknya.
"Semua ini akan bertahan untuk seminggu, haraplah. Oh oh! Nah, ini untuk Makcik juga. Makcik gunalah untuk beli pakaian baru atau apa apa"
Boboiboy menghulurkan sekeping duit seratus ringgit kepada Makcik itu.
"Saya tahu ini tidak seberapa, tapi ini sahaja yang saya mampu lakukan untuk tolong sekarang ni...."
Dia takut Makcik itu tidak suka dengan pemberiannya, sebab dia tahu pemberiannya itu tidak seberapa untuk bandingkan dengan apa yang Makcik itu telah lalui.
Tetapi, matanya sedikit membesar, bila Makcik itu sudah tidka dapat lagi menahan air matanya, dan terus memeluk badan kecilnya itu.
"M-Makcik?"
"Terima kasih nak! M-Makcik tak tahu macam mana nak berterima kasih lagi! Kamu lah orang pertama yang sanggup bantu Makcik selama ni! Terima kasih nak! Terima kasih!"
Makcik itu tidak tahu apa lagi yang harus dia katakan kerana hatinya terlalu gembira dan bersyukur, ditemukan dengan anak muda yang baik hati itu.
Boboiboy, turut tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Dia hanya membalas pelukkan Makcik itu, sambil membiarkannya lepaskan semuanya di dalam pelukkannya.
.
.
.
Sementara itu, Ochobot akhirnya keluar daripada kedai baju itu, dengan dua beg kertas penuh baju yang dia beli tadi.
Disebabkan baju yang dia beli hanyalah baju budak budak sahaja, dia ada banyak baki daripada semua duit yang Boboiboy beri tadi. Dia masih ada enam puluh tiga ringgit lagi.
"Ok, mana pulak budak tu? Dia kata dia nak pergi kereta tadi kan?"
Ochobot pun mula berjalan mahu menuju ke kereta kerana sudah membeli apa yang dia mahukan.
Sambil berjalan, ekor matanya menangkap sosok yang memanglah dia kenali.
Dia menyorok di belakang dinding kedai itu, dan melihat Boboiboy masih lagi dipeluk erat oleh wanita tua itu.
Ochobot tidak tahu apa yang berlaku, tetapi selepas melihat keadaan Makcik itu dengan bajunya, seplastik penuh makanan di atas tanah, dia faham apa yang kawannya itu cuba lakukan.
Dia tersenyum, sambil menutup matanya.
Nampaknya dia sudah tidak pelu risau dengan jenis raja apa yang putera mudanya itu akan jadi nanti.
Selepas segalanya berakhir, Boboiboy dan Ochobot pun kembali semula ke kereta Kapten Papa, dan mereka pun kembali semula ke istana.
2699 perkataan
Nampaknya sudah mampu dilihat masa depan kerajaan ini-
Oh ya, ini rupa Ochobot versi manusia versi Author kepada yang tak tahu! :D
Ok bye-*serbu masuk studio monsta*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top