Chapter 8

Mereka belajar Matematik pada pagi itu.

Cikgu mereka adalah Cikgu Shamrul, guru disiplin sekolah itu.

Masuk sahaja Cikgu Shamrul ke dalam kelas, satu kelas terus senyap, tidak mahu membuat Cikgu mereka itu marah.

Sepanjang waktu pembelajaran, memang mereka senyap sahaja, sambil menyalin kerja yang ditulis Cikgu Shamrul di papan putih.

Hanya mampu didengari bunyi kipas dan pen marker yang berlaga dengan papan putih sahaja sepanjang satu jam itu.

Boboiboy melihat ke arah budak budak di dalam kelasnya, semua tersneyum dengan dahi berpeluh seperti lautan pasifik, dengan tangan yang tidak lekang daeipada menyalin.

Tiba tiba, loceng pertukaran waktu belajar berbunyi.

"Hm? Hm..."

Cikgu Shamrul pun meletakkan pen marker kepada besi yang berada di papan putih itu.

"Yaya" Cikgu Shamrul memanggil sang ketua kelas itu.

Yaya mengangguk, dan bangun daripada kerusinya.

"Bangunnn! Terima kasih, Cikgu!"

Para pelajar lain pun melakukan benda yang sama.

"TERIMA KASIH CIKGU!!!"

Cikgu Shamrul pun keluar daripada kelas itu.

Pelajar yang berada di sebelah pintu, memastikan Cikgu Shamrul cukup jauh daripada kelas mereka.

Dia pun mengangkat tangannya, menandakan cikgu dah cukup jauh.

Satu kelas melepaskan nafas lega.

"Huhhhhh, selamatttt" kata Gopal sambil mengusap dadanya sendiri.

Ochobot dan Boboiboy sampai naik kening melihat tingkah laku budak budak kelas mereka itu.

"Korang semua ni dah kenapa? Macam takut semacam je?" kata Ochobot.

Terus satu kelas terkejut mendengar kata kata Ochobot.

Gopal terus melompat daripada kerusinya, dan menutup mulut Ochobot dengan jari telunjuknya.

"Shhh shh shh shh! Jangan cakap macam tu Aidannnn!"

Kedua sekawan itu makin lama makin blank jadinya dengan perangai mereka semua ni.

"Kenapa pulak? Apa salahnya?" Ochobot menepis jari Gopal daripada mulutnya. Bau kari masala.

"Kau tahu tak Cikgu tu siapa?" Gopal bertanya dengan wajah takut.

Ochobot memandang Gopal atas bawah dengan wajah malas.

"Tak" jawap Ochobot singkat, padat dan jelas.

"Manalah aku nak tahu. Aku dengan Boboiboy kan baru pindah sini, soalan kau ni pun" tak pasal pasal Gopal kena marah.

Gopal pun berdehem, dan tiba tiba, satu kelas jadi gelap dengan semua tingkap berkunci, dan sekali lagi diri mereka dikerumuni semua murid dalam kelas itu.

"Hah, kalau kau tak tahu, sini kami bagi tahu" Fang bergabung dalam lautan manusia itu.

Seketika Boboiboy menyesal minta bersekolah.

"Cikgu Shamrul tu Cikgu disiplin sekolah ni! Ada khabar mengatakan, Cikgu adalah bekas general tentera! Lepas berhenti, dia jadi juara tinju lapan kali dan berenang merentas lautan pasifik!"

Gopal memasang lampu suluh di bawah dagunya, mencuba menaikkan kesam seram di dalam penceritanya.

"Dan orang kata, dia pernah membuat pembedahan ganti urat dia dengan dawai besi!!!"

Muncul effect bunyi guruh di belakang Gopal, membuatkan Boboiboy dan Ochobot hampir kena sakit jantung.

Bila Boboiboy dan Ochobot lihat di belakang Gopal, terlihat Iwan yang sedang memegang radio, dalang daripada bunyi guruh itu.

Iwan perasan dirinya dilihat oleh mereka berdua, perlahan lahan turun ke bawah sambil melambai dengan wajah malu.

Ochobot dan Boboiboy memasang wajah malas. Buat suspent je.

"Hah, dengan semua kisah tu kau ingat Cikgu Shamrul tu manusia biasa ke dey?!"

Amar Deep muncul di belakang Gopal, dan tarik tangan Gopal yang ada lampu suluh itu kepadanya.

"Lebih baik kalau kita tak buat Cikgu marah kalau nak selamat" Stanley menggeletar ketakutan di sebelah mereka.

"Tambah lagi, dah pernah ada pelajar disuruh berdiri luar kelas sebab terjatuhkan pensel daripada meja je. Sebab tu kami tak berani bersuara" kata seorang pelajar lagi bernama Suzy.

"Hah, dah faham dah?!" Gopal dah Amar Deep sama sama bercakap sambil wajah mereka hanya seinci di depan wajah Ochobot.

"F-faham faham" Ochobot mengangguk laju, terpaksa bersetuju.

Kelas itu tiba tiba menjadi cerah kembali.

"Hah, kalau dah faham, jom pergi padang sekolah. Dah waktu pendidikan jasmani dah ni"

Yaya melihat ke arah jam tangannya, dah pukul 9:30 pagi.

Tepat untuk waktu pendidikan jasmani pada jadual kelas mereka.

"P-pendidikan jasmani?" 

Boboiboy tidak tahu mata pelajaran apa itu, dan melihat ke arah Ochobot untuk penjelasan.

Tetapi Ochobot hanya memberi isyarat tangan untuk ikut sahaja mereka dan nanti dia tahulah.

Bobojboy mengangguk, dan mereka melihat kawan kawan kelas mereka sudah berjalan keluar meninggalkan mereka.

Mereka pun ikut dari belakang, menuju ke bilik persalinan.

.
.
.

Mereka berada di bilik persalinan lelaki.

"Korang gantilah dulu baju. Nanti kitorang tunjuk jalan ke padang" kata Fang.

Satu persatu daripada pelajar lelaki pun mula menukar pakaian mereka kepada baju sukan.

Bila sudah siap pakai, Fang masih melihat Boboiboy tercegat di tempatnya tanpa berbuat apa apa.

"Er..." mata Boboiboy melilau seperti mencari seseorang.

"Kenapa? Kau tak ada baju sukan ke?" Fang bertanya begitu kerana takut Boboiboy tak tahu jadual lagi.

Yelah, kan semalam Ochobot kata diorang bawak semua buku sebab tak tahu jadual.

"Erm...." Boboiboy tidak tahu apa yang patut dia katakan.

"Ra-"

"Tak apa, ni hah. Tertinggal dalam kelas"

Ochobot tiba tiba muncul di belakang Boboiboy dengan dua baju sukan dan seluar sukan pada kedua dua tangannya.

Ochobot mengenyitkan matanya pada Boboiboy.

Boboiboy tersenyum lega, Ochobot berjaya menyelamatkannya.

Semasa keluar daripada kelas tadi, Ochobot lari ambil jalan lain pergi ke koperasi sekolah dan cepat cepat beli dua pasang baju sukan dan terus berlari ke bilik persalinan itu.

Selamat sahaja Ochobot sempat mengatur nafasnya, kalau tidak, nampak sangat dia berlari jauh tadi.

"Oh~ ingatkan apalah tadi. Hah, cepat cepat tukar, karang tak pasal pasal kena marah dengan Cikgu sebab lambat"

Boboiboy dan Ochobot pun cepat cepat tukar baju mereka, dan ikut yang lain ke padang sekolah.

.
.
.

Semua pelajar kelas 3 Candra itu yangs seramai 25 orang berkumpul di atas padang sekolah, dengan seorang cikgu.

Cikgu mereka itu adalah guru besar sekolah mereka sendiri, iaitu Cikgu Tarung.

"PELAJAR!!!"

Mereka semua pun mula mengambil posisi jaga sedia.

Boboiboy yang tidak tahu apa apa, hanya ikut apa yang pelajar lain lakukan.

"Hari ini Cikgu mahu kamu berpecah kepada empat pasukan. Dua lelaki dan dua perempuan. Lelaki akan bermain bola sepak, dan perempuan akan bermain bola baling. FAHAM SEMUA?!?!"

Cikgu Tarung memberikan arahan kepada semua anak muridnya itu.

"FAHAM CIKGU!!!" anak anak muridnya membalas dengan bersemangat.

Setiap pelajar pun mula berpisah kepada kumpulan masing masing.

Ada juga budak kelas sebelah yang join kumpulan mereka untuk cukupkan ahli. Sebab kelas mereka sendiri tak cukup orang,

Yelah, 25 orang pecah 4 kot-

Boboiboy tidak join, dan hanya jadi pemain backup, sebab Ochobot sendiri yang suruh sebab Boboiboy tak pandai main.

"Kau duduk tepi, tengok je kitorang. Kau kan kaki bangku~" Ochobot tersenyum nakal, sengaja ejek dalam diam sebab dia tahu kawan dia tu tak pandai main.

"Ceh. Bertuah punya kawan"

Boboiboy pun duduk di atas rumput di tepi gelanggang bola kecil sekolah itu, sambil menongkat dagu, bosan tidak dapat buat apa apa.

Sedang ralik tengok kawan kawannya semua main, seseorang menegurnya.

"Khairul? Kenapa tak main?"

Tiba tiba Cikgu Tarung muncul di belakang Boboiboy.

"Oh, saya jadi pemain simpanan cikgu. Dah cukup orang dah"

Boboiboy kembali melihat pelawanan itu.

Dia menganalisi satu satu gerakan mereka. Dia akhirnya faham cara main bola sepak itu.

Cikgu Tarung pun melihat permainan anak anak muridnya itu yang nampak sangat tak ada ilmu bola sepak.

Lebih lebih lagi Ochobot.

"Eh eh eh?!"

Dia sepak bola pun kasut yang melayang.

Bola pula boleh pulak bergolek arah berlainan sampai keluar daripada gelanggang.

"Apa lah kau ni Aidan!!! Nak main pun elok elok lah, alamakkkk!"

Tak pasal pasal dirinya kena marah. Dapat malu satu.

"Tukar tukar dengan Khairul!"

Dirinya pun keluar daripada gelanggang itu sambil menangis.

"Huhuhuhu~"

Menyesal pulak berhenti main bola sepak waktu umur 12 tahun dulu.

Dia pun duduk di sebelah sang putera muda itu.

Boboiboy menahan dirinya daripada ketawa melihat Ochobot kena marah.

"Siapa yang kaki bangku sekarang?" Boboiboy membalas ejekkan Ochobot semula.

"Diam lah ko" Ochobot memasang muka meluat.

Boboiboy pun bangun, dan masuk ke dalam gelanggang.

Dia mengambil posisi striker, posisi Ochobot tadi.

"Go Boboiboy! Kalahkan diorang!"

Gopal sebagai penjaga goal pasukannya, menyorak ke atas Boboiboy.

Berhatap yang budak satu ni tak sama macam kawannya.

Boboiboy memberi thumb-ups kepada Gopal, mengatakan yang dia boleh percayakan dia.

"Perlawanan bermula semula!" salah satu pelajar lelaki lain, iaitu Erza, yang menjadi pengadil untuk pelawanan tidak rasmi itu, memberi arahan.

Bola diletakkan di tengah tengah gelanggang, dan Erza cepat cepat lari keluar daripada sana.

Salah satu pemain lawan berlari ke depan untuk mengambil bola itu.

"Yes!"

Tetapi, sebelum kakinya sempat mendarat pada bola itu, bola itu tiba tiba hilang, dirampas pemain lain.

"Eh?!"

Dia melihat ke arah perampas. Ianya adalah Boboiboy.

Boboiboy berjaya mendapatkan bola itu sebelum lawannya.

"Hahahaha!!!" dia ketawa gembira.

"Tch! Halang diaaa!!!"

Pasukan lawan mula satu persatu bergerak ke arahnya, mencuba mencuri bola itu daripada kakinya.

Tetapi, dengan licik, dia menggelecek kakinya, mengelak setiap serangan lawannya.

Ochobot sendiri ternganga melihat cara kawannya itu bermain.

"Se-sejak bila dia pandai main bola sepak pulak ni?"

Seingat dia bola sendiri pun Boboiboy tal kenal. Apa lagi cara bermain.

Tak kan lah dengan sekali tonton dah pandai cara mainnya?

Boboiboy berjaya melepasi setiap halangan, dan berada betul betul di depan goal lawannya.

Penjaga goal lawan, iaitu Stanley, sudah tersenyum jahat sambil membetulakan posisinya untuk menangkap tendangan budak baru itu.

Boboiboy tahu dia perlu tendang bola itu masuk ke dalam goal, sebab dia dah lihat lawannya cuba tendang masuk bola itu masuk ke dalam goal pasukannya, tetapi berjaya dihalang Gopal.

Dengan tumpuan sepenuhnya pada bolanya, Boboiboy menendang bola itu, dan menyasarkannya kepada buku kiri atas goal lawannya itu.

Stanley mencuba untuk menangkap bola itu, tetapi dia tersadung dan tersembam ke tanah.

"Eh eh eh?! Adoi!"

Bola tendangannya pun berjaya masuk ke dalam goal.

"Yay! Berjaya-"

"GOALLLL!!!"

Terkejut Boboiboy dibuatnya.

Budak budak mat bola di pasukannya menjerit "goal" sekuat hati sebelum satu persatu mula melompat ke arah Boboiboy dan memeluknya.

"Eh eh eh?!"

Selamat je tak kena hempap. Karang penyet badan budak tu dibuatnya.

"Bagus Khairul! Macam tu baru betul! Tak macam si Aidan tu~"

Tak habis habis peluru yang dilancarkan kepada Ochobot.

Sampaikan Cikgu Tarung sendiri terketawa melihat anak muridnya yang satu itu dibuli.

"Ish! Jaga kau Boboiboy! Balik ni aku akan berlatih balik main bola sepak sampai lagi bagus daripada kau!"

Suasana menjadi sedikit hangat bila Ochobot dan pelajar pelajar yang lain bergaduh sesama sendiri.

Gaduh budak budak, biasalah lah kan.

Walaupun Ochobot tu pengawal peribadi yang perprosional, dia masih lagi budak sekolah 15 tahun.

Boboiboy tersweatdrop, tidak suka dengan situasi gaduh gaduh itu.

"Erm...korang. Kita sambung main je boleh? Ajaklah Aidan sekali, biar semua orang boleh main"

Mendengar permintaan Boboiboy, tak kan lah diorang nak tolak kan?

"Yelah yelah. Aidan. Sini pecat. Kau boleh main jadi sayap kanan jelah" ajak secara terpaksa salah seorang pelajar bernama Hafiz.

Ochohot pun apa lagi. Dah diajak semula tu, cepat cepat dia masuk ke dalam posisi.

Beberapa round berlangsung.

Adalah dua tiga goal yang berjaya Ochobot lepaskan walaupun dua daripada tiganya cuma bertuah dan satu lagi terbang masuk goal bersama kasutnya sekali. Nasib tak landing atas kepala Stanley.

Cikgu Tarung kelihatan bangga dengan Boboiboy kerana berjaya leraikan perbalahan ringan itu dengan baik.

Boboiboy semakin lama semakin pandai bermain, dan kelihatan sudah bermain lama.

Sampaikan Ochobot dah faham bagaimana Boboiboy boleh catch up dengan semua pembelajaran di istana dengan cepat. Dia cepat belajar.

Sama macam kejadian bersama Maskmana.

Seketika, Ochkbot terlihat Boboiboy seperti terlalu gembira.

"Hahahaha!!!"

Boboiboy menendang satu lagi goal, tetapi kali ini tersasar dan keluar daripada goal.

"Ups! Sorry sorry, aku pergi ambik!"

Ochobot tahu itu bukan Boboiboy, tapi Taufan.

Bila Boboiboy kembali, sudu topinya sudah bertukar ke arah kanan kepalanya.

"Aik Khairul? Cuba gaya topi baru ke?" Amar Deep menengurnya.

"Hmmmm~ boleh kata begitulah. Hehehe!"

Ochobot mahu menengurnya, tapi mekihat Taufan tidak membuat masalah, dia membiarkan sahaja satu sisi daripada sang putera itu berseronok.

Mereka pun bermain sepanjang waktu pendidikan jasmani itu.

.
.
.
.
.
.
.

Waktu pendidikan jasmani dah tamat, kesemua budak budak itu kini berjalan menuju ke kantin untuk waktu rehat.

Sementara semua pelajar lain berebut rebut berlari menuju titik tujuan, Ochobot dan Boboiboy berjalan santai, sambil Boboiboy memegang kepalanya.

"Erm....apa dah jadi Ochobot?"

Nampaknya Boboiboy dah kembali ke dirinya yang normal.

"Taufan kawal kau tadi. Tapi selamatlah dia tak buat apa ap benda yang mencurigakan"

Ochobot mula menceritakan apa yang jadi tadi, dari mula Taufan kawal dirinya, sampailah tamat waktu pendidikan jasmani itu.

Boboiboy nampak terkejut mendengar itu.

Dia kembali memegang kepalanya semula, sambil mengeluh berat.

"Huh...."

Nampaknya dia tetap tak boleh jalani kehidupan sekolahnya tanpa dirinya yang lain mengawalnya tanpa pengetahuan dirinya.

"Tak apa. Setakat ni, mereka tak cuba buat benda yang bukan bukan. Taufan tadi pun cuma mahu berseronok sambil bermain bola sepak dengan budak budak yang lain. Kalaupun ada benda yang terjadi, kau boleh harapkan aku. Ok?"

Ochobot cuma menenangkan dirinya. Dia tahu Boboiboy sedang rasa kesal, dan dia tidak mahu Bohoiboy berasa demikian.

Boboiboy pun hanya mampu mengangguk. Dia pun tidak mahu Ochobot risau akan dirinya.

"Jom kita cari makan dulu eh?" Ochobot cuba mengubah tajuk, untuk gembirakan sikit hati sang putera itu.

"Ok"

Mereka berdua pun berjalan mengikuti pelajar pelajar yang lain menuju ke kantin sekolah.






















2120 perkataan

Selamat Taufan tak buat hal-

Ok bye-*lompat masuk kuali, jadi dodol*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top