Chapter 7

Boboiboy dan Ochobot tiba di depan pagar istana selepas waktu persekolahan tamat.

Kapten Papa menurunkan mereka di depan pagar sitana, sebelum pandu pergi, untuk cari tempat untuk parking keretanya.

Boboiboy dan Ochobot pun berjalan masuk ke dalam istana, dan orang pertama yang mereka lihat, adalah Mara.

Mara mendepakan tangannya, dan Boboiboy pun berlari masuk ke dalam pelukkan ibunya itu.

"Hahaha! Macam mana hari pertama anak Bonda di sekolah? Semuanya ok tak?" Mara mencubit manja pipi tembam anaknya itu, geram sebab comel sangat.

"Hehe! Semuanya baik je, Bonda! Boboiboy dapat buat banyak kawna baru! Semua budak dalam kelas Boboiboy pun terima kedatangan kami dengan baik!" Boboiboy menjawap pertanyaan maknya itu dengan semangat.

Mara gembira mendengar khabar baik itu. Mara pun berpaling ke arah Ochobot pula.

"Terima kasih, Aidan. Sebab sudah jagakan anak beta untuk beta sepanjang kamu semua di sana" Mara berterima kasih kepada pengawal peribadi anaknya itu.

Ochobot pun memberi tunduk hormat kepada sang ratu.

"Tidak perlu, Tuanku. Memang sudah tugas patik untuk pastikan Tuan Putera selamat" dirinya berubah menjadi formal di depan sang pemerintah itu.

Walaupun dia berkawan baik dengan anak mereka, ratu masihlah ratu. Atasannya, dan juga pemilik darjat paling tinggi di dalam kerajaan itu.

"Hah, Boboiboy cerita lah seharian Boboiboy dekat sekolah hari ni! Bonda nak dengar!" Mara melepaskan anaknya itu, dan memimpin anaknya itu bersama kawannya masuk ke dalam istana.

"Boleh boleh! Oh ya, Bonda. Mana Ayahanda?" Boboiboy mencari kelibat ayahnya kerana hanya ibunya sahaja yang berada di sana.

Wajah Mara seketika berubah kepada senyuman kecewa apabila mendengar soalan anaknya.

Entah kenapa, Boboiboy sudah boleh agak jawapannya.

"Ehehe....ayahanda kamu tu...haih....seperti biasalah. Dia sibuk. Dia ada perjumpaan dengan datuk bandar tengah hari tadi. Tapi sampai sekarang masih belum habis lagi"

Boboiboy mampu mendengar keluhan kecil daripada ibunya itu.

Kecewa, ya kecewa. Tapi, entah kenapa, dia sudah tidak kisah lagi.

"Bonda macam mana? Bonda mesti sibuk juga, kan? Bonda tak perlu abaikan kerja Bonda untuk Boboiboy. Kerja Bonda lebih penting"

Memang pelik bila ibunya mampu berada di situ tanpa ayahnya. Kalau ayahnya sibuk, ibunya juga sama.

Dia cuma risau jika disebabkan dia, ibunya menolak tepi kerjanya.

"Tak adalah lah, sayang. Bonda dah siapkan semua kerja Bonda sebelum sayang habis sekolah lagi. Cuma datuk bandar tu cuma mahu berjumpa dengan ayahanda kamu sahaja, dan bukan Bonda"

Mara mencuba untuk tidak membuat anaknya risau dengannya. Keadaan di dalam istana itu sudah cukup menekankan, jadi dia tidak mahu anaknya turut tertekan.

"Baiklah kalau Bonda cakap macam tu...."

Mereka pun tiba di bilik rekriasi, bilik yang sama Amato berjumpa dengan Tok Aba dan Umi masa membincangkan mengenai sekolah Boboiboy hari tu.

Tok Aba dan Umi turut berada di sana, teralih perhatian mereka apabila melihat kedatangan menantu dan cucu mereka itu bersama dengan Ochobot.

"Atok! Nenda!"

Boboiboy berlari ke arah mereka, dan memeluk kedua dua atok dan neneknya itu.

"Eh eh, Boboiboy! Balik dah cucu Nenda ni. Tengok tu, habis kusut rambut dibuatnya bawah topi tu"

Umi menanggalkan topi cucunya itu, dan membetulkan rambut budak itu.

"Ehehehe~"

Bukan biasa Boboiboy dapat waktu nak bermanja dengan mereka, sebab dia selalunya sibuk dengan pembelajaran para dayang dan pengawal.

Tok Aba menepuk kerusi di sebelahnya, mempelawa menantu dan pengawal peribadi cucunya itu untuk duduk di sebelahnya.

Setelah mereka berdua duduk, Tok Aba berpaling kembali kepada cucunya.

"Hah, Boboiboy. Tak nak cerita ke apa yang berlaku dekat sekolah hari ni?"

Boboiboy pun kembali bersemangat dan menceritakan semua benda yang berlaku hari tu.

Mula dari seberapa ramainya pelajar yang ada di sekolah itu, dia diterima dengan baik oleh kelasnya, pasal perpustakaan sekolah yang ada banyak buku yang dia tidak pernah lihat sebelum ni, macam macam lagi lah.

Kedua dua warga emas itu gembira mendengar cucu mereka mengalami hari yang baik di sana.

Tok Aba terketawa.

"Selamatlah kamu diterima dengan baik. Tak macam ayahanda kamu tu dulu"

Tok Aba mula mahu mengumpat kisah anak lelaki semata wayangnya itu.

Umi turut mencuba menahan ketawa, bila teringat bahagian kisah mana yang suaminya maksudkan.

"Hm? Apa masud atok?" Boboiboy mulai tertarik dengan kata kata datuknya itu.

Umi dan Tok Aba mula tersenyum jahat sesama sendiri, bersedia mahu bocorkan aib anak mereka itu.

"Dulu, walaupun ayahanda kamu tu sekolah dekat sekolah diraja, tapi dia tu, nak kata macam mana eh? Seekor kata di dalam kandang lembu" kata Tok Aba masih dengan senyuman jahatnya.

"Katak dalam kandang lembu? Macam mana tu?" Boboiboy tidak memahami perumpamaan atoknya itu.

"Maksudnya, ayahanda kamu tu tidak disukai satu sekolah. Sebab dia suka berlagak hero. Tapi pada akhirnya mengundang padah pada diri sendiri. Macam waktu dia nak ambilkan anak kucing salah seorang puteri dekat sana. Tapi kucing tak dapat. Masuk baldi air yang dapat. Dia jatuh dari pokok tu masa kucing tu melompat lari dan mendapat tepat di atas baldi air milik kuda dekat sana"

Bersungguh sungguh Umi menceritakan kisah itu dengan detail sekali untuk cucunya.

Ochobot di tepi, dah tersenget cermin matanya mendengar kisah mengenai rajanya itu.

Boleh tahan jahat juga bekas raja dan ratu ni.

"Lepas tu, walaupun bakal raja, dia tu boleh tahan nakal jugak. Dia dengan pakcik Awang kamu tu selalu buat masalah dekat sekolah dan selalu kena denda dengan cikgu mereka"

Awang adalah nama sebenar Mechabot. Tok Aba ketawa mengingati kembali kisah lama anaknya itu sebelum dia menjadi raja.

"Oh~" Boboiboy sampai tersweatdrop mendengar kisah lampau ayahnya itu.

"Bonda macam mana? Macam mana Bonda kenal dengan Ayahanda dulu?"

Mendengar bagaimana perangai ayahnya dulu, dia mahu tahu juga bagaimana ibunya boleh kahwin dengan ayahnya.

Mara siap terketawa, mengingati kisah masa muda dulu.

"Memang Ayahanda kamu tu banyak buat masalah. Tapi setiap masalah yang dia buat tu semuanya kerana mahu menolong. Walaupun kebanyakkannya berakhir dalam masalah, tapi niat dia baik. Kamu tahu Bonda tak boleh berjalan tanpa kaki besi ni, kan?"

Mara mengangkat sedikit kain gaunnya, melihatkan kakinya yang dibalut besi.

"Tahu tahu" Boboiboy mengangguk.

"Ayahanda kamu tu lah yang selalu bantu Bonda naik tangga, ambilkan barang di tempat tinggi, dan banyak lagi masa Bonda masih gunakan kerusi roda dulu"

Rasa sayu pula mengingati zaman anak dara teruna dulu. Masa mereka semua masih belajar untuk menjadi pemerintah baru untuk negeri mereka.

Walaupun banyak kali bergaduh dengan Amato, akhirnya hanya dia sahaja yang ada untuk dia masa Pian dan Deep tidak mampu membantu.

Bukan mereka tidak mampu bantu, tetapi jarak mereka terlalu jauh untuk mereka tolong.

Contohnya, masa Mara terjatuh masuk ke dalam trek lumba kuda kerana ada pelajar yang tertolak kerusi rodanya masa dia berada di kerusi penonton.

Sementara pelajar lain semua panik akibat ada kuda yang semakin lama semakin dekat dengannya, Amato sorang sahaja yang sanggup lompat turut dari sana, dan selamatkan Mara daripada dipijak oleh kuda itu.

"Walaupun memang kenyataan dia banyak buat masalah, tapi akhirnya Bonda tetap jatuh cinta dengan Ayahanda kamu tu, kan?"

Boboiboy kelihatan tertarik dengan kisah cinta mak ayahnya itu.

"Hah, Boboiboy pun kena jadi macam Ayahanda kamu juga, tau? Bantu orang yang di dalam masalah, tidak kira masalah itu besad ataupun kecil. Faham, cucu Nenda?" Umi menasihati cucunya itu.

"Baik Nenda!" Boboiboy mengangguk faham dengan semangat.

Mereka pun menghabiskan masa sepanjang hari itu bersama di dalam bilik rekriasi itu.

.
.
.
.

Beralih lokasi, masa yang sama Boboiboy baru sampai ke istana, seperti yang dikatakan oleh Mara, Amato sedang di dalam masyuarat bersama dengan datuk bandar Pulau Rintis itu.

Mereka sedang duduk di depan sebuah meja panjang sambil menghadap satu sama lain pada hujung yang berbeza.

Meja itu memang digunakan untuk setiap masyuarat, tidak kira bersama raja dan ratu lain, pembesar besar istana, ataupun rakyat jelata yang berpangkat besar.

Suasana di dalam bilik itu terasa tegang, apabila mereka memberikan pandangan tajam kepada satu sama lain.

"Jadi, macam mana sekarang ni, Tuanku? Semakin lama, semakin menjadi jadi jenayah di Pulau ini. Sampai bila kita nak biarkan semua benda ni berlaku?"

Datuk Bandar bernama Dato' Ismail itu meluahkan masalah mereka itu.

"Beta tahu, Dato'. Beta tahu. Beta dah cuba untuk membantu setiap mangsa kejadian, tetapi jika kita masih tidak dapat tahu siapa dalang daripada jenayah semua ni, tak ada gunanya juga"

Amato turut kelihatan tertekan dalam situasi itu.

Bukan hanya satu tempat, tetapi beberapa tempat telah menjadi lokasi jenayah, tidak kira rompakkan, kebakaran, vandalisme, penculikkan mahupun jualan haram telah berlelusasa di sekitar pulau itu, tida kira di bandar mahu pun di kawasan kampung sejak 3 bulan yang lalu.

Pulau itu mulai tidak selamat untuk rakyat, dan Amato tahu akan itu.

Dia turut hampir pernah diculik masa dia masih lagi seorang putera dulu.

"Tapi sampai bila, Tuanku? Patik dah arahkan pihak polis untuk ketatkan kawalan, dan hanya mampu menangkap tiga daripada mereka. Tetapi kes jenayah tidak berkurang sama sekali"

Dato' Ismail itu juga salah satu yang berkuasa untuk pastikan keselamatan pulau itu, jadi Amato tahu datuk bandar itu turut risau sama sspertinya,

Terumanya Dato' Ismail sudah menjadi datuk bandar selama 20 tahun lamanya.

Bukan senang untuk hilangkan kes jenayah. Mereka boleh cuba kurangkannya, tetapi bukan hentikannya.

Bahkan negeri negeri dan negara maju lainnya sendiri pun tidak mampu lakukannya.

"Beta....tak tahu...."

Kita kena ingat yang raja sendiri pun hanyalah manusia. Mereka tidak boleh buat keputusan yang tepat selamanya.

Dato' Ismail hanya terdiam sahaja, melihat rajanya sedang di dalam dilema, tidak tahu apa yang patut dia lakukan.

Tapi dia tidak salahkan Amato. Dia pun tak mampu nak jaga negeri itu juga.

"Tak apalah, Tuanku. Untuk sekarang, saya akan arahkan pihak polis dan bomba untuk bersedia dan ketatkan lagi pengamanan. Terima kasih, Tuanku. Patik pergi dahulu"

Selepas memberi tunduk hormat, Dato' Ismail pun berlalu pergi daripada bilik itu, meninggalkan Amato bersendirian di sana.

Amato tiba tiba menghentakkan tangannya pada meja panjang itu, sebelum mengusap kasar rambutnya sendiri atas tekanan yang dia rasakan.

Selamat sahaja datuk bandar itu sudah tiada di sana.

Masih tertanya lagi kenapa Amato kurung anaknya di dalam istana?

Negeri itu tidak selamat.

Dia tidak mahu anaknya terlibat dengan mana mana jenayah merbahaya itu, kerana dia masih muda lagi.

Tetapi Mechabot betul. Dia tidak boleh terus menerus kurungnya di sana.

Dia cuma mampu berharap Ochobot mampu menjaga anaknya dengan baik.

.
.
.
.
.

Keesokkan harinya, Boboiboy dan Ochobot kembali pergi ke sekolah untuk hari kedua, iaitu hari selasa.

Kapten Papa menurunkan mereka di depan pagar sekolah. Dan sebelum memandu pergi, dia melambai ke arah mereka.

"Selamat bersekolah anak anak Papa! Belajar elok elok tau~!"

Dia berseronok pula berlakon menjadi ayah mereka.

Boboiboy dan Ochobot hanya mampu tersweatdrop sambil melambai ke arahnya juga.

Kapten Papa pun memandu pergi meninggalkan perkarangan sekolah itu.

Waktu masuk ke dalam sekolah, mereka mahu pergi ke dewan terbuka untuk beratur.

Tetapi, bila mereka di sana, dewan itu kosong tanpa orang sama sekali.

"Eh? Kenapa tak ada orang lagi?" Boboiboy bertanya kepada kawannya itu.

"Kita awal sangat ke?" Ochobot melihat ke jam tangannya. Sudah 7:20 pagi. Sepatutnya semua pelajar sudah beratur.

"Perhimpunan pagi ni dibatalkan ke?" Ochobot melihat ke sekeliling.

Tiba tiba, dia melihat Fang, tidak jauh daripada mereka, mahu menaiki tangga untuk ke tingkat atas banggunan sekolah itu.

"Tu Fang! Jom tanya dia!" Ochobot pun menarik tangan Boboiboy, dan mereka berdua pun berlari ke arah kawan mereka itu.

"Fang!" Ochobot memanggil budak rambut cacak itu, menghentikannya daripada naik ke atas.

"Hm? Oh, yo! Khairul, Aidan. Apa korang berdua buat dekat sini?" tanya Fang.

"Kau pun buat apa dekat sini?" tanya Ochobot kembali.

"Aku baru balik daripada kantin. Beli donut lobak merah. Aku tak sempat sarapan tadi sebab abang aku kena hantar aku awal hari ni. Dia ada kerja dekat pejabat polis dia tu" kata Fang sambil menunjukkan plastik penuh 4 biji donut lobak merah yang dia beli tadi.

"Hm? Abang kau kerja sebagai polis?" tanya Ochobot lagi.

"Uuuu, sedap ke tu?" Boboiboy menyampuk.

Soalan yang tak patut yang mampu membuat Fang hilang coolnya.

"Heh! Mestilah sedap! Donut lobak merah Makcik Kantin adalah donut lobak merah yang paling sedap yang pernah aku rasa! Dengan krim yang tepat, dan hirisan lobak merah yang mencukupi, mampu membuatkan kau terhayal hayal sampai ke kerajaan ayah pink!"

Memang hilang cool Fang di situ.

Boboiboy dan Ochobot terkedu, sambil melihat Fang atas bawah dengan gaya spiderman dia itu.

Sedar dirinya lari daripada Character, Fang berdehem, dan menjawap soalan pertama tadi.

"Haah, kedua dua abang aku kerja sebagai polis" Fang berlagak seperti dia tidak hilang coolnya sesaat yang lalu.

"O-oh..ok?" Ochobot masih lagi pelik dengan Fang sorang ni.

"Oh ya. Kenapa semua pelajar masih belum beratur lagi ni? Bukan lagi 10 minit dah nak tujuh setengah dah ke?" Ochobot kembali ke pertanyaan utama pada pagi itu.

Fang menyumbat mulutnya dengan satu donut lobak merah itu, sebelum menjawap soalan Ochobot itu.

"Oh~ tu sebab perhimpunan hanya pada hari isnin sahaja. Hari selebihnya korang boleh terus pergi ke kelas macam biasa" jawap Fang.

Ochobot hampir terjatuh mendengar jawapan Fang.

Dia membetulkan cermin matanya, dan mengumpulkan coolnya kembali.

"Boleh pulak macam tu? Aku ingat apa lah tadi. Haih..."

Ochobot berkata macam tu sebab sekolah lama dia ada perhimpunan setiap hari. Nampaknya berbeza sekolah berbeza peraturan juga.

"Hah, jadi tunggu apa lagi? Jomlah pergi kelas. Karang tak pasal pasal kena marah dengan Yaya"

Mendengar sahaja nama Yaya, terus sahaja mereka mereka mengangguk, dan mengikut Fang daripada belakang.

Yelah, ketua pengawas tu. Habis nanti kalau kena tulis nama dengan dia.

Bila dah sampai kelas, loceng berbunyi, dan waktu persekolahan pun bermula.






















2181 perkataan

Jadi raja tidak lah mudah ya anak anak-

Ok bye-*ballet masuk gaung*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top