Chapter 6

Masa waktu pelajaran berlalu, dan sudah tiba waktu rehat untuk sekolah itu.

Kedengaran bunyi loceng pertukaran waktu, yang menunjukkan waktu rehat telah tiba.

Cikgu Zamri, yang sedang mengajar Sains ketika itu, meletakkan pen markernya di atas meja, dan berpusing menghadap anak anak muridnya.

"Baiklah, murid murid, kamu semua dah boleh pergi rehat sekarang"

Mendengar itu, kelas pun mula menjadi hingar bingar dengan semua pelajar mulai satu persatu berebut keluar daripada kelas itu untuk pergi mengisi perut mereka masing masing.

Boboiboy yang keliru dengan apa yang berlaku, bertanya kepada kawannya itu.

"Er....kenapa ni, Ocho?"

Ochobot yang sedang menyimpan buku bukunya ke dalam beg, berpaling ke arahnya.

"Hm? Oh. Sekarang waktu rehat" jawapnya.

"Waktu rehat?" tanya Boboiboy lagi.

"Setiap hari, akan diberi masa 40 minit untuk kita isi perut dan buat apa apa yang lain yang diluar pembelajaran" jawap Ochobot.

"Oh-jadi...kita nak kena pergi mana ni?"

Ochobot berdiri, dan berjalan ke depan Boboiboy.

"Ke kantin. Jom"

Ochobot menghulurkan tangannya kepada puteranya itu.

.
.
.

Boboiboy dan Ochobot berjalan menuju ke kantin sekolah.

Mereka hanya mengikuti mana pelajar lain pergi sahaja, kerana tidak tahu mahu bertanya kepada siapa.

Selamat lah mereka berjaya menjumpai kantin sekolah itu.

Mereka berjalan masuk ke dalam kantin itu.

Saiznya hanya sedikit lebih kecil daripada dewan sekolah, kerana untuk memuatkan semua pelajar di sekolah itu.

Memang keadaan di sana sedikit riuh rendah, dengan semua pelajar yang berebut mahu membeli makanan.

"Kau pergilah cari tempat duduk dulu. Biar aku yang belikan makanan. Klau nasi goreng boleh ke?" tanya Ochobot.

"O-oh, boleh"

Ochobot pun berjalan pergi meninggalkan kawannya itu, dan masuk ke dalam kerumunan lautan manusia, untuk membeli makanan.

Boboiboy masih lagi tercegat di tempatnya kaku, tidak tahu apa yang patut dia lakukan.

"O-O-Ocho kata t-tadi suruh cari tempat duduk k-kan? M-mari kita cari"

Seberapa gementar dirinya, sehingga dia terberjalan seperti robot.

Selamatlah tiada pelajar yang kisah dengan cara jalannya kerana tumpuan mereka hanyalah makanan.

Boboiboy jadi macam ini sebab dia tidak terbiasa membuat keputusan untuk dirinya sendiri.

Biasanya Ochobot yang lakukan untuknya.

Tengoklah seberapa tidak berdikari dan kakunya Boboiboy sebagai hasilnya.

Memang susah nak berubah daripada kebiasaan, kerana dia sudah seumur hidupnya di dalam istana dan tidak pernah berada di dalam kerumunan manusia yang tidak mengenalinya sama sekali.

Tetapi dia mencuba.

Sehari sebelum itu, Boboiboy sudah berlatih bercakap di depan orang ramai, dengan mengumpulkan beberapa dayang dan pengawal yang tidak biasa berinteraksi dengannya.

Memang awalnya agak tergagap dan hampir pengsan dirbuatnya, tetapi Ochobot memberinya dorongan, dan dia berjaya sedikit mengatasi hal itu.

Kalau dia tidak mencuba, sampai bila dia nak jadi macam tu?

Satu hari nanti dia kena berhadapan dengan semua rakyat juga.

Walaupun kaku, dia akhirnya berjaya menjumpai sebuah meja kosong.

"Oh! Tu pun dia"

Boboiboy pun mula duduk di atas satu kerusi pada meja itu, dan mula menunggu Ochobot bersama dengan makanan mereka.

"Hm m m m m~" dia pun asyik bersenandung, sambil mengelamun, melihat semua rakyatnya di dalam banggunan kantin itu.

Senang dia rasa melihat mereka semua gembira dengan kehidupan harian biasa mereka.

Dengan berketawa gembira bersama kawan masing masing, bertukar tukar rasa makanan kawan sendiri, dan macam macam lagilah.

Seronok bila benda kecil sahaja sudah boleh buat kita gembira.

Dia harap dia mampu kekalkan senyuman mereka ini apabila dia sudah menjadi raja nanti.

Sedang asyik mengelamun, tiba tiba seseorang muncul di sebelahnya dan terus memeluk lehernya dengan sebelah tangannya.

"Hai budak baru! Tengah buat apa tu?"

Orang itu adalah Gopal.

Selamat dia sudah kenal sedikit Gopal di kelas tadi, kalau tidak, mesti dia tak tentu pasal terjerit dalam kantin tu sebab ada orang tak kenal tiba tiba peluk dia.

"H-hai?" jawapnya ringkas sebab tidak pandai berbual dengan orang baru.

"Apalah lu ni Gopal. Dah dia di kantin, mestilah nak makan meh!" tiba tiba, Ying dan lagi dua turut muncul di sana.

"Alah kau ni Ying. Nak bermesra dengan budak baru pun tak boleh" Gopal mencebit, tidak terima dirinya dimarahi oleh Ying.

Yaya hanya menggeleng melihat dua kawan baiknya itu.

"Haih, korang dua ni. Hai Boboiboy" Yaya menyapa Boboiboy.

"Hai Yaya, Ying, Fang. Duduklah. Cukup tempat duduk untuk semua ni" Boboiboy mempelawa mereka duduk bersamanya.

Mereka berempat pun duduk di sana, dan menyisakan satu tempat duduk lagi, iaitu untuk Ochobot.

"Hm? Kau sorang je ke? Mana kawan kau tu?" Fang pula yang bertanya.

"Oh, Aidan ke? Dia tengah beli makanan kitorang berdua. Kejap lagi dia sampai lah tu"

Boboiboy sudah semakin selesa berborak dengan mereka nampaknya.

"Oh, ya ke? Kalau macam tu kita tunggu jelah" kata Yaya.

Sambil mereka menunggu, Gopal menanyakan soalan untuk Boboiboy lagi.

"Oh ya! Macam mana sekolah lama kau? Best ke dekat sana?" tanya Gopal.

"Hm? Sekolah lama aku?"

"Yelah! Mesti ada benda yang berbeza di sana berbanding sini! Tambah lagi sekolah kau dekat bandar!" 

Biasalah bagi budak kampung akan rasakan semua benda di bandar best best dan besar besar kerana pembangunan di bandar lebih padat berbanding kampung.

Tetapi, riak wajah yang diberikan Boboiboy membuatkan Gopal naik sebelah keningnya.

Boboiboy tersenyum canggung, seperti tidak suka dengan soalan Gopal.

Memang tak suka pun, sebab kenyataannya dia memang tak pernah sekolah.

"Er....aku sebenarnya tak pernah sekolah sebelum ni....ehehe..."

Jawapan Boboiboy membuatkan lagi tiga hampir tersedak air mereka.

"Hah?! Lu tak pernah sekolah?!" tanya Ying separuh menjerit.

"Kau biar betul? Mak ayah kau tak mampu hantar kau sekolah ke?" sambung Fang pula.

Satu panahan cinta//plakk!!!// mendarat tepat di hati hatinya bila mak ayahnya dituduh tak mampu.

Dia pun tersenyum disebalik tangisan.

"A-aku sebenarnya disekolahkan di rumah sepanjang hidup aku sebelum hari ni. Aku sendiri yang mintak nak bersekolah di sekolah harian dengan mereka minggu lepas"

Boboiboy berusaha menerangkan perkara sebenar, kerana tidak mahu kawan kawan barunya itu salah faham.

Kawan kawannya pun sedikit bertenang selepas mendengar penjelasan budak itu.

"Lah, macam tu je ke? Ingatkan apalah tadi" kata Yaya sambil mengusap dadanya lega.

Yelah, ingatkan budak tanpa pelajaran mana entah yang masuk kelas mereka.

Dah lah masuk kelas Candra, kelas nombor satu dalam setiap aliran dekat sekolah tu.

"Best ke disekolah di rumah dey? Mesti best kan?! Tak perlu keluar rumah, duduk rumah je, kan?!" Gopal pula menyampuk.

"Erm...boleh tahan jugak lah" jawap Boboiboy.

Tidak lama selepas itu, Ochobot pun kembali dengan dua pinggan nasi goreng di kedua dua tangannya.

Ochobot pelik melihat semakin ramai pula yang bersama Boboiboy.

"Aik? Kenapa ramai sangat pulak ni?"

Mereka semua melambai ke arah Ochobot.

"Er...nampaknya kita ada kawan yang mahu bergabung dengan kita! Ehehehe...."

Ochobot pun hanya mampu menggeleng sambil tersenyum melihat kawannya itu sendiri sebenarnya canggung dengan situasi itu sendiri.

"Hah, korang semua dah makan ke belum?" Ochobot meletakkan pinggan itu di depan Boboiboy, dan turut mengambil tempat duduk.

"Oh, dah. Tup tup nampak Khairul dekat sini, kitorang pun join lah" kata Fang.

"Oh~ bagus lah kalau macam tu. Kejap lagi mata pelajaran apa?" tanya Ochobot lagi.

"Aik? Korang tak tahu ke?" tanya Gopal semula.

"Tak. Kitorang bawak semua buku" jawap Ochobot selamba sambil memasukkan satu sudu nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Lah, boleh pulak macam tu?" sampai ternaik kening Yaya dibuatnya. 

"Mestilah boleh macam tu" jawap Ochobot separuh bergurau.

Masa rehat pun berlalu, dan semua murid pun kembali ke kelas masing masing.

.
.
.

Sekarang tengah waktu Bahasa Melayu untuk kelas 3 Candra itu.

Mereka semua dibawa pergi ke perpustakaan.

Di dalam, Boboiboy nampaknya teruja melihat isi perpustakaan itu.

Banyak bukuuuuu.

"Buatlah apa apa yang korang mahu. Asalkan jangan bising. Ok?" Cikgu Azmi, Cikgu Bahasa Melayu mereka meletakkan buku kawalan kelas di atas meja dan duduk.

"Baik Cikgu!"

Masing masing murid pun mula berterabur pergi ke setiap sudut perpustakaan itu.

Ada yang ambil permainan di counter, ada yang berborak di meja, ada yang sibuk pilih buku untuk dibaca, dan macam macam lagi lah.

Boboiboy adalah salah satu yang mencari buku untuk di baca.

Banyak buku yang dia tidak pernah lihat sebelum ini.

Ochobot hanya berdiri di sebelahnya sahaja, kerana dia tidak beberapa minat membaca seperti putera mudanya itu.

Boboiboy tiba tiba terjumpa sebuah buku cerita.

"Uuuuu. Ocho, buku apa ni?" Boboiboy menunjukkannya ke kawannya itu.

"Hm? Oh, tu buku cerita" jawap Ochobot ringkas.

"Buku cerita? Jenis buku apa tu?"

Boboiboy berkata begitu sebab kebanyakkan buku yang dibeli untuknya sejak kecil hanyalah mengenai adat diraja. Dan selebihnya pulak buku pembelajaran yang digunakannya untuk berlajar bersama dayang dan pengawal yang lain.

"Hmmm, macam mana nak kata eh? Buku cerita ni, adalah sebuah buku yang dikarang menggunakan imaginasi" kata Ochobot lagi.

"Menggunakan imaginasi? Macam mana tu?"

"Macam ni. Kau tahu tak, pasal fantasi?" Ochobot cuba menguji pengetahuan kawannya itu.

"Tahu! Yang macam pari pari, unicorn, goblin semua tu kan? Nenda pernah ceritakan masa kecil kecil dulu" jawap Boboiboy dengan nada teruja.

"Hah, dia lebih kurang macam tu lah. Kau tahu kan pari pari dan semua tu tak pernah wujud? Samalah seperti buku cerita. Ianya adalah sebuah cerita yang dikarang oleh penulisnya, tidak kira ianya tidak pernah berlaku sama sekali ataupun terinspirasi daripada kisah benar. Cuba lah baca. Pasti kau suka"

Boboiboy melihat kembali buku itu selepas mendengar penjelasan Ochobot.

Tajuk buku itu adalah 'Mahkota Di Mata Rakyat'.

Tajuk buku itu menarik perhatiannya.

"Ok, aku cuba. Jomlah"

Mereka berdua pun mencari meja yang kosong di dalam perpustakaan sekolah itu.

Boboiboy pun mula membaca cerita itu dengan nada yang perlahan, tetapi cukup untuk Ochobot mendengarinya.

Buku itu menceritakan mengenai seorang putera yang larikan diri daripada istana, kerana ayahnya tidak melihatnya sebagai penerus tahta yang sempurna.

Boboiboy pun merasa kesian ke atas watak putera itu, kerana dia tidak boleh bayangkan jika ayahnya sama seperti ayah watak putera itu. Tidak melihatnya sebagai bakal raja yang sepatutnya.

Semasa putera itu masuk ke dalam hutan, dia berjumpa dengan seorang pemburu, yang berjaya menyelamatkan dirinya daripada seekor harimau yang kelaparan.

"T-terima kasih, Tuan...."

Melihat keadaan sang putera yang bajunya compang camping akibat ranting pokok yang tajam semasa larikan diri ke dalam hutan itu, pemburu itu membawa putera itu ke rumahnya, dan memberikannya baju baharu.

Bila waktu berkenalan, mereka dapat tahu mereka sebaya.

Putera itu mengenalkan dirinya sebagai putera kerajaan itu. Pada mulanya pemburu itu ingatkan putera itu bergurau, tetapi setelah menjelaskan kisahnya bagaimana dia boleh sampai di sana, pemburu itu akhirnya percaya.

Putera itu tahu, jika dia kembali ke istana sekarang, ianya hanya akan membuat ayahnya lebih kecewa, dan kemungkinan akan terus tidak dianggap sebagai anaknya.

Pemburu itu pun mengajar putera itu bagaimana hidup sebagai rakyat biasa, memburu untuk dapatkan duit untuk terus hidup, dan berinteraksi dengan rakyat yang lain di pasar untuk mencari makanan dan menjual hasil buruan mereka.

Putera itu kelihatan gembira, dan seronok hidup sebagai rakyat biasa, kerana tidak perlu tertekan memikir bagaimana mahu memerintah kerajaan itu bila dia dapat ambil alih tahta.

Memang seperti kisah dongeng biasa, tetapi Boboiboy suka dengan cerita itu.

Tetapi, tiba tiba, kampung kecil itu di serang oleh beberapa ekor gergasi, yang membuatkan kampung itu menjadi rosak dan huru hara.

Selamat sahajalah yang pemburu dan putera itu berjaya lari ke dalam rumah pemburu yang berada di dalam hutan.

Putera itu ketakutan, dan pemburu itu tidak tahu apa yang harus dilakukan.

"Kau patut lakukan sesuatu! Kau kan putera kerajaan ni! Tak kan lah kau nak tengok dan biarkan sahaja kerajaan kau musnah di dalam tangan gergasi tak guna tu?!"

Pemburu itu memaksa sang putera itu.

"Jangan nak suruh aku kalau kau sendiri pun tak boleh nak kalahkan raksasa tu!"

Sang putera itu memarahi kembali sang pemburu itu, sebab memang kenyataan pemburu itu tidak mampu untuk kalahkan raksasa itu, kerana badan raksasa itu tidak mampan dengan anak panah.

"Dan sekarang apa?! Pengawal diraja tak boleh nak kalahkan raksasa tu, ayah kau hanya mampu pindahkan penduduk, dan kau nak duduk je dekat sini selamanya dan tak buat apa apa?! Macam mana kau nak jadi raja kalau kau sendiri pun tak boleh jadi putera yang berguna?!"

Terjadi pertelingkahan yang hebat antara mereka berdua.

Tetapi dialog sang putera yang seterusnya membuatkan Boboiboy terkedu.

"BOLEH TAK KAU BERHENTI PANGGIL AKU PUTERA?!?!"

Teriakkan putera itu membuatkan pemburu itu terdiam.

"Aku sendiri tak sanggup panggil diri aku putera, kau tahu tak?"

Putera itu terduduk di atas kerusi rumah pemburu itu, kerana masih penat berlari daripada serangan raksasa tadi.

"Walaupun aku adalah putera daripada darah, tetapi bukan daripada mata rakyat aku"

Putera itu menerangkan bagaimana kerabat diraja yang rapat dengan ayahnya, bahkan rakyat di dalam istana sendiri tidak lihat dia sebagai pewaris yang sempurna.

"Macam apa yang mereka selalu katakan, kau kena buktikan diri kau sendiri mampu jadi raja yang layak sebelum cakap besar macam kau mampu walaupun kau sendiri gugup nak berhadapan dengan rakyat kau sendiri"

Pemburu itu akhirnya terkesan dengan apa yang putera itu katakan, dan sedar, dalam situasi itu, mereka berdua tidak dapat berbuat apa apa.

Sehinggalah, putera itu mendepat idea.

Pemburu itu kata, walaupun anak panahnya tidak mampan ke atas raksasa itu, tetapi dia mampu lihat beberapa goresan pada badannya akibat bilah besi pada anak panah itu.

Jadi, mereka bukan kebal terhadap anak panah, cuma besi anak panahnya sahaja yang nipis.

Putera itu pun teringat ada sebilah pedang besar yang tebal di istananya.

Mereka pun pergi ke istana kembali, ambil pedan itu, dan putera itu pun berlawan dengan raksasa gergasi itu.

Putera itu berjaya kalahkan mereka semua dengan bantuan pemburu itu, dan mereka pun berjaya kalahkan gergasi itu,

Putera itu berjumpa kembali dengan ayahnya, dan mereka pun bermaafan. Ayahnya pun terimanya kembali sebagai pewaris tahta kerajaan itu.

Cerita itu membuat Boboiboy terkesan.

Ochobot tahu itu, kerana Boboiboy berada di dalam situasi yang sama.

Dia hanya berjaya menjadi pewaris seterusnya hanya dikeranakan dia adalah anak tunggal kepada raja dan ratu.

Kalau sekali pun bila tiba harinya nanti bila dia naik ke atas tahta di hadapan semua rakyatnya dan mahkota diletakkan di atas kepalanya, apa yang dia akan lakukan untuk tunjukkan dirinya layak sebagai seorang raja.

"Kau tak perlu fikir pasal tu dulu. Lama lagi sebelum kau akan jadinya nanti. Untuk sekarang ni, kau fokus dulu untuk berkenalan dengan semua orang"

Ochobot mengusap belakang badan kawannya itu lembut, cuba menyuruhnya untuk keluarkan semua fikiran negatifnya itu daripada kepalanya.

Boboiboy tidak membalas, tetapi hanya tersenyum.

Betul apa yang Ochobot katakan.

Lama lagi dia akan jadi raja. Dia tidak perlu risaukan pasal itu dulu.

"Terima kasih, Ochobot...."

Ochobot pun hanya menutup matanya sambil tersenyum.

Hari itu berlangsung dengan baik, sehinggalah mereka kena balik semula ke kelas, dan sehingga loceng waktu balik sekolah berbunyi.



















2368 perkataan

Hehe-

Hi dan bye- *guling masuk bawah katil*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top