Chapter 5
Hari isnin telah tiba.
Jam menunjukkan pukul 6:50 pagi.
Pagi pagi buta lagi sudah bising dan huru hara kedengaran daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Rintis itu.
Mana tidaknya. Hari itu adalah hari perhimpunan rasmi.
Ramailah pengawas yang kelam kabut menyiapkan dewan untuk semua guru dan para murid yang lain.
Salah satu daripada mereka, boleh kelihatan berada di pintu pagar sekolah.
Nampaknya dia tidak ditugaskan untuk menyiapkan dewan.
Tertera di tag namanya, dia digelar sebagai Yaya.
Sosok yang segak berpakaian kemas dengan buku nota kecil dan pen di tangannya, dia adalah ketua pengawas di sekolah itu.
Walaupun masih berusia 15 tahun, dan berada di tingkatan tiga, dia sudah berjaya mencapai banyak, maksud ku BANYAK, anugerah di sekolah, sejak daripada sekolah rendah lagi.
Dialah yang mengawasi setiap tingkah laku pelajar, dan memastikan sekolah itu berada di dalam disiplin yang sepatutnya.
Memang ramai pelajar yang menghormatinya.
Walaupun bernampilan garang dan tegas, dia sebenarnya baik hati dan peramah. Dia hanya berlagak garang kerana tugasnya.
"Hah! Kamu tu! Yang pakai baju sukan tu!"
Nampaknya tugasnya pada pagi itu sudah bermula.
"Ah?! Er-saya ke?"
"Yelah, siapa lagi. Masukkan baju dalam seluar! S.E.K.A.R.A.N.G!!!"
Pelajar itu pun menurut perintah, dan dengan cepat cepat memasukkan bajunya ke dalam seluar.
Siapa kata tak ada pj hari isnin? Sekolah Author ada je :v
"Hah, kan kemas tu. Dah, kamu dah boleh masuk"
Kawan kepada pelajar tadi hanya mampu menahan ketawa melihat kawannya kena marah.
"Diam lah kau"
Kedua dua pelajar itu pun masuk ke dalam sekolah.
Pelajar demi pelajar pun saling berganti masuk ke dalam pengkarangan sekolah, dan semuanya sudah dipastikan mengikut peraturan, terima kasih kepada Yaya.
Dia melihat ke arah jam tangannya. Sudah hampir pukul 7:20 pagi.
"Alamak, dah nak perhimpunan dah ni"
Dia kemudian memastikan tiada pelajar lagi di luar pagar sekolah, kerana dia mahu menutupnya.
Tetapi, sebelum dia sempat meletakkan tangannya di atas pagar sekolah itu, ada seorang, well, dua orang, pelajar datang menegurnya.
"Ermmm....maafkan saya, cik?"
Yaya melihat ke arah kedua dua pelajar itu. Ianya adalah Ochobot dan Boboiboy.
"Oh, ya, ada apa apa saya boleh bantu?"
"Boleh tak tunjukkan ke kami barisan kelas 3 Candra?"
Di sekolah itu, ada 6 kelas setiap tingkatan.
Candra.
Mega.
Ancala.
Urna.
Dian.
Kejora.
"Hm? Oh, korang budak baru ke? Baguslah, sebab tu memang barisan kelas saya! Jom!"
Yaya pun dengan senang hati membawa dua pelajar baru itu pergi ke dewan terbuka sekolah itu.
Sepanjang perjalanan, Boboiboy kagum melihat seberapa besar sekolah itu, walaupun berada di kawasan kampung.
"Wow...."
"Korang dari mana?"
Yaya mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan mereka.
"Oh, kitorang dari bandar je, tapi pindah sekolah ke sini" Ochobot yang tolong jawapkan, kerana Boboiboy sudah terleka melihat suasana sekolah itu.
"Oh~ korang dah tahu pejabat dengan bilik guru dekat mana kan?" Yaya bertanya lagi.
"Oh, dah. Hari tu kitorang dah jumpa dengan guru besar dekat pejabat dah masa daftar" jawap Ochobot lagi.
"Oh, jadi aku tak perlu tunjukkan ke korang lah" kata Yaya separuh lega.
"Tapi tu jelah kitorang tahu. Kelas, tandas, perpustakaan dan lain masih belum lagi" Boboiboy tiba tiba membalas kerana takut bila Yaya kata dia tidak perlu tunjukkan apa apa ke diorang,
Karang diorang berdua sesat, naya.
"Oh~, tak apa. Nanti korang ikut je barisan kita ke kelas nanti. Untuk yang lain tu, kalau cikgu ada nak guna perpustakaan ke apa, korang ikut je kitorang. Kalau tandas tu...er... korang minta tolong pelajar lelaki lain eh?" balas Yaya lagi.
Kedua dua budak baru itu hanya mampu mengangguk.
Mereka tiba di sebuah dataran besar di tengah tengah sekolah itu. Itulah dewan terbuka sekolah itu.
Boboiboy terkejut melihat seberapa ramainya pelajar yang berada di sana sehingga penuh satu dewan terbuka itu.
Selamatlah Ochobot awal awal dah pegang tangan dia, untuk membuatkan dia bertenang.
Ochobot tahu Boboiboy ada sosial anxiety kerana dia tidak pernah berhadapan dengan orang seramai ini, tambah lagi dia langsung tidak mengenali mereka, jadi Ochobot memimpin putera mudanya itu sehingga ke tempat yang sepatutnya.
Mereka berhenti di belakang satu barisan pelajar.
"Nah! Ini dia! Beratur elok elok tau! Saya dah nak kena pergi dah ni! Saya kena bertugas! Bye!"
Tanpa menunggu balasan dari dua budak itu, Yaya terus berlalu pergi.
Ochobot dan Boboiboy hanya mampu tersweatdrop melihat seberapa sibuknya Yaya itu.
"Er... jadi, kita beratur lah kan?" Boboiboy bertanya ke kawan baiknya itu.
"Nampaknya macam tulah. Dah lah, beratur jelah. Karang tak pasal pasal hari pertama kita dah kena marah"
Mereka pun masuk ke dalam barisan, dan perhimpunan rasmi pada pagi itu pun berlangsung seperti biasa.
.
.
.
Timeskip, semua pelajar sudah dibenarkan untuk ke kelas masing masing.
Kesemua pelajar kelas Candra sudah masuk ke kelas, kecuali dua orang.
Yaya, mencuba mencari kelibat dua pelajar baru itu.
"Hm? Mana diorang ni?"
Sepanjang dia sibuk mencari kelibat mereka, dia ditegur oleh seorang budak kelas itu.
"Yaya! Lu tengah cari apa tu?"
Dia seorang pelajar perempuan berbangsa cina. Dia memakai cermin mana biru berkanta bulat di kepalanya.
Tertera tag namanya, dia adalah Ying.
"Oh, tak ada apa apa lah Ying. Aku tengah cari dua budak baru tu, tapi tak nampak pulak diorang"
"Huh?! Kita ada pelajar baru ke?!"
Selamat kelas itu memang sudah bising, jadi tiada sesiapa terganggu dengan suara Ying yang agak ditinggikan akibat terkejut.
Ying adalah kawan baik kepada Yaya, sejak mereka 9 tahun lagi.
Ying sebenarnya 1 tahun lebih muda daripada Yaya, tetapi dia berjaya lompat kelas kerana dia terlebih pandai.
Dan akibat kepandaiannya itu, dia dan Yaya selalu bersaing untuk mendapat nombor 1 dalam kelas, yang selalunya berakhir seri.
Tetapi, walaupun selalu bergaduh, ianya tidak pernah merenggangkan persahabatan mereka.
"Haah. Aku dah suruh diorang beratur dala barisan tadi masa perhimpunan tadi. Tak kan lah diorang salah barisan pulak kan?"
Itu je yang dia risaukan sebab dia dah tunjukkan dah betul betul dah kedudukan barisan kelas mereka tadi.
"Oh~, mesti diorang berjumpa dengan cikgu je ma. Diorang kan pelajar baru! Jadi mesti diorang kena laporkan ke guru kelas kita ma!"
Yaya pun menerima sahaja apa yang Ying katakan kerana tidak mahu penat penat berfikir pada pagi buta itu.
"Haih...mungkin kau betul. Kita tunggu jelah diorang datang balik"
Sementara dua sekawan itu berborak, seorang lagi pelajar datang mendekatinya.
"Yaya, kau ada kertas kosong lebih tak? Cikgu ada suruh aku buat jadual bertugas pss, tapi aku lupa nak buat semalam"
Pelajar itu seorang lelaki, berambut cacak berwarna ungu, dan cermin mata di wajahnya.
Sekali lagi, tertera di tag namanya, dia adalah Fang.
"Oh, ada je, kejap. Hah, nah" Yaya mengeluarkan sehelai kertas kosong daripada bagnya, dan memberinya kepada Fang.
Fang ada pengawas pusat sumber sekolah itu.
Daripada penampilan dia sendiri, sudah boleh tahu jenis manusia apa dia ini.
Dia adalah budak yang penuh dengan ego, senang rasa cemburu, mamat perfect, dan orang yang bertanggungjawap.
Walaupun seorang pengawas, itu tidak melepaskannya daripada berperangai seperti budak budak.
Well, mereka smeua masih lagi remaja.
"Terima kasih Yaya"
Fang kembali ke tempatnya, dan mula membuat jadual itu.
"Oh ya. Mana Gopal?" Yaya sekali lagi melilau, mencari manusia bernama Gopal itu.
"Ada yang cari aku~?"
Muncul di antara Yaya dan Ying, seorang pelajar lelaki berbangsa india.
Dia memiliki badan sedikit gempal dan bandana di dahinya.
Seperti yang dikatakan oleh Yaya tadi, namanya adalah Gopal.
Yaya hanya memberi pandangan malas kepada kawannya itu.
"Hah, tahu pun datang awal. Selalunya bila cikgu dah masuk baru kau nak sampai dekat pagar sekolah" Yaya mula membebel kawannya itu.
Gopal hanya tersenyum malu dibebel oleh ketua kelasnya itu.
"Hah, jadi, lu dah siapkan kerja Cikgu Melati ke, Gopal?" Ying pula yang bertanya.
"Heh! Mestilah dey! Ini Gopal ok?!" Gopal memuji dirinya sendiri dengan wajah bangga.
Yaya menepuk tangan.
"Hah, kan bagus macam tu. Lain kali, selesaikan kerja sekolah cikgu sebelum main game. Tak adalah terburu buru nak siapkan pagi pagi, kan~?"
Gopal mengangguk mendengar nasihat Yaya.
"Dey, cikgu mari! Cikgu mari!"
Salah satu pelajar kelas itu, Amardeep, tiba tiba berlari ke arah mejanya, sambil berkata cikgu mereka sudah mahu sampai.
Setiap pelajar pun mula satu persatu kembali ke tempat duduk masing masing.
Seorang cikgu wanita mula masuk ke dalam kelas 3 Candra itu, dengan diikuti dua orang pelajar lagi di belakangnya.
Kelas mula dipenuhi dengan bunyi bisikan apabila pelajar melihat dua orang yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini.
"Weh, pelajar baru, pelajar baru!"
"Bestnya! Ada kawan baru!"
"Hah, tulah dia pelajar baru yang aku katakan tu!"
Cikgu mereka yang bernama Cikgu Timi itu, meletakkan bukunya di atas meja guru, sebelum menepuk tangan untuk mendapatkan perhatian setiap pelajar.
"Yaya?" Yaya terus faham apa yang dimahukan Cikgunya itu.
"Bangunnnnn!!!"
Sebagai Ketua Kelas, Yaya memimpin ucapan selamat pagi itu. Ianya diikuti oleh pelajar lain.
"Selamat pagi Cikgu!"
"SELAMAT PAGI CIKGU!!!"
Cikgu Timi tersenyum melihat semua muridnya memberi kerja sama.
"Hah, kamu semua bertuah pagi ini, anak anak! Kamu semua ada kawan baru! Boleh perkenalkan diri?" Cikgu Timi menyerahkan segala perhatian kepada dua anak murid barunya itu.
Boboiboy dan Ochobot mengangguk atas arahan cikgu mereka itu.
"S-selamat pagi semua! Nama saya adalah Khairul! Dan ini pulak Aidan!" Boboiboy pertama yang memulakan sesi kenal berkenalan itu.
"Yep! Kami baru pindah ke sini 3 hari yang lalu. Semoga dapat beri tunjuk ajar!"
"Semoga dapat beri tunjuk ajar!"
Kedua dua sekawan itu pun memberi tunduk hormat, sebelum diberikan tepukkan mesra daripada seisi kelas.
"Bagus. Kalau ada apa apa soalan, kamu semua boleh bertanya selepas waktu cikgu. Kamu berdua boleh duduk di meja belakang Fang sana. Fang, boleh angkat tangan?" kata Cikgu Timi.
Fang pun mengangkat tangannya, dan mereka berdua pun berjalan ke arah meja yang berada di belakang Fang.
Ochobot duduk di belakang Fang, dan Boboiboy di meja paling belakang di barisan itu.
"Baiklah semua, masa berkenalan sudah tamat. Buka buku bahasa inggeris muka surat 58"
Dengan itu, sesi pembelajaran pun bermula.
.
.
.
Skip time, satu jam kemudian, waktu Cikgu Timi pun telah berakhir.
Sebaik sahaja Cikgu Timi sudah keluar, semua murid di dalam kelas 3 Candra itu mula berkerumun di sekitar meja Boboiboy dan Ochobot.
"Woh woh woh, apa ni woi?!" Ochobot danBoboiboy terkejut diri mereka terkepung di antara lautan pelajar itu.
"Korang berdua dari mana?!"
"Korang berdua adik beradik ke?!"
"Topi dino tu kau beli kat mana weh?!"
Macam macam soalan dilemparkan ke mereka.
Dah berpinar dah mata dua budak tu dengan semua soalan yang diterima mereka.
"Ehem!"
Semua budak budak tu terus froze apabila mendengar suara deheman itu.
Tanpa melihat kebelakang, mereka sudah tahu siapa itu. Mereka pun terus berlari ke tempat masing masing kembali.
"Haih korang ni. Kalau nak bertanya pun elok elok lah sikit" orang yang berdehem itu adalah Yaya.
Yaya melihat ke arah Ochobot dan Boboiboy, dan memberi isyarat mata kepada mereka, mengatakan mereka sudah boleh mula.
"Terima kasih, er..."
"Yaya. Ketua kelas untuk kelas ni"
"Terima kasih Yaya. Kitorang daripada bandar je sebenarnya. Tak pindah rumah, tapi pindah sekolah ke sini" Ochobot pun menjawap soalan rakan rakan sekelasnya itu.
"Oh~jadi budak bandar masuk kampung lah ni~? Jangan risau! Gopalji! Akan membantu korang budak budak bandar ni rasa hidup di kampung!"
Gopal tiba tiba muncul di sebelah Boboiboy dari bawah dan mulakan dramanya seperti biasa.
Boboiboy siap dah tersenyum canggung siap melihat Gopal atas bawah.
"Macam tak betul je budak ni...." Boboiboy berbisik ke Ochobot.
"Biasalah, manusia" tu je balasan Ochobot.
"Habis tu kau bukan manusia ke?" sambung Boboiboy pula.
"Aku speacial" meluat Boboiboy dengar jawapan Ochobot.
Gopal tiba tiba mengambil tangan Boboiboy, dan menyalam tangannya kuat kuat ke atas dan bawah.
"Aku Gopal! Kawan baik kamu!"
Ah sudah, diri sendiri kena claim pulak.
"Aku pula Khairul. Tapi kau boleh panggil Boboiboy. Satu keluarga aku panggil aku macam tu"
"Oh ok!"
Selepas berkenalan dengan Gopal, sang meja depan Ochobot pula bersuara.
"Aku pula Fang. Buat macam sekolah lama kau je dekat sini, ok?"
Fang menghulurkan tangannya, dan bersalaman dengan Ochobot.
"Ok, terima kasih" Ochobot sebenarnya sedang mencuba tahan diri dari menjerit dengan semua situasi ini sebab dah dua tahun dia tak sekolah. Macam mana dia nak buat macam dekat sekolah lama dia kalau diri sendiri tak ingat.
Ying pula berjalan menuju mereka.
"Hai! Aku Ying! Kalau ada apa apa, boleh tanya aku dan Yaya, ok?" Ying tidak menghulurkan tangannya macam Fang sebabtahu Ochobot dan Boboiboy tak boleh salam perempuan.
"Hm! Terima kasih, Ying!" Boboiboy mengucapkan terima kasih kepadanya.
Satu persatu pelajar yang lain pun mula memperkenalkan diri mereka kepada Ochobot dan Boboiboy.
Boboiboy senang dirinya dan Ochobot diterima dengan baik oleh budak budak kelas nya itu.
"Nampaknya tak akan ada benda yang buruk terjadi, kan?" kata dirinya di dalam hati.
2056 perkataan
Garangnya Yaya, uhuk-
Ok bye-*lompat masuk palung mariana*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top