Chapter 4

Keesokkan harinya telah tiba.

Amato sedang berada di bilik tidurnya, termundar mandir seperti biasa.

Mechabot yang masih dengan baju dalam dan rambut serabai dengan berus gigi masih tak dialihkan lagi daripada mulutnya, mulai penat melihat Amato termundar mandir tiap tiap hari dia ada benda yang dia fikirkan.

"Haih....apa lagi yang kau fikirkan tu, Amato? Nak naik muak aku tengok. Kau tak penat ke termundar mandir pagi pagi buta ni?"

Mechabot menengur rajanya itu, pagi pagi dah overthinking.

"Aku cuma tak tahu nak pilih sekolah mana nak hantar aku ni. Sekolah dekat kerajaan ni bukan sikit. Ada yang dekat bandar, ada yang dekat kampung!"

Mechabot menampar mukanya sendiri mendengar balasan daripada Amato itu.

"Itu je apa yang kau fikirkan sampai termundar mandir PAGI PAGI BUTA NI?!"

Sampai naik angin Mechabot dibuatnya.

"Apa?! Aku nak kan sekolah yang terbaik untuk anak aku, ok?!" Amato memback-up dirinya sendiri, tidak terima dirinya dimarah oleh Mechabot.

Mechabot mengurut wajahnya, dah stress layan raja sorang ni.

"Adoi.....Haih....kenapa kau tak tanya je ke bapak kau tu?"

Terus Amato ter pause seketika mendengar ayat Mechabot.

Terus dia menampar dahinya sendiri.

"Haah lah! Aduhhh kenapa aku tak fikir awal awal?! Bye Mechabot! Aku nak jumpa Ayahanda dulu!"

Terus Amato lesap begitu sahaja daripasa bilik itu.

"Sebab kau dah nyanyok!!!" sempat lagi Mechabot perli.

.
.
.

Seketika kemudian, Amato tiba di sebuah bilik yang berada di istana itu juga.

Dia mengetuk perlahan pintu bilik itu.

"Ayahanda? Ni Amato ni. Boleh Amato masuk ke?"

Seketika kemudian, pintu itu dibuka.

Tetapi bukan seorang lelaki, tetapi malahan wanita tua. Dia adalah ibunya, Umi.

"Lah, Amato ke? Hah, masuk lah. Ayahanda kamu dah ada di dalam sana"

Amato pun tersengih malu sambil berjalan di sebelah Umi.

"Hehehe....terima kasih Bonda..."

Umi pun tergeleng sambil tersenyum melihat tingkah laku anaknya itu.

Dah besar panjang pun masih macam ni lagi. Dah lah dah jadi raja untuk satu kerajaan tu lagi.

Bila dia masuk ke dalam, dia melihat ayahnya, Tok Aba, sedang duduk di atas sebuah kerusi, sambil meminum secawan air koko dan membaca selembar surat khabar.

Itu adalah bilik ruang rekriasi istana itu, untuk seluruh keluarga diraja itu luangkan masa bersama.

Walaupun jarang digunakan oleh mereka kerana Amato dan Mara terlalu sibuk dengan tugas mereka sebagai pemerintah, dan anak mereka lebih sudah luangkan masa di dalam bilik bersama Ochobot.

Jadi, Umi dan Tok Aba, sebagai bekas raja dan permaisuri sahajalah yang menggunakan bilik itu untuk luangkan masa bersama.

Tok Aba perasan dengan kedatangan anaknya itu.

"Hm? Oh, hah, Amato! Kenapa datang tiba tiba ni?"

Tok Aba menurunkan cawannya ke atas meja, dan berpaling melihat anaknya kembali.

"Erm....Ayahanda, Bonda. Amato....nak minta tolong, ehehe...."

Mendengar permintaan anaknya itu, terus muka Tok Aba berubah malas.

"Hmmm, tolong sikit ke tolong banyak?"

Amato sampai tersweatdrop satu dahi melihat ayahnya melihat dia sebegitu rupa.

"Ehehe....sikit je. Anakanda janji" siap buat tabik janji lagi tomato satu ni.

"Haih, yelah yelah. Nak minta tolong apa?" Tok Aba menggulung surat khabarnya, dan meletakkannya di atas meja.

"Sebenarnya....Boboiboy ada minta untuk bersekolah, dua hari yang lalu"

Mendengar itu, terus perhatian Umi dan Tok Aba diambil sepenuhnya.

"Cucu Bonda nak bersekolah? Dan kamu terimanya?" Umi mestilah terkejut, sebab Amato sendirilah yang memilih untuk home schooling anaknya sejak kecil.

Sebab Umi tahu Amato sayangkan sangat cucu dia tu.

"Ya. Saya dah bincangkan benda ini dengan Mara dan Mecha. Mecha kata, untuk biarkan sahaja. Saya tak boleh nak kurung dia selamanya di sini"

"Hah, sedar pun kamu. Ayahanda dah kata dari mula lagi. Budak tu jiwanya bebas, suka mengembara benda baru. Tapi kamu ambil kebebasan dia dari dia"

Amato tertunduk malu sambil dirinya dibebel oleh ayahnya.

"Ehehehe...."

Umi pun hanya ketawa melihat anaknya dimarahi suaminya.

"Hah, jadi, nak minta tolong apa? Belikan uniform dia ke?"

Umi memecahkan bebelan suaminya itu.

"Oh, tu Amato boleh buat sendiri. Cuma....Amato tak tahu nak hantar dia ke sekolah mana" Amato tersenyum canggung.

"Lah, tu sahaja ke. Hmm, serahkan sahaja pada Bonda" Umi menepuk nepuk lembut belakang badan anaknya itu.

"Betul ke ni?! Terima kasih Bonda!"

Amato betul betul berperangai seperti kanak kanak di depan ibu dan ayahnya.

"Jadi, sekolah jenis apa yang Boboiboy mahukan? Berasrama? Harian?" Umi bertanya lagi.

"Oh, tu dia tak cakap apa apa pasal tu" Amato mengusap belakang tengkuknya sendiri.

"Tapi apa yang dia ada katakan adalah, dia mahu bersekolah di sekolah rakyat jelata"

Maklumat itu membuatkan Tok Aba dan Umi memandang satu sama lain.

"Oh, jadi dia mahu jadi lebih rapat dengan rakyat dia ya?" Tok Aba kelihatan tersenyum lega mendengar itu.

"Haih, teringat dulu waktu kita muda kan, awak" Umi terketawa kecil.

"Betul" Tok Aba turut terketawa mengingati memori itu.

"Erm.... apa maksud Ayahanda dan Bonda?"

Amato tidak tahu dengan apa yang ayah dan maknya katakan.

Tok Aba dan Umi hanya ketawa melihat muka lose anak mereka itu.

"Dulu, Bonda dengan Ayahanda bersekolah di sekolah rakyat jelata juga" kata Umi.

"Betul ke?" itu adalah maklumat terbaru bagi Amato.

"Haah, sebab waktu tu Datuk dan Nenda kamu memang nak sekolahkan Ayahanda dekat sekolah diraja, tapi waktu tu sekolah penuh, jadi tak ada pilihan lain selain sekolahkan Ayahanda di sekolah rakyat biasa"

Amato hanya mampu mengangguk mendengar cerita ayahnya itu.

"Tapi baguslah sebab benda itu terjadi. Kalau tak, tak dapatlah Bonda berjumpa dengan Ayahanda kamu ni"

Umi memegang tangan Tok Aba, sambil kedua duanya tersenyum pada satu sama lain.

Yes, Umi adalah seorang rakyat biasa, tanpa darah diraja sama sekali.

Tapi, sejak pertama kali Tok Aba mendaratkan pandangannya pada Umi, dia sudah jatuh cinta padanya.

"Hah, Ayahanda dah tahu sekolah mana nak hantar cucu Ayahanda tu" Tok Aba sudah membuat keputusan.

"Hah?! Betul ke?! Sekolah mana?!"

.
.
.
.
.
.
.

Dua hari kemudian berlalu.

Boboiboy sedang mencuba baju uniform terbarunya.

Ochobot juga ada.

"Hahaha! Rindu betul nak pakai baju ni!" Ochobot membelek belek baju kemeja putih dan jaket kuning yang berada di badannya sendiri itu.

"Er...baju apa sebenarnya ni, Ocho?"

Boboiboy tidak tahu apa itu baju uniform, sebab sekolah diraja sendiri tidak memiliki baju uniform khasnya sendiri.

Bukan itu sahaja, dia turut diberi sebuah topi jingga dengan sebuah logo kacukan antara "B" dan petir berwarna kuning padanya.

Ianya seperti menggantikan mahkotanya.

Dan nak tahu apa? Mara sendiri yang jahitkan topi itu untuk anaknya.

"Oh, tu baju uniform sekolah. Sekolah biasa memang akan ada baju khasnya sendiri untuk memudahkan pelajar setiap pagi nak pakai apa dan supaya setiap pelajar kelihatan seragam"

Boboiboy hanya mampu mengangguk mendengar penjelasan Ochobot.

"Mesti kau rindu kan?"

"Hm?" Ochobot memandang kawannya itu.

"Sebab dah dua tahun kau tak bersekolah. Jadi, ini akan jadi permulaan yang baru untuk kita berdua, kan?"

Ochobot ketawa kecil, lalu mengangguk.

"Yep"

Sang dayang yang memberikan baju itu kepada mereka berdua, tersenyum, melihat dua budak itu ketawa mesra bersama sambil mencuba baju uniform itu.

"Tuanku, bersedia ya? Sebentar lagi Tuanku dan Aidan akan dibawa ke sekolah dengan salah satu pengawal untuk mendaftar di sekolah baharu Tuanku"

Sang Dayang itu memperingati putera muda dan pengawal peribadinya itu.

Mereka berdua pun mengangguk ke arah Sang Dayang itu.

"Terima kasih Kak Wati! Beta pergi sekarang!"

Boboiboy pun menarik tangan Ochobot, dan kedua dua anak muda itu pun berlari keluar daripada bilik persalinan itu.

.
.
.

Mereka menuju ke luar istana, dan di sana sudah kelihatan Amato, Mara, Tok Aba, Umi, dan seorang lagi pengawal, menunggu kedatangan mereka.

Boboiboy berlari masuk ke pelukkan ayahnya.

"Terima kasih Ayahanda! Bonda!"

Dia masih lagi sangat berterima kasih kepada mereka berdua kerana menerima permintaannya ini yang memang boleh dikatakan menyusahkan.

"Tak ada apa apa lah, Boboiboy. Hah~ nak tahu tak? Atok dengan Nenda lah yang telah pilihkan sekolah untuk Boboiboy dengan Aidan tau!"

Amato memuji muji ibu ayahnya, sampai membuatkan Tok Aba menggeleng melihat perangai anaknya itu.

Umi pun hanya mampu ketawa.

"Jaga diri baik baik tau, cucu Nenda. Jaga jaga dekat luar sana tau. Jangan ikut orang yang kamu tak kenal!" Umi menasihati cucunya itu, kerana itu adalah kali pertama cucunya keluar daripada pengkarangan istana.

"Dan selalu ikut Aidan dan Pakcik Zola!" Mara mengambung nasihat ibu mertuanya itu.

Boboiboy mengangguk ngangguk di setiap perkataan seperti anak yang baik.

Oh ya, kenapa mereka kata yang ini adalah kali pertama dia keluar daripada istana itu, walaupun dia sudah pernah ketika acara derma itu, adalah kerana dia hanya berjalan beberapa langkah daripada pagar sahaja.

Semua rakyat yang perlukan bantuan ketika itu sudah ada di depan istana, membuatkan dia masih belum memiliki pengalaman sebenar di luar istana lagi.

Ochobot tersweatdrop melihat adegan sinetron keluarga di depannya itu. Turut kerana seberapa protektifnya mak ayah datuk dan nenek kawan baiknya itu kepadanya.

Papa Zola pun memusing musingkan kunci kereta pada jarinya, sambil bermain dengan misainya.

"Baiklah anak muda! Masuk ke dalam kereta SEKARANG!!!"

Ochobot dan Boboiboy memberi tabik hormat TAPOPS kepadanya, dan mereka berdua berlari masuk ke dalam kereta myvi kuning milik Papa Zola itu.

"Terima kasih kerana sudi berlakon menjadi ayah mereka, Kapten Zola"

Amato mengucapkan terima kasih kepadanya.

Papa Zola menunduk hormat kepada rajanya itu.

Yes, kerana Boboiboy mahu menyamar sebagai rakyat biasa, dia tidak boleh turun padang ke sekolah baru dua budak itu, kerana hampir seluruh pulau mengenalinya.

Jadi dia dan isterinya meminta Kapten kepada pengawal istananya itu, Papa Zola, untuk menganggantikan tempatnya.

"Patik pergi dulu Tuanku"

Sang pengawal itu pun berjalan pergi, dan masuk ke dalam keretanya itu.

Kereta itu pun dipandu pergi meninggalkan kawasan istana itu.

.
.
.

Sepanjang perjalanan, Boboiboy menikmati permandangan kerajaannya itu.

"Wahhhh....."

Memang sebuah permandangan baru paginya.

Mereka memasuki kawasan bandar, dan dia mampu melihat banyak banggunan pencakar langit yang menjulang tinggi ke langit.

"Tingginya banggunan tu!"

Kereta mereka masuk ke kawasan banggunan kedai, dan bertembung dengan kereta kereta yang lain di jalan itu.

Matanya jadi tak keruan memandang semua tempat yang dia boleh lihat.

Semuanya hampir sama dengan kereta milik kapten pengawalnya itu.

"Banyaknya! Benda besi bergerak apa sebenarnya ni, Kapten?"

Sejujurnya, ini memang kali pertama dia melihat kenderaan itu.

"Ini namanya adalah kereta, Tuan Putera! Ianya adalah salah tu jenis alat transportasi, sama seperti kereta kuda milik keluarga Tuan Putera!" kata Papa Zola.

"Betul! Dan ini ada majoriti kenderaan yang digunakan oleh rakyat jelata. Antara yang lain turut ada motosikal, bas, kereta api, kapal terbang dan ferry" sambung Ochobot pula.

"Wow...." Boboiboy kagum mengetahui fakta mengenai rakyatnya itu.

Dia juga melihat banyak kedai yang dibuka di tepi jalan. Ada juga yang membuka khemah untuk berjualan.

Asap yang mula terbang ke langit yang berasal dari makanan yang dibakar itu membuatkan dia terliur.

Ochobot yang perasan dengan itu, terus menengurnya.

"Kau nak try rasa sate ke? Apa kata balik nanti kita beli sikit? Boleh kan, Kapten?" Ochobot bertanya ke Papa Zola.

"Eh, mesti lah boleh! Kenapa tak boleh pulak?! Baiklah! Destinasi seterus kita, adalah kedai sate!"

Mata Boboiboy terus bersinar kegembiraan mengetahui yang dia akan dapat merasa makanan yang bernama sate itu.

Perjalanan diteruskan lagi, mereka akhirnya keluar daripada kawasan kedai itu.

Mereka masuk kembali ke jalan besar, dan Boboiboy melihat banyak pokok di sekeliling jalan raya itu.

Padang hijau yang terbentas luas yang mampu dilihat oleh matanya sendiri membuatkan dia merasa tenang.

Semakin lama perjalanan, mereka mulai masuk jalan kampung.

"Eh?"

Jalan yang besar tadi sudah menjadi kecil, dan kedua dua tepi jalannya adalah ladang koko.

"Kita dekat mana ni, Kapten?"

"Kita berada di kampung Pulau Rintis, Tuanku!"

"Kampung Pulau Rintis?"

Kereta myvi itu dipandu semakin masuk ke dalam kawasan kampung, sehingga mereka keluar daripada ladang koko itu, dan akhirnya menampakkan perumahan penduduk kampung.

"Wahhhh!" kedua dua budak itu terkasima melihat itu.

Seketika kemudian, mereka tiba di depan sebuah sekolah, bernama Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Rintis.

"Baiklah anak anak muda semua! Kita sudah tiba di sekolah kamu berdua!"

Sekolah itu sudah kelihatan besar walaupun hanya daripada luar sahaja.

Kedua dua anak muda itu sudah dipenuhi dengan keterujaan.

"Jadi, sepanjang pendaftaran, patik mahu kamu berdua panggil patik mulai sekarang~PAPA~"

Mereka berdua tersweatdrop mendengar apa yang Papa Zola katakan, terutamanya disebabkan oleh perkataan terakhirnya, dengan nada yang sedikit merisaukan.

Tambah lagi dengan muka jojonya.

Mereka pun keluar daripada kereta itu, dan berjalan menuju pejabat sekolah itu.

.
.
.

"Jadi, nama kamu berdua adalah Khairul Genzi, dan Juga Aidan Daniel?"

Sang pengetua sekolah, Tarung, memeriksa segala maklumat mengenai dua bebudak itu.

Mulai dari kad pengenalan, sijil lahir, dan sebagainya yang lain.

Alah, benda biasa yang korang bagi cikgu waktu baru daftar sekolah dulu~

"Kamu berdua baru bersekolah pada tahun ini?" sang cikgu bertanya kepada bakal anak muridnya itu.

"I-iya, Cikgu. Ianya kerana kami bersekolah di rumah sebelum hari ini"

Ochobot yang tolong jawapkan semua soalan untuk Boboiboy, sebab dia sudah boleh lihat sang puteranya itu sudah kaku di kerusi, takut dengan guru besar itu.

Mana tak nya, macam ada aura membunuh dah Cikgu Tarung tu. Sampaikan Ochobot dan Papa Zola sendiri pun takut juga.

"Hm...nama bapa kamu berdua berlainan. Kamu berdua bukan adik beradik ke?"

Beberapa maklumat Boboiboy ada yang dipalsukan untuk menjaga identitasnya sebagai seorang putera, seperti menukar nama bapanya kepada Papa Zola, dan tempat kelahirannya.

"Itu kerana Aidan adalah anak angkat saya, cikgu!" Kapten Papa cepat cepat mengcover soalan itu untuk kedua dua anak muda itu.

"Betulkan, anak Papa berdua?" Kapten Papa memberi isyarat mata, menyuruh mereka berlakon juga.

"B-betul Papa!" kata mereka berdua serentak.

Setelah memeriksa kesemua maklumat yang disediakan, Cikgu Tarung meletakkan semuanya di atas meja, dan menanggalkan cermin matanya.

"Baiklah, pendaftaran kamu berdua disahkan. Kamu berdua boleh datang ke sekolah isnin minggu depan. Selamat datang ke sekolah ini, Khairul, Aidan"

Boboiboy dan Ochobot sudah tersenyum gembira, siap berhigh-five sesama sendiri lagi.

"Terima kasih Cikgu! Kami janji akan jadi anak murid yang baik!"

Mereka pun berlalu pergi dari sekolah itu setelah sesi pendaftaran tamat, dan tidak lupa juga untuk membeli sate.

Bermula lah lembar baru di kehidupan sang putera muda itu.



















2261 perkataan

Yayyyyy dah masuk sekolahhhh-

Ok bye-*lompat pergi chapter sebelah*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top