Chapter 3

Dengan jatuhnya petang kayu itu ke tanah, kedua dua pahlawan pun memecut ke depan, dengan semua ilmu yang di miliki diri masing masing.

Maskmana mengeluarkan satu lagi keris kayunya, dan dua senjata kayu itupun mula berlaga.

Ochobot yang tadinya tenang lepak di tepi melihat latihan itu, terus tersedak air ludah sendiri bila melihat Maskmana dan Boboiboy tiba tiba melawan satu sama lain.

"Uhuk! Uhuk! Apa dah jadi ni?!"

Dia kagum melihat kehebatan bersilat dua insan di depannya itu.

Tiada celah yang diberi oleh setiap pihak.

Walaupun ilmu Boboiboy lebih sedikit daripada Maskmana, tidak bermaksud dia akan membiarkan Maskmana menang begitu sahaja.

Maskmana pun terkejut dengan kenekatan putera muda itu.

Yang hanya membuatnya lebih bersemangat.

Tiada sesiapa yang bercakap sepanjang perlawanan itu.

Maskmana mencuba untuk menetak leher Boboiboy dengan tangannya untuk memengsankan putera itu.

Tetapi, sebelum lengannya sempat mendarat di leher anak muridnya itu, mata Boboiboy dengan tajam menangkap pergerakkan Maskmana.

Dengan cepat dia mengelak serangan tiba tiba itu dengan merendahkan dirinya ke bawah, dan berpusing di tepi Maskmana.

Maskmana turut terkejut melihat kelajuan itu.

"A-apa?"

Boboiboy menendang kaki Maskmana kembali setelah melihat Maskmana leka.

Tendangannya kuat, sehingga gurunya itu kehilangan keseimbangannya, dan jatuh ke tanah.

Meniru betul betul apa yang Maskmana lakukan, Boboiboy dengan cepat naik ke atas Maskmana sebelum badannya sempat jatuh ke tanah lagi.

Boboiboy pun meletakkan hujung keris kayunya pada leher Maskmana.

"Huh...huh...huh..."

Keadaan menjadi hening seketika, hanya mampu mendnegar bunyi nafas sang putera muda itu.

Wajah Boboiboy kelihatan bengis ketika itu.

Ochobot sampaikan terberdiri daripada duduknya apabila melihat kawan baiknya itu berjaya jatuhkan gurunya.

"Hehe...."

Maskmana tiba tiba terketawa kecil.

"Tepat masa juga kamu keluar, Halilintar"

Mendengar nama itu keluar daripada mulut Laksamana, membuatkan mata Boboiboy membesar.

Wajahnya kelihatan ketakutan seketika, sebelum dia mengusap dahinya dengan tangan kirinya, sambil mengatur nafas.

"Huh....huh....huh...."

Boboiboy menutup mata, sebelum membukanya semula, dengan wajah kepenatan.

"Dia....dia keluar lagi ke?"

Maskmana hanya mampu menutup matanya, sambil mengangguk.

Boboiboy seketika kelihatan resah dan kesal, sebelum dia berdiri dan bangun daripada belakang Maskmana.

"Maaf pasal tu, Tuan....."

Maskmana mampu lihat riak bersalah pada wajah sang putera muda itu.

Maskmana hanya mampu mengeluh, sebelum menepuk bahu anak muda itu dua kali.

"Tak apa. Ini bukan salah kamu. Kamu memang tak mampu kawalnya pun"

Walaupun tidak dimarahi Maskmana, dia masih terlihat bersalah.

Ochobot berlari ke arah mereka.

"Weh weh, apa jadi weh?!" Ochobot kelihatan panik kerana suasana yang tiba tiba tegang dan melihat wajah kawna baiknya yang kelihatan sedih itu.

Maskmana hanya mampu menggeleng.

"Dia keluar lagi"

Mendengar apa yang Maskmana katakan, Ochobot terus faham.

"Oh....."

Apa yang sebenarnya berlaku?

Mari kita flashback dahulu.

.
.
.
.
.
.
.
.

Flashback 5 tahun yang lalu.

Sebenarnya, Boboiboy menghidap sebuah masalah psykologis bernama Bipolar Disoder.

Sebuah disoder dimana membuat emosinya berubah dengan drastis, sehingga seperti dia ada banyak jiwa di dalam satu badan.

Ianya bermula apabila Boboiboy sedang tertekan dengan semua kelasnya.

Dia dipaksa untuk belajar semua benda, bermula dari tatasusila, mata pelajaran asas, adab diraja dan macam macam lagi.

Dia merasakan seperti apa yang orang di sekeliling dia hanya mahu membentuknya menjadi manusia yang sempurna untuk menjadi raja yang seterusnya.

Sejak dari awal, dia tahu itu kerana dia adalah anak tunggal dan tiada adik beradik lain.

Tiada yang kisah jika dia penat ataupun tidak.

Apabila dia mahu luahkan apa yang dia rasakan, tiada sesiapa di sana.

Bahkan mak ayahnya.

Selamatlah dinding bilik tidurnya adalah kalis bunyi. Kalau tidak, mesti akan ada dengar bunyi tangisan setiap malam.

Dia masih berusia 10 tahun, apa yang korang rasa dia akan rasakan?

Dia simpan semua itu di dalam hatinya, kerana walaupun dia mahu katakannya, tiada sesiapa yang mahu dengarkannya. Kerana dia hanya seorang anak kecil.

Ini membuatkan sekiranya dia merasakan sejenis emosi, emosi itu akan mengambil alih secara penuh badannya.

Kejadian pertama adalah ketika dia pertama kali berlatih dengan ayah Ochobot.

Pada awalnya memang akan tiada sedar budak kecil ini ada masalah, kerana seberapa terujanya dia mahu belajar benda baru.

Tapi itu hanya kerana dia boleh keluar daripada istana itu untuk latihan berpedang.

Akhirnya mampu lepaskan sedikit tekanannya.

Bila latihan bermula, Boboiboy merasa frustasi kerana tidak dapat mendaratkan walaupun satu serangan ke atas bekas gurunya itu.

Membuatkan dia tiba tiba mengamuk, dan menyerang ayah Ochobot tanpa henti.

Selamatlah dia kecil dan lemah, sehingga serangannya tidak sakit sakit mana.

Tetapi itu sudah cukup untuk ayah Ochobot lihat ada sesuatu yang pelik dengan puteranya itu.

Pada awalnya dia biarkan sahaja kerana fikir mungkin ianya cuma perubahan emosi sahaja, kerana budak budak memang begitu.

Tetapi bila pada kejadian lain, contohnya, ketika Ochobot dan Boboiboy sedang bermain di bilik sang putera itu, dia mula ketawa tak henti henti, sehingga dia tidak dapat mengawal ketawanya.

Ambil masa juga untuk Ochobot tenangkannya. Tapi bila sudah berhenti, Boboiboy bertanya, apa yang berlaku? Seperti dia tidak sedar dengan keadaan sekitarnya ketika dia ketawa tadi.

Kemudian, waktu dia sedang berjalan di sekitar istana, dia melihat Ochobot di buli oleh beberapa anak dayang yang lain, membuatkan dia tiba tiba memecut di tepi Ochobot, dan mencekik salah satu daripada mereka.

Tetapi kali ini bukan kemarahan, tapi lebih kepada dia hanya mahu lindungi Ochobot. Sifat protektif.

Tapi lagi sekali bila Ochobot tanya kenapa Boboiboy cekik budak tu lepas mereka lari, Boboiboy tanya, apa maksud kau?

Semakin lama semakin pelik, sehingga Ochobot mengatakan perkara itu kepada ayahnya.

Ayahnya pun membawa putera itu ke doktor, dan doktor sahkan yang dia memiliki bipolar disoder, yang dikeranakan oleh tekanan emosi yang tinggi.

Memang tiada ubat untuk perkara ini, tetapi hanya pesakitnya sendiri yang boleh memulihkan disoder itu.

Mungkin bukan menghilangkannya, tetapi mengurangkannya, dengan belajar mengawal emosinya sendiri.

Bahkan Amato dan Mara tidak tahu pasal ini, kerana Boboiboy meminta untuk sembunyikan perkara ini daripada mereka kerana tidak mahu mereka risau akannya.

Dia pun mula menamakan setiap sisi emosinya dengan nama mereka sendiri, seperti, kemarahan : Halilintar, kegembiraan : Taufan, protektif : Gempa, dan sebagainya.

Memhuatkan dia senang untuk tahu siapa yang keluar tanpa pengetahuannya.

Halilintar turut pernah keluar daripada Boboiboy apabila pertama kali berguru dengan Maskmana dua tahun kemudian.

Ochobot pun terpaksa jelaskan situasi Boboiboy kepada Maskmana, kerana tidak mahu dia bingung.

Maskmana pun menjadi orang ketiga yang tahu mengetahui disoder yang dihidapi putera mereka ini.

Ochobot pun sampai terpaksa bersama dengan Boboiboy sepanjang kelasnya yang lain kerana takut mana mana sisi Boboiboy yang lain keluar lagi tanpa pengetahuannya.

Blaze pertama kali keluar apabila salah satu gurunya memberi tekanan yang sangat tinggi ke atasnya, seperti dia sedang bad mood pada hari itu.

Gurunya tidak habis habis marah kepadanya walaupun dia hanya tersalah tulis satu huruf sahaja.

Bila kelas sudah tamat, Boboiboy hampir tertumbuk Ochobot kerana Blaze mahu melepaskan kemarahannya.

Selamatkan Ochobot dapat elak dengan senang kerana dia sudah dilatih oleh ayahnya.

Selepas tenangkan kawannya itu, dan memberitahu apa yang terjadi, Boboiboy sendiri terkejut dia ada sisi itu.

Sisi seterusnya keluar, ketika dia berusia 11 tahun, apabila mencuba untuk tenangkan diri daripada segala tekanan yang dia rasakan kerana dia tidak mahu sisi Blaze atau Halilintarnya keluar tanpa sengaja lagi.

Dia malah jadi pendiam, tidak aktif, dan memilih untuk tidur sepanjang hari untuk memulihkan tenaganya semula.

Bila dia bangun, dia tidak tahu apa apa yang berlaku semalamnya.

Sisi Thornya keluar sedikit lambat, ketika dia 13 tahun, apabila dia sedar yang dia tidak melalui masa kecil yang sepatutnya kanak kanak lain lalui, sehingga dia mencuba memenuhi satu harinya yang tanpa apa apa kelas itu, dengan cuba memenuhi kembali masa kecilnya yang sudah dia tidak dapat kembalikan lagi itu.

Yang berakhir membuat dia bersikap naif dan periang sepanjang hari. Tapi Thorn tahu ianya adalah salah satu sisi lagi dari Boboiboy kerana sekali lagi dia tidak sedar dengan apa yang perlaku pada harj itu.

Kemudian, sisi terakhir, iaitu Solar. Sisi terakhir yang keluar ketika dia berusia 14 tahun. Hanya setahun yang lalu.

Disebabkan dia sudah diajar perbagai perkara sejak kecil, membuatkan dia sangat pandai.

Terlebih pandai, bahkan.

Ketika dia diberi guru baru, dia malah berjaya out-smart gurunya sendiri, yang membuatkan sisi terbaru keluar, yang membuat dirinya kelihatan sedikit sombong dan percaya diri, kerana dia tidak mahu dipandang rendah oleh gurunya sendiri.

Semua sisi emosi ini berada di dalam tubuh kecil putera mereka itu.

Memang susah untuk kawal mereka semua, ya, itu memang pasti.

Sampaikan, sisinya mampu mengambil alih sepenuhnya seketika, seperti badannya bertukar jiwa dengan ornag lain.

Sisinya juga mampu berfikir dan lakuan perkara sendiri, yang pastinya hanya disedari oleh orang sekelilingnya sahaja.

.
.
.
.
.
.
.
.

Itulah kisah dimana semua sisi itu muncul, dan sampai sekarang masih dihadapi olehnya.

Sejujurnya, Boboiboy memang tidak sudah dengan disoder itu.

Dia bahkan tidak mendapat kawalan penuh ke atas badannya sendiri.

Dia takut sisinya yang lain akan bertindak bukan bukan dan merosakkan imejnya, atau yang lebih dia risaukan, adalah cederakan orang lain.

Seperti tadi.

Selamat dia hanya menggunakan keris kayu, dan bukanlah keris sebenar.

Dia marah kerana terpaksa berlawan dengan gurunya sendiri, yang memang sudah jelas dia tidak akan ada peluang untuk menang, dengan seberapa besar jarak bakat dan ilmu mereka.

Dan waktu itulah, Hali keluar.

Sebelum sempat Hali mengusai dirinya sepenuhnya, selamatlah Maskmana menyebut nama itu, memberikan Boboiboy masa untuk menenangkan dirinya, sehingga Hali tidak jadi keluar.

Latihan hari itu pun berakhir, dengan kemenangan ke atas Boboiboy, sebab, walaupun itu ada Hali yang melakukannya, ianya masih lagi tetap sebahagian dirinya, dan ria berjaya tumbangkan Maskmana, sesuai syarat perlawanan itu.

Boboiboy pun kembali ke biliknya semula bersama Ochobot, untuk menyalin bajunya yang sudah dipenuhi debu itu.

.
.
.
.
.
.

Keesokkan harinya telah tiba.

Boboiboy telah dipanggil oleh ayahnya untuk menghadapnya di bilik kerjanya.

Yang semestinya membuat Boboiboy takut dan gementar kerana dia hanya akan dipanggil ke bilik itu kalau ada benda penting sahaja, seperti ketika dia diminta ikut sekali dalam acara derma kepada sebuah rumah anak yatim yang baru lepas dirompak oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Sejujurnya, itu adalah salah satu acara yang disukainya, kerana dia dapat terus berhadapan dengan rakyatnya sendiri.

Tetapi, disebabkan ketika itu dia masih malu dengan orang ramai, dia memakai mantel dan cape yang menutup hampir keseluruhan wajahnya, yang membuatkan apa yang rakyat disana ingat mengenai putera mereka hanyalah suaranya.

Boboiboy tiba di depan bilik kerja ayahnya, dan mengetuk pintu.

"Ampun Ayahanda. Anakanda datang mengadap, sesuai perintah"

Setelah mengatakan itu, pintu pun dibuka, dan kelihatan Mechabot yang tolong bukakan pintu itu untuknya.

"Tuan Mecha!" Boboiboy nampak teruja berjumpa dengan pengawal peribadi ayahnya itu.

"Hehe, Tuan Putera rindu patik ke~ alang alang kita dah lama tak berjumpa kan~"

Memang inilah pengarai Mechabot dengan semua orang. Tidak kiralah orang biasa ke atau kerabat diraja.

Nasib keluarga diraja dia di ramah. Kalau tak, ada yang dibuat negeri nanti ni.

"Hehe! Mestilah rindu! Tuan Mecha macam mana? Sihat?"

Boboiboy berjalan masuk dan memeluk sosok yang sudah seperti ayah saudaranya itu.

"Eh~ mestilah sihat~! Tak kan lah dengan semua otot patik ni patik tak sehat kan?!"

Mechabot menunjuk nunjukkan otot badannya, membuatkan putera muda itu ketawa melihat tingkah lakunya.

"Hahahaha!"

Bila dia habis ketawa, dia berpaling ke arah meja besar di ruangan itu.

Di sana, adalah ayahnya, Amato.

"Anakanda" Amato tersenyum ke arah anaknya.

"A-ayahanda..."

Boboiboy pun berjalan ke arah ayahnya, dan berdiri di depan meja kerja ayahnya itu.

"Jadi, kenapa Ayahanda arahkan anakanda untuk berjumpa dengan Ayahanda?"

Boboiboy membasakan dirinya sebagai anakanda, tidak seperti biasanya.

Biasanya dia bahasakan dirinya dengan nama manja pemberian mak ayahnya itu, walaupun dia adalah seorang putera.

Ini kerana dia rasakan sebab kenapa dia disuruh ke sana adalah penting.

Amato pun sedar akan itu, kerana anaknya yang tiba tiab bernada serius dengannya, membuatkan dia terketawa kecil.

"Ayahanda minta Boboiboy kesini, sebab ada benda Ayahanda nak bagitahu Boboiboy"

Boboiboy mulai tertanya tertanya.

"Bagitahu sesuatu? Apanya?"

Amato kelihatan bahagia kerana anaknya mahu tahu.

Sah kurang kasih sayang pakcik ni.

"Boboiboy ingatkan dengan permintaan Boboiboy semalam?"

Amato masuk ke tajuk sebenar.

"Permintaan....semalam?"

Dia berfikir sejenak, dan akhirnya mengingatinya.

"Oh....pasal yang anakanda nak bersekolah tu?"

Amato mengangguk.

Boboiboy kembali rasa tak keruan.

"Ayahanda ada kata nak bincangkannya dulu kan? Jadi, Ayahanda dah selesai bincangkannya"

Apa yang Amato katakan membuat Boboiboy menelan ludah kelatnya sendiri, gementar.

Walaupun dia sudah tahu kemungkinan besar dadipada permintaan itu adalah tidak diterima, tetapi dia masih berharap.

Walaupun harapan itu hanya sebesar zarah, dia tetap menyimpannya. Kemungkinan masih lagi kemungkinan.

"Ayahanda terima. Boboiboy dibenarkan untuk bersekolah pada minggu hadapan"

Mata Boboiboy terus sahaja membesar apabila dia mendengar apa yang ayahnya katakan.

Senyuman sedikit demi sedikit mulai membesar sehingga matanya mulai bersinar dengan kegembiraan.

Amato terketawa melihat riaksi anaknya itu.

"B-betul ke ni, Ayahanda?!" Boboiboy menanyakannya lagi untuk memastikannya.

"Mestilah! Sejak bila Ayahanda pernah menipu pada anak kesayangan ayahanda ni?"

Amato mengusap manja kepala anaknya itu, sehingga rambut Boboiboy serabai dibuatnya.

Dia gembira anaknya sangat sangat gembira dengan keputusannya.

"Boboiboy bersedia sahaja, ok? Nanti kita akan siapkan baju uniform, buku, dan daftarkan Boboiboy di sekolah baharu Boboiboy, ok?"

Boboiboy menggangguk dengan energi yang sangat tinggi, nampak sangat dia terlalu gembira ketika itu.

"Baik, ayahanda!"

Amato tiba tiba kelihatan seperti dia baru mengingati sesuatu.

"Oh, satu lagi, Boboiboy"

"Hm?"

"Kamu mahu gunakan identiti apa ketika sudah berada di sekolah nanti? Kamu masih mahu dikenali sebagai putera, atau kamu mahu menyamar jadi rakyat biasa?"

Soalan yang memang kedengaran tiba tiba, tapi dia sebenarnya sudah bincangkan semua ini dengan isteri dan kawannya itu sepanjang malam.

"Identiti?"

Boboiboy kelihatan tidak faham dengan soalan ayahnya.

"Itu kerana Boboiboy bukan akan bersekolah di sekolah diraja, dimana Boboiboy boleh dengan senang hati semua orang tahu yang Boboiboy adalah putera. Jadi, pilih yang mana? Nak semua rakyat di sekolah tu tahu Boboiboy adalah putera, ataupun tidak?"

Pilihan itu memang kedengaran munasabah, kerana betul kata Amato.

Ini bukan sekolah yang biasa dengan standard sebagai putera raja. Tiada sesiapa tahu yang dia adalah kerabat diraja.

Amato dan Mechabot menunggu jawapannya.

"Menyamar ya......"

Amato tidak terlalu dengar apa yang anaknya katakan.

"Hm?"

Boboiboy mengangkat kepalanya dan memandang ayahnya kembali.

"Mereka kata kalau nak tahu bagaimana rakyat itu, perlau jadi sebahagian daripada mereka, kan?"

Boboiboy tersenyum sambil menutup matanya.

Amato dan Mechabot memandang sama sendiri, sebelum tersenyum dengan pilihan anak muda itu.

"Baiklah kalau itu pilihan Boboiboy. Ayahanda terima"

Betul, salah sebab utama dia mahu bersekolah adalah untuk tahu lebih dalam mengenai rakyatnya.

Kalau dia mahu lebih mengenali mereka, dia pergi jadi sebahagian daripada mereka.

"Boboiboy dah boleh pergi. Bagitahu perkara ini kepada Aidan juga. Dia turut akan disekolahkan juga"

Boboiboy mengangguk, sebelum tunduk hormat, dan berlalu pergi daripada bilik itu.

Mechabot yang dari tadi berdiri di sebelah pintu, berjalan ke tepi Amato, sambil melihat budak itu pergi.

"Jadi...macam mana? Aku berjaya ke?"

Amato bertanya pendapat Mechabot.

Mechabot memberi thumbs-up kepada sang raja itu.

"Boleh tahan. Kau dah cuba. Iyakan, apa gunanya berjaya jadi raja, tapi gagal menjadi seorang ayah, kan?"

Amato menumbuk manja lengan Mechabot, dam mereka berduanpun ketawa.

"Haih...aku benci bila kau betul"

"Apa boleh buat, kan? Aku memang sentiasa betul"

Dan dengan semua itu pun, Boboiboy berjaya mendapatkan apa yang dia mintakan, dan dia pun kembali semula ke biliknya, dengan senyuman di wajahnya.






















2461 perkataan

Hehehehehe-

Ok bye-*lari naik burung unta*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top