Chapter 21
Beberapa ketika kemudian, sedar tak sedar, dan dekat satu jam berlalu.
Boboiboy sudah berpisah dengan akak tadi, kerana mahu kembali ke tempat perjumpaanya dengan Gaharum.
Bila dia berjalan ke sana, Gaharum sudah pun setia menunggunya.
"T-Tuan! Saya dah dapatkan kesemua barang yang Tuan mahukan!"
Gaharum tersenyum gembira mendengar itu.
"Bagus~bagus Khairul~Terima kasih ya"
Gaharum mengusap kepala budak itu lagi.
Mentang mentang budak tu pendek-//plak!!!//
Gaharum kemudian mengeledah troli milik Boboiboy itu, mahu memastikan betul ke semua barang yang budak tu ambil. Karang ada yang salah masa bayar nanti kang naya.
Semuanya betul.
"Bagus Khairul! Semua barang yang kamu ambil semua betul!"
Gaharum memberikan thumb-ups kepadanya.
Mendengar itu membuatkan mata Boboiboy bersinar gembira, tapi pada masa yang sama, menghembuskan nafas lega.
"Terima kasih Tuan!"
Gaharum mengusap kepala budak itu sekali lagi, sebelum mengcangkung sehingga paras tinggi Boboiboy.
"Maaflah kerana memaksa kamu untuk berpisah tadi. Saya lakukannya kerana mahu mengajar kamu cara berdikari. Saya mahu kamu belajar melakukan sesuatu benda sendiri. Jadi, maaflah jika perkara ini membuat kamu takut"
Gaharum sudah tahu dari awal Boboiboy takut dengan orang lain kerana hanya dibesarkan di dalam istana sahaja.
Semua pilihannya dibuat oleh orang lain, seperti baju apa yang dia perlu pakai hari ni, makanan apa yang dia patut makan hari ni, kelas apa dia patut ambil, itu ini itu ini, seperti dunianya dikawal oleh orang lain.
Gaharum hanya mampu melihat semua itu daripada jauh sahaja.
Dia tidak setuju dengan cara sang Raja dan Ratu, iaitu Amato dan Mara membesarkan anak mereka, tetapi dia bukan di tempat yang betul untuk membangkang.
Dia hanyalah tukang masak diraja sahaja.
Hanya seorang rakyat biasa sahaja.
Dia faham mereka lakukan ini semua kerana Boboiboy adalah seorang putera, dan penerus negeri mereka, tapi itu tidak bermaksud mereka boleh mengawal kehidupannya.
Boboiboy juga seorang manusia, bukan anak patung yang boleh ditentukan jalan hidupnya oleh orang lain.
Bahkan selepas berjaya dapat bersekolah, Gaharum perasan Boboiboy masih tetap serahkan segala pilihannya kepada Ochobot.
Jadi, Gaharum membuat ini untuk membiarkan Boboiboy membuat pilihannya sendiri, walaupun ianya sekadar memilih barang dapur sahaja.
Ianya permulaan yang mudah kan?
Tapi, selepas Gaharum berkata begitu, riak ceria Boboiboy tadi, perlahan lahan memudar, dan itu membuatkan Gaharum terkedu.
"Khairul?"
Boboiboy menundukkan kepalanya ke tanah, sambil mengusap lengannya perlahan lahan.
"S-saya.....saya minta maaf....."
Permintaan maaf tiba tiba itu membuatkan Gaharum semakin terkedu.
"Saya....saya tidak memilih semua barang ni sendiri....m-masa nakmpilih mentega tadi....saya ada minta tolong sorang akak ni...dan selepas tu meminta bantuannya untuk pilih semua barang yang lain....lebih separuh barang dalam troli tu...bukan yang saya pilih sendiri...."
Suara Boboiboy kedengaran seperti ketakutan bila dia berkata begitu.
Dia tidak mahu Gaharum salah sangka dengan dirinya, tapi pada masa yang sama dia tidak mahu Gaharum kecewa akannya.
Boboiboy meremas lengan bajunya, kecewa dengan diri sendiri.
Pada akhirnya, dia memang tidak boleh lakukan apa apa sendiri.
Boboiboy menutup matanya, bersedia untuk mendengar Gaharum memarahinya.
Tapi apa yang dia dengari adalah lain dari apa yang dia sangkakan.
"Tapi itu pilihan kamu sendiri, kan?"
Gaharum meletakkan tangannya di atas bahu putera muda itu, membuatkan Boboiboy membuka matanya kembali, dan melihat ke arah Gaharum.
"A-apa?" Boboiboy tidak memahami maksud Gaharum.
"Kamu sendiri yang memilih untuk meminta bantuan kali ini, kan?"
Boboiboy perlahan lahan mengangguk, walaupun kelihatan kekok.
Gaharum tersenyum nipis mendengar balasan puteranya itu.
"Itu juga sebuah pilihan, Khairul. Memang saya kata saya mahu kamu belajar berdikari, tapi itu tidak bermaksud kamu mampu lakukan semua benda sendiri"
Walaupun niat Gaharum mahu menceriakannya, tapi cara Gaharum mengatakannya membuat putera muda itu sedikit terasa.
Dan ianya jelas pada wajahnya, membuatkan Gaharum tahu.
"Bukan saya mahu kata yang kamu itu lemah, tapi itulah hakikat manusia, kita tidak boleh lakukan semua benda sendiri, kerana kita tidak sempurna. Kalau tidak, apa gunanya kita ada kawan di sisi kita, kan?"
Boboiboy, terkesan dengan kata katanya.
"Meminta bantuan itu biasa. Menangis itu biasa. Merasa terbeban itu biasa. Jangan takut untuk minta bantuan sesiapa jika kamu merasa terbeban lagi, ok?"
Boboiboy mengangguk perlahan, sebelum memeluk sang yang lebih tua itu.
"Terima kasih, Tuan...."
Gaharum juga tidak menyangka budak itu akan memeluknya. Tetapi dia tersenyum sahaja, sambil mengusap lembut belakang budak itu.
"Tidak ada apa apa lah, Tuanku. Mari kita bayar semua ni dulu ya?"
Boboiboy mengangguk sekali lagi, sebelum melepaskan badannya.
Mereka berdua pun pergi beratur di kaunter untuk membayar semua barang yang mereka beli itu.
.
.
.
Skip, sehingga hari ahap, Ochobot sudah pun pulang ke Pulau Rintis semula.
Seperti yang dijanjikan, dia membawa pulang sepuluh biji telur rebus yang dia rebus sendiri dekat kempung sebelum bertolak balik.
Boboiboy menceritakan apa sahaja yang dia sudah lalui sepanjang ketiadaan Ochobot.
"Kau hampir kena ragut masa belah dengan Tuan Gaharum? Biar betul?"
Ochobot sendiri terkejut akan hal itu.
Yelah, hampir kena ragut kot.
"Haah, tapi tak apa, aku sempat curi balik dompet aku dari poket dia masa beri semua guni bawang tu ke dia" kata Boboiboy sambil menyumbat satu biji telur itu ke dalam mulutnya.
Ochobot melepaskan nafas lega Boboiboy dapat handle situasi itu sendiri.
"Kalau aku ada waktu tu, dah lama aku belasah si peragut tu lumat" Ochobot mengancam sebegitu sambil meng-crak crak tangannya.
Boboiboy sempat tersweatdrop mendengar kata kata kawannya itu.
"Ahaha... memang tak nya lah aku nak bagi kau belasah abang tu. Dalam kedai kot, banyak orang. Kau nak halakan semua perhatian ke kau ke?"
"Kalau ya pun kenapa? Dah memang peragut tu layak dapatnya kan? Suka hati je nak curi barang orang. Biar je semua tahu siapa dia, senang sikit biar ada orang telefon polis nanti"
Ochobot sakit hati kerana ada orang berada nak ragut barang puteranya.
Walaupun mesti lelaki itu tidak tahu Boboiboy adalah putera, meragut itu sudah memang salah sejak azali lagi.
Boboiboy hanya mampu tersenyum kekok sahaja mendengar kata kata Ochobot.
"Haih....nampaknya aku memang tak boleh tinggalkan kau sendiri. Mesti ada je masalah yang datang"
Lama lama, Boboiboy akhirnya mem-pout tak puas hati mendengar Ochobot melayannya seperti bayi.
"Aku boleh jaga diri sendiri lah! Kan Maskmana dah ajar aku cara berlawan!"
Ochobot mencuba menahan ketawa melihat wajah tidak puas hati kawannya itu.
"Alah, kau hayun pedang pun masih boleh salah sasar lagi. Nasib tu pedang kayu. Kalau tak, dah lama arwah Pak Samad nanti"
Ochobot maksudkan Tukang Kebun Diraja mereka. Pernah satu hari tu Boboiboy berlatih melawan pedang dengan Maksmana, tapi Boboiboy tersalah hayun sehingga pedangnya terlepas dan melayang sehingga landing cantik di atas kepala Pak Samad and akhirnya pengsan.
Bila ditegur sebegitu, semestinya wajah Boboiboy seketika memerah.
"B-biasa lah tu buat silap! Kau pun sama je pernah nak kejar tupai yang curi cermin mata kau dulu lepas tu tergolek masuk lopak air!"
Giliran Boboiboy pula memetir Ochobot.
Ochobot apa lagi, terasa jugalah jawapnya.
"D-dah aku tak nampak kan! Manalah aku tahu ada lopak air dekat sana!"
Kejadian itu berlaku selepas hujan lebat pada malam sebelumnya pada bulan lepas, jadi, semestinya kawasan perkarangan istana dipenuhi dengan lopak air ketika itu.
Maka, mereka pun sambung jelah bertekak semasa sendiri dan ketika sudah berbaik, mereka menceritakan apa sahaja yang mereka lakukan sepanjang ketiadaan sesama sendiri.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Timeskip, sudah seminggu berlaku sejak hari itu.
Boboiboy dan Ochobot sudah mula biasakan diri dengan dunia persekolahan mereka di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Rintis itu.
Mereka sudah mampu menghafal semua kawasan yang berada di dalam sekolah mereka, jadi mereka tidak akan ada masalah tersesat lagi.
Mereka juga sudah hafal nama cikgu dan rakan kelas mereka semua, jadi mereka tidak akan kesusahan ketika perlu meminta bantuan lagi.
Boboiboy dan Ochobot sedang berada di kantin bersama kawan kawan mereka kerana sedang waktu rehat.
"Korang ada buat apa apa ke hujung minggu semalam?" Yaya bertanya sambil memakan nasi lemaknya.
"Oh, tak kemana, duduk rumah je" balas Boboiboy. Turut dibalas anggukan oleh Ochobot.
"Aku tolong Appa aku jual ais krim sepanjang hujung minggu, jadi memang tak kemana" balas Gopal dengan wajah cemberut tak puas hati.
"Haiya, rugi ma. Aku pergi taman tema air dengan keluarga aku semalam! Best!" kata Ying dengan bangga.
"Untung" balas Gopal dengan wajah yang semakin tak puas hati.
"Aku pun tak kemana. Aku sibuk tolong rawat abang aku dekat rumah" balas Fang.
Kata kata Fang itu membuatkan semua tumpuan tertumpu ke arahnya.
"Ada apa apa terjadi dekat abang lu ke?" Ying kelihatan risau.
"Haah, kemalangan waktu kerja. Tapi tak perlu risau, lukanya tak teruk mana. Cuma ambil masa sahajalah nak sembuh"
Korang ingat yang Kaizo kena tembak sebelum ni tu?
Pada hari yang sama, sebaik sahaja Fang mahu menuju pulang ke rumah pati asuhannya, dia dapat panggilan daripasa Kassim.
Dari situlah Fang dapat tahu mengenai keadaan Kaizo.
Peluru itu selamat dikeluarkan dari badan Kaizo, tapi Kaizo diberikan cuti sementara dari kerja untuk memastikan luka itu pulih sepenuhnya.
"Kata kat abang kau kami semua harapkan dia cepat sembuh ya?" kata Yaya dengan wajah simpati.
Fang mengangguk.
"Oh ya, peperiksaan awal tahun nanti mula bila?"
Tiba tiba, soalan baru dikemukakan oleh Ying.
Boboiboy dan Ochobot yang tidak tahu apa apa, memandnag wajah sesama sendiri dengan wajah terkejut.
"Aku dengar ianya dua minggu lagi. Jadi kita kena study awal awal lah" balas Yaya.
"Tidaaaaakkkkkk!!!" Gopal menangis tidak berlagu di tepi.
Makin bertambahlah keterkejutan mereka berdua.
Boboiboy tahu apa itu periksa kerana semasa dia masih disekolahkan di istana, dia selalu diberi periksa dua bulan sekali untuk melihat kemajuannya.
Tapi sekarang ini mereka terkejut kerana mereka tidak tahu apa apa pasal ni.
Disebabkan dah selalu bersama, entah bagaimana, tanpa membuka mulut pun diorang dah boleh tahu apa yang sesama sendiri mahu katakan.
'KENAPA KAU TAK BAGITAHU ADA PERIKSA WEI?!?!' Boboiboy.
'MANALAH AKU TAHU!!! KAN KITA MASUK SEKOLAH WAKTU YANG SAMA!!!' Ochobot.
'KAN KAU DAH PERNAH PERGI SEKOLAH SEBELUM NI?!?!' Boboiboy.
'TU DUA TAHUN LEPAS LAH BONGOK!!!' Ochobot.
'MACAM MANA NI?! AKU TAK STUDY APA APA LAGI!!!' Boboiboy.
'TU MASALAH KAU BUKAN MASALAH AKU!!!' Ochobot.
Yaya yang melihat wajah terkejut mereka berdua, sudah tahu yang mereka masih belum study apa apa juga.
Dia pun mendapat idea.
"Hah~ apa kata kalau buat sesi ulang kaji sama sama?!"
Yaya mengatakan itu dengan bersemangat.
Ying yang satu kepala dengan Yaya tu, apa lagi of course lah setuju tanpa bantahan.
"Ohhhh! Bagus tu! Boleh lah kita cover subjek yang kita lemah sama sama!" kata Ying.
"Boleh jugak tu. Aku pun memang ada banyak subjek yang aku lemah" kata Fang menyokong idea Yaya dan Ying.
"Hm, yelah tu, Encik nombor 3 dalam kelas" Gopal memasang muka tak puas hati ke arah Fang.
Fang pun membalas pandangan Gopal itu dengan menjelir ke arahnya.
Yaya menggulingkan matanya, dah penat lihat dua kawannya itu asyik bergaduh je kerjanya.
"Boboiboy dengan Ochobot macam mana? Setuju tak nak study sama sama?"
Yaya memandang ke arah dua kawannya itu yang dari tadi tidak membalas apa apa.
Boboiboy dan Ochobot memandang satu sama lain, sebelum memandang ke arah Yaya semula.
"Kitorang ok je. Lagipun, lagi seronok kalau study ramai ramai" balas Boboiboy.
Ying seronok semua orang setuju.
"Ahahaha! Tak sabarnya aku nak bawak banyak bahan bacaan untuk kita nanti!"
Bila Ying berkata begitu, Boboiboy pun terasa mahu bawa bahan bacaan untuk mereka juga.
"Aku pun nak bawa bahan bacaan sikit. Kita nak mula bila?"
"Kita mula esok, waktu rehat. Masuk je waktu rehat kita terus ke Pusat Sumber, ok? Dan untuk hari hari kedepannya juga" cadang Yaya.
Walaupun itu cadangan yang baik, tapi Ochobot kelihatan tidak puas hati.
"Tak kan kita nak ulang kaji waktu rehat je? Memang kita ada 2 minggu untuk ulang kaji, tapi kena ingat kita rehat 25 minit je. Tak ke gelabah sangat nak ulang kajinya tu nanti. Dah lah bukan satu subjek je yang kita kena ulang kajinya"
Bila Ochobot berkata begitu, terus semua kawan kawannya seperti memikirkan rancangan itu sekali lagi.
"Ada betul jugak kata Ochobot tu. Jadi kelam kabut lah nanti nak studynya. Karang satu benda pun tak masuk kepala nanti kalau macam tu" balas Fang, setuju dengan kata kata Ochobot.
Gopal pun turut kelihatan seperti berfikir dengan mengusap dagunya menggunakan jarinya.
"Hm.....Hah! Apa kata hujung minggu ni kita study dekat Kokotiam? Hujung minggu biasanya tak ramai orang dekat sana. Sesuailah kita nak study dekat sana!"
Kokotiam tu tak sibuk pada hujung minggu kerana Qually biasanya ambil masa cuti tu untuk pergi pasar untuk tambah barang masakan, jadi Kokotiam tu dikira tutup sementara walaupun sebenarnya buka je.
Kawan kawannya memandang ke arah Gopal dengan wajah tak percaya dengan apa yang dikatakannya.
"Apa? Ingat aku fikir pasal makanan je ke?"
Padahal memang ya dia minta nak study dekat sana supaya dia boleh pesan speacial hot coklat sambil study, uhuk-
"Cadangan yang bagus Gopal! Macam mana? Semua setuju ke?" Yaya melihat ke arah kawan kawannya yang lain.
Mereka semua mengangguk setuju.
"Bagus, satu masalah dah selesai. Jangan lupa pulak nanti ya" kata Yaya lagi.
Loceng tamat waktu rehat pun berbunyi, dan mereka semua pun pulang ke kelas mereka semula.
2120 perkataan
Dah lama sangat Author tak update buku ni, ahak- 🧍🏻♂️
Sorry lah, Author sibuk dengan kelas tambahan :'v tak sempat nak update apa apa-
Continue or nah?
Buh bye- 🧚♀️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top