Chapter 20
Mereka berdua kini berada di dalam kereta Gaharum.
Mereka sedang dalam perjalanan menuju ke kedai untuk membeli barang barang dapur istana.
Boboiboy kelihatan sedang menikmati permandangan sepanjang perjalanan mereka itu.
Yang Boboiboy sedar adalah, ini bukan laluan yang selalu dia lalu untuk pergi ke sekolah.
Itu kerana mereka bukan mahu pergi ke kedai biasa yang berada di tepi jalan sana tu.
"Tuan, kita nak pergi ke mana ni?" putera muda itu bertanya.
Gaharum dah tahu Boboiboy akan bertanya begitu, kerana dia tahu laluan yang dia gunakan berbeza dari yang Boboiboy tahu.
Dia tahu kerana Kapten Papa pernah bagitahunya ke mana sahaja dia selalu menghantar Boboiboy dan Ochobot.
"Kita nak pergi ke Pasaraya"
Gaharum menjawap sambil matanya masih tidak lekang daripada memandang ke hadapan.
"Pasaraya? Apa tu?" tanya sekali lagi.
"Hehehe. Nanti Tuanku tahulah"
Itu bukan jawapan yang Boboiboy mahu dengar. Dia mem-pout tak puas hati.
"Hah~cakap pasal nanti, kita dah sampai!"
"Hah?"
Dengan sahaja Gaharum nerkata begitu, Boboiboy memandang ke hadapan.
Di depan mereka kini, adalah sebuah banggunan yang besar, sangat sangat besar yang nampak seperti memiliki 7 ke 10 tingkat di dalamnya.
"Waaaaa!!!" Boboiboy sudah pastinya kagum melihat banggunan itu.
Mereka tiba di kawasan yang ada palang automatic itu.
Gaharum meletakkan kad debitnya pada mesin itu, dan palang itu pun terangkat.
Gaharum membawa keretanya masuk ke dalam banggunan itu, dan mereka pun menuju ke tingkat bawah.
"Huh? Kita nak kemana ni?"
Boboiboy sudah pastinya bingung kerana mereka menuju ke bawah, dan semakin lama ianya menjadi semakin gelap.
"Parking bawah tanah" itu sahaja jawapan daripada tukang masak istana itu.
"Parking bawah tanah? Maksud Tuan, kita berada di dalam tanah sekarang?!"
Gaharum hanya mengangguk sambil tersenyum.
Tidak lama kemudian, mereka akhirnya melihat cahaya kembali, dan mereka pun mulai masuk ke dalam kawasan parking bawah tanah itu.
Parking, mestilah banyak kereta kan?
Sememangnya ketika itu Boboiboy melihat alangkah banyaknya kereta di sana sini, sampaikan nak nampak satu parking kosong pun tak mampu.
"P-padatnya tempat ni..."
"Itu kerana ini adalah Pasaraya, Tuanku. Ianya seperti kedai yang Tuanku dah biasa pergi sebelum ini, tetapi Pasaraya adalah sebuah banggunan besar yang menempatkan pelbagai kedai di dalamnya sekaligus"
Penjelasan Gaharum membuatkan Boboiboy semakin teruja mahu melihat isi dalam Pasaraya itu.
"Dan ini? Ini hanyalah kawasan Parkingnya sahaja. Patik tahu Tuanku akan semakin suka melihat seberapa luasnya dalamnya pula"
Boboiboy mengangguk atas kata kata Gaharum itu.
Tidak lama kemudian, mereka menjumpai parking yang kosong, dan akhirnya mampu keluar daripada kereta.
.
.
.
Mereka akhirnya berjaya masuk ke dalam banggunan gergasi itu.
Masuk sahaja, mereka sudah bertembung dengan rakyat yang lain yang sibuk lalu lalang di dalam Pasaraya itu, ingin ke tempat tujuan masing masing.
Boboiboy terkasima melihat seberapa banyak manusia yang boleh dimuatkan di dalam banggunan itu.
Dan tidak sampai situ sahaja, dia melihat ke atas, bahkan masih ada tingkat lainnya, dan rakyatnya naik ke tingkat seterusnya menggunakan eskalator.
Walaupun untuk sekarang dia tidak tahu apa nama benda alah tu, uhuk-
"Tuank-Khairul, sini. Kita nak kena naik ke tingkat atas ni"
Hampir sahaja Gaharum terpanggil Boboiboy Tuanku di depan rakyat yang lain.
Gaharum tidak mahu Boboiboy sesat, kerana tempat itu memang luas dan penuh dengan manusia, jadi dia panggil budak itu siap siap supaya dia tidak pergi jauh daripadanya.
"Baik!" Boboiboy pun mengikuti Gaharum dari belakang.
Mereka pun menaiki eskalator berdekatan untuk naik ke tingkat dua.
Sambil naik itu, Boboiboy melihat ke bawah, dan terkasima dirinya semakin lama semakin jauh daripada tanah.
Walaupun dia seorang putera, dia tidak tahu apa apa langsung mengenai teknologi.
Tulah, siapa suruh mak bapak dia kurung dia dalam istana. Kan dah tak tahu-//plak!!!//
"Tuan, nama benda ini apa?" Boboiboy akhirnya bertanya.
"Ni namanya Eskalator. Ianya macam tangga, tetapi automatik" penjelasan ringkas Gaharum itu membuatkan Boboiboy senang memahaminya.
Boboiboy pun mengangguk menandakan dia faham.
.
.
.
Tidak lama kemudian, mereka sudah tiba di tingkat dua, dan mereka kini berada di depan salah satu kedai di dalam Pasaraya itu.
Korang tahu kan tempat yang macam Mall biasa macam Giant, Aeon, yang ada rak banyak banyak yang gabung sekali dengan barang basah, alatan, baju, sabun makanan tu kan? Hah, diorang dekat situ.
Maaflah, Author tak tahu nama tempat tu apa uhuk-
Gaharum pun mula mengambil troli di pintu masuk, dan mereka pun masuk ke dalam sana.
"Baiklah, saya dah sediakan senarai barang yang kita perlu beli. Memang agak banyak, jadi saya harap kamu tak kisahlah"
Gaharum mengeluarkan segulung kertas dari dalam begnya, dan memberikannya kepada Boboiboy.
Bila Boboiboy membukanya, kertas itu mula jatuh sehingga ke lantai. Memang panjang.
Sampai terweatdrop Boboiboy dibuatnya.
Tapi Boboiboy tak pelik, kerana Gaharum memang bukan masak makanan untuk keluarga diraja sahaja. Dia masak untuk semua pekerja istana juga. Tak kisah lah dayang ke, pengawal istana ke, tukang rumput ke, tak terkecuali.
Sebab itulah Gaharum perlukan banyak barang masakan.
Untuk duit tak perlu risau, bekerja dibawah Raja sendiri, sudah tentulah dia dapat gaji yang besar. Tambah lagi, bekas Raja dan Ratunya turut memberinya wang yang lebih untuk memberi barangan dapur juga.
Jadi memang banyak lah uangnya.
"Tak apa, lagipun memang saya sendiri yang mahu ikut" Boboiboy menggulung kembali kertas itu.
Gaharum hanya tersenyum nipis mendengar balasan puteranya itu.
"Baiklah, apa kata kita berpecah? Kamu ambil separuh, saya ambil separuh. Macam tu, cepat sedikit kita dapat cari semua barang"
Gaharum mengoyakkan kertas listnya itu kepada dua, dan memberi bahagian bawah kepada Boboiboy.
Boboiboy tersentak mendengar cadangan Gaharum itu.
"T-tapi, saya tak tahu tempat ni! Saya takut saya sesat nanti!"
Boboiboy sedar dengan dirinya sendiri. Ini pertama kali dia ke sana, tambah lagi dengan seberapa luasnya tempat tu. Sesat itu memang benda pertama yang muncul di fikirannya.
Gaharum hanya ketawa kecil melihat kegelabahan puteranya itu, sebelum mengusap lembut kepalanya.
"Tak apa, kamu hanya perlu ingat papan ini, ok?"
Gaharum menunjuk ke arah papat kaunter yang berada di atas mereka.
Papan itu menunjukkan nombor 5.
Di sebabkan ianya diletakkan sangat tinggi, korang boleh melihatnya di seluruh tempat itu.
Ianya untuk memudahkan pelanggan tahu di mana letaknya kaunter.
"Selepas menjumpai semua barang yang terletak di list kamu tu, kita berjumpa kembali di sini, ya?"
Gaharum tahu puteranya itu takut, kerana dia perlu pergi bersendirian, tetapi ini juga adalah satu ujian untuknya.
Ujian untuk melihat Boboiboy berdikari.
Selama ini, Boboiboy selalu bersama Ochobot, dan juga selalu dibantu olehnya.
Boboiboy jarang membuat keputusannya sendiri, dan itu seperti mengekang kemampuan dirinya sendiri.
Gaharum mahu jadikan sesi membeli belah ini, sebagai sebuah ujian untuk puteranya.
Boboiboy, memang sedikit tidak mahu menerimanya, kerana dia takut melakukan benda yang diluar kebiasaanya.
Tetapi, seperti yang dia katakan, dia sendiri yang mahu datang bersama Gaharum. Jadi dia mengangguk.
Gaharum tersenyum gembira dengan balasannya, dan mengusap kepalanya sekali lagi.
"Kita berpisah sekarang ya?"
Boboiboy mengangguk sekali lagi.
Mereka pun mula berjalan ke arah bertentangan.
.
.
.
Camera di alihkan kepada Gaharum.
Di list buatannya sendiri itu, benda pertama yang tertera di sana adalah minyak masak.
Dia pun menuju ke arah rak yang memiliki minyak masak, yelah, tak kan yang ada kek pulak kan-//plak!!!//
Bila sudah sampai di sana, memang ada rak yang penuh dengan minyak masak di sana.
Tapi di seksyen itu bukan ada itu sahaja.
Bahkan periuk, kuali, sabun basuh pinggan, span cuci pinggan, sabun basuh baju, pinggan mangkuk, senang kata barang barang dapur lah.
Gaharum pun mengambil dua botol besar minyak masak kepapa sawit, dan memasukkanya ke dalam trolinya.
Itu memang jenama minyak masak yang dia selalu guna.
Setelah mengambil bahan pertama yang dia perlukan, dia kemudian melihat ke arah periuk yang berada betuk betuk di sebelah rak minyak masak itu.
Kuali bermutu tinggi daripada Jepun menarik perhatiannya.
"Uuuu~ boleh tahan. Harga pun tak adalah mahal mana. Boleh beli untuk anak dengan menantu aku guna dekat rumah ni"
Gaharum memiliki 3 anak, dan yang paling tua sudah memiliki 5 anak juga.
Isterinya sudah tidak ada.
Disebabkan kerjanya sebagai chef sejak dini lagi, anak anaknya pun mendapat bakat memasak darinya.
Bahkan menantunya sendiri pun memiliki restorannya sendiri.
Nampaknya memasak memang sudah mengalir di dalam darah keluarga mereka.
Ada dua warna, unggu dan hitam.
"Hm~ unggu ke hitam? Menantu aku memang suka unggu, tapi hitam tak ada lah nampak sangat karatnya nanti. Hm~hitam jelah"
Gaharum pun mengambil kuali berwarna hitam itu, dan memasukkanya ke dalam trolinya.
Alang alang memang hari jadi menantunya minggu depan, boleh lah siap siap belikan untuknya.
Baru sahaja dia mahu berlalu pergi, dia terlihat seorang wanita tua, tidak jauh beza sangat pun umur dengannya, kesusahan mahu mengambil barang dari rak nombor empat di depannya.
Makcik tu nampaknya mahu mengambil sabun cuci baju.
"Ergh! Aduhhhh kenapa tinggi sangat ni?"
Sedang masih berusaha mencapai sabun itu, Gaharum muncul di tepinya, dan tolong ambilkan sabun itu untuknya.
Mentang mentang dia memang tinggi uhuk-
"Nah Puan" Gaharum menghulurkan sabun itu kepada Makcik itu.
"Oh oh? Ahaha! Terima kasih lah Encik"
Makcik itu menyambut sabun itu daripada tangan Gaharum, dan memasukkan sabun itu ke dalam bakulnya.
"Puan beli belah sendiri je ke?" Gaharum mencuba membuka perbualan dengan Makcik itu.
"Haah. Dah nak akhir bulan ni, saya nak lah beli sikit benda" balas Makcik itu.
"Anak Puan tak ikut sekali ke?" Tanya Gaharum lagi.
"Tak, dia tengah sibuk jaga cucu saya dekat rumah tu. Menantu saya baru lepas bersalin, jadi tengah dalam pantang ni, memang suaminya lah yang penuh tangan jagakan anaknya, ahaha!" ketawa Makcik itu.
"Encik pun, datang berbelanja sendiri sahaja ke?" giliran Makcik itu pula untuk bertanya.
"Oh, tak adalah. Saya datang sini dengan cucu kawan saya" Gaharum mencuba menjaga perkataannya supaya tidak tersasul terbongkarkan identitinya.
"Cucu kawan Encik?" jelaslah Makcik itu sedikit keliru.
"Saya bekerja dengan dibawah kawan saya. Masa nak datang sini, saya terserempak dengan cucunya, dan si cucunya pula minta nak datang sekali. Tak kan lah sayang nak menolaknya pula kan? Sekurang kurangnya adalah juga tangan membantu saya beli barang ni"
Gaharum menunjukkan list beli belahnya pada Makcik itu. Walaupun sudah dikoyak separuh, ianya masih panjang, bahkan lebih panjang dari sikunya.
"Wah wah, bagusnya ada anak muda yang tolong membantu, hehe! Baiklah, saya pergi dulu ya? Masih banyak lagi barang saya nak cari ni" Makcik itu meminta diri.
"Baiklah Puan. Saya pun banyak lagi benda nak cari ni. Selamat tinggal" Gaharum turut meminta diri.
Mereka berdua pun mengambil jalan yang bertentangan.
.
.
.
Berpindah lokasi, kita kini bersama dengan Boboiboy pula.
Boboiboy kelihatan keliru dan gelisah.
Seketika dia menyesal terima permintaan Gaharum untuk berpisah.
Di dalam troli miliknya, sudah ada beberapa barang yang dia jumpa.
Semuanya adalah barang basah.
Selamatlah maknya dan neneknya dah ajar dia semua jenis sayuran, ikan, haiwan laut dan makanan yang lain lainnya. Jadi dia boleh membezakan jenis ikan dan sayuran yang dia cari.
Di dalam trolinya, terdapat dua ekor ikan talapia yang dah dipotong, isi, peha dan dada ayam, lengkuas, bawang merah, bawang putih, cili, halia, tomato, daun kari, cendawan dan macam macam lagi.
Semua barang basah dan rempah sudah dia jumpai.
Sekarang, dia mencuba mencari mentega. Dia sudah pun tiba di rak yang memilikinya.
Terima kasihlah kepada papan tanda yang memang diletakkan di setiap lorong untuk memudahkan pelanggan.
Tetapi, apa yang membuat dia risau adalah, terlalu banyak jenama yang berada di sana, membuatkan dia tidak tahu mahu ambil yang mana.
Bukan setakat jenama, harga setiap satunya juga berbeza.
Yang ditulis di atas list hanyalah mentega sahaja, tiada sebut jenama sama sekali.
Boboiboy takut dia tersalah pilih jenama yang Gaharum tidak suka, dan kena marah.
"Erh....yang ni ke? Ke yang ni? Atau ni? Erh...."
Sementara Boboiboy sedang gelabah, seorang wanita muda dalam lingkungan usia 20-an datang ke arahnya, mahu mengambil mentega juga.
Melihat Boboiboy yang kelihatan dalam masalah, dia menegurnya.
"Belanja sorang diri je ke dik?"
Boboiboy sedikit tersentak dirinya tiba tiba ditegur.
"O-oh, tak, saya datang sini dengan Pakcik saya" Boboiboy mencari idea untuk menipu.
"Oh~macam tu. Adik tak tahu mentega mana adik nak pilih ke?"
Boboiboy terkejut juga akak itu tahu. Terang terangan sangat ke muka dia ni?
"H-haah"
Sebenarnya, Boboiboy mahu meminta tolong bantuan akak tu untuk pilihkan untuknya.
Tetapi, dia merasa bersalah juga mahu minta bantuannya. Dia tidak mahu dilihat seperti tidak pandai.
Tetapi, kalau dia tidak minta bantuan, sampai malam pun dia akan tersangkut di sana.
"A-akak ada rekomendasi untuk saya ke?" Boboiboy akhirnya beranikan dirinya untuk bertanya.
Dan akak itu langsung tidak kelihatan keberatan untuk membantunya.
"Hm~rekomendasi ya? Hah! Nah, jenama ni akak selalu guna"
Akak itu mengambil satu mentega jenama A, dan memberinya kepada Boboiboy.
"Yang ni, bukan sahaja tahan lama, tapi turut berlemak, manis, bermutu tinggi, dan sedap! Harga pun bagus! Tak terlalu mahal, tak terlalu murah. Walaupun ianya murah, tak bermakna ianya bagus, dan mahal tak bermaksud ianya bermutu tinggi. Kadang kadang kilang letak harga tinggi sebab nak untung je"
Akak itu nampaknya memang betul betul tahu dalam hal ni.
Boboiboy sampaikan terkasima dengan ilmu akak tu.
"Akak ni....chef ke?" Boboiboy tiba tiba bertanya.
"Ehhhh, tak adalah. Akak ni suri rumah je. Akak memang belum kahwin lagi, tapi akak kerja jaga anak kakak akak, jadi akak memang selalu masakan makanan untuk anak buah akak. Bahan, mestilah kena gred A!"
Kemesraan akak itu, membuatkan Boboiboy merasa selesa dengannya.
Mendengar rekomendasinya, Boboiboy pun mengambil beberapa lagi mentega jenama itu, dan memasukkannya ke dalam trolinya.
Boboiboy pun berpatah balik memandang akak itu.
Sebenarnya, dia mahu meminta bantuannya lagi, kerana masih banyak barang yang dia perlu cari.
Dia tahu dia tidak akan dapat cari semuanya sendiri, tapi dia takut dia menganggu akak itu.
"Erm....saya tak mahu ganggu akak, tapi....boleh saya minta bantuan lagi?"
Bukan riaksi yang Boboiboy sangka.
Mata akak itu bersinar, seperti gembira Boboiboy meminta bantuannya.
"Mestilah kamu boleh! Akak sedia memban-"
Akak itu tersedar dia terlebih bersemangat, dan mencuba kembali semula ke dalam karakter.
"M-maaflah akak terlebih teruja, ehehehe....akak cuma...tak ramai orang berharap bantuan akak selama ni...."
Boboiboy faham perasaan akak itu, dan menggeleng.
"Tak apa. Saya sendiri pun sama. Saya tak mampu nak berbelanja sendiri"
Akak itu kembali bersemangat semula, dan mula menolak belakang badan Boboiboy lembut.
"Baiklah, benda apa dulu yang adik kena cari?"
"Er.....hah, spagetti" Boboiboy menunjukkan listnya kepada akaka itu.
"Oh~, mudah je ni! Hah, jom kita pergi!"
Mereka berdua pun mula berjalan menuju ke arah lorong yang menjual spaggeti.
Sambil berjalan, Boboiboy ada mengeluarkan dompetnya, mahu melihat berapa ringgit je yang dia bawa bersamanya.
Dia siap siap bawa duitnya sendiri, kalau kalau ada benda yang dia mahu beli. Of course lah dia tidak mahu gunakan duit Gaharum.
Sambil sambil dia chek tu, tiba tiba, ada seorang pemuda melanggarnya, sehingga kedua dua daripada mereka jatuh.
"Aduh!" kedua dua dari mereka berdecih sakit.
"A-adik?!" Akak itu juga terkejut dengan kejadian tiba tiba itu.
"A-alamak! Abang mintak maaf dik! Sorry sorry!"
Abang itu mengesot ke arahnya, untuk membantu Boboiboy bangun.
"A-ah! Tak apa bang! Saya ok je!"
Abang tu nampaknya membawa beberapa guni bawang bersamanya, dan ianya terjatuh di atas tanah akibat perlanggaran mereka tadi.
Boboiboy pun memberikan guni bawang itu kepada abang itu kembali.
"Saya kena pergi sekarang bang. Saya minta diri dulu" Boboiboy meminta diri.
"Aha, ya ya. Sorry sekali lagi"
Mereka bertiga pun mengambil jalan masing masing.
Berpindah ke abang itu semula, wajah abang itu yang tadinya baik, tiba tiba terukir senyuman sinis.
Abang itu sengaja melanggar Boboiboy untuk mencuri dompetnya.
Ya, abang itu adalah seorang pencuri.
Semasa mereka jatuh tadi, Boboiboy terlepaskan dompetnya, adan cepat cepat abang itu memasukkan dompetnya ke dalam poket bajunya sebelum Boboiboy melihatnya.
Dia pun memasukkan tangannya kembali ke dalam poket bajunya, mahu mengambil dompet Boboiboy kembali.
Tapi, dia tidak dapat merasa apa apa di dalam poket bajunya itu.
"Ergh-apa?!"
Abang itu siap menarik keluar kain poket bajunya, mahu memastikan yang ianya betul betul tiada di dalam sana.
Ya, memang kosong.
Itu membuatkannya tersentak berat.
Dia melihat kebelakang kembali, mana tahu dompet itu terkeluar dari poketnya semasa dia bangun tadi.
Tapi, apa yang dia lihat membuat matanya membulat ketakutan.
Boboiboy, melihat ke arahnya dengan tatapan tajam, seperti tahu yang dirinya mahu mencuri dompet duitnya.
Boboiboy mengangkat tangannya, dan dompet miliknya berada di tangannya.
"B-bila masa...."
Melihat riaksi terkejut abang itu, membuatkan dirinya tersenyum sinis. Memang riaksi yang dia mahu lihat.
Dirinya dan akak itu pun hilang di sebalik rak kedai itu, meninggalkan abang itu masih tercegat di tempatnya.
2678 perkataan
Hah, tulah, siapa suruh mencuri, uhuk-
Sambung or nah?
Ok, buhbye-*lompat masuk kolam penuh ikan pari*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top