Chapter 2

"B-bukan, tapi....sebenarnya...Boboiboy nak tanya satu permintaan. Boleh ke?"

Mendengar kata anaknya, suami isteri itu berpandangan sesama sendiri, sebelum melihat ke anak mereka kembali.

"Permintaan? Permintaan apa ni, sayang?" Mara turut berhenti makan, dan meletakkan sudunya ke pinggan.

"Haah. Ada sesuatu berlaku ke?" Amato turut melakukannya juga.

Boboiboy menarik nafas, mengumpulkan segala kekuatan untuk mengatakan niatnya.

Amato dan Mara menunggu sehingga anaknya bersedia.

"Sebenarnya.....Boboiboy nak minta sesuatu, kalau Bonda dan Ayahanda benarkan...."

Mara hanya mengusap kepala anaknya kembali, sambil tersenyum.

"Semestinya Bonda dan Ayahanda benarkan sayang. Macam mana Bonda dan Ayahanda nak tolak permintaan anakanda kesayangan kami ni?"

Kata kata Mara menenangkan sedikit sang putera muda itu.

"Betul! Minta je apa apa ke kami, kami akan tunaikan" Amato memberi harapan kepada Boboiboy.

Boboiboy membalas senyuman ayahnya, merasa bersyukur, ibu bapanya murah hati.

"Sebenarnya....boleh tak kalau....Boboiboy nak minta untuk bersekolah?"

Boboiboy akhirnya menyebut niatnya.

"Bukan sekolah diraja, tapi sekolah rakyat biasa"

Permintaan Boboiboy itu membuatkan Amato dan Mara terdiam sementara, dan melihat ke arah satu sama lain.

Agak lama juga, membuatkan Boboiboy risau permintaannya tidak diterima oleh mereka.

"Erm....."

Dia menggoyang goyangkan kakinya di bawah meja makan itu, mula menjadi seperti cacing kepanasan apabila dia tidka mendapat apa apa balasan daripada mak ayahnya itu.

Dia mampu melihat dahi mak ayahnya berkerut, memikirkan permintaan anak mereka itu.

"Sayang....er....biar Ayahanda dan Bonda bincangkan benda ni dulu, ya?"

Harapan Boboiboy mulai sedikit menghilang apabila ayahnya mengatakan perkara itu.

Dia dah agak dah, memang bukan senang mahu meminta susatu sebesar itu kepada mereka.

"Betul, Boboiboy. Sementara tu, habiskan makanan kamu dulu, ya?" Mara mencuba memujuk anaknya, kerana dia tahu anaknya merasa sedikit kecewa.

Mereka bertiga pun kembali menyambung menghabiskan santapan mereka kembali.

.
.
.

Masa santapan sudah tamat, dan keluarga diraja itupun bersurai, kembali ke aktivitas seharian mereka masing masing.

Boboiboy berjalan kembali ke biliknya semula, dengan wajah sedikit kecewa.

"Haih...."

Dia kembali semula ke biliknya, kerana dia tidak ada benda mahu lakukan ketika itu.

Ia membuka pintu biliknya, dan masuk ke dalamnya.

Kita tidak sempat interview rupa bilik sang putera kita ni, kan?

Bilanya memang lah besar, semestinya bukan seperti bilik rakyat kebiasaanya.

Sama macam dalam cerita Sofia The First tu, uhuk-

Katilnya pun luas, sehingga mampu memuatkan 5 orang di atas katil itu.

Di hujung lain biliknya pula, ada 3 rak buku yang besar, dengan banyak buku bertindan tindan pada satu sama lain, menunggu untuk dibaca oleh anak kerabat diraja itu.

Dia kembali duduk di atas kerusi yang diletakkan di depan tingkap biliknya.

Memang sudah seperti menjadi tempat kegemarannya.

Itu kerana dari sana, dia mampu melihat keadaan seluruh halaman istana, dan melihat rakyat yang mencuba untuk mencuri lihat pengkarangan istana daripada pintu gerbang.

Memang macam macam gelagat yang dia boleh lihat.

Bermula daripada tukang mesin rumput yang dikejar mesin rumputnya sendiri.

Dayang yang diserang sekumpulan burung gagak.

Pengawal yang tersadung perisai besi sendiri sehingga terbackflip masuk semak.

Dan tukang masak istana yang mencuba menanam jantung pisang dari tahun lepas tapi tak tumbuh tumbuh lagi.

Memang ianya mampu mengisi harinya yang membosankan, dengan terketawa melihat gelagat rakyatnya.

"Hehe....."

Seketika kemudian, Ochobot datang kembali ke biliknya, dan membuka pintu tanpa mengetuk kali ini.

"Boboiboy!"

"Oh, Ocho! Masuklah"

Ochobot menggeleng, menolak pelawaan kawannya itu.

"Bukan, aku datang sini sebab nak panggil kau untuk latihan pedang kau"

Boboiboy mulai teringat akan hal itu.

2 kali seminggu dia akan ada kelas berpedang bersama dengan salah satu pengawal istana.

"Alamak! Aku lupa! Terima kasih sebab ingatkan aku, Ochobot!"

Boboiboy pun mula dengan terburu buru masuk dalam bilik pakaian untuk menukar pakaiannya kepada yang lebih sesuai untuk berlawan.

Ochobot hanya mampu ketawa sambil menggeleng kepalanya melihat perangai sang putera itu.

Memang semua pekerja istana tahu mengenai sang putera adalah seseorang yang mudah lupa.

Kalau ada benda penting, dia lah yang selalu kena ingatkan kawannya itu.

Sang putera pun keluar daripada bilik pakaian itu, dengan pakaian baru, yang para pengawal berikan kepadanya, sesuai untuk bertarung dan bergerak lincah.

"Ok, bye Ochobot! Jumpa nanti lepas latihan!"

Tapi sebelum sempat Boboiboy berlalu pergi, Ochobot menghentikannya.

"Weh, kejap! Apa yang Tuanku berdua katakan? Mereka terima ke permintaan kau tu?"

Boboiboy berhenti, dan berpaling memandang Ochobot.

"Oh-tu.....haih....mereka masih bincangkannya. Kau tahulah, Bonda dan Ayahanda, kan? Apa yang aku mampu lakukan hanyalah menunggu jawapan mereka"

Ochobot mampu mendengar nada kecewa daripada kawannya itu.

Dia pun hanya mampu mengeluh sahaja. Betul cakap dia.

"Aku dah lambat ni. Kalau kau nak join sekali, jomlah" Boboiboy memperlawa kawannya itu sekali lagi.

"Ok, boleh je. Aku pun tak ada apa apa nak lakukan sekarang ni"

Ochobot pun menerima perlawaan itu, dan mengikuti di belakang sang putera itu.

Mereka pun berjalan menuju arena latihan.

.
.
.
.
.

Bertukar lokasi sekali lagi, kini kita berada di dalam bilik kerja sang raja, iaitu Amato.

Amato kelihatan runsing memikirkan permintaan anaknya itu.

Dia tidak bersendirian di sana.

Di sana, ada pengawal peribadi miliknya, iaitu Mechabot.

Dia kelihatan penat melihat rajanya itu termundar mandir di depannya sejak setengah jam yang lalu.

"Haih....Tuanku dah kenapa sebenarnya ni? Penat patik tengok tahu tak?"

Memang perangai dia macam ni bersama dengan rajanya sejak sang raja masih putera lagi.

Dia hanya mula panggil Amato, Tuanku, bila dia mula mula menjadi raja sahaja.

Amato akhirnya berhenti daripada mundar mandir, dan melihat ke arah pengawal peribadinya itu.

"Macam mana ni, Mechabot? Anak beta minta untuk bersekolah di sekolah umum!"

Walaupun Amato kelihatan panik, tapi Mechabot malah membalas dengan wajah tak faham biasanya itu.

"Kalau ya pun kenapa? Dia nak bersekolah macam budak budak lain je? Tuanku dulu pun sekolah jugak kan dulu?"

Mechabot membalasnya dengan nada separuh marah sebab dah tak mampu nak layan perangai rajanya yang senang panik itu.

"Tu sekolah diraja! Tapi ni dia minta bersekolah di sekolah rakyat jelata, Mechabot!" makin panik adalah si Amato tu.

"Lah, apa salahnya? Tuanku tahu kan tuanku dah kurung dia dalam istana ni seumur hidup dia? Tuanku ingat dia akan bertahan selamanya macam tu ke? Tuanku tahu tak yang tindakkan Tuanku ni dah macam cuba ambil kebebasan dia?"

Bukannya diberi nasihat, malahan Amato dikritik oleh pengawal peribadinya itu.

"Tu sebab beta sayangkan dia! Beta takut dia akan tercedera kalau dia pergi ke luar sana! Kau tahukan beta, kau, Mara dan kawan kawan kita lain hampir kena culik waktu kita muda dulu?!"

Sebab utama kenapa Amato menjadi overprotective sebegini rupa, adalah kerana dulu, waktu dia masih bersekolah di sekolah dirajanya bersama Mara dan Mechabot sebagai pengawal peribadinya, ada mengadakan sebuah lawatan ke kawsan kampung di pulau itu.

Tetapi, bas mereka diambil alih oleh seorang penculik apabila pemandu sebenar mereka keluar dari bas itu untuk membeli makanan dan sagu hati untuk mereka semua.

Selamatkan pemandu mereka ada memasang alat penjejak pada bas itu dan dengan senang mencari basnya kembali dan selamatkan semua putera dan puteri itu.

Sebagai seorang keluarga diraja, semestinya dia trauma dengan kejadian itu, dan tidak mahu anaknya keluar dari istana, dan pergi ke mana mana bandar atau kampung di kerajaannya itu.

Ingat lagi kan bila Mara kata yang ada balai polis terbakar dan bank yang dirompak waktu masa makan tengah hari tadi?

Dia tahu bandar dan kampung Pulau Rintis itu bukan tempat yang selamat untuk anaknya, jadi dia kurung anaknya daripada dunia yang merbahaya itu.

"Tu, Patik tahu, Tuanku. Patik turut berada di kejadian tu juga. Tapi tuanku kena faham, benda tu dah lama berlalu, dan budak tu dah diajar segala jenis seni pertahankan diri dan ilmu yang lain, jadi dia tahu untuk jaga dirinya sendiri. Lagi pun kita boleh hantar pengawal peribadinya untuk bersekolah dengan dia juga, untuk tinjau sang putera"

Mechabot masih lagi tidak memback-up Amato.

Inilah perangai mereka kepada satu sama lain sejak daripada pertama kali berjumpa dengan Amato.

Bermula daripada budak yang tidak suka dengan keluarga diraja kerana ingatkan mereka adalah budak yang manja dan sombong, tapi akhirnya Amato mampu tunjukkan yang bukan mereka smeua seperti itu.

Dia tidak memback-up Amato, kerana dia tahu, jika selamanya mengkongkong hidup budak tu, ianya tak akan beri kebaikkan kepadanya sama sekali.

Tambah lagi sebab dia tahu Amato dan Mara sendiri pun jarang luangan masa dengan anak mereka.

"Walaupun budak tu kerabat diraja, dia masih lagi manusia, Amato. Hanya tunggu masa je untuk dia rasa kesal dengan semua ni"

Mechabot sebenarnya mencuba menasihat Amato, tetapi dngan gaya kasarnya.

Setiap budak perlukan perhatian, kasih sayang dan tunjuk ajar.

Tambah lagi budak tu adalah bakal raja seterusnya. Macam mana dia nak memerintah kerajaan tu kalau dia sendiri tak tahu apa yang rakyat dia mahukan?

Amato, nampaknya kalah berdebat dengan Mechabot. Kawannya itu betul.

"Huh....ok, fine, kau menang....."

Amato terpaksa menerimanya kerana apa yang Mechabot katakan betul.

Walaupun berat hati, tanggungjawab sebagai ayah masihlah tanggungjawab sebagai ayah.

"Kau bagitahu lah dia esok. Aku pasti kau akan gembira lihat wajah gembira dia nanti"

Mechabot tiba tiba menggunakan bahasa casual dengan Amato. Kerana waktu itu dia bukan berlakon sebagai pengawal peribadi Amato, tetapi kawan yang selalu menasihati kawannya yang di dalam masalah.

Dia nak yang terbaik untuk keluarga kawannya itu.

Terutama sang putera yang dia sudah anggap sebagai anak buahnya sendiri.

Amato pun mengangguk, dan memeluk Mechabot.

"E-eh?! Apa yang kau buat ni?!"

Nampak sangatlah Mechabot tak biasa di peluk.

"Terima kasih, Mechabot....."

Mendengar suara Amato, dia hanya mempu mengeluh, sebelum mengusap kasar belakang badan kawannya itu.

"Tak ada apa apa lah. Jangan membesarkan budak tu jadi raja yang salah pulak eh?"

"Hehe...tak janji"

.
.
.
.
.

Kembali ke Boboiboy kembali, dia sekarang berada di arena bertarung di belakang istana itu.

Di depannya, adalah seorang pengawal istana, selaku guru berpedangnya, iaitu Maskmana.

Maskmana memakai baju latihan casual tanpa baju besi, kerana dia melatih seorang budak, bukan musuh.

Lagi satu, kerana mereka memakai pedang kayu, jadi tidak akan ada sesiapa akan cedera.

Maskmana memusingkan pedang kayu pedangnya di tangan kanannya, sebelum menusuk pedang itu ke tanah.

"Baiklah, Tuan putera, ini adalah kelas kita yang kena 4 untuk bulan ini. Sebelum patik tunjukkan ke Tuan Putera teknik terbaru, patik mahu melihat kemajuan Tuan Putera setakat ini"

Boboiboy menelan ludah kelat, akibat gementar.

"B-baik!"

Dia sudah berada di bawah latihan Maskmana sejak dia berumur 12 tahun, dua tahun selepas diajar oleh ayah Ochobot.

Pada mulanya memang hanya bermain macam anak anak sahaja, kerana dia masih muda, dan hanya tertarik melihat Maskmana bermain pedang.

Tapi sekarang, Maskmana mula melatihnya dengan serius.

Ada beberapa teknik berlawan pedang yang sudah dia turunkan kepada putera muda itu.

Selain daripada berpedang, ada juga dia latih combat tangan seperti tinju, silat dan sebagainya.

"Baiklah, Tuan Putera. Patik mahu Tuan Putera serang patung latihan ini, dan cuba untuk tetak beberala kali sehingga patung jni tumbang"

Maskmana menarik keluar sebuah patung latihan yang sudah nampak usang, seperti sudah digunakan beberapa kali.

"Baik!"

Maskmana pun berjalan ke tepi, memberi ruang untuk sang putera itu.

Ochobot pula, melihat kawannya itu dari hujung arena, siap bersilang kaki dan bersandar dekat dinding istana lagi.

"Uuu? Dah nak mula ke?"

Boboiboy pun mula membuka kekuda, dan berlari ke arah patung latihan itu.

Beberapa ketukan di kiri dan kanan diberi, sebelum di tukar kepada tebasan keras pada leher patung itu, yang membuat patung itu tumbang serta merta.

Maskmana mengusap dagunya selepas melihat perlawanan singkat itu. Dia mengangguk, sebelum berjalan mendekati putera muda itu semula.

"Baiklah, keputusannya memang agak baik, tetapi cuma satu benda sahaja. Tuan Putera terlalu cepat mencuba mencapai titik brual musuh. Tuan Putera kena ingat yang musuh asli bukanlah statik seperti patung ini. Tuan Putera hanya membuka lebih banyak ruang kepada lawan untuk menyerang Tuan Putera dahulu. Contohnya, perut"

Boboiboy memang menghumbankan dirinya betul betul di depan musuh ketika bertarung tadi. Badannya betul betul di depan pedang kayu milik patung itu, dan sekiranya patung itu hidup, mungkin dia sudah ditusuk.

"O-oh...baik! Maaf!"

Maskmana kemudian mendirikan kembali patung itu, dan mengambil beberapa langkah menjauhi patung itu, dan menyuruh Boboiboy ketepi.

"Lihat ini betul betul, Tuan putera"

Maskmana membuka kuda kuda berlawan.

Tapi, kali ini dia bukan mengeluarkan pedang kayu, tetapi keris kayu.

Kuda kuda silat dibuka, dan dia pun berlari dengan pantas ke arah patung itu.

Maskmana memukul tangan patung itu dengan belakang lengannya beberapa kali, memastikan tangan patung itu tidak berada di area depan badannya.

Kemudian dia menendang kuat kaki patung itu, sehingga membuatnya jatuh ke depan, cepat cepat naik ke atas belakang patung itu, mengunci lengan patung di belakang badan patung itu, dan meletakkan bilah hujung keris kayunya pada kepala patung itu.

Boboiboy sampai ternaik bulu kuduknya melihat pelawanan singkat itu.

Maskmana pun bangun, dan berjalan mendekati Boboiboy.

"Nampak itu, Tuan Putera? Tuan Putera kena gabungkan seni mempertahankan diri Tuan Putera dengan teknik berlawan pedang Tuanku. Jangan bagi lawan ada peluang sama sekali untuk hayunkan pedang mereka"

Kerana Maskmana tahu badan Boboiboy rapuh dan tak sekuat yang sepatutnya seorang pahlawan jadi, sebab itu dia ajar cara ini supaya ianya akan menyenangkan anak muridnya itu berlawan.

Boboiboy mengangguk faham dengan wajah serius.

Maskmana pun melangkah kebelakang beberapa langkah, dan membaling keris kayu tadi pada anak muridnya itu.

Boboiboy dengan teragak agak mengangkat keris kayu itu, dan melihat ke arah gurunya. Di tangan kirinya masih memegang pedang kayunya.

"Sekarang, patik mahu Tuan Putera cuba tiru gerakkan tadi, dan tumbangkan patik"

Arahan itu sejelasnya membuat Boboiboy terkejut dan panik, kerana dia tidak pernah melawan orang sebenar sepanjang latihannya.

Tetapi, itu arahan gurunya, dan dia terpaksa patuh.

Boboiboy pun mengangguk dengan wajah serius, walaupun dahinya masih dibanjiri kerisat sejuk, akibat gementar.

Masing masinh mula membuka kekuda.

Dan sang putera muda melempar pedang kayunya ke tepi.























2222 perkataan

Ohohohok- lawan lawan lawan-

Bye-*guling masuk peti sejuk*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top