Chapter 19

Keesokkan harinya telah tiba.

Hari Jumaat.

Hari terakhir persekolahan mereka untuk minggu itu.

Kelihatan kelas Boboiboy dan Ochobot sedang berada di padang untuk subjek pendidikan Jasmani.

Waktu itu baru sahaja selepas waktu rehat.

Boboiboy sedang bermain badminton bersama sama dengan rakan rakan kelasnya.

Dia bermain bersama dengan Ochobot.

"Tangkap ni!!!"

Boboiboy melakukan pukulan tinggi, sehingga boleh kelihatan bola pukulannya terbang sehingga setinggi tingkat dua sekolah itu.

"W-woi woi?!?! Tinggi sangat tu woi!!!"

Ochobot mencuba sedaya upaya untuk menangkap bola itu, tetapi bola itu terbang terlalu jauh sehingga dia tidak sempat menyambutnya.

Ochobot pun memberi jelingan tajam ke arah kawannya itu.

Tetapi Boboiboy hanya membalas dengan senyuman nakal ke arahnya.

"Wekkk! Aku dapat mata! Ahahaha!"

Gopal yang menjadi pengira mata tak berbayar mereka, menambahkan lagi satu mata untuk budak itu.

Sekarang matanya adalah Boboiboy dengan 5 mata, dan Ochobot 3 mata.

Nampak sangatlah Ochobot tak puas hati.

Dia benci juga dengan kemampuan belajar terlalu cepat puteranya itu.

Boboiboy hanya tinggal melihat sekali sahaja perlawanan antara Yaya dan Ying untuk memahami cara permainannya.

Sementara Ochobot yang dah karat dah 3 tahun tak sentuh langsung kayu badminton itu, rasa nak baling je kayu badminton dia tu ke tanah, tapi dia tahan diri, sebab tu sekolah punya. Tak pasal pasal dia kena bayar ganti rugi pulak nanti.

"Pemenangnya adalah Boboiboy~dah, bak sini pulak. Aku dengan Fang pulak nak main"

Setelah mengucapkan pemenangnya dengan tidak ikhlasnya, Gopal terus bangun dari duduknya dan berjalan ke arah mereka berdua bersama Fang di belakangnya.

"Hah, nah"

Boboiboy memberinya dengan senang hati, tetapi Ochobot yang masih dengan tidak puas hatinya, menolak kayu badminton itu dengan kasar ke dada Fang sebelum berjalan untuk duduk di sebelah Boboiboy pula.

Sementara mereka berdua melihat kawan kawan mereka itu bermain, Ochobot membuka suaranya.

"Boboiboy, balik sekolah nanti, sampai hari Ahad, aku tak ada tau"

Ochobot memastikan nada suaranya rendah supaya tiada sesiapa mendengar perbualan mereka.

Dengan apa yang Ochobot katakan, membuatkan Boboiboy melihat ke arahnya.

"Hm? Kenapa pulak?" tanyanya.

Boboiboy juga mengawal nada suaranya.

"Aku dengan keluarga aku nak balik kampung. Nenek aku ada buat kenduri. Boleh ke aku harapkan kau selama aku tak ada ni?"

Nada suaranya membuatkan ianya rasa seperti Ochobot tidak mempercayai Boboiboy.

Itu membuatkan Boboiboy sedikit terasa.

"Eh kau ni. Mestilah aku tahu jaga diri sendiri! Aku ni bukannya bayi!"

Ochobot terketawa, suka dengan riaksi Boboiboy. Memang apa yang dia mahu lihat.

"Ya ya, janganlah marah" Ochobot bahkan tak meminta maaf.

Boboiboy masih mem-pout tak puas hati.

"Bila dah balik sini nanti, jangan lupa bawak buah tangan pulak. Aku nak telur rebus!"

Ochobot ketawa sekali lagi sambil menepuk lembut belakang badan kawannya itu.

"Haih....yelah yelah. Aku janji. Aku bawak balik sepuluh untuk kau!"

Ochobot tahu Boboiboy kuat makan, jadi ini salah satu cara untuk memujuknya.

"Ok, deal!" dua sekawan itu pun membuat pinky promise sebagai tanda janji mereka.

Mereka pun hanya berborak sahaja sehinggalah waktu pendidikan jasmani tamat, dan mereka perlu pulang ke kelas.

.
.
.
.
.
.

Timeskip, Boboiboy sudah pulang ke istananya.

Ochobot juga sudah pulang ke kampung bersama keluarganya.

Kelihatan Boboiboy terbaring di atas katilnya, tidak tahu mahu membuat apa.

Mulalah sesi Ochobot tiada bersamanya.

"Haih....nak buat apa je selama Ochobot tak ada ni?"

Jujur, dia memang tidak mampu berbuat apa sendiri.

Dia tiada kawan di istana, kerana semua anak anak dayang dan pengawal di sana takut dengannya akibat statusnya sebagai putera.

Ochobot sahajalah yang menjadi kawannya sampai sekarang.

Disebabkan dia sudah disekolahkan di sekolah umum, kebanyakkan kelas dia yang selama ini dia dapat di istana sudah dimansuhkan.

Yang tinggal hanyalah kelas seni pertahankan diri sahaja daripada Maskmana, tetapi kelas itu tiada untuk hari itu.

Memang dia tiada apa apa yang mahu dilakukan untuk sisa hari itu.

"Haih....kalau aku baring je dekat sini, memang sampai bila tak buat apa apa"

Boboiboy pun merajinkan dirinya untuk bangun.

Dia pun keluar dari biliknya, dan ingin ke perpustakaan istana.

Daripada tak buat apa apa, lebih baik dia baca buku.

"Hm hm hm hm~" Boboiboy bersenandung sepanjang perjalanannya ke sana.

Itu kerana keadaan sangatlah....sunyi.

Sepanjang dia berjalan di laluan koridor istana itu, dia langsung tidak bertembung dengan mana mana pekerja istana sama sekali.

Ianya terasa seperti hanya dia sahaja yang berada di sana ketika itu.

Well, tak lah pelik mana kerana istana itu memang besar.

Bilik Boboiboy sendiri pun sampai boleh muatkan enam buah kereta di dalamnya.

Tambah lagi biliknya berada di tingkat tiga.

Selalunya para pekerja seperti dayang hanya berada di tingkat satu dan dua sahaja, dan hanya akan naik ke tingkat atas jika ada benda penting perlu dilakukan seperti bersihkan biliknya.

Walaupun sudah tahu kenyataan itu, dia tidak boleh nak berbuat apa apa selain merasa sunyi.

Seperti yang sudah pernah dikatakan, jadi putera tak adalah seindah yang disangkakan.

Mesti orang akan berfikir yang kehidupan sebagai kerabat diraja itu seperti mimpi menjadi kenyataan, tetapi kenyataan sebenarnya adalah sebaliknya.

Kalau Boboiboy ada pilihan, dia sendiri pun tidak mahu dilahirkan sebagai kerabat diraja.

Setelah habiskan masa seminggu bersama dengan kawan kawannya di sekolah, dia marasakan kehidupan sebagai rakyat biasa lebih seronok dari apa yang dia rasakan sekarang.

Sekurang kurangnya dia tidak akan merasa sunyi.

Setalh beberapa minit berjalan, dia pun tiba di perpustakaan istana yang berada di tingkat dua.

Bila pintu akhirnya dibuka, keluasan perpustakaan itu memang tidak perlu diperkatakan lagi.

Memang luas.

Luas bilik itu sendiri sahaja sudah 20 meter lebih.

Sampaikan setiap rak buku mencecah siling bilik itu.

Memang tempat idaman para ulat buku.

Walaupun Boboiboy sendiri bukan ulat buku, tetapi dikeranakan sudha selalu dipaksa untuk belajar sejak muda lagi, buku memang sudah seperti melekat dengan dirinya.

Ianya seperti mampu mengisi kekosongannya.

Terutamanya bukan hanya ada buku ilmiah sahaja di sana.

Selepas membaca buku cerita di perpustakaan sekolahnya, dia meminta dengan ibu dan ayahnya untuk membeli buku cerita lagi.

Dah permintaan anak mereka sendiri, tak kan mereka nak tolak kan?

Setiap buku yang mereka beli pun dipilih oleh Tok Aba juga.

Boboiboy berjalan ke arah rak yang dia tempatkan semua buku ceritanya, dan mengambil beberapa daripadanya.

Dia pun mengambil tempat duduk, dan mula membaca.

Boboiboy pun tenggelam di dalam cerita yang dibacanya.

.
.
.
.
.

Sedar tak sedar, dah dua jam berlalu.

Bila Boboiboy melihat jam yang berada di dinding perpustakaan itu.

Baru pukul 3 petang.

"Aik? Baru pukul 3? Biar betul?"

Dia tak sangka masih awal lagi.

Dia ingatkan dah pukul 6 ke apa, tapi baru pukul 3.

Nak sambung baca, dia lihat balik tompokkan buku yang berada di sebelahnya.

Dah dekat lima belas buku dah dia baca.

Dia sampai tersweatdrop melihat kesemua buku itu.

"Banyak sangat dah aku baca ni....haih, ambil air jelah. Kering pulak tekak ni"

Bila dia nak bangun, terasa macam karat pulak kakinya, kerana lama sangat duduk.

"Ak-"

Dia memegang belakang badannya. Terasa sakit juga.

Perlahan lahan dia cuba keluar daripada perpustakaan itu.

Dah macam orang tua sakit belakang pun ada rupanya.

"Ergh....nota untuk diri sendiri.....jangan duduk lama sangat....aduh...belakang aku...."

Dia pun mula berjalan ke mahu ke dapur istana.

.
.
.

Seketika kemudian, dia sudah pun berada di tingkat satu istana itu, dan mula berjalan ke arah dapur istana.

Tetapi, belum sempat ria mengambil langkah lagi, dia terdengar bunyi seperti benda berjatuhan di luar istana itu.

"Eh?! Apa tu?!"

Cepat cepat dia berlari ke luar istana, mahu memastikan semuanya baik baik sahaja.

Bila sampai di luar, dia terlihat tukang masak istananya, Gaharum, terduduk di atas tanah, sambil di depannya kelihatan beberapa kuali yang bersepahan di sana sini.

"T-Tuan Gaharum?! Tuan ok tak?!"

Boboiboy terus cepat cepat ke arahnya, dan membantu tukang masaknya itu untuk bangun.

Yelah, kesian jugak sebab orangnya dah tua, uhuk-

"Ergh....terima kasih Tuanku...."

Perlahan lahan, Boboiboy membantu Gaharum bangun dan berdiri.

"Macam mana Tuan boleh jatuh ni?" sang putera itu menyapu pergi tanah dan debu yang melekat di baju Gaharum.

"Ehehehe....Patik ingat nak hantar kuali kuali ni kepada para dayang untuk cuci. Tapi tup tup Patik tersadung batu. Tu yang patik jatuh ni. Ahahaha!"

Gaharum hanya ketawa sahaja, kerana tidak mahu putera mudanya itu risau dengannya.

(Dah oh ya, jangan harap Author nak tulis dia cakap dalam pantun tu. BM Author sendiri je pun dapat 64 TvT)

"Sini saya tolong"

Boboiboy pun menolong Gaharum mengangkat kesemua periuk dan kuali dari atas tanah itu untuknya.

Boboiboy hanya menggunakan "Saya" sahaja dan bukan "Beta" kepada orang yang tua daripadanya.

Bahkan dengan Maskmana pun sama. Dia tak selesa menggunakan pangkatnya sebagai putera.

Lagi pula, Tok Aba dan Umi mengajarnya untuk hormat dengan orang yang lebih tua.

"E-eh?! Tuanku, Tuanku tak perlu tolong patik! Patik boleh buat sendiri!"

Gaharum mencuba menolak bantuan puteranya itu, tetapi Boboiboy tetap berkeras mahu membantu.

"Tak apa, lagipun mesti Tuan sakit baru lepas jatuh tu"

Bila Boboiboy berjaya mengangkat kesemuanya, dia tidak sangka yang ianya sebanyak itu.

Bahkan Boboiboy tidak dapat melihat hadapannya akibat ditutupi oleh kuali itu.

"Eh? Eh?"

Memang jelas lah sang putera itu kesusahan.

Gaharum pun hanya mampu menggeleng, sudah masak dengan perangai keras kepala puteranya itu.

Tanpa mengatakan atau memberi amaran sama sekali kepadanya, Gaharum mengambil separuh daripada kuali itu.

"Eh? Hah?"

Boboiboy terpinga pinga sementara sambil melihat ke arah Gaharum.

"Kita angkat sama sama ya, Tuanku?"

Gaharum tersenyum ke arahnya, berterima kasih dengan kebaikkannya.

Walaupun Boboiboy tidak suka kerana dia sendiri yang telah menawarkan diri untuk membantunya, dia tidak boleh nafikan yang dia memang kesusahan untuk mengangkat kesemua kuali itu sekali gus sebentar tadi.

Jadi dia pun hanya mampu membalas senyuman Gaharum dan mengangguk.

Mereka berdua pun mula berjalan ingin pergi ke tempat para dayang berada.

Sambil mereka berjalan, Boboiboy membuka suara.

"Erm...Tuan, kenapa Tuan nak hantar sendiri kuali kuali ni kepada dayang? Bukan selalunya akak akak dayang sendiri ke yang datang untuk ambil kuali ni daripada Tuan?"

Setiap pekerja istana dan keluarga diraja sendiri tahu yang Gaharum dah tua, dah 60 tahun dah, sebab tu mereka tak benarkan Gaharum lakukan terlalu banyak kerja kerana umurnya.

Cukuplah hanya memasak sahaja, kerana itu kerjanya.

Gaharum dah ada dan bekerja di istana sejak zaman pemerintahan Tok Aba dan Umi lagi, jadi korang dah boleh agak lah berapa lama Gaharum dah berkhidmad di istana.

Jadi sebab itulah para dayang yang akan tolong ambilkan kesemua pinggan dan kuali kotor untuk dicuci.

Gaharum hanya ketawa sahaja.

"Ahahahaha!!!"

Itu membuatkan Boboiboy sedikit keliru dengan kelakuan tukang masak istananya itu.

"Er...ehehe..."

"Tak ada apa apa lah, Tuanku. Cuma, lepas ni Patik mahu keluar ke bandar untuk beli beberapa barang dapur. Patik dah tunggu para dayang untuk datang ambil semua kuali ni, tapi sebab terlalu lama, jadi Patik putuskan untuk hantar semua ni sendiri"

Gaharum tidak suka keadaan dapur kesayangannya itu kotor sebelum dia pergi meninggalkannya.

Sama jugalah dengan sekarang. Kerana dayang tak datang datang, tak kan dia nak pergi macam tu je dari istana dengan keadaan dapurnya masih kotor kan?

"Oh~" Boboiboy menerima alasan itu kerana siapa je suka tempat kesukaan kita kotor kan?

"Eh, kejap. Tuan kata tadi Tuan nak keluar ke?" Boboiboy cuba menghadam setiap perkataan yang Gaharum katakan tadi, dan mahu memastikan dia tidak salah dengar.

Ni lah jadinya bila otak slow nak faham benda hshshshs-

(Jangan risau, Author pun sama, uhuk-)

"Ya, kenapa Tuanku?" Gaharum pun pelik jugak puteranya itu menanyakan benda itu kepadanya.

Tiba tiba, mata Boboiboy bersinar penuh keterujaan, membuatkan Gaharum bertambah tersentak dan tersweatdrop dengan riaksi puteranya itu.

"Boleh saya ikut Tuan?!"

Permintaan tiba tiba Boboiboy membuatkan Gaharum hampir tersadung batu sekali lagi.

"I-ikut Patik?! Tuanku biar betul?!"

Gaharum kenal dengan puteranya itu.

Bahkan sejak pertama kali Boboiboy lahir lagi.

Dia bahkan sempat timang badan kecilnya dulu.

Setiap apa yang Boboiboy suka, benci, takut, semua dia tahu.

Dia tahu Boboiboy tidak suka dengan orang yang dia tidak kenal.

Bahkan masa jumpa dengan rakyatnya dulu, dia sampai sembunyikan wajahnya sendiri.

"Alahhhh, boleh lah Tuan! Saya tak ada apa apa nak buat sekarang ni!"

Tapi Boboiboy masih tetap berkeras ingin ikut.

"T-tapi, pengawal peribadi Tuanku tiada bersama Tuanku sekarang kan?! Bahaya kalau Tuanku datang dengan Patik sendiri!"

Gaharum sedar dia tidak boleh menjaga sendiri. Tambah lagi budak itu adalah anak raja. Kalau ada apa apa terjadi padanya, naya jadinya nanti.

"Saya boleh jaga diri sendirilah! Saya kan dah besar!"

Boboiboy tidak suka orang lain melayannya seperti budak kecil hanya kerana dia adalah anak raja.

Dia dah 15 tahun. Dan telah diberi latihan pertahankan diri sejak 10 tahun lagi. Tak kan lah dia tak boleh jaga diri sendiri.

Tambah lagi, seperti apa yang Ochobot ceritakan kepadanya, Gempa mampu melawan semua pembuli itu pun hanya kerana kemampuan dirinya.

Gaharum, dah mula panik.

Dia tak sanggup nak tolak permintaan budak tu, tapi pada masa yang sama, dia takut akan ada apa apa yang terjadi nanti.

Tapi, selepas melihat seberapa bersemangatnya budak itu, dia mula mengubah fikirannya.

Dia pun memang ada banyak barang nak beli nanti ni.

Bagus kalau ada sedikit bantuan.

"Haih....yelah Tuanku. Tuanku boleh ikut dengan Patik"

Bila mendengar Gaharum berkata begitu, apa lagi, memang gembira lah budak tu jadinya.

"Yayyyy!!! Terima kasih Tuan!!!"

Gaharum pun tersenyum melihat senyuman gembira puteranya itu.  

Mereka sambung berjalan lagi, sehinggalah mereka tiba di banggunan belakang istana itu, tempat di mana para dayang membuat kerja mereka seperti cuci baju, cuci pinggan mangkuk dan sebagainya.

Gaharum mengetuk pintu, dan datanglah seorang dayang membuka pintu itu.

Dayang itu kelihatan terkejut melihat mereka berdua datang ke sana sambil mengangkat kuali dan periuk yang kotor itu.

"P-Putera?! Tuan Gaharum?! Kenapa Tuanku kotorkan tangan Taunku dengan angkat semua kuali ni?!?! Dan Tuan! Kan kami dah kata biar kami sahaja yang bawa semua ni?!"

Cepat cepat dayang itu memanggil rakannya untuk membantunya mengambil periuk dan kuali itu daripada mereka berdua.

Boboiboy sedikit terpinga pinga melihat kepanikkan para dayang itu, sementara Gaharum hanya ketawa sahaja.

"Er...."

"Ahahahaha!!!"

Gaharum itu memandang ke arah puteranya itu, menutup matanya sambil tersenyum nipis.

Dia pun mengusap lembut kepala sang puteranya itu.

Dalam hatinya berkata, 'Kamu dah membesar ya, Tuanku'.

Boboiboy pun memandang Gaharum, tidak tahu kenapa tukang masak istananya itu mengusap kepalanya, tetapi dia tidak menyoalkannya, kerana dia suka dengannya.

"Dah, jom kita pergi sekarang Tuanku. Banyak benda kita nak kena beli ni"

"Baik!"

Mereka berdua pun berlalu pergi.























2328 perkataan

Tuan Guru Gaharum jadi datuk baru Boboiboy uhuk-🤸‍♀️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top