Chapter 18

Mereka berjalan menuju ke arah suatu tempat, membuatkan Ochobot dan Boboiboy tertanya tanya mereka hendak ke mana.

Setelah hanya mampu tertanya tanya sahaja, mereka melalui sebuah papan tanda yang dibuat daripada kayu yang sudah kelihatan sedikit mereput.

'Taman Rekriasi Pulau Rintis'

Mereka pun mulai tersedar kembali, dan mula berasa semangat.

"Tadaaaa~!!!"

Mereka sudah tiba di taman itu.

Mereka berdiri di depan sebuah tasik yang kelihatan jernih dengan pantulan warna biru daripada langit cerah di atas mereka.

Terdapat juga teratai, bunga teratai, bot itik dan pot memancing di atas tasik itu.

Melihat ke atas litar jalan pula, disebabkan sudah petang, kelihatan ramai penduduk setempat yang berada di sana, melakukan berbagai aktiviti.

Seperti berbasikal, skateboarding, rollerskating, bahkan taman permainan kanak kanak pun ada.

Kawan kawan mereka mempersembahkan keindahan alam tempat itu

Dan semestinya, ianya permandangan yang mampu menenangkan mata.

"Woahhhh....." kedua dua mereka kagum.

"Apa tunggu lagi! Jomlah kita pergi berbasikal!" Ying sudah mula dibakar semangatnya sendiri.

"Jom!!!" mereka semua menyahut, kecuali Boboiboy.

"K-kejap! T-t-tapi-"

Dia mula panik tak tentu arah, dan kedengaran seperti dirinya tergigit lidah sendiri, tidak mampu mengatakan ayat sendiri dengan jelas.

"Hm? Kenapa Boboiboy?" Gopal yang pertama bertanya.

Mereka perasan wajah Boboiboy mulai merah akibat malu.

"Aku....aku tak...tak pandai berbasikal.....ehehe...."

Dia bermain dengan jarinya sendiri sambil mencuba menahan dirinya daripada merasa malu.

Yelah, siapa je tak malu bila kau tak boleh lakukan benda yang orang lain mampu lakukan.

Dia juga berasa takut jika kawan kawannya marah padanya dan berfikir ianya sia sia membawanya kerana dia tidak mampu berbasikal dan menghambat aktiviti mereka di sana.

"Eh? Kau tak pandai?"

Soalan yang straight-forward daripada Fang.

"Tak pandai bawa basikal?"

Yaya juga sama.

"Ehhhhh???"

Ying juga.

"Ohhhh~"

Gopal juga.

Mereka semua memasang wajah tenang sahaja.

"JAP-APA?!?!"

Sehinggalah mereka akhirnya sedar.

Ochobot pun pelik melihat respon lambat kawan mereka itu.

"Wehhhh kenapa kau tak cakap dey?!" Gopal menggoncang badan putera muda itu dengan paksa.

"DaHhHhHh kOoOrAnGgG tAaAaAkKkKk TaAaNnYaAaAa!!!"

Habis pening budak tu dibuatnya.

"Woi! Bengkok dia nanti woi!" terus Ochobot menghentikan Gopal sebelum ada kes terjadi nanti.

Boboiboy pun mencuba menyambungkan kembali sel sel otaknya selepas digoncang kuat oleh Gopal sebentar tadi.

"Oh-ehehehe....sorry sorry" Gopal pun tersenyum macam kerang busuk sahaja sambil meminta maaf walaupun kedengaran tak ikhlas.

Ochobot masih lagi memandang mereka dengan wajah cemberut.

"Kalau dia tak pandai naik basikal pun kenapa? Korang ingat semua orang dalam dunia ni boleh buat benda yang sama ke?"

Ochobot panas hati kerana riaksi mereka terlalu dramatic walaupun al-kisahnya hanya kerana kawannya itu tidak pandai bawak basikal.

"B-bukan tu maksud kitorang! K-kitorang cuma....ingatkan yang korang berdua mampu, jadi kitorang cadangkan untuk berbasikal di sekeliling taman ni...ehehehe...." Yaya kelihatan gugup sambil mengusap belakang lehernya.

Tiba tiba, dia mula kelihatan hilang semangat seperti roh keluar dari badannya dan memandang ke bawah.

"...... memang salah kitorang tak tanya dulu....."

Yang lagi tiga pun jadi seperti Yaya juga.

Mereka menjadi begitu kerana rancangan mereka tidak berjalan lancar.

Mereka ingatkan nak lakukan aktiviti di taman untuk rapatkan hubungan mereka dengan dua budak baru tu, memandangkan ianya baru berlalu empat hari sejak mereka berdua pertama kali berpindah ke sana.

Ya, ianya baru berlalu empat hari.

Ini membuatkan Ochobot dan Boboiboy tersweatdrop melihat mereka berempat.

"A-a-ah- j-jangan- er-m-maaf....."

Boboiboy juga merasa bersalah telah merosakkan rancangan mereka kerana ketidak-pandaiannya.

Yelah, selama ni dia hanya tinggal di istana sahaja tanpa pernah keluar selama sekali dari sana.

Paling jauh dia pernah pergi pun hanya sampai pagar istana sahaja semasa membantu ayahnya mengagihkan barang kebajikan ke para rakyatnya.

Jadi basikal memang benda asing baginya.

Ochobot yang melihat kawannya itu merasa bersalah walaupun ianya bukan salahnya, mula mengeluh kasar.

"Haih.....dah dah, dia boleh je bonceng aku. Tak payah nak sedih sangat" Ochobot mengsilangkan lengannya dengan memasang wajah tidak puas hati.

Bila Ochobot berkata seperti itu, terus kesemua perhatian beralih kepadanya, termaksud Boboiboy juga.

"Eh? Lu pandai berbasikal ke Ochobot?" Ying yang pertama bertanya.

"Haah. Sejak aku 5 tahun lagi" wajah Ochobot tetap sama walaupun ada kedengaran sedikit bangga di dalam nadanya.

Ini membuatkan Boboiboy makin memandang tinggi dirinya.

Dalam hatinya berkata 'Ochobot pandai dalam semua benda'.

"Wuuuhuuu!!! Baguslah kalau macam tu! Tunggu apa lagi lah dey?! Jomlah kita mula!!!" terus roh Gopal masuk kembali ke dalam badannya, dan menjadi bersemangat semula.

"Jom!!!" yang lain juga setuju.

.
.
.
.
.

Tidak lama kemudian, mereka pun selesai menyewa basikal mereka dari gerai yang dibuka di sana.

Dikeranakan tempat itu adalah taman Rekriasi, memang banyak gerai yang menjual pelbagai benda seperti basikal, makanan, layang layang, mainan, memang macam macam lagi lah.

Mereka pun mula naik ke atas basikal masing masing.

Boboiboy pun turut mula membonceng di belakang Ochobot.

"Pegang elok elok, nanti jatuh" Ochobot memberitahunya.

"B-baik!" Boboiboy pun mula memeluk badan Ochobot.

"Ok!!! Jom kita pergi!!!"

Yaya pun mengetuai aktiviti itu.

Mereka mula mengayuh padel basikal mereka, dan mula bergerak di dalam satu barisan di atas laluan berbasikal yang sudah disiapkan khas sejak awal.

Turutannya adalah :

Yaya
Ying
Fang
Gopal
Ochobot dan Boboiboy

Boboiboy mula merasa suka bila angin mulai menerpa wajahnya.

Ochobot turut merasa seperti itu, kerana dia tidak pernah berbasikal dengan sesiapa sebelum ini.

Typical budak lonely, uhuk-

(Ochobot : APA AUTHOR CAKAP?!)

Jujur, mereka berdua memang merasa seronok.

Ini benar benar suasana baru bagi mereka.

"Hahahaha!!! Macam mana lu berdua?!"

Walaupun di depan, Ying tetap bertanya kepada dua kawan baru mereka itu dengan menguatkan sedikit suaranya.

"Kitorang ok!!!" Ochobot membalas.

"Seronok?!" Yaya turut bertanya.

Boboiboy mengangguk.

"Hmp!!! Seronok!!!"

Mereka berempat lega rancangan mereka berjalan dengan bagus walaupun ada sedikit kesusahan sebentar tadi.

"Hahahaha!!! Baguslah kalau macam tu!!! Hah, jangan pandang depan je!!! Pandanglah sekeliling jugak!!!" sambung Yaya lagi.

"Hm?"

Bila Yaya berkata begitu, Boboiboy pun mula memandang ke arah kirinya.

Matanya pun mulai terpukau.

"......"

Tasik di sebelah mereka mulai kelihatan semakin cantik bila dilihat secara lebih dekat.

Dengan cahaya matahari yang dipantulkan oleh tasik jernih itu, dengan air pancut yang berada betul betul ditengah tengah tasik, dengan burung burung yang mulai terbang menari di atas mereka, semuanya terasa tenang dan sempurna.

Ochobot dapat rasakan yang kawannya itu menyukai suasana itu hanya daripada pelukkannya sahaja.

Itu membuatnya lega.

"Macam mana? Cantik kan?"

Dia juga suka dengan suasana itu.

Akhirnya mereka berdua boleh berehat dari apa apa benda yang melibatkan kerajaan.

Ianya....memang terasa tenang.

Boboiboy pun meletakkan kepalanya di atas belakang badan Ochobot, sambil tersenyum puas.

"Hmp....."

Ochobot gembira mendengar itu.

"Baguslah macam tu"

Mereka pun sambung mengayuh sehingga mereka membuat satu putaran penuh mengelilingi tasik itu.

.
.
.

Selepas itu, mereka pun berehat sementara di kawasan taman permainan kanak kanak.

Sementara yang lain sedang pergi untuk beli air, Boboiboy dan Ochobot sedang duduk di buaian.

Disebabkan Boboiboy tidak tahu apa apa pasal buaian, dia hanya duduk sahaja di atasnya, dan tidak dihayunkan sama sekali.

Boboiboy melihat buaian itu sebagai sebuah kerusi yang memiliki design yang aneh tetapi unik.

Ochobot yang duduk di buaian sebelahnya, hanya mampu menahan ketawa sahaja kerana Boboiboy kelihatan seperti anak innocent tidak tahu apa apa.

Kalau ianya anime, korang boleh melihat ada effect bunga bunga kecil di sekelilingnya.

"Boboiboy, ni sebenarnya bukan kerusi" Ochobot terus menegurnya.

"E-eh?" Boboiboy juga kelihatan terkejut bila Ochobot berkata seperti itu.

"Ini adalah permainan yang dinamakan buaian. Memang macam kerusi sebenarnya, kerana kita duduk di atasnya, tapi ianya bukan untuk diduduk sahaja" kata Ochobot lagi.

Boboiboy pun kelihatan mahu tahu lebih lanjut.

"Kau tinggal tolak badan kau ke belakang, dan angkat kaki kau dari tanah, dan biarkan diri kau berhayun"

Sambil Ochobot berkata begitu, dia pun melakukan demostrasi.

Seperyi yang dia katakan, dia pun mula mengambil beberapa langkah kebelakang, dan mula mengangkat kakinya. Dirinya pun mula berhayun beberapa kali sebelum dia berhenti.

Kerana nampak seronok, Boboiboy pun melakukannya juga.

Kedua dua mereka pun berseronok di atas buaian itu, sambil kawan kawan mereka akhirnya kembali dengan air yang mereka sudah beli.

Mereka pun berehat untuk sementara waktu sehinggalah mereka akhirnya beredar untuk ke tempat selanjutnya pula.

.
.
.
.
.
.
.

Setelah seketika berjalan, mereka akhirnya tiba di kawasan perbanggunan kedai (macam dalam cerita asli). Tapi ini berbeza dengan yang Boboiboy dan Ochobot dah kunjungi.

Yang ni lebih dekat dengan kawasan perumahan kawan kawan mereka, jadi tak banyak kedai yang berpemilik dan lebih lenggang daripada yang di bandar.

Entah mengapa, ianya membuat Ochobot dan Boboiboy sedikit lega.

(Inilah apa jadi bila tak pernah/dah lama tak bersemuka dengan terlalu ramai orang)

Yaya mengeluarkan buku nota kecilnya dari dalam poket bajunya, dan membukanya.

"Baiklah~! Benda apa dulu kita nak buat?"

Di dalam sana, sudah ada macam macam jenis list yang dia sediakan sendiri untuk hari tu selepas kawan kawannya rancang nak bawa mereka keluar sejak hari pertama dua bebudak itu tiba di sekolah mereka lagi.

Yaya juga ada mengeluarkannya ketika mereka di taman tadi, cuma mereka je yang tak perasan.

Terlihat catatan berbasikal sudah ditanda olehnya, bermakna mereka sudah melakukan hal itu.

"Tak banyak sangat ke yang rancang ni?" Fang menegurnya kerana list itu seperti macam nak buat aktiviti untuk lawatan satu bulan.

"Ehehehe....sebenarnya aku pun rasa macam tu...aku jadi teruja sangat sampai aku listkan banyak sangat benda...." Yaya mengaku.

"Hm~kalau macam tu...hah!" Ying memerhati list milik kawannya itu, dan menjumpai aktiviti yang sesuai.

"Apa kata kalau kita beli barang apa apa yang kita boleh untuk tukarkan sesama sendiri!" Ying menunjuk ke arah catatan 'berbelanja'.

Idea Ying itu membuat mereka semua suka, dan terus menerima cadangan itu.

"Tapi....beli apa?" Boboiboy yang memang tidak pernah berbelanja sendiri tidak tahu apa yang patut dia beli.

"Kau boleh beli benda macam buku, alat tulis, makanan ke, tak kisah lah! Asalkan boleh agihkan kepada semua orang! Fikirkanlah ini sebagai tanda persahabatan kita!" jelas Yaya.

Boboiboy pun mengangguk setelah mengetahui apa yang patut dia lakukan.

"Kita akan bertemu semula di sini selepas setengah jam. Ok?" arah Yaya.

"Baik!!!"

Mereka semua pun mulai berpecah menuju ke kedai masing masing yang ingin mereka kunjungi. 

.
.
.

Kita mengalihkan camera kepada Fang dahulu.

Kelihatan dia masuk ke dalam gerai roti.

Tujuan utama dia cuma satu.

Donut lobak merah.

Memang benda pertama yang dia lihat ketika masuk ke sana adalah donut lobak merah yang baru dimasak disusun cantik di dalam rak bersama sama dengan makanan dan roti lain yang dijual di dalam kedai itu.

Memang terliurlah budak tu dibuatnya.

"Pakcik! Bagi saya ena-tak, sepuluh donut ni!"

Bila Fang memesan, muncul lah pemilik kedai itu di sebalik kaunter kedai itu.

"Ah, Fang! Kamu rupanya!"

Fang merupakan pelanggan tetap kedai itu kerana dia kerap datang ke sana sejak dari sekolah rendah lagi, jadi Pakcik pemilik kedai itu memang mengenalinya.

Pakcik itu pun keluar dari kaunternya, untuk membungkus pesanan pelanggannya itu.

"Banyak kamu beli kali ni, Fang. Tak macam selalu. Untuk siapa?" tanya Pakcik itu.

"Oh, saya datang dengan kawan kawan saya, tapi mereka dekat kedai lain sekarang ni" jelas Fang.

"Oh~macam tu. Hah, nah. Semuanya 12 ringgit" Pakcik itu menghulurkan pesanan Fang itu kepadanya.

Setelah membayar, dia pun keluar daripada kedai itu.

.
.
.

Berpindah kepada Yaya pula, dia sedang memasuki kedai alat tulis, yang menjual macam macam benda mula daripada buku, kertas, pensel, pen, gunting, macam macam lah.

Pada mulanya dia datang ke sana untuk membeli buku nota kecil untuk berikan kepada kesemua kawan kawannya.

Tetapi ada benda lain yang menarik perhatiannya.

"Hm hm hm~ eh?"

Dia sebelah rak buku itu, terdapat rak bulat yang boleh pusing pusing itu yang dipenuhi dengan macam macam rantai kunci.

Bukan itu sahaja, gelang bermanik pun ada juga.

Dan semestinya Yaya tertarik dengan gelang itu.

"Wahhhhh!!! Comelnya gelang ni!!!"

Dia memilih setiap warna yang ada untuk kesemua kawan kawannya, sehingga dia baru terfikir.

"Kejap, lelaki mana boleh pakai gelang....terutamanya Boboiboy dengan Ochobot....alahhhh, tapi comel lah gelang ni!"

Tiba tiba dia mendapat idea.

"Ahah!"

Dia kemudian turut mengambil enam rantai kunci dari rak itu, dan bergegas pergi membayar.

.
.
.

Kita melihat Ying pula.

Ying mahu pergi ke kedai buku yang sedikit jauh daripada kedai yang Yaya masuki, tetapi dia ada pilihan lain.

Dia melihat seorang Pakcik yang menjual sate ikan dengan menggunakan motornya, dan mulai tertarik dengannya. Memandangkan dia sudah lama tidak memakannya.

"Uncle! Buat enam bungkus Uncle!" Ying mula memesan pesanannya.

"Oh~? Banyaknya pesanan sayang. Kamu belikan untuk siapa?" Pakcik itu bertanya sambil mula membuat pesanan Ying.

"Ehehe~ untuk saya dengan kawan kawan saya! Mereka dekat kedai lain sekarang" terang Ying.

"Oh~baguslah kalau macam tu"

Setelah beberala ketika, Pakcil itu pun menyiapkan pesanan Ying dan memberinya kepadanya. 

"Terima kasih Pakcik! Nah duitnya!"

Setelah membayar, dia pun mula berjalan kembali ke tempat perjumpaan mereka semula.

.
.
.

Berpindah kepada Gopal pula, dia hanya pergi ke kedai 7 Eleven yang berdekatan sahaja, untuk mencari minuman.

Dia dah tahu yang Fang akan membeli makanan tanpa dia beritahu mereka sama sekali, jadi dia bercadang untuk membeli air sahaja.

"Nah Makcik!"

Dia meletakkan enam botol air soya di atas kaunter untuk membayarnya.

"Baiklah nak. Plastik sekali ke?" tanya Makcik itu sambil mengscan harga botol botol soya itu.

"Haah" Gopal mengeluarkan duitnya untuk membayar.

Setelah selesai membayar, dia pun kembali ke tempat perjumpaan mereka seperti yang sudah dijanjikan seperti yang lain.

.
.
.

Pergi ke Ochobot pula, dia tidak masuk ke mana mana kedai, malahan hanya pergi ke mesin jual makanan yang dia jumpa di kaki lima itu, dan membeli enam onigiri daripadanya.

"Hm, murah jugak makanan dekat sini. Tak macam dekat sekolah lama aku" katanya.

Selepas membeli semua itu, dia pun berjalan ke tempat perjumpaannya kembali.

(Sorry lah Author malas dekat part ni hshshshs-)

.
.
.

Kita berpindah kepada Boboiboy pula.

Walaupun sudah lama berpecah, dia masih tidak memasuki mana mana kedai lagi.

Dia hanya berjalan sahaja, sehingga sedar tak sedar, dia dah makin jauh dari tempat perjumpaan mereka.

"Haih....nak beli apa ni?"

Dia berfikir sepatutnya dia tak patut berpisah dengan Ochobot tadi. Dia tidak tahu mahu melakukan apa apa sendirian.

Dia mula merasa gelisah dan tidak tahu mahu melakukan apa.

"Bertenang Khairul...." dia mencuba menenangkan diri sendiri, tidak mahu tersalah bertingkah.

Dia melilau kesana kemari, sehinggalah dia melihat sebuah kedai kek di sebelahnya.

"Huh? Kek?"

Entah mengapa, dia merasa mahu memakan kek juga.

Dia pun mengambil keputusan untuk masuk ke dalam kedai itu.

Sebaik sahaja dia masuk, dia dijemput oleh pekerja kedai itu.

"Selamat datang dik!"

Disebabkan dia memang rendah (145 cm je dia, uhuk-), jadi para pekerja tahu yang dia masih lagi seorang budak sekolah.

"Adik nak beli kek apa?" Salah satu pekerja di situ bertanya kepadanya.

Boboiboy mencuba membuat pilihan.

Memang sedikit susah, kerana setiap kek yang ada di sana membuatnya terliur.

Tapi, bila melihat perisa kek itu, dia sudah membuat keputusan.

"Bagi dua untuk setiap enam ni kak! Enam letak dalam satu kotak, enam lagi asing asing"

Seelah memberi pesanan, pekerja itu pun mengangguk, dan mula membungkuskan pesanan putera muda itu.

"Semuanya RM30 dik!"

Pekerja itu memberikan plastik berisi kek itu kepadanya, dan Boboiboy pun menghulurkan wangnya kepadanya.

"Terima kasih kak!"

Setelah selesai membayar, dia pun keluar dari kedai itu, dan berlari kembali ke tempat perjumpaan mereka.

.
.
.

Setelah semua selesai berbelanja, mereka semua akhirnya berkumpul kembali di tempat yang mereka sudah janjikan.

Masing masing tangan mereka penuh dengan plastik berisi barang yang mereka beli.

"Hah, dah siap dah semua?" Yaya bertanya.

"Dah!" mereka semua membalas.

"Ok, baiklah! Tunjukkan apa yang korang dah beli sorang sorang! Mula dari Ying!" kata Yaya lagi. 

Ying pun mengangkat satu plastik penuh sate ikan yang dia beli sebentar tadi.

"Aku beli sate ikan!" kata Ying dengan bangganya.

Sambung dengan Gopal pula.

"Aku beli air!" Gopal mengeluarkan satu botol air soya dari dalam plastiknya.

"Aku beli donut lobak merah" sambung Fang pula.

"Dah agak dah" kata Gopal, Yaya dan Ying serentak.

Itu membuatkan Fang sedikit tersentak.

"Erk-" nampak sangat dia terasa hati.

Ochobot menyambung kembali.

"Aku beli onigiri dari mesin je tadi. Aku tak bawak duit sangat hari ni" Ochobot maintain dengan wajah selambanya.

"Aku beli kek!" Boboiboy mengangkat kesemua plastik yang dia pegang.

"Uuuuu! Bagus tu!" Gopal yang kaki makanan semestinya gembira dengar ada kek.

Yang lain jugak sama.

Tapi, walaupun semua kelihatan gembira, Yaya sebaliknya.

"Eh? Korang semua beli makanan dengan air je ke?"

Bila Yaya bertanya semedikian, perhatian tertumpu kepadanya.

"Haah, kenapa?" tanya Fang.

"Korang semua beli benda yang akan habis macam tu je?" sambung Yaya.

"Korang tak beli benda yang korang boleh simpan selamanya?" wajah Yaya semakin dekat dengan screen.

Bila Yaya berkata begitu, baru mereka sedar.

Tujuan mereka berbelanja saat itu adalah untuk beli benda yang boleh rapatkan hubungan mereka.

Tapi mereka malah beli makanan dan minuman yang akan habis begitu sahaja setelah selesai makan.

Mereka tak akan ada benda untuk disimpan.

"M-maaf...." kata mereka berlima serentak.

Yaya mengeluh kecil, sebelum menggelengkan kepalanya.

"Haih korang ni. Selamat ada aku"

Yaya mengeluarkan dua benda yang dia beli dari dalam beg plastiknya.

"Tadaaaa!"

Di kedua dua tangannya, kelihatan keychain dan gelang yang digabungkan menjadi satu.

Selepas keluar dari kedai tadi, dia mengambil sedikit masa untuk mengabungkan gelang dan keychain itu kepada satu.

Sekarang, gelang itu menjadi satu dengan rantai kunci itu.

"Waaaaa!!! Cantiknya!!!" Ying yang pertama merespon.

"Hah, nah! Sorang satu!" Yaya pun mula mengagihkan hadiahnya itu kepada satu satu kawannya.

"Waaa! Comelnya!" Boboiboy nampaknya suka dengan hadiah Yaya itu.

"Uuuu. Boleh tahan" puji Ochobot juga.

"Pandai kau pilih Yaya!" kata Gopal juga.

"Naluri perempuan kan?" sambung Fang juga.

"Hehehe~fikirkanlah ini sebagai tanda persahabatan kita!" Yaya kelihatan gembira pilihannya disukai kesemua kawan kawannya.

Mereka pun mula mengagihkan kesemua pembelian mereka sehingga setiap orang memiliki setiap benda yang mereka beli.

Setelah mendapatkan kesemuanya, Yaya melihat ke arah jam tangannya.

"Alamak! Dah pukul 5?! S-sorry korang! Aku kena balik dulu! Mak dengan ayah aku nak keluar! Aku kena jaga adik aku! Bye korang!!!"

Tanpa menunggu balasan mereka, Yaya sudah memecut ingin pulang ke rumah dengan segera.

Kawan kawannya pun sempat tersweatdrop melihat Yaya menghilang dari pandangan mereka begitu sahaja.

"Err....kalau macam tu, aku pun nak balik dulu lah! Bye!" Ying pun turut mengambil langkah untuk berjalan pulang.

"Bye!" kata Fang dan Gopal serentak sambil turut mengambil langkah mereka.

"Jumpa esok!" Boboiboy melambai ke arah mereka smeua sebelum mengikuti Ochobot dari belakang.

Disebabkan tujuan mereka berada di arah bertentangan dari arah yang kawan kawan mereka ambil, suasana mula menjadi tenang setelah hanya tinggal mereka berdua sahaja.

Mereka berjalan ingin ke stesyen bas yang berdekatan.

"Hah.....hari yang panjang juga eh?" Ochobot mengambil nafas lega, akhirnya sudah boleh pulang ke istana.

"Hehe, ya" balas Boboiboy.

"Esok hari terakhir kita sekolah untuk minggu ni kan?"

Ochobot bertanya sambil mendepakan tangannya dan meletakkan kedua dua tangannya di belakang kepalanya.

"Haah. Esok dah jumaat. Tak terasa dah hampir seminggu kita pergi ke sekolah, kan?" giliran Boboiboy pula bertanya.

"Macam tulah ceritanya. Yang dalam plastik kau tu, kek untuk keluarga kau ke?"

Ochobot maksudkan plastik kek besar yang Boboiboy bawa bersama dengan plastik kek kecil yang dia berikan kepada semua kawan kawannya.

Boboivoy mengangguk.

"Hmp. Banyak perisa kek yang aku tak pernah lihat dekat kedai tadi. Jadi aku nak bagi ayahanda, bonda, nenda dan atok rasa juga!"

Ochobot tersenyum nipis melihat senyuman yang besar di wajah kawannya itu.

Nampak jelas lah yang sang putera muda itu bergembira hari itu. Itu membuatkan Ochobot lega.

Walaupun macam tu, perlahan lahan, dia dapat rasakan suasana di antara mereka berdua berubah.

Bila dia melihat kembali ke arah puteranya, dia melihat Boboiboy tidak tersenyum lagi.

Seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya.

Dan Ochobot tahu apa yang puteranya itu fikirkan. Terus sahaja dia menurunkan kembali kedua dua tangannya ke bawah sambil wajahnya turut memuram juga.

"Kata, Ochobot.....sejujurnya, selepas kejadian waktu rehat tadi....aku juga takut jika aku akan ada masalah untuk percaya dengan bayangan aku lagi...."

Sambil Boboiboy berkata begitu, Ochobot melihat tangan Boboiboy meremas bajunya yang berada di dadanya, menjelaskan lagi perasaan kesalnya.

Dan Ochobot memahaminya.

Dia tak boleh salahkannya. Puteranya itu baru sahaja melihat wajah sebenar rakyatnya yang selama ini bertopengkan mimpi indah di fikirannya.

Dia tahu Boboiboy selama ini memandang kesemua rakyatnya sebagai manusia yang baik, tapi selepas kejadian pagi tadi, semestinya kepercayaannya sudah mulai tercalar.

Boboiboy sudah mula didedahkan dengan dunia yang sebenar, di mana hampir kesemua manusia di dunia ini hanyalah iblis bertopengkan manusia.

Dunia ini bukanlah seperti cerita fantasi yang dia baca di dalam buku, di mana setiap karakter hidup aman, damai dan tenteram di dalam dunia mereka.

Dunia mereka tidak sempurna, dipenuhi dengan orang yang menindas, sensara dan mengambil kesempatan ke atas orang lain.

Ini membuatkan Ochobot berfikir, selepas melihat wajah sebenar mereka, adakah Boboibot rasakan mereka semua layak diperintah oleh puteranya itu.

Bila dia melihat ke arah Boboiboy semula, matanya seketika membesar, melihat benda yang dia tidak jangkakan.

Wajah puteranya itu tidak kelihatan kecewa lagi.

Tetapi, seperti lega.

"Tapi, setelah melihat masih ada orang yang baik macam mereka, itu membuatkan aku sedikit lega"

Boboiboy lega, masih ada orang yang masih boleh dia percayakan.

"Hari ni menyeronokkan. Aku harap kita boleh lakukannya lagi"

Ochobot terdiam sementara mendengar apa yang Boboiboy katakan.

Tetapi, perlahan lahan, dia menutup matanya, dan tersenyum.

Dia kemudian meletakkan tangan kanannya di atas bahu Boboiboy, memeluk lehernya.

"Ya, jom lakukannya lagi lain kali"

Mereka pun berjalan sehingga tiba di stesyen bas, dan kembali semula ke istana.























3483 perkataan

Kokotaim bersatu~❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top