Chapter 16

Kira kira 10 minit kemudian, Ramenman memandu kereta milik Kaizo itu masuk ke dalam hutan, dan memberhentikan kereta itu.

Sai dan Shielda pun membawa kawan mereka yang tidak sedarkan diri itu keluar dari kereta, dan membaringkan dia di atas tanah.

Semasa masih dalam kereta tadi, Shielda sempat mengikat pinggang Kaizo menggunakan tudung shawl spare yang dia bawa kalau kalau tudung dia kotor semasa misi penyamaran tu.

Jadi, sempatlah kurangkan sedikit pendarahan milik Kaizo itu.

"Macam mana dengan penderahan dia?" Ramenman mencuba mengecek keadaan Kaizo.

Wajahnya memang kelihatan pucat, bermakna dia sudah kehilangan banyak darah.

"Tak bagus. Tapi Shielda berjaya perlahankan sedikit pendarahan dia" kata Sai. 

Selang seminit kemudian, Kassim pula tiba dengan keretanya.

Dia terus keluar dari kereta dan berlari ke arah abang kembarnya itu.

"Kaizo?!" memang jelas riak panik pada wajahya. Yelah, kembar dia baru lepas kena tembak kot.

Di tangan kanannya, dia sudah membawa first-aid kid bersamanya.

Dia tahu perkara ini akan berlaku kerana beberapa rakan sekerjanya juga keras cedera ketika menjalankan misi, jadi dia sudah diminta oleh seniornya untuk menyediakan sekurang kurangnya satu first-aid kid di dalam keretanya.

"Sana, biar aku tolong" Kassim terus meminta ketiga tiga kawan Kaizo itu untuk ketepi supaya dia boleh merawat kembarnya itu.

Dia hanya boleh lakukan bantuan awal sahaja. Dia tidka boleh keluarkan peluru itu dari dalam badan Kaizo kerana terlalu bahaya. Dia perlukan bantuan pakar untuk itu. Dia hanya mampu memberhentikan pendarahannya sahaja.

Bila sudah selesai, mereka pun akhirnya boleh bertenang seketika.

"Baiklah, aku dah hentikan penderahan dia" katanya.

"Huh...." keempat empat mereka melepaskan nafas lega.

Kassim meletakkan kepala Kaizo di atas pehanya sementara tunggu dia terjaga.

Sebenarnya, memang tak tahu jika Kaizo akan sedar sebelum mereka pergi dari sana. Boleh jadi esok baru dia sedar.

"Haih....tak sangka menyamar je pun boleh jadi macam ni....huh...." Sai mengeluh. Kalau ini apa yang dia perlu lakukan untuk naik pangkat, memang dia lebih rela jadi pelatih sampai bila bila.

Dah dekat tujuh bulan juga mereka kekal sebagai pelatih.

Mereka masih lagi tak lulus sebagai polis sebenar akibat setiap misi yang mereka di hantar, mereka selalu lakukan kesilapan, yang membuatkan mereka tak pernah nak lulus.

Berbeza dengan Kassim, dia masuk polis dua bulan lebih awal daripada mereka, sebelum mengajak Kaizo memasukinya juga.

Kassim pun lulus enam bulan kemudian, dan menyibukkan dirinya dengan semua misi yang dia boleh ambil untuk naik pangkat secepatnya.

Kassim dan dirinya sudh berusia 25 tahun. Mereka sudah lama dikeluarkan daripada rumah anak yatim mereka untuk menjalani hidup mereka sendiri.

Fang juga sepatutnya ikut bersama mereka walaupun dia masih berusia 15 tahun lagi.

Tetapi, disebabkan mereka tidak mampu mencari rumah dan perkejaan yang mereka boleh balik ke rumah selalu untuk menjaga adik mereka, mereka membuat dua kerja sekaligus.

Iaitu menjadi polis, dan juga sebagai pekerja rumah anak yatim mereka itu, supaya Fang masih boleh tinggal di sana.

Disebabkan Kaizo masih lagi pelatih, jadi dia boleh kerap pulang ke rumah, tidak seperti Kassim. Kadang kadang, dia kena stay di pejabat dekat seminggu.

"Alah kau ni. Aku pun dulu selalu je lakukan misi penyamaran. Kau fikir kenapa aku boleh naik pangkat cepat daripada korang?" Kassim sengaja mahu buat Sai marah kerana meluat tengok Sai mengeluh.

"Eh, janganlah marah aku! Dah kalau kena tembak macam tu, tak sempat naik pangkat dah arwah aku!" Sai mencuba memback-up dirinya sendiri, tidak puas hati Kassim mengatakannya macam itu.

Kassim pun hanya buat tidak peduli sahaja.

"Dah lah. Kita kena bawa Kaizo ke hospital dulu. Kita kena keluarkan peluru tu daripada badan dia dahulu"

Baru sahaja Kassim mahu berdiri untuk angkat Kaizo masuk ke dalam kereta, dia merasakan badan kembarnya itu sedikit bergerak.

"Eh?" Kassim melihat ke arah kembarnya itu kembali.

"Ergh...." Kaizo kelihatan sudah mendapat kesedarannya kembali.

Perlahan lahan, dia membuka matanya, dan mula bangun dari pembaringannya.

Tapi, disebabkan baru sedar dari pengsan, dia merasakan sakit yang berat di kepalanya.

"Tsk-" Kaizo memegang kepalanya akibat sakit itu.

"W-wei! Jangan terus bangun macam tu! Kau baru sedar dari pengsan!" Kassim pun terkejut kembarnya itu terus bangun macam tu.

"Ergh....apa...apa dah jadi?" penglihatannya kembali normal, dan melihat ketiga tiga rakan sekerjanya itu juga di depannya.

Kassim perlahan lahan menahan kembarnya itu daripada bangun, sebelum mengeluh kecil.

"Kau kena tembak dengan salah satu anak buah Borara tu, dan pengsan. Selamatlah Kassim berjaya lengahkan mereka dengan tembak tangan penembak kau tu supaya kami boleh bawak kau lari dari situ" Shielda menerangkannya kepada kawannya itu, sebelum memberikan air kepadanya.

"T-terima kasih...." Kaizo menerima air itu, dan meminumnya.

"Haih...kan aku dah kata, yang menyamar ni susah. Bukan setakat kau kena berlakon jadi orang lain, tapi kena jaga percakapan kau jugak. Sekali salah cakap, memang orang akan terus curiga dengan kau" Kassim menarik telinga kembarnya itu.

"Adeh! Adeh adeh adeh! Tak yah lah tarik!" Kaizo meronta kesakitan ditarik telinganya.

"Tu untuk sebab buat aku risau. Dah, jom jom! Kita kena baw akau ke hospital dulu. Takut jadi apa apa lebih teruk dekat luka kau tu. Dan kena minta tolong dokter keluarkan peluru tu juga"

Kassim melepaskan tangannya daripada telinga Kaizo dan terus berdiri.

Dia pun menghulurkan ke arah kembarnya itu, mahu membantunya berdiri.

Sai, Shielda dan Ramenman pun berdiri juga.

Tetapi, Kaizo menolak bantuan kembarnya itu.

"Tunggu, belum lagi"

"Huh?" itu membuatkan Kassim pelik dengannya.

"Beg emas tadi...ada dengan korang ke?" Kaizo melihat ke arah Sai dan Sheilda.

Shielda mengangguk.

"Haah. Aku sempat bawanya sekali dengan aku masa lari tadi"

Kaizo tersenyum kecil.

"Ada satu tempat kita kena pergi dahulu"

Keempat empat mereka berpandangan satu sama lain, tidak faham dengan maksud Kaizo.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sekitar setengah jam kemudian, mereka sudah tiba di suatu tempat.

Iaitu sebuah kedai emas.

Kaizo memberikan beg besi penuh emas itu kepada pemilik kedai itu, untuk melihat keaslian emas itu.

Mereka kena ingat dari mana mereka mendapatkannya, iaitu sekumpulan pencuri.

Mereka boleh sahaja memalsukan keaslian emas itu untuk mendapatkan lebih banyak wang.

Ataupun tempat darimana mereka mendapatkan emas itu sendiri yang menjual emas palsu.

Jika benar penjualnya yang menjual emas palsu itu sendiri, mereka perlu bertindak dan menangkap pemilik kedai itu kerana ianya salah di sisi undang undang.

Dengan mereka, terdapat juga atasan Kaizo, Sai, Sheilda dan Ramenman, iaitu Hashim. Orang yang telah memberi mereka misi untuk menyamar masuk jadi pelanggan Borara tu.

Sekian lama memeriksa setiap satu bongkah emas itu, pemilik kedai emas itu pun meletakkan alatnya itu ke atas meja.

Dia pun menggeleng kecewa.

"Malangnya....setiap bongkah emas ni palsu"

Kesemua anggota polis itu pun mula tersentak berat.

Nampaknya betullah tekaan Kaizo.

"Erghhh...jadi maksudnya, sia sia jelah kita menyamar ni?" Sai merungut. Dia hampir kehilangan nyawanya hanya untuk dapat emas palsu sahaja.

Tetapi pemilik kedai itu menggeleng.

"Tak juga"

Tumpuan mereka kembali kepada pemilik kedai itu.

"A-apa maksud Pakcik?" Ramenman bertanya.

Pemilik kedai itu mengangkat kembali salah satu bongkah emas itu.

"Walaupun ianya palsu, saya tidak nafikan yang ianya memang kelihatan seperti yang asli. Maksudnya, bukan calang calang orang yang buat emas ni"

Pemilik kedai itu memandang ke arah Hisham pula.

"Jadi, memang agak mustahil jika mahu katakan sekumpulan pencuri biasa yang buat semua ni"

Hashim menangkap apa yang pemilik kedai itu cuba katakan.

"Jadi...maksud Tuan, pemilik kedai emas seperti Tuan yang buat semua emas ni?"

Pemilik kedai itu mengangguk.

"Tuah untuk kamu, kami pemilik kedai emas yang berada di sekitar Pulau ini memang kenal satu sama lain kerana hal bisness, jadi saya tahu hal semasa yang jadi ke atas setiap daripada mereka"

Dia tiba tiba mengeluarkan sehelai kertas dari dalam poket seluarnya, dan menolaknya ke atas meja, memberinya kepada kesemua anggota polis itu.

"Mengikut maklumat yang telah diberikan oleh Kaizo, dekat dekat masa emas ini dicuri, memang ada semua kedai emas yang sudah dirompak hujung di sebelah utara Pulau Rintis. Memang dari awal saya tidak percayakan dia kerana dia nampak mencurigakan. Jadi, saya rasa dia boleh menjadi suspect pertama kamu semua"

Terukir senyuman sinis di wajah pemilik kedai itu.

Nampaknya, dia memang tidak sukakan orang yang dimaksudkannya itu.

Kassim mengambil kertas itu, dan melihat isinya.

Ianya adalah alamat dan nombor telefon suspect mereka itu.

Kesemua anggota polis itu pun tersenyum bahagia.

"Terima kasih bang! Terima kasih dah tolong kami dalam kes ni!" Kassim menyalam tangan pemilik kedai itu keatas kebawah dengan kasar akibat terlalu gembira.

Memang langsung tiada kemajuan dalam kes ini sudah sejak setahun lamanya.

Walaupun tidak dapat menangkap geng Tengkotak itu, sekurang kurangnya mereka berjaya mendapat saksi dan suspect lain.

"Woh woh woh! Sabar dek, tercabut tangan Pakcik nanti"

Kassim pun melepaskan tangan pemilik kedai itu setelah ditegur begitu.

"Ehehehe....maaf bang....ehehehe...."

"Tak apa, pakcik memang senang hati membantu. Lagipun, Pakcik memang pantang kalau ada orang yang jual barang palsu dan menipu pelanggan ni. Harah harap kamu dapatlah tangkap orang yang betul ya?"

"Baik! Terima kasih Pakcik! Kami pergi dulu!"

Para para anggota polis itu pun akhirnya keluar daripada kedai emas itu dengan senyuman di wajah mereka.

"Baiklah, kita sudah dapat misi kita yang seterusnya. Tapi, kita tangguhkan dulu kes ni"

Bila atasan mereka berkata begitu, para bawahan itu pun memandang ke arah Hashim.

Hashim memandang ke arah Kaizo.

"Kita kena bawa kau ke hospital dulu. Tak boleh biar lama lama lagi luka tu"

Hashim sudah mendapat tahu pasal luka tembakkan itu dari Kassim sendiri.

Mula mula dia memang suruh tangguh dulu berjumpa dengan pemilik kedai emas itu, tapi Kaizo berdegil juga, dan tetap mahu selesaikan urusan itu dulu.

Tapi, sekarang urusannya sudah selesai, sudah tiada alasan lagi.

Kaizo pun hanya mengangguk sahaja, dan menerima untuk dirinya dibawa ke hospital.

Mereka semua pun masuk ke dalam kereta, dan mula menuju ke hospital berhampiran.

.
.
.
.
.
.
.

Berpindah lokasi, kita kembali ke Boboiboy dan Ochobot pula.

Kita kembalikan waktu, ketika loceng waktu balik sekolah berbunyi.

Bila Boboiboy dan Ochobot sedang mengemas barang mereka untuk pulang ke rumah, Fang, Yaya, Ying dan Gopal datang ke arah mereka.

"Boboiboy!" Gopal menerjah ke arah sang putera itu.

"OH MAK MAK KU PUTEH?!" termelatah si putera itu dibuatnya.

Gopal pun terketawa mendengar cara Boboiboy melatah.

"Ahahahaha!!! Asal kau ketawa macam tu?! Ahahahaha!!!"

Yaya pun memukul kepalanya.

"Adeh?!"

"Jaga perangai kau tu" Yaya menjeling tajam ke arah penolong ketua kelasnya itu.

"Ehehehe....maaf Yaya...ehehehe..." Gopal terketawa canggung, takut dengan minah tu.

Ochobot dan Boboiboy masih lagi melihat ke arah kawan kawan mereka itu dengan pelik kerana mereka tiba tiba berkumpul di depan mereka.

"Er....korang nak apa dengan kitorang?" tanya Ochobot.

Yaya pun kembali semula ke topik asalnya.

"Oh, sebenarnya, kami nak tanya, korang nak tak jalan jalan sekeliling kampung dengan kami?"

Bila Yaya berkata begitu, dua sekawan itu berpandangan kepada satu sama lain.

"Jalan jalan sekeliling bandar?" Boboiboy kelihatan seperti tidak memahami maksudnya.

"Ya! Lu dua orang ada cakap yang korang dari bandar kan? Jadi mesti lu tak tahu pasal kampung ni kan?! Jadi, sebab itulah kitorang nak bawa korang pusing pusing kampung ni!" Ying menyambungnya untuk Yaya.

Ketiga tiga mereka termasuk Fang dan Gopal mengangguk dengan apa yang Ying katakan.

Ochobot dan Boboiboy berpandangan ke satu sama lain sekali lagi sambil tersweatdrop.

Ah sudah, macam mana ni?

Boboiboy melihat kembali ke arah mereka dengan wajahnya terukir senyuman gelisah.

"Erm...bukan kami tak nak terima, tapi...." Boboiboy tidak sampai hati nak tolak pelawaan mereka.

"Er...kami tak boleh pergi ke mana mana tanpa bagitahu Papa kami dulu" Ochobot tolong beritahukannya untuk puteranya itu.

Hakikat sebenarnya, mereka takut mak ayah nenek dan atok Boboiboy panik dia masih belum pulang ke istana dari waktu yang sepatutnya.

"Eleh korang ni. Anak manja betul. Nak pergi mana mana pun kena bagitahu Appa korang dulu ke?" Fang sengaja berkata begitu.

"Aip! Jangan cakap macam tu!" Ying menendang belakang lutut Fang, menyuruhnya untuk behave.

"Adoi?!" Selamat tak tumbang mamat tu.

"Alah kau ni Fang. Kan normal untuk bagitahu ke mana kita nak pergi ke ibu bapa kita dulu? Karang Papa diorang panik anak dia entah kemana kan susah nanti" Yaya menasihatinya.

Fang masih mengusap belakang kakinya sambil mem-pout tak puas hati.

"Yelah yelah. Hah, pergi lah tanya. Mesti ayah korang dah ada dekat depan pagar sana tu"

Fang tahu kerana dia selalu nampak Boboiboy dan Ochobot naik kereta Myvi waktu balik sekolah tapi tak pernah nampak siapa pemandunya.

Cermin kereta gelap, nak buat macam mana kan, uhuk-

"Oh, haah! Jom Ochobot, kita tanya Papa dulu!" Boboiboy, yang tak pernah lihat dunia luar sebelum ni, mestilah teruja nak lihat sekeliling kampung tu.

Tapi, Ochobot yang memang jenis sedikit paranoid dan hanya mahu puteranya itu selamat di dalam jagaannya sebagai pengawal peribadinya, mestinya tak seberapa setuju dengan pelawaan mereka.

"Eh-jap-er-o-ok ok, tapi, aku tak janji kitorang boleh ikut ok? Kalau Papa tak bagi, maksudnya tak boleh"

Ochobot beritahu siap siap kerana tidak mahu kawan kawan mereka itu meletakkan harapan mereka terlalu tinggi.

"Ok!" mereka berempat pun terima sahaja dengan syarat Ochobot itu.























2110 perkataan

Hehe-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top