Chapter 15
Seketika kemudian, sudah pukul 2 petang.
Kelihatan kereta milik Kaizo sudah berada di kawasan Apparterment Seri Kenangan, seperti apa yang sudah dijelaskan oleh orang yang ditelefon Kaizo itu.
Tetapi, Appartement itu kelihatan sudah seperti lama ditinggalkan.
Tapi, ianya tidak mengherankan mereka. Seorang penjenayah, semestinya tidak akan menggunakan kawasan yang ramai orang untuk melakukan aktiviti haram mereka.
Kaizo, Sai, Shielda dan Ramenman berada di dalam kereta itu sambil memakai baju casual mereka.
Ini adalah misi lakonan untuk dapatkan lebih banyak maklumat mengenai mereka.
"Ingat. Kita di sini untuk dapatkan maklumat sahaja. Jangan cuba lakukan perkara yang boleh bongkarkan identitas kita. Ramen pula tunggu di dalam kereta, supaya kalau ada apa apa berlaku, kita boleh terus pecut pergi"
Kaizo memberikan arahan tegas kepada rakan sekerjanya itu.
Kawan kawannya itu pun mengangguk faham.
Mereka pun akhirnya keluar dari kereta itu, dan berusaha menenangkan diri untuk belakon.
Kaizo pergi ke bonet keretanya, dan membukanya.
Di dalam sana, ada sebuah beg hitam segi empat tepat yang morang biasa tengok dalam filem detektif, yang diorang simpan duit beratus ribu dalam tu.
Bila Kaizo membukanya, memang ada banyak duit di dalam sana, dengan satu helai bernilai 100 ringgit.
Dengan jumlah sebanyak itu, rasanya nilainya lebih banyak daripada 3000 ringgit yang sepatutnya mereka bawa untuk bayar kepada geng Tengkotak itu.
Sememangnya itu membuat kawan kawan Kaizo tercengang habis. Kalau boleh mulut tu nak cecak lantai.
"D-dari mana kau dapat duit banyak macam ni?!" tanya Sai.
Memang pelik untuk Kaizo memiliki duit sebanyak itu, kerana Kaizo dan Kassim baru sahaja bagitahu yang mereka adalah anak yatim.
Walaupun mereka bekerja sebagai polis, gaji mereka sebagai Polis Pelatih pun hanya mencecah RM 1000 sahaja. Dan bagi Kassim, gajinya hanya mencecah RM 2000. Kalau dilihat secara sekali pandai, kemungkinan ada RM5000 di dalam beg itu.
Mestilah Kassim dan Kaizo ada gunakan duit mereka untuk bayar keperluan seharian untuk menyara kehidupan mereka bertiga.
"Jangan tanya. Korang kena ingat peran masing masing" Kaizo menutup kembali beg itu.
"Aku akan menyamar sebagai Kassim sekali lagi, dan korang berdua sebagai pegawal aku. Kita kena bawa emas seberharga itu, jadi mesti pelik jika aku sahaja yang datang untuk ambil emas tu"
Sai dan Shielda mengangguk.
"Ok, baiklah. Jom pergi sekarang"
Mereka bertiga pun mula berjalan masuk ke kawasan Appartement terbiar itu.
Ada 3 banggunan kesemuanya, dan ianya disusun secara selari.
Kaizo diberitahu yang mereka perlu pergi ke banggunan yang paling belakang sekali.
Bila sampai di sana, mereka bergerak ke rumah bernombor 2016 yang berada di aras bawah sekali.
Kaizo pun mula mengetuk pintu rumah itu.
"Abang Borara! Ini saya, Kassim!"
Kaizo mula masuk ke dalam mode lakonannya.
Seketika kemudian, nombor rumah itu pun mula di slide ketepi, dan melihatkan sepasang mata dari sebalik pintu itu.
"Passsssworddddd?"
Suara itu sama dengan orang yang menjawap panggilan Kaizo tadi.
Kaizo pun tersenyum sinis sebelum menjawap.
"Teleportasi ke Pulau Terapung!"
(#jangankecam)
Seketika, mata itu hanya menatap tajam sahaja ke wajah Kaizo dan lagi dua itu, membuatkan mereka bertiga menjadi gelisah.
'JANGANLAH CAKAP SALAH!!! DIA SENDIRI KATA YANG TU PASSWORDNYAAAAA-' kata Kaizo di dalam hatinya.
Tidak lama lepas tu, orang yang disebalik pintu itu pun menutup kembali nombor pintu rumah itu, dan membuka pintu itu.
Terlihatlah sosok kurus kering dari sebalik pintu itu.
"Ehhhh Encik Kassim! Itu pun Encik! Lama saya tunggu!"
Lelaki itu pun menghulur tangannya untuk bersalaman dengan Kaizo.
Kaizo pun cepat cepat kembali dalam lakonannya dan menyambut salaman lelaki itu.
"Ahahaha! Panggil Kassim je pun dah cukup Bang! Saya bukannya tua sangat pun! Ahahaha! Sorry lah bang, tadi jem kat depan sana tu hah! Tu yang kami lambat tu!"
Sai dan Shielda masih lagi tidak mampu percaya yang Kaizo boleh berlakon seperti itu.
"Eh, tak ada hal lah Kassim! Kami pun memang tengah ketandusan pelanggan sekarang ni! Dah ada Encik pun dah buat kami gembira! Hah, yang ni semua siapa? Kawan kawan kamu ke?" lelaki itu memang kelihatan tidak mengesyaki apa apa dari mereka.
"Oh, diorang ni bodyguard saya je! Nak bawak emas kan bang! Mana tahu tengah tengah bawak kereta tiba tiba ada yang rompak saya kan? Dalam bisness macam ni memang kena hati hati bang!" Kaizo memang menjiwai wataknya.
"Ohhhh ya ke? Ahahahah! Masuk lah, masuk! Saya dah sediakan pesanan kamu!" lelaki itu mempelawanya masuk.
"Ehhhh sabar lah bang! Bagilah tahu nama abang apa! Boleh lah saya recoment kan bisness abang ni ke dealer dealer saya yang lain! Comfem nanti bisness abang meletop punya!"
Ok, masuk langkah pertama.
Yang diketahui dari geng tengkotak itu hanyalah Borara sahaja sebagai boss mereka.
Dia perlu dapatkan maklumat mengenai ahli yang lain juga.
Terus sahaj dia mengeluarkan buku nota kecilnya, dengan mencuba meminta lelaki itu memberitahu namanya.
"Ohhh ahahahah! Panggil saya Yoyo'o je Encik! Saya adalah orang kanan paling dipercayai Tuan Borara!"
"Oh~baik bang, baik! Saya pasti akan populerkan abang nanti punya!"
Setelah sesi kenal mengenal itu, mereka pun akhirnya masuk ke dalam rumah itu.
.
.
.
Walaupun dari luar kelihatan kecil, tetapi di dalamnya boleh tahan luas.
Memang agak sedikit kotor kerana itu adalah banggunan terbiar, tetapi Kaizo dah banyak main kotor dalam melakukan tugasnya, jadi dia dah terbiasa.
Tidak boleh dikatakan sama untuk dua lagi rakan sekerjanya itu.
Sai dah nampak macam mahu muntah, tapi dia tahan sahaja.
Shielda pula macam tengah tahan nafas, tak tahan dengan bau tempat tu.
Mereka biasa bekerja disebalik layar sahaja seperti acukan pistol ke arah penjenayah dari sebalik pintu kereta, jadi ini pertama kali mereka kena pergi terus ke depan musuh dan masuk ke tempat persembunyian mereka.
Mereka masuk ke dalam sebuah ruangan, dan di sana terdapat seorang lelaki berbadan sasa dan lelaki yang lebih kecil darinya, tetapi badannya masih tetap tegap.
Mereka berdua berdiri di belakang sebuah meja yang di atasnya memiliki sebuah beg besi yang hampir sama dengan yang dibawa oleh Kaizo.
Mereka berdua kelihatan garang, yang membuatkan Kaizo, Sai dan Shielda berasa sedikit ketakutan.
"Hahhh, Kassim! Ni lah Tuan Borara yang kamu nak sangat jumpa tu!"
Yoyo'o menunjukkan ke arah lelaki yang lebih kecil itu.
Melihat dari muka, memang tak heranlah bila orang kata yang Borara ni gangster dari muda.
Kelihatan juga dia kehilangan sebelah telinganya, menyisakan satu sahaja.
Borara melihat ke arah mereka bertiga dengan tajam.
Tetapi Kaizo berusaha menutupi ketakutan mereka.
"Ehhhh Abang Borara! Hahahaha! Banyak saya dengar pasal abang dari kawan saya yang recomentkan Abang!"
Kaizo terus mengambil kedua dua tangan Borara, dan menyalamnya laju laju atas bawah.
Membuatkan Sai dan Shielda terkejut. Kaizo seperti tidak takut dengan Borara.
Walhal kenyataannya memang ya, dia takut.
Tapi kerja tetap kerja.
Ini untuk keselamatan negerinya juga.
Borara pun kelihatan tidak terganggu dengan sikap Kaizo itu.
"Baguslah kalau macam tu. Hah, duduk duduk"
Kaizo pun dipelawa duduk di atas kerusi bulat yang boleh pusing pusing tu yang berada di depannya.
Kaizo pun duduk di atasnya, dan terus meletakkan begnya di sebelah beg besi yang ada di atas meja itu.
"Hah, ni dia bayarannya"
Lelaki sasa yang berdiri di sebelah Borara itu membantu bossnya membukakan beg hitam milik Kaizo itu.
Melihat sahaja isinya, terus lelaki itu tersentak.
"T-tapi Tuan Kassim! Ini lebih banyak dari sepatutnya!"
Melihat sahaja jumlahnya, dia sudah tahu jumlah semua itu lebih dari 3000 ringgit dari yang sepatutnya Kaizo bawa.
"Ahahahaha! Tak apa, tak apa. Keep the change! Saya memang tengah untung sekarang ni! Sebab tu emas saya cepat habis! Tu sebabnya saya hubungi abang abang semua ni! Oh ya, nama abang apa?"
Kaizo terus menanyakan nama lelaki sasa itu pula, selagi masih ada kesempatan.
"O-oh. Tuan boleh panggil saya Gaganaz, Tuan"
Walaupun dalam geng perompak, boleh tahan sopan dia ni.
"Oh, hahaha! Baik, bang!"
Kaizo sempat memberi jari pistol dan kenyitkan matanya ke arah Gaganaz, yang membuatkan Gaganaz tersweatdrop ke arahnya.
Memang itu salah satu habit Kassim yang dia terikut ikut, iaitu perangai kembarnya yang terlebih mesra itu.
Sampai Kaizo sendiri rasa meluar nak buat benda tu.
"Hahhh, ni ke emas yang saya pesan tu?"
Borara mengangguk.
"Ya, Tuan Kassim. Seperti yang Tuan minta, 3 kilogram emas"
Borara pun membukakan beg besi itu untuknya, dan mata mereka bertiganya tertumpu ke arah isi beg itu.
Bersinar, ada lebih kurang 20 bongkah emas di dalam beg besi itu.
Bukan bongkah emas yang petak tu, tapi yang seperti baru diambil dari dalam tanah. Rupa setiap satunya tidak seragam.
Hampir sahaja Kaizo terjatuhkan lakonannya akibat melihat betul betul ada 3 kg emas di depannya, seperti apa yang dia pesan.
Sai dan Shielda pun sama.
Kaizo pun mengambil salah satu darinya, dan mencuba merasakan berat bongkah emas itu.
Memang berat.
"Fuhhhh. Berat emas ni! Bagus bagus! Kualiti yang bagus!"
Kaizo juga terkejut dengan berat emas itu.
"Eh eh~mestilah Tuan~kami rompak emas ni dari kedai emas bermutu tinggi! Bukan calang calang kedai Tuan! Kami sapu semua yang ada dalam kedai tu! Tak ada sisa!"
Borara tanpa segan silu memberitahu dari mana mereka mendapatkan emas itu.
"Oh~macam tu~"
Kaizo pun meletakkan kembali emas itu ke dalam beg besi itu.
"Bagus bagus! Saya suka! Mesti pelanggan saya akan suka dengan barang baik ni!"
Kaizo dah kedengaran seperti penjenayah sebenar, yang membuatkan Sai dan Shielda mulai tersweatdrop melihat kawan mereka itu.
Terlalu menjiwai watak ni.
"Hahahahaha! Gembira Tuan suka. Tapi, kenapa Tuan perlukan emas sebanyak ini? Bukan ke terlalu banyak untuk kedai emas sekali pun?"
Borara mulai menunjukkan tanda tanda curiga dengan mereka.
"Alah~biasalah bang! Orang kaya, sejak semenjak ni banyak oder barang kemas dengan saya! Diorang kata, duit diorang banyak sangat sampai tak tahu nak buat apa. Jadi diornag pun buanglah duit diorang tu untuk tukarkan sebagai barang kemas"
Kaizo sekali lagi mengambil satu bongkah emas itu, dan mula berpura pura meneliti emas tu.
"Saya boleh buat macam macam dengan satu bongkah ni je. Saya boleh buat rantai, cincin, subang, kalung, cucuk sanggul, gelang, namakan sahaja! Semuanya untuk tarik minat pelanggan wanita saya"
Kaizo banyak rakan wanita di sepanjang waktu pekerjaannya, tidak kisah ketika dia masih di dalam Navy, ataupun polis seperti sekarang.
Kakak pemilik rumah anak yatimnya pun sama.
Dia tahu seberapa gilanya wanita dengan barang kemas ni.
Tetapi, Borara malah kelihatan seperti tidak mempercayai kata katanya, dan Kaizo sedar akan itu.
"Oh ya, Tuan datang ke sini menggunakan apa?"
Dia mula rasa panik, tetapi dia cuba kekalkan lakonannya.
"Oh, kereta biasa je. Kereta Wira!"
Tetapi, jawapan Kaizo membuatkan Borara mengangkat satu keningnya.
"Orang kaya macam Tuan bawa kereta Wira je?"
Seketika, Kaizo sedar dia tersalah cakap.
Aduhhhh macam mana nak cover ni?
"Oh ahahaha! Alah, kenapa tak boleh pulak bang? Tak kan lah semata mata kaya kena beli semua benda mewah kan? Kereta tu kereta turun temurun dari atok nenek saya"
Kaizo memang kelihatan tenang, tetapi dalam hatinya, dia sudah mahu menjerit jerit akibat salah kata.
"Oh~macam tu rupanya"
Borara juga menjawap dengan tenang, tetapi mereka bertiga tahu mamat itu sudah mula curiga dengan mereka bertiga.
Tetapi, selamatlah mereka ada rancangan back up.
Mesti korang pelik kan. Mana Kassim? Memang dari kereta tadi dia tidak kelihatan.
.
.
.
Camera berpindah ke luar, tidak jauh dari kawasan appartement. Bahkan, boleh dikatan bersebelahan sahaja, terdapat sebuah tanah tinggi, di mata atasnya rata.
Di atas sana, kelihatan Kassim sudah bersedia baring di atas tanah sambil memacukan senapangnya ke arah banggunan yang dimasuki oleh mereka bertiga itu.
Di belakangnya juga, ada kereta jenama sama dengan kembarnya, cuma yang bezanya, keretanya berwarna biru.
Dia sudah diminta awal awal oleh Kaizo untuk meninjau mereka dari atas sana. Dan kalau ada benda yang berlaku, jangan teragak agak untuk menempak suspek mereka itu jika perlu.
Kembali ke dalam semula, Kaizo sudah merasakan dia patut pergi dari situ segera.
"Ok lah bang! Saya pergi dulu ya! Dah lambat dah ni! Nanti takut pulak pekerja saya tertunggu saya dekat kedai sana!"
Kaizo pun menutup beg yang berisi emas itu, dan mengangkatnya.
Disebabkan dia sudah bayar, jadi mereka langsung tidak menghentikannya dari mengambilnya.
"Oh, hahahha! Baiklah Encik! Biar saya bawa Encik keluar dari sini!" Yoyo'o memperlawanya.
Kaizo pun dengan senang hati menerimanya.
.
.
.
Mereka pun sudah berada di luar. Sebelum pergi, Kaizo mengucapkan terima kasih sekali lagi.
"Terima kasih lah untuk bisness kali ni! Lagi kali, saya akan datang lagi tau!"
"Oh, baiklah. Terima kasih kerana berurusan dengan kami!" Borara turut berterima kasih kepadanya.
"Saya pergi dulu ya! Jaga diri dan kesehatan sendiri tau bang!" Kaizo dan dua lagi kawannya itu pun mula berpaling, dan mahu berjalan dari sana.
Tanpa mereka sedar, Borara sudah tersenyum sinis di belakang mereka.
Tiba tiba, dia mengangkat tangannya, seperti memberi sebuah isyarat.
Dan, tiba tiba.....
.
.
.
BOOM!!!!
.
.
.
"......."
Secara tidak disangka sama sekali, sebuah peluru sudah dilancarkan, dan ianya mendarat tepat pada pinggang kiri Kaizo.
Akibat itu, Kaizo terlepaskan beg besi itu, dan terjatuh ke atas tanah.
Sai dan Shielda yang berdiri betul betul di sebelah kiri dan kanan Kaizo, tersentak berat bila kawan mereka itu tumbang ke atas tanah akibat ditembak.
"A-APA YANG KAU-"
Sai mahu menengking ke arah geng Tengkotak itu, tetapi, bila dia baru sahaja menoleh ke belakang, Borara sudah memacukan pistolnya ke arah mereka.
Bila dia melihat ke atas, seorang wanita sudah berdiri di tingkat tiga banggunan itu, sambil memegang sebuah senapang pada tangannya. Dialah yang sudah menembak Kaizo.
"Kerja bagus, Kikita" Borara memujinya.
Sai dan Shielda masih lagi memandang mereka dengan wajah tidak percaya.
Wajah yang memang Borara mahu lihat dari mereka.
"Apa korang ingat kami tidak tahu yang kamu itu dari polis?" Borara tersenyum jahat ke arah mereka.
Kaizo masih lagi terbaring di atas tanah, sambil memegang tempat dirinya ditembak.
Wajahnya memang jelas menunjukkan yang dia sedang dalam kesakitan.
Darah tidak berhenti keluar, dan pandangan matanya mula menjadi kabur.
Lama kelamaan, Kaizo kehilangan kesedarannya.
Sai dan Shielda masih lagi terkaku berhadapan dengan geng Tengkotak itu.
"M-macam mana kau...." ayat Sai tergantung.
"Ahahahaha! Apa, kamu ingat kami akan terima panggilan random macam tu sahaja kah Encik? Saya dah periksa dari mana setiap panggilan kami datang, dan nombor Encik Kassim terus menunjukkan balai polis, ahahahaha!!!" Yoyo'o terketawa jahat ke arah mereka.
Itu membuatkan Sai berdecih marah.
"Tch-"
Walaupun jauh, mata Kassim sudah dilatih untuk itu.
Dia nampak dengan jelas apa yang telah berlaku kepada kembarnya.
"Kaizo?!"
Tanpa berfikir dua kali, Kassim terus menukar sasarannya kepada Kikita, dan menembak tangannya.
"Ergh?!"
Disebabkan serangan tiba tiba itu, Kikita terlepaskan senapangnya, dan senapang itu jatuh terus ke bawah, dan mendarat di atas tanah.
Akibat itu, senapang itu terpatah dua.
"Huh?!" Tumpuan Borara, Yoyo'o dan Gaganaz juga teralih ke senapang milik Kikita itu.
Melihat peluang, Shielda mengeluarkan pistolnya, dan menembakkan tiga peluru ke arah tiga anggota Tengkotak itu.
"ARGH!!!"
Dia menembak bahu Borara, kaki Yoyo'o, dan perut Gaganaz.
Itu membuatkan Borar terlepaskan pistolnya, dan pistol itu jatuh ke atas tanah.
Sai pun dengan cepat cepat mengangkat Kaizo, dan kedua dua kembar itu pun lari daripada sana.
Shielda pun membantu abang kembarnya itu mengangkat Kaizo, kerana Kaizo berat.
Mereka berdua pun berlari ke arah kereta miliki Kaizo itu, dan cepat cepat masuk ke dalam kereta.
"Bawak cepat cepat weh!!! Cepat!!!" Sai memberikan arahan kepada Ramenman dalam keadaan terdesak.
Mendengar arahan, Ramenman pun dengan cepat menekan padel minyak, dan mereka pun memecut pergi dari kawasan appartement itu.
Tetapi, cara Ramenman bawa kereta itu sangatlah bahaya, dengan terombang ambingnya, asyik masuk ke lorong bertentangan macam mabuk.
Selamat tiada kereta lain di atas jalan raya sana ketika itu. Kalau tak, dah lama berlaku kemalangan.
"Oi!!! Kau ni reti bawa kereta ke tak?!" Sai memarahinya.
"Ish! Jangan marah boleh tak?! Kan aku selalu bawak jet pejuang je?!?!"
Ramenman memang pernah masuk askar udara dulu, tetapi berhenti kerana trauma kawannya mati akibat jet pejuang milik kawannya itu hilang kendali menjunam ke tanah.
"Ya pun bawak lah elok elok sikit!" Sai masih tidak berhenti dari menjerit.
"Jangan fikirkan tu dulu! Kita kena bawa Kaizo ke tempat selamat dahulu!!!"
Ramenman pun terus membawa kereta itu melalui lebuh raya itu.
2597 perkataan
Dah lama tak update nyah-
Continue or nah?
Ok bye-*lompat masuk gaung*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top