Chapter 11

Waktu persekolahan pada hari itu pun tamat.

Tetapi, setiap murid di sekolah itu masih tidak meninggalkan perkarangan sekolah.

Itu kerana waktu Kokorikulum sudah tiba.

Setiap pelajar diberi masa setengah jam untuk mengisi perut sebelum mereka akan dipecahkan ke dalam sukan permainan masing masing.

Boboiboy dan Ochobot sedang bersama dengan Gopal dan Fang, menjamu selera masing masing di kantin.

Tapi Ying dan Yaya tiada di sana.

"Hm? Korang, Yaya dengan Ying mana?" tanya budak beruban itu.

"Diorang dekat perpustakaan, macam biasa. Walaupun bukan musim peperiksaan, diorang dah siap siap ulang kaji dah"

Gopal menjawap dengan muka malas, sebab walaupun tidak melihat mereka pergi ke mana, dia sudah tahu tujuan dua gadis itu.

Ochobot yang melihat riaksi wajah Gopal yang seperti tidak suka dengan perkara itu, ternaik sebelah keningnya.

"Hm? Kan bagus macam tu? Daripada buat benda tak berfaedah kan lebih baik timba ilmu banyak banyak?"

Wajah Gopal hanya bertambah tak suka dengan jawapan Ochobot.

"Aku tahu. Tapi tak kan lah nak 24 jam menghadap buku je? Dah lah buku ilmiah. Kalau buku komik tak apa lah jugak"

Ochobot hanya menggeleng mendengar alasan Gopal. Tapi sebelum dia mampu membuka mulut, Gopal sudah melintas dia dahulu.

"Apa? Ada ok buku komik pembelajaran? Macam pengembaraan angkasa lepas, ke dasar laut, fizik, matematik, tu semua aku dah bantai ok? Best sikit belajar macam tu daripada menghadap huruf dan nombor tak kesudah"

Fang sendiri siap ternganga mendengar apa yang Gopal katakan.

Ini benda haru bagi dia.

"Weh, biar betul? Kau baca buku komik ilmiah?"

Mendengar nada terkejut Fang membuat tertumbuh perkaki empat di kepala Gopal.

"Yelah. Apa, kau ingat aku tak pernah belajar? Aku gagal subjek Matematik je ok? Yang lain semua aku lulus! Sejarah lulus, Sains lulus, Perniagaan lulus! Aku gagal matematik pun sebab buku komik yang aku beli tu buku matematik Tingkatan 1"

Mereka bertiga facepalm kepala sendiri mendengar ayat terakhir Gopal.

"Pulak. Boleh pulak macam tu?" Boboiboy menatap Gopal dengan muka hampa.

"Apa? Buku komik mahal ok? Tak ada duit nak beli yang baru" kata Gopal selamba.

Ochobot hanya mampu menggeleng dengan situasi itu.

Tiba tiba, kedengaran pengunguman maklumat bergema.

"Semua murid diminta beratur di sukan permainan masing masing dengan segera"

Mendengar arahan itu, semua murid yang berada di kantin pun mula bangun dan berjalan ke arah dewan terbuka sekolah mereka untuk beratur.

Ochobot berpaling ke arah kawannya itu.

"Boi, aku nak pergi ke barisan bola keranjang dengan Fang sekarang tau" kata Ochobot sambil Fang mula berdiri di sebelahnya.

"Oh, ok, tak apa. Aku pun nak pergi barisan bola sepak dengan Gopal" Boboiboy menepuk bahu sosok yang lebih tinggi daripadanya itu.

"Ok, bye. Jumpa waktu balik nanti" Fang melambai ke arah mereka berdua.

"Bye!" Boboiboy turut melambai kembali.

Mereka pun mula berpisah dan masuk ke barisan masing masing.

.
.
.

Boboiboy kini sedang berdiri bersama sama dengan budak budak kelab bola sepak yang lainnya.

Kerana bola sepak lebih populer di kalangan lelaki, memang kelab itu hanya dipenuhi dengan budak lelaki sahaja.

Boboiboy sampai terpaksa menjengkek dan mendongak di antara budak budak kelabnyz itu kerana mereka semua tinggi tinggi macam hantu galah.

Seorang guru lelaki yang berbadan tegap masuk padang dan berdiri di depan murid muridnya dengan seketul wisel yang digantungkan pada lehernya.

"Baiklah anak anak! Kamu semua dah isi kehadiran hari ni ke?!" tanya Cikgu lelaki itu yang bernama Cikgu Rizal.

"Sudah Cikgu!" jawap pengerusi kelab bola sepak itu.

"Bagus bagus. Cikgu dengar kita ada budak baru dalam kelab kita ni. Boleh angkat tangan tak yang budak baru tu?"

Perasan dirinya di dipanggil, Boboiboy seketika gelabah sebelum mengangkat tangannya perlahan lahan.

"S-saya Cikgu...."

Cikgu Rizal mengangguk.

"Baiklah, disebabkan kita ada kawan baru, hari ni Cikgu nak kamu semua buat basic basic dalam perlawanan bola sepak hari ni"

Mendengar arahan Cikgu mereka, setiap satu daripada mereka mengangguk faham.

Mereka pun mula berpecah ke seksyen masing masing, kerana tidak mahu terlalu ramai buat benda yang sama, dan tidak mahu membuang masa yang terlalu lama untuk menunggu giliran masing masing.

.
.
.

Berpindah kelab, kita pergi ke kelab bola keranjang pula.

Mereka sudah mula melakukan perlawanan antara dua team pelajar, dan Ochobot adalah salah satu daripada mereka.

Ochobot dikepung oleh dua orang pelajar, dan tengah dalam kesusahan.

"Tch...apa aku nak buat ni?"

Dia melihat jaring goal pihak lawan berada di hadapannya.

Dia boleh sahaja baling bola itu ke arah kawan sepasukannya, tetapi diri mereka juga dikepung oleh pihak lawan.

"Ish...masing kepung kepung pulak diorang ni" Fang tertekan dengan situasi itu.

"Aidan!!! Cuba baling bola tu masuk goal!" Fang memberi arahan kepada Ochobot.

"Kau gila ke?! Jauh sangat tu woi!!!" Ochobot menengking kembali ke Fang.

"Alahhh cuba jelah! Kau nak pegang bola tu sampai esok ke?!"

Ochobot tidak suka dengan idea Fang, tapi dia betul. Dia tidak boleh pegang bola tu sampai bila bila. Budak budak dekat depan depan dia ni boleh bila bila sahaja rampas bola tu dari dia.

Mengambil nafas sedalam mungkin, Ochobot membuat satu lompatan, dan membaling bola itu setinggi mungkin, sehingga tiada pemain lain yang boleh capai bola itu, ke arah goal pasukan lawan.

Hatinya berdebar sebari badannya mulai jatuh ke tanah semula.

Pihak lawan mula satu demi satu meninggalkan pasukannya untuk mengejar bola yang dibalingnya itu.

"Please masuk please masuk. Kalau tak malu aku setahun ni" kata Ochobot dalam hati sambil matanya tidak dialihkan daripada bola yang sedang terbang di udara itu.

"DAPATKAN BOLA TU RAZI!!!" salah satu ahli pasukan lawan memberi arahan.

Razi, selaku yang paling dekat dengan goal pasukannya, sampai di depan goal dan mula melompat untuk mendapatkan bola itu.

Tetapi, lompatannya tidak sampai, membuat dia jatuh kembali, dan bola yang dibaling Ochobot masuk ke dalam goal dengan selamat.

"Prittt! Dua mata untuk pasukan biru! Kemenangan ke arah mereka!" kata Cikgu kelab mereka.

Ahli pasukan Ochobot pun bersorak gembira kerana pasukan mereka menang.

"Yahoooo!!!"

Fang berjalan ke arah Ochobot, dan menampar kasar belakang Ochobot, sehingga Ochobot hampir terjatuh ke depan.

"Eh eh eh?!"

"Hebat lah kau Aidan! Walaupun kau tak pandai main bola sepak, boleh tahan jugak kau dalam bola keranjang!" Fang memujinya.

Ochobot membetulkan cermin matanya sambil memandang malas ke arah Fang.

"Tak habis habis mak ungkit pasal benda tu lagi?" dah naik muak Ochobot dengar benda yang sama dari semalam.

"Alah, jangan risau lah. Aku pun sama sama je tak pandai main bola sepak. So, kita seri"

Fang memandang ke arah Ochobot dengan tangisan sakit hati mulai mengalir di pipinya.

Ochobot tersweatdrop melihat riak wajah Fang itu.

"Er...."

Walaupun sedikit terasa, dia kemudian tersenyum nipis sambil menggeleng. Sekurang kurangnya, dia akhirnya jumpa perkara yang dia pandai lakukan.

"Dah lah, jom beredar dulu. Orang lain nak main pulak"

Mereka pun duduk di tepi untuk beri laluan kepada pelajar kelab mereka yang lain pula untuk bermain.

.
.
.

Kembali ke kelab bola sepak kembali, Boboiboy dan Gopal sedang berlatih mengecek bola selang seli di antara kon yang diletakkan memanjang di depan goal.

Memang agak susah sikit sebab mereka semua asyik tertendang bola jatuh ke tepi setiap kali itu juga, termasuklah Boboiboy.

Tak boleh nak salahkan dia, dia baru belajar main sehari. Banyak benda lagi yang dia kena belajar untuk jadi pro dalam bola sepak ni.

Giliran dia kembali semula.

"Cepat cepat. Kalau korang berjaya berjaya, korang dah boleh tukar ke seksyen lain" kata Cikgu mereka sambil menepuk tangan, memberikan semangat kepada anak anak muridnya.

Boboiboy menarik nafas dalam dalam, sambil mengambil kekuda bersedia untuk menendang.

Dia pun mula berlari mengelak kon kon itu semua dengan pantas, walaupun sedikit teragak agak.

Beberapa kali juga dia tertendang kon, tetapi dia masih berjaya mengawal bolanya dengan baik.

Sampai di kon terakhir, dia pun terus tendang bola itu masuk ke dalam goal, dan menamatkan pusingannya di situ.

"Wuhuuuu! Berjaya!!!" Boboiboy bersorak gembira.

"Bagus Khairul. Macam tu apa yang Cikgu mahukan. Kamu dah boleh bergerak ke seksyen yang lain"

Mendengar arahan, Boboiboy pun berjalan pergi ke arah seksyen sepenuhnya.

Seksyen itu tidak oleh guru, tetapi ada seorang seniornya dan Gopal di sana yang sedang menjadi goal keeper.

"Oh hai Boboiboy!" Gopal melambai ke arah kawannya itu.

"Hai Gopal! Er...apa yang kita kena buat sebenarnya ni?"

Tiada pelajar lain di sana kecuali mereka bertiga sahaja.

"Oh, kamu cuma kena jaringkan 10 goal ke dalam sini untuk pergi ke seksyen seterusnya" kata sang senior itu, iaitu Kamarul.

Kamarul sudah pun menjadi salah satu ahli pasukan bola sepak sekolahnya itu jadi dia ditugaskan oleh Cikgunya untuk menjaga seksyen itu, memandangkan dia juga adalah seorang goal keeper.

"Oh~ macam tu je ke? Ok, baiklah! Saya bersedia!"

Kamarul meletakkan sebiji bola sepak di depan Boboiboy sebelum berjalan ke tepi semula.

Wajah Boboiboy kelihatah bersemangat, kerana tugasannya adalah senang.

Tetapi wajah Gopal turut begitu juga.

"Heh! Jangan fikir yang ianya senang, Boboiboy! Ini Gopal lah!"

Gopal membuka kekuda bersedia, mendepakan tangannya untuk menghalang bola tendangan kawannya itu daripada melepasinya.

"Jangan pandang rendah aku!" Boboiboy kemudian memberi satu tendangan yang kuat ke atas bolanya itu, dan bola itu pun melayang laju ke arah Gopal.

Boboiboy tersenyum lebar melihat kelajuan bola tendangannya itu.

Tetapi, dengan senang, Gopal menangkap bola itu dengan menggunakan satu tangan sahaja, membuatkan mata Boboiboy membulat.

"Apakah....."

Gopal memberi senyuman sinis, sebelum melepaskan bola itu ke tanah.

"Kan aku dah kata? Jangan pandang rendah aku juga!!!"

Boboiboy mulai rasa tercabar. Tetapi dia berasa seronok.

"Heh! Baiklah!"

Mula muncul saliran elektrik yang tegang antara dua sekawan itu, sampai membuatkan Kamarul tersweatdrop melihat dua juniornya itu.

"Ah sudah....."

.
.
.

1 jam kemudian berlalu, dan akhirnya Boboiboy berjaya menjaringkan goal yang ke sepuluh.

"Huh...huh...huh..." dah nak pitam muka budak bertopi dino itu dibuatnya.

Gopal juga turut kelihatan penat.

"Huh...kau...huh! Ber...berjaya...." tangannya dah sakit tangkap kesemua bola yang dilepaskan oleh Boboiboy.

Kamarul sampai sempat tertidur 4 kali sambil berdiri menunggu dua juniornya itu habis.

"Dah habis dah? Hah, Khairul, kamu boleh pergi ke seksyen seterusnya"

Naik bosan Kamarul jaga seksyen tu sebab Gopal sendiri tak nak mengalah daripada biarkan bola masuk ke dalam goal.

"Baik!"

Boboiboy pun sisa tenaga yang tinggal, berjalan ke arah seksyen seterusnya.

Sambil dia berjalan, dia terserempak dengan Ochobot yang sedang duduk di atas padang rumput itu.

Ochobot perasan dengan keberadaan Tuan Puteranya itu, dan terus menegurnya.

"Eh, Boboiboy! Tu pun kau!"

Ochobot bangun, dan mendekati kawannya itu.

"Oh-woh. Apa...dah jadi?"

Wajah Boboiboy sudah seperti mayat hidup dah jadinya.

"Jangan...tanya...." dia dah tak ada tenaga nak jelaskannya.

"Ooo..k?" Ochobot pun hanya membiarkannya sahaja.

"Jadi, macam mana dengan kelab kau? Ok tak?" tanya Boboiboy.

"Boleh lah. Aku finally jumpa permainan yang aku boleh main tanpa malukan diri sendiri" kata Ochobot dengan nada lega dan hampir menangis.

"Er...." Boboiboy tersweatdrop mendengar jawapannya itu.

"Baguslah kalau macam tu. Aku pun nampaknya ada banyak benda lagi yang aku kena belajar dalam bola sepak ni" Boboiboy mengeluh.

"Hah~ tahu pun susah. Sekarang dah faham nasib aku?" Ochobot tersengih jahat.

"Diamlah kau" Boboiboy mencebit.

Ochobot terketawa melihat riaksi kawannya itu.

"Hm....entah kenapa aku rasa macam aku ada terlupa sesuatu....."

Boboiboy meletakkan jarinya pada dagunya, seperti sedang berfikir.

"Bilakau cakap macam tu aku pun rasa aku ada lupa sesuatu jugak...."

Tiba tiba mata mereka berdua membulat.

"KITA LUPA BAGITAHU PAPA!!!"

.
.
.
.
.
.
.

Di luar sekolah, kelihatan Kapten Papa yang sedang bersandar pada keretanya sambil melihat ke arah jam tangannya.

"Mana anak muda berdua ni? Dah dekat satu jam kebenaran tunggu ni!"

Kesabarannya mulai hilang, sambil dia mulai merasa risau akan keselamatan Tuan Puteranya itu.

"Ada sesuatu yang terjadi dekat Tuanku ke? Hish, tak boleh jadi ni"

Kapten Papa pun mulai mengambil keputusan untuk masuk ke dalam perkarangan sekolah dan mencari dua bebudak itu sendiri.

Masuk sahaja dia ke dalam pagar sekolah, dia disapa oleh mak guard sekolah itu.

"Ya Encik? Encik ada nak cari apa apa ke?" kepala Mak Guard itu muncul disebalik pondok pengawal itu.

"Oh, tak ada apa apa, Puan. Saya cuma nak datang jemput anak saya" kata Kapten Papa.

"Oh~baiklah kalau macam tu"

Mak Guard itu pun hilang kembali ke dalam pondok pengawal itu.

Kapten Papa pun mula berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolah, dan masuk ke kawasan banggunan sekolah.

Dia tiba di dewan terbuka sekolah itu.

Di sana kelihatan kelab badminton memenuhi kawasan itu.

Di sana juga ada Yaya dan Ying yang sedang bermain badminton sesama sendiri.

Yaya join main badmjnton sekali walaupun dia kelab bola tambar kerana kedua dua kelab itu bergabung untuk hari ini kerana Cikgu untuk kelab bola tampar tidak hadir pada hari itu.

Yaya pun ambil kesempatan itu untuk bermain badminton dengan kawan baiknya itu.

"Ambil ni Ying!" Yaya meng-smash bola itu dengan kuat ke arah kawannya itu.

"Heh! Jangan pandang rendah aku, Yaya!"

Ying dengan sigap, berlari memundur dengan laju ke belakang, dan dengan sempurna membalas bola yang dihantar oleh Yaya itu.

"Eh eh eh?!"

Disebabkan Ying menghantar bola itu rendah, Yaya tidak sempat untuk berlari ke depan, dan bola itu pun jatuh ke tanah.

"Yayyyy! Aku memang!"

Yaya mencebit melihat Ying bersorak gembira meraikan kemenangannya.

"Ceh. Baru satu mata. Kau kena dapatkan 5 mata lagi kalau nak memang lawan aku"

Yaya kemudian tersenyum sinis melihat riaksi muka Ying apabila sedar dengan apa yang Yaya katakan.

Markah mereka sekarang adalah 2 berbalas 4, dan Yaya sudah mendahului Ying dengan 2 mata.

Mereka buat perjanjian siapa sampai 7 markah dulu, memang.

"Ceh....aku benci bila lu betul...."

Ying sedar kaki dia pendek jadi tak boleh nak lompat tinggi macam Yaya. Jadi dia susah sikit nak balas smash daripada kawan baiknya itu.

"Hehehe. Siapa yang terbaik, menang" kata Yaya dengan senyuman mengejek.

Sambil sambil dua gadis itu bergaduh mulut, Kapten Papa mendekati mereka, kerana mereka berdua adalah yang paling dekat dengannya.

"Maafkan Pakcik, Cik adik berdua?" Kapten Papa mengsapa mereka.

"Hm? Ya Pakcik? Ada apa apa yang saya boleh bantu?" Yaya membalas.

"Maaflah kalau mengganggu, tapi, Cik adik kenal tak dengan Khairul dan Aidan?" tanya sang kapten pengawal itu.

"Oh, kenal! Kenapa Pakcik cari mereka?" Ying pula mengsampuk.

"Mereka berdua anak Pakcik. Pakcik daripada satu jam lepas tunggu mereka, tapi mereka tak keluar keluar daripada sekolah. Tu yang Pakcik risau tu" kata Kapten Papa.

"Lahhhh. Kan hari ni koko, Pakcik. Memanglah mereka tak keluar. Kami semua pun masih dekat sekolah lagi ni"

Kapten Papa akhirnya sedar semua murid sekolah itu masih lagi di sekolah itu.

"Alamak! Mereka tak bagitahu pun Pakcik yang hari ni ada koko?! Haish, penat je Pakcik tunggu mereka!" kata Kapten Papa dengan nada kesal.

"Hehehe! Mereka pun baru tahu hari ni, Pakcik! Sebab tu kot mereka tak bagitahu Pakcik!" jawap Ying sambil ketawa jahat.

"Boleh Pakcik tahu mereka dimana?" 

"Boleh! Kelab bola keranjang dan bola sepak ada dekat padang sekolah! Pakcik tinggal jalan lurus je ke sana, nanti pakcik akan jumpa padang sekolah!"

Yaya menunjuk ke arah satu laluan di kiri mereka semua.

"Baik! Terima kasih anak muda!"

Kapten Papa pun mula berjalan masuk ke dalam laluan ke padang itu. Yaya dan Ying melambai pergi sosok dewasa itu.

.
.
.
.

Kembali ke padang semula, kelihatan Boboiboy dan Ochobot yang masih lagi gelabah tak tentu pasal.

"Aduhhhh macam mana ni?! Habislah kita kena marah dengan Papa nanti ni!!!"

Boboiboy dah macam kijang hilang anak dibuatnya.

"Habislah habislah habislah!" Ochobot menggoncang badan kawannya itu.

Fang yang dari tadi duduk di tepi, naik sebelah kening melihat dua sekawan yang panik tidak tentu pasal itu.

"Korang berdua ni dah kenapa?" Fang berjalan mendekati mereka berdua.

Boboiboy dan Ochobot memandang satu sama lain, tidak tahu mahu menjelaskan macam mana kepada kawan baru mereka itu.

"Er....macam mana nak cakap eh? Er...."

Baru sahaja Ochobot ingin menjawap, orang yang mereka fikirkan dari tadi pun muncul di belakang mereka.

"Di sini pun anak anak Papa!"

Kapten Papa memeluk kedua dua anak tidak sahnya itu.

Macam bunyi salah pulak ayatnya, uhuk-

"P-Papa?!"

Mereka berdua terkejut melihat ayah tipuan mereka itu muncul di sana.

















2595 perkataan

Ohohok-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top