Chapter 10
Mereka sudah kembali ke istana, dan mereka berdua masuk ke dalam bilik Boboiboy dan meletakkan beg baju mereka tadi di atas katil sang putera itu.
"Hah, ni kau punya baju. Aku ada beli tiga. Hoodie, t-shirt, dan satu set cardigen dan t-shirt. Kau suka warna oren kan?"
Ochobot mengangkat beg itu, tanpa melihat ke belakang. Dia masih lagi membelek belek baju miliknya.
Ochobot tidak tahu yang dia di dalam bahaya.
"Kau lupa ke, Ochobot?"
Boboiboy sedang tersenyum nakal tanpa Ochobot melihatnya.
"Hah? Maksud kau?"
Ochobot pun memandang ke belakang.
Tetapi, sepantas kilat, Boboiboy terus melompat dan menerkam Ochobot ke atas katilnya.
"HIYAHHHHHH!!!!"
"WARGHHHHHH!!!!"
Boboiboy menggeletek Ochobot sekuat hatinya, sementara sang mangsa ketawa tanpa henti.
"HAAHAHAHAHAHAHA!!!! STOP WEH STOP-HAHAHAHAHA!!!"
"HAH, KAU SAKAT AKU TADI KAN?!"
Ochobot dah sampai berair matanya ketawa tanpa henti.
Boboiboy puas lihat riak wajah menyerah kalah kawannya itu.
"Hah...hah...hah...dah, stop wehhhh aku dah tak tahannnn..."
Setelah mendengar apa yang dia mahu dengarkan, sang putera itu pun melepaskan Ochobot, dan turun daripada katil dengan muka puas.
"Hah, siapa suruh sakat aku? Kan dah kena"
Ochobot mencebit tak puas hati, tapi tidak membuat apa apa sebab diorang dah seri sekarang.
Menyesal pulak bagitahu kawan dia tu yang kelemahan dia adalah geletek.
"Eleh. Hah, aku cakap kat sekolah tadi nak berlatih bola sepak kan? Apa lagi, jomlah! Tak sabar aku nak belasah kau cukup cukup!"
Ochobot terus berdiri semula dan terus mencabar kawannya itu.
"Heh! Jomlah! Tak sabar aku nak tengok kasut terbang lagi!"
Terselit sakatan di sebalik ayatnya itu yang semestinya Ochobot terus faham apa yang kawannya itu cuba katakan.
"Eeeiiiii! Dah! Jom pergi padang belakang istana!"
Ochobot pun menghentak kakinya keluar daripada bilik itu, dan menghempas pintu.
Boboiboy pula masih lagi tidak bergerak, malahan masih tergelak melihat riaksi Ochobot.
"Hahahaha!!!"
Boboiboy pun mengelap pergi air mata ketawanya, sebelum berlari mengikuti Ochobot daripada belakang.
Sepanjang mereka berlatih main bola sepak, memang dekat 5 kali jugak lah kasut Ochobot melayang.
Sampai merah muka Ochobot tahan malu.
Boboiboy yang sedang berdiri di goal kayu buatan mereka sendiri daripada papan kayu yang mereka jumpa tidak jauh dari situ.
Dia kelihatan menahan ketawa sambil tersenyum nakal ke arah Ochobot.
Dan of course lah Ochobot tak puas hati dipandang sebegitu rupa.
"Ish! Kenapa susah sangat nak tendang bola ni?!"
Dia menendang bola itu semula ke arah goal, tetapi bola itu melencong jauh ke kiri, lansung tidak ada peluang nak masuk goal.
Sampai tersweatdrop melihat bola itu tergolek keluar padang.
"Haih... dah kau tendang macam tu, macam mana nak masuk?"
Boboiboy berjalan ke arah kawannya yang masih merengek itu.
Dari awal dia dah boleh lihat cara Ochobot tendang salah.
"Hah? Maksud kau?"
Dah berair hidung Ochobot akibat sakit hati semua tendangannya tak masuk goal.
"Kau tendang guna tepi kaki kau, mana taknya dia melencong ke tepi. Kau ni main tendang bola je ke apa selama ni?" kata Ochobot separuh mengutuk.
"Dah tu? Aku nak tendang macam mana?" Ochobot mengelap pergi hingusnya dengan lengan bajunya.
"Gunalah depan kaki kau tu kalau nak lurus ke depan. Kau pun kalau tendang kaki naik kalau boleh sampai nak jejak langit. Tahulah kaki kau tu flexible, tapi tak payah lah nak menunjuk nunjuk sangat"
Wajah Ochobot mula merona semula selepas ditegur kawannya itu.
Patutlah tendang asyik tersasar je.
"Ehehehe....patutlah tak nak masuk...ehehehe...."
Boboiboy hanya mengulingkan matanya, meluat melihat muka tersenyum Ochobot yang macam kerang busuk itu.
Apa yang mereka tidak tahu, sepanjang mereka bermain itu, ada orang yang melihat mereka.
Sosok itu pun berjalan mendekati mereka berdua, dan menegur mereka.
"Apa yang cucu Nenda main ni?"
Yes, orang itu adalah Umi.
Melihat neneknya berada di sana, dia terus kembali tersenyum gembira.
"Nenda!" budak itu terus memeluk neneknya.
Ochobot pula, terus menunduk hormat melihat bekas permaisurinya ada di situ.
"Tuanku"
Umi hanya tersenyum melihat seberapa sopannya Ochobot kepadanya.
"Tak apa Aidan, kamu tak perlu tunduk hormat"
Mendengar arahan, Ochobot terus berdiri tegak semula.
Sampai tersweatdrop cucu bekas ratu itu dibuatnya melihat kawannya yang dah macam robot.
"Apa yang Nenda buat dekat sini?" Boboiboy memandang neneknya semula.
"Nenda cuma tengok cucu Nenda bermain je. Kamu berdua tengah main apa tu?" Umi mengusap kepala cucunya.
"Kami sedang bermain bola sepak, Tuanku" Ochobot menjawap soalan bekas ratu itu.
"Oh~bola sepak ke? Hmm...dah lama Nenda tak tengok perlawanan bola sepak. Terakhir kali pun masa Ayahanda kamu ada perlawanan dengan sekolah lain masa muda dulu"
Umi menutup matanya sambil mengingati Amato yang terperosot masuk lopak lumpur masa cuba untuk jaringkan gol terakhir pasukannya.
"Oh ya, Aidan. Ayah kamu ada panggil kamu dekat bilik pengawal" kata Umi lagi.
"Y-ya ke Tuanku? Patiknpergi sekarang!"
Tanpa menunggu apa apa balasan, Ochobot terus berjalan pergi, untuk berjumpa dengan Ayahnya.
Melihat Ochobot sudha pergi, Umi pun melepaskan cucunya, dan membawanya berjalan jalan satu istana.
"Macam mana sekolah hari kedua ni? Semuanya berjalan baik ke?" tanya Umi.
"Baik je Nenda. Hari ni Boboiboy belajar cara main bola sepak!" jawap Boboiboy dengan bersemangat.
"Oh~ ya ke? Tu lah sebab Boboiboy dan Aidan main tadi?" Umi tersenyum melihat cucunya itu gembira.
"Haah. Dia nak berlatih main sebab dekat sekolah tadi dia tak berjaya goalkan banyak goal, sebab tu Boboiboy ajar dia caranya" jawap Boboiboy.
"Kalau Boboiboy yang ajar Aidan, siapa yang ajar Boboiboy?" tanya Umi lagi.
"Kawan kawan kelas Boboiboy! Walaupun, er...Boboiboy ada buat silap sikit. Ehehehe...."
Dia sebenarnya cuba untuk tidak memberitahu neneknya yang Taufan yang kawal dia sepanjang bermain, jadi dia tidak ingat banyak benda yang berlaku waktu tu.
"Tak apa. Kan Boboiboy baru belajar? Lama lama nanti Boboiboy pandailah. Lepas ni boleh Boboiboy cuba main permainan lain macam badminton, bola keranjang, sepak takraw ke. Hahhhh, Ayahanda kamu pandai main sepak takraw! Bila bila, Boboiboy ajak lah dia main dan ajar Boboiboy"
Umi mengusap kepala cucunya itu, seronok lihat cucunya suka dengan permainan sukan yang selalu dimainkan oleh rakyat mereka.
Umi masa sebelum berkahwin dengan Tok Aba pun dia selalu bermain badminton dengan kawan kawannya di sekolah.
Dia gembiralah cucunya ada benda lain untuk dibuat untuk sihatkan badan selain daripada berlatih pedang dengan Maskmana.
Tiba tiba, wajah Boboiboy berubah muram untuk seketika, membuatkan Umi pelik.
"Sayang? Kenapa ni?" Umi mengusap kepala cucunya kembali.
"Erm....Nenda. Boleh tak kalau...Boboiboy nak minta satu pertolongan?" Boboiboy mengangkat kepalanya memandang ke arah wanita yang lebih tinggi daripadanya itu.
"Oh, mestilah boleh cucu Nenda. Minta tolong je apa apa"
Boboiboy pun membisikkan sesuatu ke dalam telinga Nenda.
.
.
.
.
.
.
Keesokkan harinya, Boboiboy dan Ochobot kembali ke sekolah seperti biasa, dan sedang belajar di dalam kelas mereka.
Mereka sedang belajar mata pelajaran seni.
Mereka diberi masa untuk lukis apa apa, asalkan kena dengan tajuk, dan berikan kepada cikgu sebelum masa tamat.
Keadaan waktu itu memang sedikit hingar bingar dengan murid yang berjalan sana sini di dalam kelas dan berborak sesama sendiri apa yang mereka mahu lukis.
Boboiboy mencuba untuk melukis seekor kucing.
"Ochobot! Ok tak?" Boboiboy cuba menunjukkan lukisannya kepada Ochobot.
Ochobot pun memusingkan badannya ke belakang.
Lihat sahaja lukisan kawannya itu, tangannya terus melayang ke mulutnya, mencuba untuk untuk tahan ketawa.
"A-apa benda yang kau lukis ni?" suara Ochobot tersangkut sangkut akibat mencuba untuk tidak ketawa.
"Kucing lah, apa lagi!" Boboiboy kelihatan bangga dengan lukisannya.
Tiba tiba, Fang, Gopal, Yaya dan Gopal muncul di depannya, dan mata mereka terus membulat melihat lukisan Boboiboy.
"Hahahahahaha!!!" Gopal terus ketawa tanpa sorok sama sekali.
"T-tu yang kau kata kucing?! Hahahahaha!!!" Fang menyertai Gopal ketawa, sambil terketuk ketuk mejanya sendiri.
"Yah! Tu kucing ka tikus?! Hahahaha!!!" Ying menyertai juga.
Boboiboy kelihatan blur kawan kawannya ketawakan dirinya. Dia melihat kembali lukisannya.
Kepala kucingnya besar, badan macam ranting, keempat empat kaki tak sama besar dan nampak macam belon, dan matanya cuma dua titik sahaja.
"Apa yang tak kena nya? Ok je aku tengok" pada mata Boboiboy lukisannya adalah yang paling baik dia pernah buat sepanjang hidupnya.
Yaya turut mahu ketawa juga, tetapi dia tak sampai hati, dan tidak melakukannya.
"I-ish korang ni. Tak baik lah gelakkan dia. Lukisan kau pun lebih kurang je, Gopal" Yaya membocorkan rahsia Gopal di depan kawan kawannya.
Wajah Gopal terus kembali terkejut mendengar apa yang Yaya katakan.
"H-hey Yaya! Jangan lah bukak aib aku!" Gopal terus gelabah.
"Haih korang ni. Lain kali belajar melukis dengan aku. Aku pasti, dalam masa sebulan je kau dah boleh lukis macam aku"
Fang mengangkat lukisannya, dan ianya adalah seekor gajah yang dilukis dengan sangat cantik.
Semua kawan kawannya kagum dengan lukisannya.
"Uuuuu! Cantiknya lukisan kau, Fang!" Boboiboy yang pertama memujinya.
Hidung Fang pun mula memanjang, bangga kawan kawannya suka dengan lukisannya.
"Eleh. Aku pun boleh melukis lah" Yaya pun tidak mahu kalah.
Yaya mengangkat lukisannya, dengan lukisan banyak kambing biri biri di atasnya.
Kawan kawannya pun mula berpindah pada Yaya pula.
"Wahhhh! Cantiknya lukisan lu Yaya!" Ying memujinya.
Yaya memberikan smirk yang jahat ke arah Fang, yang popularitinya berpindah kepadanya pula.
Fang ternganga, semua kawan kawannya meninggalkan dia begitu sahaja.
"Dah siap ke anak anak? Tinggal 10 minit je lagi ni"
Mendengar apa yang Cikgu Zamri katakan, mereka semuanya pun kembali semula ke meja masing masing untuk menyiapkan lukisan mereka.
Selepas waktu seni tamat, Ying menggeliat, membetulkan sendi sendinya selepas penat melukis.
"Ermmm! Tak sabarnya nak tunggu masa koko! Tak sabar aku nak main badminton!"
"Betul! Aku pun tak sabar nak main bola tampar!" Yaya dan Ying sudah teruja untuk bersukan pada petang hari itu.
"Oh ya! Kan Khairul dan Aidan baru dekat sini! Korang berdua dah pilih unit beruniform, kelab dan permainan korang untuk koko ke?"
Yaya memandang Boboiboy dan Ochobot yang masih di tempat mereka.
"K-koko?"
Boboiboy memandang Ochobot, dan Ochobot sudah tahu apa yang patut dia buat.
"Belum lagi. Kau tahu tak dengan siapa kitorang boleh jumpa untuk daftar?"
Ochobot tahu Boboiboy tidak tahu "koko" itu apa, jadi dia uruskan segala conversation itu dengan Yaya.
"Oh~korang boleh jumpa Cikgu Kokoci dekat pejabat. Cikgu adalah penolong kanan kokorikulum. Korang cakap je nak jumpa dengan Cikgu Kokoci, nanti akan ada Cikgu yang akan tunjukkan korang ke Cikgu"
Setelah mendapat apa yang dia perlukan, loceng waktu rehat pun berbunyi.
.
.
.
Boboiboy dan Ochobot pun sedang berjalan menuju ke pejabat untuk berjumpa dengan Cikgu Kokoci.
Boboiboy, sudah pasti mahu bertanya kepada Ochobot mengenai "koko" tadi.
"Ochobot, koko tu apa? Serbuk koko ke?"
Ochobot hanya dapat menggeleng sahaja. Tetapi dia tidak salahkan Boboiboy kerana subjek yang diajarkan kepada Boboiboy di istana hanyalah benda di dalam buku sahaja.
"Bukan. Koko tu singkatan untuk Kokorikulum. Kokorikulum tu adalah benda yang diajar luar daripada mata pelajaran di dalam sekolah. Contohnya, Unit Beruniform"
Boboiboy mengangguk mendengar penjelasan Ochobot.
"Unit Beruniform tu apa?" tanya sang putera itu lagi.
"Dia macam, er....macam mana nak jelaskan eh? Dalam Unit Beruniform ni ada macam PBSM, Polis, Bomba, Pengakap, Pandu Puteri dan macam macam lagi lah. Biasanya dia ajarkan kita asas asas perkara yang berada di dalam satu pekerjaan itu, macam Polis"
Ochobot menjawap walaupun dia tidak sepenuhnya tahu pasal hal itu.
"Oh~kau nak pilih Unit apa?" Boboiboy bertanya lagi.
Berapa soalan budak ni nak tanya nyah-
"Hm~aku rasa aku nak join Bomba lah. Kalau kau?"
"Aku nak ikut kau!"
"Hm, kau memang selalu nak melekat dengan aku. Well, satu satunya kawan kau yang tahu identiti kau, kan?"
Ochobot memberikan smirk yang hodoh ke arah Boboiboy yang membuat putera itu meluat.
"Banyak cakap lah kau"
Mereka pun ketawa sesama sendiri sepanjang perjalanan ke Pejabat.
.
.
.
Mereka kini tiba di pejabat.
Seorang Cikgu yang sedikit rendah daripada mereka berjalan ke arah mereka dan memberi dua helai kertas pendaftaran Kokorikulum kepada mereka berdua.
"Nah. Pastikan pulangkan semula kepada Cikgu sebelum waktu persekolahan habis"
Mereka berdua mengangguk, dan berjalan keluar daripada pejabat itu.
Boboiboy kelihatan kagum melihat pilihan yang ada.
"Wow...banyaknya...."
"Kita dah tahu kita nak masuk Bomba. Macam mana pula dengan kelab dan sukan permainan?" Ochobot memandang kawannya itu.
"Bola sepaklah rasanya. Itu je yang aku pandai main sekarang ni. Kalau kelab ni macam mana?" Boboiboy menunjuk ke arah slot kelab.
"Ianya hampir sama dengan pelajaran biasa di sekolah, cuma ada beberapa benda yang akan yang bukan dalam buku, terutamanya kelab kitar semula dan catur"
Boboiboy meletakkan jarinya pada dagunya, seperti sedang berfikir.
"Hmmmmm...aku rasa aku nak masuk kelab sains. Sebab kau tahu lah, Solar. Mesti dia nak lebih banyak ilmu selain daripada apa yang aku dapat dekat istana"
Walaupun dia tak sukakan situasinya, bukan bererti dia tidak kisahkan mereka. Mereka masih lagi sebahagian daripada dirinya, dan selagi boleh, dia akan jaga mereka.
"Kalau aku pulak, aku rasa aku nak join bola keranjang. Aku mengaku aku tak pandai bola sepak, dan aku nak cuba main sukan lain. Kalau kelab, aku rasa aku nak join kelab rukun negara. Maaflah Boboiboy, aku tak dapat nak join kau kali ni. Kau berdikari lah eh?"
Nada Ochobot sedikit seperti mengutuk seperti Boboiboy tak pandai jaga diri sendiri.
Yang semestinya membuat Boboiboy naik asap.
"Eh eh eh kau ni. Macam lah aku tak pandai jaga diri!"
Walaupun memang kenyataan dia memang perlukan bantuan Ochobot kadang kadang, tapi dia still tak puas hati dengan ayat Ochobot.
"Haih~yelah Tuanku~patik mintak maaf~"
Mereka berdua pun berjalan ke kantin sebelum waktu rehat tamat, dan kembali ke kelas mereka semula untuk menyambung waktu pembelajaran semula.
2182 perkataan
FINALLY SIAP JUGAK 10 CHAPTER-
Continue or nah?
Ok bye-*tanam diri sendiri*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top