Bonus
A REASON TO STAY || BONUS PART
CINCIN yang terkalung indah sebagai rantai dilehernya diusap lembut. Senyuman pahit terlakar indah dibibir Estella Raine yang kini duduk diatas batang pokok, berhadapan dengan persisiran pantai.
Deruan angin bagai alunan muzik yang mendamaikan jiwa, hembusan bayu pantai dingin menyapa wajah.
Iris matanya datar melihat keindahan panorama laut itu, keindahan yang cukup untuk mengubati hatinya yang diselubungi luka-luka lama. Parut yang masih tersisa, menjadi tanda buat kenangan seorang Estella Raine.
Terlalu banyam pengalaman juga memori yang terasa hangat membaluti sekeping hatinya tatkala hati mulai mengingati segala yang sudah berlaku dalam hidupnya. Segala kenangan indah — juga manis, tidak terkecuali pahit dan tragis.
Wajah-wajah yang sangat diingati,yang sentiasa berada dalam hatinya meski jarak menjadi pemisah.
Lelaki yang sanggup berkorban segalanya buat dirinya, lelaki yang sanggup mengorbankan perasaan sendiri demi dirinya.
Hel Ivan.
Lelaki yang akan tetap berada dalam hatinya. Nama yang tidak akan pernah lupus dari ingatan. Memori bersama lelaki itu yang tidak akan dilupakan, malah akan dikenang sepanjang usianya. Biar hubungan mereka terputus begitu sahaja pada hari terakhir dia melihat lelaki itu, namun hati serta akalnya tidak akan pernah membuang lelaki itu dari hidupnya. Lelaki yang menjadi sebahagian hidupnya. Separuh nyawanya.
‘ mana pun awak Hel... saya harap awak jumpa kebahagian awak— sebagaimana awak nak saya bahagia... saya harapkan perkara yang sama berlaku pada awak juga ’
Kelopak mata dipejam dalam pengharapan itu. Cincin pemberian lelaki itu digenggam kemas bersama segaris senyuman.
“ aku juga harap dia bahagia Este ”
Estella pantas mencelikkan mata, pandangan segera mencari pemilik suara itu. Wajah Daneiel ditatap penuh kasih, tidak lari dari sebuah senyuman manis.
Duduk dirinya memerhati lelaki itu mulai melabuhkan punggung disebelahnya. Hela berat terluah dibibir Daneiel, pantas tangan lelaki itu digapai, digenggam dalam kemasan tangannya.
“ — dia layak untuk bahagia. Aku sure perkara tu. Lepas apa yang dia buat, dia korbankan demi hubungan kita... kebahagian seharusnya jadi milik dia.” sambungan Daneiel dibalas dengan sebuah anggukan.
Estella masih kagum, tersenyum dalam pada wajah Daneiwl ditatap sepenuhnya. Kematangan lelaki itu semakin terserlah hari demi hari. Seorang Daneiel Haxer Black sudah terlihat matang, tampak lebih bertanggungjawab. Menambahkan lagi perasaannya buat lelaki itu yang bakal menjadi suaminya pada esok hari.
“ I really couldn't stop myself, fall for you day by day — my future husband” ucap Estella seraya memperkemaskan pegangan tangan mereka. Senyuman dibibirnya melebar, terbias kebahagian dalam birai matanya.
Daneiel menoleh ke sisi. Sepasang matanya merenung ke dalam mata Estella Raine. Tangannya naik mengelus sisi wajah wanita itu dengan sebuah senyuman manis.
“ sepatutnya itu ayat aku, my future wife ” datar namun cukup lembut menyapa gegendang telinga Estella yang tertawa halus.
Tawa halus Estella membuatkan Daneiel makin tersenyum manis. Jiwa lelakinya terusik dengan moment indah itu. Senyuman wanita itu memberi seribu satu alasan untuk dirinya merasai kebahagian. Kebahagian yang ingin dia kejar adalah kebahagian dalam hidup bersama-sama wanita itu, sepanjang usianya.
“ pusing belakang ” arahnya lembut seraya bahu Estella Raine dipusing. Belakang tubuh wanita itu berdepan dengannya, sebelum dia turut sama melakukan perkara yang sama. Pasangan itu mulai duduk dalam keadaan bersandar pada satu sama lain. Bahu saling bersentuhan, terasa kehangatan tubuh mereka dikongsi bersama.
Estella hanya membisu meski otaknya sudah berpusu-pusu dengan pelbagai tanda tanya. Bosan menjengah diri apabila lelaki itu masih membisu, lantas kaki menguis-nguis pasir putih yang kelihatan bersinar-sinar apabila dipancari cahaya bulan dan lampu-lampu yang dipasang sepanjang deretan resort disitu.
“ — kau selalu jadi orang pertama yang luah perasaan kau. Orang pertama yang akan tunjuk cinta kau melalui action dan verbal. Dan aku — akan selalu jadi orang yang menerima. Kasih yang kau tunjukkan pada aku, yang kau beri pada aku... kekadang aku hanya mampu terima tanpa ada effort untuk aku buat perkara sama pada kau — ”
Estella terkedu. Bibir diketap dalam tak sedar, menanti sambungan luahan lelaki itu.
“ — jadi , aku nak kau dengar baik-baik apa yang aku nak luah ni... aku tak akan ulang so — better kau bukak telinga kau tu besar -besar ”
“ kalau nak record boleh tak? ” sampuk Estella sekadar berseloroh namun segera ditangkis oleh Daneiel dengan ungkapan ‘Tak Boleh’.
Estella sembunyi tawanya, tidak mahu lelaki itu merajuk dengannya pula nanti. Sudahlah perkahwinan mereka pada esok hari, tidak pasal-pasal pula nanti kecoh pengantin lelaki lari kerana merajuk!
Mendengarkan tiada lagi tawa halus dari pasangannya, Daneiel pantas mengeluh pendek. Sudah terbiasa dengan sikap Estella yang sering mengusiknya sejak kebelakangan ini.
“ dulu tak ada pun kau usik aku macam nie, sejak akhir-akhir ni makin kuat pulak kau menyakat aku kan — ”
Estella Raine terkebil-kebil apabila mendengar nada suara lelaki itu yang mulai kedengaran merajuk. Kepala ingin ditoleh bagi mencuri lihat lelaki itu.
“ nasib baik aku sayang, kalau tak — ” omelan Daneiel menyuntik senyuman dibibir Estella Raine yang berpura-pura tidak mendengar akan perkara itu.
“ hm, cepatlah tadi suruh saya dengar elok-elok... apa yang awak nak saya dengar tu? ”
Daneiel menjeling tajam. Tubuh lelaki itu mulai berdiri.
“ — dah tak ada mood nak cakap. Aku cakap esok jelah. Dah, nak tidur. Good night! ” seusai itu, Daneiel mulai melangkah pergi.
“eh-eh, janganlah macam tu awak... apa nie — ” rintih Estella, cuba mengejar langkah bakal suaminya itu. Lengan sasa Daneiel dirangkul.
“ — tak kan yang tu pun nak merajuk... tak bestlah awak nie... hm? ” pujuknya sambil menarik-narik lengan lelaki itu.
Daneiel diam, masih dalam sesi rajuknya. Datar pandangan matanya melirik ke wajah Estella Raine sebelum jari telunjuknya menjentik dahi lincin wanita itu. Sekelip mata lengannya yang dirangkul terlepas dari cengkaman wanita itu.
“ Dane !”
Sebelum wanita itu menaikkan penumbuknya, pergelangan tangannya digenggam seraya pinggangnya dibawa kedalam dakapan lelaki itu. Jeritan Estella Raine tenggelam dalam ciuman seorang lelaki bernama Daneiel Haxer Black. Sepasang mata yang terbuntang luas mulai terkedip-kedip sebelum ditutup kemas.
“ dah cukup, lebih-lebih pulak kau nie” seloroh Daneiel lantas menolak lembut tubuh Estella Raine yang sudah berbahang malu. Senyuman senget Daneiel megah bertahta dibibir lelaki itu kerana berjaya mempermainkan wanita itu. Sudah lama dia ingin membalas 'dendam'pada wnaita itu yang gemar mengusiknya sejak beberapa minggu ini.
“ hah, ni dah kenapa diam macam patung cendana dah nie, baru kiss je tak kan dah melayang hati tu cik wife? ” usikkannya masih bersambungan, geli hati apabila melihat wajah Estella Raine yang makin merah bagai udang kena panggang sahaja.
“ ke tak cukup kiss tu, nak lagi ker? ” serangan buat kedua kalinya mendapat reaksi wanita itu yang mulai menendang kakinya, tepat mengenai tulang hering.
Tertunduk Daneiel dalam pada meringis kesakitan. Dikesempatan itu, Estella Raine mengambil kesempatan melompat ke atas belakang lelaki itu.
Tangannya mengelilingi leher Daneiel dalam pada tubuh diselesakan dalam posisi itu.
Erangan sakit Daneiel membuatkan Estella serba salah, lantas pipi Daneiel dikucup sekilas. Serta merta menghentikan erangan halus lelaki itu yang mulai statik.
Sebelah tangannya menekup telinga Daneiel seraya bibir menuturkan bicara yang hadir ikhlas dari hatinya.
“ — awak tak perlu cakap apa-apa pada saya. Tak perlu luahkan apa yang terbuku dalam hati awak sebab saya... tahu. Cukup awak tunjuk sayang awak pada saya dengan action awak, tak perlu verbal pun. Setiap kali awak tenung mata saya, hati saya dah dapat rasa... rasa cinta awak pada saya”
“ — the feelings is real. I can see them in your eyes Dane. Ain't nobody gonna love you like I do. And nobody will love me like you do. Saya tak perlukan kata -kata romantik dari awak, tapi kalau sekali sekala awak boleh belajar kan... tapi still point saya dekat sini — ” wajah Daneiel ditoleh ke arahnya. Ditekup kedua-dua belah wajah maskulin itu.
“ saya cintakan diri awak, the real you. So please, just be yourself, the one I love. Can you do that my future husband? ”
Daneiel terdiam kaku. Hanya iris matanya terpaku pada wajah wanita itu seraya anggukan menggantikan bicaranya. Senyuman meniti dibibir Daneiel.
“ I love you ” ungkapan lembut daripada Daneiel itu dibalas dengan senyuman lebar. Leher lelaki itu juga dirangkul erat.
“ — I love you three thousand Dane ”
CHAPTER END
I hope you like it, and please leave a comment below if you do love them.Thanks again for all the love and support.
Saya ambil masa yang agak lama untuk buat bonus nie memandangkan as you know salah satunya sebabkan watak Hel Ivan. Watak yang sangat saya sayang. And sebab2ain seperti busy dengan uni. But, saya sure ada readers yang still ulang baca book nie and I hope dengan adanya bonus nie membuatkan korang tersenyum lebar. And, you can check it out tentang book baru saya dengan tajuknya BREATH FOR ME.
Untuk BREATHE FOR ME, akan ada kemunculan watak dari book nie yang saya tak akan reveal lagi hehe. Stau tuned if you wanna knkw about it okey... 😉
that'all from me, Eunnie00 .
Lots of love for you... 💜💛💚💙
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top