9
A Reason to Stay
9
Sepasang mata milik abangnya ditatap hiba. Tangan disisi dikepal seeratnya, merasai keterlukaan dalam hati dek ketajaman selaran itu.
" - Asher,"
Langkah lelaki itu maju kearahnya. "Siapa benarkan kau masuk dalam rumah ni! Apa hak kau kembali dalam hidup kami!" Serentak itu,bahu Estella ditolak kasar.Pandangan tajam Asher menikam wajah tanpa ada belas. Kebencian jelas terbias dimata itu.
Estella melepas nafas yang ditahan tanpa dia sedar.Walaubagaimana pun,perbuatan Asher tidak salah. Memang dirinya layak diperlakukan sebegini.
"Im sorr- "
"No! Kau tutup mulut kau!Sepatah pun aku tak nak dengar dari kau!" Bentak Asher seraya pergelangan tangan wanita itu dicengkam kuat lantas diheret keluar dari rumah mereka.
"Kau dah buat keputusan waktu tu! Kau buang keluarga kau! Jangan ingat kau senang-senang nak kembali lepas apa yang kau dah buat! "
Permintaan ibu mereka yang sedari tadi cuba meleraikan pertelingkahan itu tidak langsung membuahkan hasil.
Manakala,Estella hanya mampu membisu menerima sikap Asher padanya.
Sehinggalah tubuh Estella dicampak keluar dari pintu utama rumah itu. Menyaksikan wanita itu tertunduk dalam tangisan yang mulai menodai wajah, ditambah dengan selaran sinis Asher yang tidak henti-henti.
"Jangan kau ingat dengan air mata kau tu mampu buat kau dterima balik dalam keluarga ini! Ingat balik kebodohan kau disebabkan lelaki itu.Ini yang kau nak bukan,ini yang kau harapkan bila kau pilih lelaki itu daripada keluarga kau sendiri-apa yang aku beritahu kau ..cuba halang kau-kau buat tak endah!Lihat sendiri apa yang kau dah buat pada keluarga kita! Kau hancurkan keluarga kita sampai tinggal debu! Dan kau fikir,aku boleh terima kau kembali?! Kau ingat kau siapa! Aku tak perlukan kau untuk jaga mom. Infact,apa sangat yang kau dah buat untuk keluarga ini selain daripada menghancurkan keluarga ni? Cukup lelaki yang kau sanjung itu dah bunuh papa! Kau dah tiada nilai dalam mata aku Raine. Tiada. Jadi berambus dari hidup kami. Sebagaimana kau dengan mudah buang kami dari hidup kau,kami juga boleh buat perkara yang sama.Dan aku boleh pastikan ,kau akan merasai kesakitan itu dua kali ganda daripada apa yang kami rasakan selama bertahun-tahun ni!"
Seusai itu terus sahaja pintu dihempas kasar oleh Asher,membuatkan tubuh Estella terhinjut dek kerana bunyi kuat itu. Semakin lebat air matanya mengalir.
Esakan halus meniti dibibir,meluahkan segala rasa yang membadai dada dek kerana kata-kata abangnya.Malah,semakin bergetaran tubuh itu tatkala mengingati kembali tatapan tajam Asher padanya. Tatapan yang penuh dengan kebencian..kekecewaan.
Perlahan-lahan dia bangun,meluruskan kedua-dua kaki yang lemah. Air mata diseka lembut,sebelum melirik pada rumah itu buat kali terakhir.Dia tidak tahu bila lagi dia mampu atau bisa menjejakkan kaki disini. Kehadirannya tidak dialu-alukan,malah hanya memberi keterdukaan pada kedua-dua belah pihak.Dia tidak tega untuk melukai keluarganya lagi.Cukuplah dengan apa yang sudah dia lakakan,memberi kesan yang begitu mendalam buat keluarga tercinta. Meski pahit,harus dia terima juga kebenaran itu.
Bibir menghela nafas berat,lantas tubuh dipusingkan. Langkah diatur untuk beredar dari situ.
________
Kaki menolak dedaun-dedaun kering yang mengisi hampir sebahagian kawasan taman permainan itu.Estella melepaskan lagi hela berat yang tidak habis-habis membebami jiwanya. Bahunya menegang dek kerana emosi yang bergelora.Otaknya sarat dengan penyesalan demi penyesalan.
Namun sesalkah dia andai hati masih menyimpan memori indah dibalik penyesalan itu. Salahkah dia andai dia masih akan mengambil laluan hidup yang sama meski masa bisa diputar. Mencintai lelaki itu,merupakan memori indah buatnya meski memori pahit lebih banyak. Mencintai lelaki itu ibarat satu sinar dalam hidupnya,memberi makna baru buat dia untuk tersenyum.
Namun apa guna jika hanya dia yang bahagia sedangkan keluarganya terseksa. Orang-orang disekelilingnya merasai kedukaan. Dia berbahagia diatas penderitaan mereka! Sungguh,dia pentingkan diri sendiri.
" Akak .."
Seruan halus itu membuatkan Estella tersedar. Wajah anak kecil itu ditatap sebelum jatuh pada ice cream cone ditangannya. Tangannya refleks menyambut huluran anak kecil itu meski masih kaget.
" ini,untuk lap air mata akak" sapu tangan disua padanya sebelum kanak-kanak itu berlari meninggalkan dirinya dalam kebingungan.
Ice cream itu ditatap kosong seraya pandangan dialihkan pada sapu tangan. Tangan menyentuh lembut tekstur sapu tangan itu,kening lantas berkerut tatkala merasai persamaaan tekstur sapu tangan itu dengan -
Bibir diketap kuat lantas dia berdiri. Kaki diayun laju mengikut laluan kanak-kanak tadi sehingga membawa dirinya ke kawasan taman herba yang berdekatan dengan taman permainan tadi. Disitu, dikerusi kayu itu,matanya menyaksikan sendiri susuk tubuh lelaki yang sangat dikenali , yang sentiasa berada dalam benak memorinya sedang mengelus lembut rambut kanak-kanak lelaki yang sama memberinya ice cream dan sapu tangan.
Tanpa sedar,hatinya dihambat kebencian yang membuak-buak. Mungkin kerana mengingati kembali kekecewaan keluarganya atas perbuataannya dahulu.
Hatinya ingin meletakkan kesalahan itu pada seseorang. Dan lelaki ini -yang paling tepat,yang punya kaitan dengan segala kesalahannya!
Diamuk dengan kebencian dan badai emosi membuatkan pertimbangannya hilang lantas sedar-sedar sahaja ais krim ditangannya dilempas kedada lelaki itu. Jelas tompokan kekotoran krim coklat menodai kemeja putih lelaki itu.
Sepasang mata dipenuhi kebencian manakala sepasang lagi mata terbiaskan kehibaan.
"Apa maksud semua ni Dane!Awak ekori saya huh!"
Daneiel membisu. Kotoran dikemejanya dilirik kosong sebelum mata kembali melirik pada wajah Estella.
Lama dia memerhati mata Estella yang masih tersisa air mata. Kelesuan jelas meracuni tubuh wanita itu.
Senyuman sinis terlakar dibibir Estella diselangi decitan halus memprovok lelaki itu. " - so betullah kan? Seronok tengok saya dibuang keluarga sendiri? Macam mana saya dibuang abang saya sendiri... macam mana dorang benci dan kecewa dengan saya- semuanya salah awak! " kali ini dada bidang lelaki itu ditumbuk dan ditolak kasar oleh Estella. " - kalau awak terima pertunangan kita sebaiknya! Kalau awak tak tipu saya! Kalau sahaja awak tiada niat lain ... untuk hukum saya atas - perempuam gila tu! Kalau awak lupakan peremuan tu dan terima saya dalam hidup awak semua ni tak akan berlaku tahu tak! Semuanya salah awak Daneiel! Setiap satu yang berlaku dalam hidup saya .. semuanya salah awak! " selaran Estell diselangi rintihan esakan yang cuba menyalahkan takdir. Emosi memanipulasi kewarasan akal.
Daneiel hanya diam membatu. Dibiarkan sahaja perbuatan wanita itu padanya. Hanya pandangan matanya sayu melirik wajah itu. Air mata diwajah mulus itu menghantar seribu satu kedukaan dalam jiwanya. Malah,merobek kembali luka lama.
Pantas,dibiarkan kata hati menguasai segalanya apabila dia mendakap erat tubuh wanita itu meski ditolak sekasarnya.
Rontaan Estella tenggelam dalam rangkulan tangannya.
Tangan yang sedari tadi memukul dadanya semakin lama semakin perlahan disusuli esakan halus.
Daneiel mengelus lembut rambut Estella sambil bibir menuturkan kata-kata penenang.
" aku yang bersalah.Aku salah sebab tak terima bila hati aku mulai sukakan kau. Aku salah ..sebab aku hiraukan kata hati aku,aku biarkan dusta dan dendam menutup mata aku. Salah aku- aku lukakan kau hanya kerana aku terluka disebabkan masa lalu. Salah aku- tak dapat melihat keihklasan dalam mata kau. Cinta dalam hati kau. A-aku buta dalam kebencian aku. Dalam kedukaan aku sampai a-aku- aku biar kau terluka.Aku hancurkan memori indah kita. Aku kecewakan kau."
Tubuh Estella bergetaran,air mata tidak henti-henti mengalir diwajah.
" aku minta maaf..sekali lagi aku cuba lukakan kau hanya kerana aku terluka ..bila kau buat keputusan untuk lepaskan aku. Keputusan kau disaat aku benar-benar perlukan kau. Aku tenggelam lagi dalam kekecewaan aku pada kau. Aku biar diri aku lukakan hati kau sekali lagi. Aku minta maaf"
" - aku gagal dapatkan kebahagian aku.Malah,aku hanya suntik kedukaan dan derita buat orang sekeliling aku. Sekeliling kita. Kenapa -"
Perubahan nada suara Daneiel membuatkan Estella meleraikan pelukan itu. Iris matanya naik menemui wajah lelaki itu. Hati pantas diselubungi kedukaan apabila melihat sendiri penderitaan yang terbias diwajah itu. Keterdukaan yang dirasai Daneiel selama ini.
Air mata lelaki itu- menyedarkan dia bahawa Daneiel juga sudah lama bertahan,bertahan dalam penderitaan ini.
Tangannya ingin menyeka air mata lelaki itu. Ingin diusap lembut sisi wajah itu namun dia tidak kuat.
Dia tidak kuat untuk menaruh harapan lagi-untuk mengharapkan sebuah keajaiban berlaku. Kehancuran yang sudah terjadi tidak mampu lagi dirawat. Jika ia adalah penyakit,maka sudah tiada ubat. Hanya menanti mati.
Sapu tangan pemberian kanak-kanak tadi-yang jelas milik lelaki ini kembali dikeluarkan dari poket seluarnya. Tangan hangat milik Daneiel digenggam.Sapu tangan itu dikembalikan pada tuannya.
Dua tapak kaki mengundurkan langkahnya,membina jarak antara mereka meski jiwa merintih hiba.
" - anggap sahaja,ini perpisahan kita. Sebelum ini,saya tinggalkan awak.. tanpa ucapan selamat tinggal." Mata naik bertentangan dengan sepasang mata milik Daneiel yang kemerah-merahan.
Hati ibarat ditikam berkali-kali,memaksa butir kata itu diluah keluar dari bibir.
" - thank you,sebab beri saya memori indah antara kita sama ada ia adalah dusta atau nyata... terima kasih sebab beri saya peluang mencintai awak- beri saya peluang mengingati sesuatu tentang awak.. jika saya dibenarkan memutar masa,saya takut ...pilihan yang sama juga akan saya pilih. Pilihan untuk mencintai awak. Meski kedukaan yang mengisi hampir sepenuhnya memori kita,masih memori itu yang membaluti hati saya. Maafkan saya ... kerana cinta saya tidak berada pada waktu dan masa yang tepat. Maaf kerana cinta saya lewat dalam menyelamatkan awak daripada terus lemas. Maaf kerana cinta kita ...tidak sempurna"
Tanpa buang waktu,kaki diayun melangkah pergi meninggalkan lelaki itu namun tidak sebelum luahan Daneiel mengisi ruang telinganya sekali gus meruap masuk ke seluruh jiwa raga.
" - sampai saat ini aku masih mencintai. Tidak pernah berhenti meski derita yang mengisi kasih ini. Meski kau tinggalkan aku tanpa aku tahu bila kau kembali, hati aku masih menanti.. dalam rindu yang tak pernah henti-henti"
Bibir diketap kuat bersama linangan air mata yang membanjiri wajah mulus itu.
" - mungkin dah tiba masa rindu itu berhenti.Dah tiba masa ... untuk pemilik hati terima kenyataan bahawa ...penantian selama ini-"
" - hanya sia-sia"
|| to be continue
Vote | comment
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top